Thursday, May 11, 2006

BAB 2 - NANTI

"Zu, boleh tak tolong update kan list pasal scheduled waste."
"Boleh, kak. Saya buat sekarang jugak."

Kak Linda memberikanku tugasan baru untuk hari ini. Tidaklah susah sangat kerana semua informasi sudah ada, cuma perlu disusun dan dikemaskinikan sahaja. Dalam masa setengah jam, tugasan itu telah kuselesaikan. Sekarang, aku sudah tiada ingin dibuat.

Aku hanya duduk di meja kerja dan memerhatikan monitor komputerku. Kucapai buku catatanku dan kubelek helaian demi helaian. Rupa-rupanya, masih banyak kerja yang perlu dibereskan tapi aku agak malas untuk membuatnya hari ini. Biarlah aku tangguh dulu. Lagipun, boss tiada di biliknya. Bolehla aku bersenang-lenang sebentar sambil melayari internet.

Tiada yang menarik untuk kulayari. Email pun sudah habis dibaca dan dibalas. Sungguh bosan hari ini. Kuperhatikan sekeliling. Semuanya tekun membuat kerja masing-masing. Hanya aku yang tidak membuat apa-apa. Terpaksala, aku berbuat sesuatu. Aku tidak mahu dikatakan makan gaji buta. Dengan gerak yang malas, kucapai satu fail tapi gerakku terhenti setelah aku terpandang kalendar di sebelahnya. Mataku tertumpu ke kalendar itu dan aku mencari-cari apakah tarikh hari ini.

10 Mei 2006, Hari Rabu. Hanya tinggal sehari lagi sebelum Hari Wesak. Aku tidak menyambut Wesak tapi, tarikh itu amat penting kerana, Wesak juga menandakan cuti umum seluruh negara. memang seronok, dapat bercuti panjang di hujung minggu.

Hari Rabu juga istimewa kerana hari ini adalah Hari Wayang. Semua panggung menawarkan diskaun ke atas setiap tiket. Bagi mereka yang gila menonton filem, ini merupakan satu berita baik. Berita baik untuk aku juga. Nampaknya, bolehla aku menonton Mission Impossible 3 dengan Hafiz lepas habis kerja nanti.

Tapi, kenapa dia tidak menghubungi aku lagi ? sampai ke saat ini pun masih lagi tiada panggilan telefon darinya. Sibuk sangatkah dia ? Padahal, dia yang beria-ia mahu menonton filem ini. Dia juga yang mencadangkan agar menonton filem selepas waktu kerja tapi sampai sekarang, dia hanya diam seribu bahasa. Ke mana dia pergi ? Ke mana dia menghilang ? Dia memang suka buat aku tertunggu-tunggu.

"Zu, nanti kita tengok citer tu, minggu ni la. Lepas opis hour, ok ?"
"Aku ok je..."

Aku menyandar di kerusi, mengeluh panjang. Masih lagi menanti panggilannya dan berharap agar dapat menonton filem itu dengannya hari ini.

Saat berganti minit dan minit berganti jam, masa begitu pantas berlalu. Waktu kerja sudah pun habis tapi tiada panggilan telefon darinya. Aku sengaja enggan menelefoninya dengan harapan yang dia akan faham gejolak di dalam hati ini dan cepat-cepat menelefonku. Namun, aku hampa.

Hampa yang amat sangat. Berharap pada benda yang tak pasti laksana menunggu buah yang takkan gugur. Ini bukanlah kali pertama perkara sebegini terjadi, Diberinya harapan tapi akhirnya harapn itu menjadi debu. Betapa bodohnya aku, masih menanti perkara yang tak kunjung tiba. Tapi, aku masih berfikiran positif. Mungkin dia terlalu sibuk dengan urusan perniagaannya. MUngkin dia terlupa janjinya denganku. Mungkin dia ingin aku mengingatkannya. Mungkin dia ada masalah. Mungkin dia ada perkara yang lebih penting dari tengok wayang denganku. Pelbagai kemungkinan bermain di mindaku.

Tapi, kenapa aku perlu memikirkannya ? Kenapa aku terlalu ambil peduli ? Kenapa aku yang beria-ia ? Kenapa aku hiraukannya sedangkan dia tidak pernah peduli ? Aku bukanlah sesiapa di dalam hidupnya. BUkan kekasihnya dan bukan juga orang yang penting dalam hidupnya. Tapi, mengapa aku berasa sedih ? Mengapa ?

Aku sendiri tidak paham dengan diriku sendiri. Mengapa perlu kuletakkan harapan setinggi langit kepadanya walaupun aku tahu, akhirnya aku yang akan kecewa ? Dia pernah mengecewakan hidupku dulu. Dia pernah memberikan kata dua padaku. Aku hanya mampu menangis. Tidak mampu untuk membuat pilihan. Didesak dan didesak, akhirnya aku terpaksa membuat pilihan yang nyatanya tidak berpihak padanya. Lantaran itu, kerenggangan mula wujud. Tiada lagi kemesraan seperti sebelumnya. Aku sudah tidak dipedulikan lagi. Betapa sedihnya aku. Setiap malam, hati ini menangis dan berharap ianya akan kembali seperti dulu. Namun sekali putus tidak mungkin bercantum semula.

Persetankan!!!! Mengapa perlu diimbas kenangan silam ? Bukankah itu sudah jadi sejarah ? Biarkanla ia berlalu dipuput angin sendu. Lembaran baru ingin kubuka. Itulah sebabnya aku di bumi Sabah. Mahu mencari kembali kepingan-kepingan saat indah yang bertaburan dan hampir lenyap dihanyutkan amarah dulu. Sekarang, dia sudah di depan mata. Aku tidak mahu lepaskan dia pergi begitu sahaja tanpa memberikan secebis memori untuk aku simpan dalam diari kenanganku.

Nampaknya, aku terpaksa beralah sekali lagi. Mungkin dia betul-betul sibuk dan aku harus menganggapkan telahan ku ini benar. Namun, aku tidak akan menghubunginya kali ini. AKu hanya perlu menanti panggilannya. Kalau betul dia mahu menonton wayang denganku, biar dia yang mencariku. Aku tidak mahu nampak terhegeh-hegeh. Sudah pasti, aku tidak mahu meletakkan sebarang harapan. Lebih baik tidak berasa apa dari memendam kecewa dan hampa berpanjangan.

Resolusinya, aku ingin biarkan saja. Biarkan masa berlalu tanpa panggilannya. Biarkan dan biarkan. Jauh di sudut hati, masih ada sekelumit harapan. Harapan untuk bertemu dirinya. Betapa aku rindu untuk bertemu dan melihat wajah ceriamu dan mendengan gelak tawamu.

Betul kata orang, penantian itu satu penyeksaan dan sesungguhnya aku sedang terseksa. Kubaluti seksa ini dengan pasrah dan kutenangkan jiwa yang sedang berkecamuk. Nanti tetap ternanti.

Wednesday, May 10, 2006

THREE CONDOMS

A young man goes into a pharmacy and asks the pharmacist "Hello, could you give me condom. My girlfriend has invited me for dinner and I think she is expecting something from me!"

The pharmacist gives him the condom; and as the young man is going out, he returns and tells him: "Give me another condom because my girlfriend's sister is very cute too. She always crosses her legs in a provocative manner when she sees me and I think she expects something from me too."

The pharmacist gives him a second condom; and as the boy is leaving he turns back and says: After all, give me one more condom because my girlfriend's mom is still pretty cute and when she sees me she always makes allusions...and since she invited me for dinner, I think she is expecting something from me!!

During dinner, the young man is sitting with his girlfriend on his left, the sister on his right and the mom facing him. When the dad gets there, the boy lowers his head and starts praying: "Dear Lord,bless this dinner...thank you for all you give us...!!!"

A minute later the boy is still praying: "Thank you Lord for your kindness..."

Ten minutes go on and the boy is still praying, keeping his head down. The others look at each other surprised and his girlfriend even more than the others. She gets close to the boy and tells him in his ear: "I didn't know you were so religious!!!"

The boy replies: "I didn't know your dad was a pharmacist!!!"

Monday, May 08, 2006

BAB PERTAMA - KECAMUK

Jam sudah menunjukkan pukul 12:15 pagi. Namun, sedikit pun aku tidak rasa mengantuk. Lagu terbaru Siti Nurhaliza aku putarkan, sebagai irama untuk menidurkanku tapi masih lagi gagal. Mata ini masih lagi celik dan terkebil-kebil, mencuba untuk tidur. Lantas, aku bingkas bangun dan mencapai kotak rokok. Kuambil satu dan kunyalakan hujungnya. Aku sedut dalam-dalam dan kuhembuskan perlahan-lahan sambil menikmati aromanya. Memang mengasyikkan.

Aku berjalan menghala ke tingkap dan melihat ke luar. Sunyi dan sepi. Suasana hening pagi memang menenangkan. Tiada kebisingan seperti di siang hari. Aku sukakan suasana sebegini. Mendamaikan. Tenang dan aman.

Kucapai majalah di atas lantai dan kubelek satu-persatu helaiannya. Majalah ini, kubeli tadi semasa keluar ke bandar Kota Kinabalu bersama Syahrul dan Zarina. Kubeli majalah ini sementara menunggu mereka habis menonton wayang. Filem itu, sudah aku tonton minggu lepas, jadi aku tak mahu menonton filem yang sama. Bagiku, tidak perlu untuk menonton filem yang sama dua kali, walaupun jalan ceritanya menarik. Membazir sahaja. Kalau mahu tengok lagi, beli saja vcd. Mahu tengok berkali-kali sampai jemu pun, tidak mengapa.

Kubelek lagi majalah ini, Tiada satu pun isu yang menarik perhatianku. Rugi saja beli. Aku beli majalah ni pun, sebab aku bosan menunggu mereka. Aku hanya capai mana-mana majalah dan tanpa melihat, terus aku bayar dan menuju ke kedai makan yang berhampiran. Terus aku memesan makanan dan mencari tempat yang agak tersorok. Tidak seronok, dilihat makan berseorangan.

Telefonku berdering. Aku keluarkan dari poket dan aku lihat nama Hafiz tertera di skrin. Aku terus melonjak kegembiraan. Akhirnya, aku dapat keluar tengok wayang dengannya. Dari minggu lepas dia sudah berjanji mahu menonton wayang bersamaku. Aku sanggup tidak ikut serta dengan kawan-kawanku yang lain menonton Mission Impossible 3, semata-mata kerana dia ingin menonton filem itu bersamaku.

"Hello, Hafiz. Aku dah kat Centre Point ni. Bila ko nak datang ? Aku dah lama tunggu."
"Sorry, Zu. Aku tak dapat datang."
"Kenapa ? Ada hal ke ? Kerja lagi ?"
"Haah, aku ada hal sikit. Memang aku tak dapat nak datang. Sorry sangat-sangat..."
"Ok. Takpe, aku paham."
"Next week...macam mana Zu ? Ko ok tak ? Kita tengok, next week ?"
"Aku memang ok je. Bila-bila pun ok."
"Next week, citer tu…still ada lagi kan ? Yang pukul 6 petang, ada kan ?"
"Ada."
"So, kita tengok next week la ek ? Kalo tak dapat masa weekend, weekdays pun ok kan ? Lepas opis hour..."
"Ye, aku memang ok. Ko cuma perlu set date ngan time je. Aku pasti datang."
"Sorry, Zu."
"Never mind..."

Talian diputuskan dan aku hampa lagi. Nampaknya, aku kena tunggu lagi. Aku pun tidak tahu sampai berapa lama harus kutunggu. Hafiz selalu macam ni, suka sangat batalkan plan, last minute. Ye, memang aku marah. Memang aku kecewa. Tapi, aku terpaksa tenangkan hatiku sendiri. Mujurlah, dia menelefonku dan meminta maaf. Kalau tidak, memang tidak surut amarahku ini.

Aku harus faham yang dia sibuk dengan kerjanya. Karier yang baru diceburinya itu memerlukan komitmen yang tinggi. Memaksanya memerah keringat dan tenaga tidak tentu masa. Aku terpaksa mengalah. Tidak mengapa, minggu depan aku boleh menonton filem itu dengan Hafiz. Aku hanya perlu menunggu dengan sabar. Menunggu sampai dia betul-betul ada masa terluang. Aku pasti dia akan menelefonku dan mengajak aku keluar menonton wayang. Yang penting, aku cuma perlu menunggu panggilannya. Hatiku berbunga rasa gembira. Tidak sabar menunggu tika itu datang.

Dua batang rokok telah kuhabiskan. Aku ke dapur dan mencari air suam untuk diminum sebelum tidur. Mataku sudah mula kuyu. Baru terasa letihnya badan ini selepas penat seharian berjalan-jalan di Centre Point berseorangan. Mujurlah ada Azwan dan Sha yang sudi menemaniku.

Aku perlu tidur sekarang kerana esok aku perlu bangun pagi untuk ke pejabat. Sudah masuk enam bulan aku bekerja di sini, di negeri Sabah. Sebenarnya, aku bukanlan bekerja secara tetap tapi aku membuat praktikal di sini. Sengaja aku memilih untuk membuat praktikal di sini. Lagipun, ini merupakan kali pertama aku menjejakkan kakiku di bumi Sabah. Kalau tidak kerana praktikal, mana mungkin aku sampai ke sini. Ya, Sabah memang indah. Sesuai dengan panggilannya, negeri di bawah bayu.

Tapi, itu bukanlah sebab utama aku ke sini. Aku ke mari, semata-mata kerana Hafiz. Inilah peluang untuk aku bersama-samanya. Mungkin selepas ini, aku tidak berpeluang lagi untuk berjumpa dia. Jadi, sepanjang 8 bulan aku di sini, aku ingin gunakan sepenuh masaku untuk berdampingan dengannya, bergembira dengannya, bergurau senda dengannya, makan-makan dengannya serta bergelak ketawa dengannya. Aku mahu kutip dan simpan sebanyak mungkin memori yang dapat aku bawa pulang ke semenanjung nanti. Mungkin selepas ini, aku dan dia akan membawa haluan yang berbeza. Pastinya, susah untuk ketemu lagi.

Satu persatu kenangan silam tertera di ruang mataku. Kupejam mataku rapat-rapat dan tidur dalam perasaan yang kacau.

Saturday, May 06, 2006

MOTIF ?

Photobucket - Video and Image Hosting

Apsal tetiba dia ada kat sini ? apa dia buat kat sini ? motif, tak tau. Mmg gila meroyan.

MUSIM MENGAWAN

XXX : Ayang, baringla elok2.
ME : Taknak !!! Taknak !!!! Abg janji nak tgk wayang sama2 ari ni, tapi abg tak dtg2 pun. Penat saya tunggu.
XXX : Bukan abg taknak dtg tapi abg bz. Boss abg, suka sgt bg job last minute, terpaksala abg buat jugak.
ME : Kalo ye pun bz, abg call atau sms la saya. At least saya tau yg abg tak dpt nak dtg. Takdela, saya mcm org gila tunggu kat luar wayang tu.
XXX : Ok, abg mintak maap. Abg tau, abg salah tapi awak kena paham kerja saya. Kerja saya ni tak tentu masa. Selalu sgt on-call. Awak pun tau kan ?
ME : Saya tau bang, dan saya paham cuma saya marah sbb abg tak ckp yg abg tak dpt dtg. Kalo saya tak paham, takkanla saya sanggup terima abg.
XXX : Lega hati abg, dgr awak ckp camtu. Abg betul2 mintak maap. Lepas ni, abg janji akan call atau sms awak kalo abg kena on-call.
ME : Janji kena ditepati, jgn ckp saja.
XXX : Selama ni, ada ke abg mungkir janji ? Takde kan ? Ayang marah lagi ngan abg ? Kan abg dah ada kat sini ngan awak.
ME : Tak marah dah...cuma abg kena janjila, abg tak buat lagi. Saya ni bukan suka marah2. Abg pun tau saya ni mcm mana. Marah kejap je...
XXX : Itula yang abg suka pasal awak. Untung abg dpt org yg memahami mcm awak, sabar ngan kerja saya dan caring mcm awak ni. Tu yang abg tak sabar2 nak jumpa awak ari ni. Rasa rindu sangat2. Bila ngan awak, abg rasa happy je. Hilang semua tension. Kalau boleh abg nak jumpa awak tiap2 hari....
ME : Dah, dah...takyah nak puji lebih2. Kalo bab puji orang mmg pandai...kalo jumpa tiap2 hari, tak bekerja la awak nnt. Saya pun nak gak jumpa abg tiap2 hari tp saya pun kerja jugak
XXX : Awak tak seronok ke, jumpa abg ? Tak happy ke ? nak merajuk la ni...
ME : Eh, ke situ plak....siapa cakap camtu ? Kalo nak tau, saya plg happy bila abg ckp nak jumpa. 24 jam, senyum je. Org kat opis pun, igt saya dah gila...senyum sorg2.
XXX : Awak ni, kalo dah mula bercerita mmg tak reti nak berenti. Nak kena cium ke ?
ME : Ciumla kalo berani....
XXX : Betul ? Abg nak cium ni...tutup mata dulu.
ME : Taknak, taknak...kenapa nak kena tutup mata ? Cium terus la
XXX : Saja, nak lagi romantik...Awak jugak yg ckp, suka org romantik.
ME : Abg ni, ada2 jela...OK, ok...saya tutup mata. Cepatla bang, saya dah ready ni..
XXX : Kejap, saya nak check...takut2 ada org mengintai.

Photobucket - Video and Image Hosting

ME : Ha ha ha...abg ni merepek la. Mana ada org nak mengintai. Abg saja je nak spoil mood. Saya dah kangkang ni. Cepatla bang, saya dah tak tahan ni...cepatla bang.
XXX : Sexy betul, awak mlm ni...Turn on saya tgk. Geram betul !!!!
ME : Abg pun sexy mlm ni. Saya nak peluk abg puas2....bukan selalu kita dapat peluang camni. Saya nak bg abg servis, yang abg akan igt saya sampai bila.
XXX : Abg pun nak bg awak servis sampai awak termimpi-mimpikan abg tiap malam

Photobucket - Video and Image Hosting

KID : Daddy buat apa tu ? Sian kat Papa kena tindih camtu. Papa tak sakit ke, Daddy buat camtu ?
ME : Abg !!!!! Kenapa tak tutup pintu ? Kan saya dah ckp tadi, tutup pintu dan kunci.
XXX : Ala, abg lupa.
ME : Abg ni, memangla. Apa yg dia igt pun tak tau. Malu saya, budak tu tgk kita mcm ni. Nnt apa plak dia pikir...
XXX : Sorry, sorry...
ME : Kenapa tak tido lagi ?
KID : Takut tido sorg2, ada hantu bawah katil...
ME : Meh sini, tido ngan Papa.
XXX : Ayang, kenapa ajak dia tido sini ? Kan kita baru nak projek tadi ? Bawakla dia tido bilik dia.
ME : Biar dia tido sini. Mrasa tak dpt projek. Sapa suruh lupa tutup pintu ? Ni sbg denda. Lain kali, jgn lupa tutup pintu dan kunci.
XXX : Argh !!!!! Melepas aku mlm ni....
KID : Kenapa daddy ? Apa yang melepas ?
XXX : Tade pape. Tido, tido...dah pukul brapa ni.
KID : Papa, daddy marah kat saya ke ?
ME : Tadela, daddy cuma frust tak dpt berembak....
KID : Berembak tu apa ?
ME : Berembak tu, kek coklat. Esok papa belikan, nak ?
KID : Nak, nak...
ME : Skrg kena tido, esok kita bgn awal2, kita pergi kedai, makan kek coklat.
XXX : Elokla tu, menipu budak kecik.
ME : Janganla marah, bang. Esok je lah kita berembak. Ok ?
XXX : Hmmm....
KID : Daddy pun nak kek coklat jugak ?
XXX : Dak kecik, tido !
ME : Hehehe...dia dah marah. Jangan marah bang, nnt cepat tua. :P

p/s : motif entry ni ? motif, tak tau...