Friday, November 16, 2012

PEOPLE


yes, no one stay still. but, new people will always come and go in your life. 

getting to know them is a challenge. to keep the good ones is even 

harder. whenever you found people who can share your laughs and tears, 

please hold them tight and always put them by your side. because they

are the one, who will take care and show concern about you.

Sunday, September 09, 2012

JANJI TERPAKSA DIPERBAHARUI

DAMN !!!!

Aku telah mungkir janji.

tak sempat sampai seminggu pun.

now, aku kena bayar denda, bank in kpd ASB account aku.

Hari yang sudah dikira terpaksa reset semula.

Today start a new day.

DAMN !!!

Wednesday, September 05, 2012

JANJI AKU


Mulai tarikh ini, aku akan berazam untuk tidak melayari website2 karut selama sebulan. Jika aku berjaya bertahan selama sebulan, aku akan lanjutkan tempohnya kepada bulan berikutnya sehinggalah aku tiada lagi keinginan untuk melayari website2 karut selama-lamanya.

Jika aku melanggari janji ini, aku kena mulakan semula dan tempoh yang sudah dilalui akan tidak dikira. Aku terpaksa memulakan semula pada keesokkan harinya sebagai hari pertama.

Denda akan dikenakan sebanyak RM50, jika melanggari janji ini dan akan didepositkan ke dalam akaun ASB.

Yang Benar,
Insan yang ingin berubah.

Tuesday, August 07, 2012

IMBAUAN KENANGAN - PART 4

Di Sek.Keb.Pengkalan Chepa, saya ada seorang kawan rapat nama Azwandy. kami berkawan sejak darjah 2 lagi. Azwandy bermuka kecinaan, bila dia senyum, mata terus jadi kecik.

kami satu kelas, duduk meja sebelah menyebelah sampailah darjah 3. Waktu rehat, kami akan kongsi makan bekal. Apa saja aktiviti di sekolah, kami buat bersama2. Dia juga mcm "bodyguard" saya sbb dia tolong saya bila kena buli ngan kawan sekelas yang nakal (sampai sekarang masih ingat nama dia, Edi).

Darjah 4, kami sekeluarga pindah ke kubang kerian sbb abah beli rumah di situ. jadi, saya ditukarkan sekolah yg lebih dkt dgn rumah. Last day di sekolah, rasa sgt sedih sbb tak dpt jumpa Azwandy lagi.

Bila balik rumah, saya menangis dan merajuk dalam bilik. Saya tak paham, kenapa nak kena tukar sekolah. 

Mama datang pujuk, "Along jangan sedih2. Sekolah baru, Along akan dapat ramai kawan2 baru." Saya jawab, "Tapi mama, kawan2 baru tu, tak sama macam Azwandy. Tatau, bila dapat jumpa Azwandy lagi." Saya sambung menangis sampai lah tertido.

Apa agaknya khabar berita Azwandy sekarang....

Saturday, August 04, 2012

IMBAUAN KENANGAN - PART 3

masa di darjah 5, ada pemilihan untuk mewakili sekolah ke pertandingan Bintang Kecil RTM. jadi, cikgu muzik buat sesi audition.


Masa audition saya nyanyi lagu Francisca Peter - Mawar Terpinggir (haha, jangan gelak dengan pemilihan lagu saya sebab tu je lagu yang saya hafal sebab minat sangat). Saingan sengit dari classmate saya, Sri Megawati yang nyanyi lagu Kuala Lumpur.


Akhirnya, Cikgu YM Tengku Rosnah, pilih saya utk wakil sekolah.


Cikgu cakap, takleh nyanyi lagu pompuan, kena nyanyi lagu lelaki untuk pertandingan. Jadi, cikgu pilihkan lagu A Ramlie - Oh Fatimah. Cikgu suruh hafal lagu tu dalam masa seminggu.


Hari pertandingan, nervous sangat sebab semua peserta zon Kota Bharu, best2. Bila sampai giliran saya, saya berjaya nyanyi dengan baik dan dapat tepukan gemuruh sbb saya sorg je peserta nyanyi lagu pop yeh yeh.


Tiba2 nervous breakdown, saya terlupa lirik rangkap ke2. Maintain je, humming dan menari pop yeh yeh (muka dah merah sebab malu). Nasib baik, bila part korus dah ingat semula dan terus nyanyi sampai habis.


As expected, saya kalah dan cikgu kata takpe, cuba lagi tahun depan.