Sunday, June 04, 2006

KARNIVAL BOLA ERA & DIGI

Baru nak hupdate entry past tense. Malas nak hupdate. Copy paste info2 lagi senang. Tak sampai 5 minit, leh siap 3,4 entry sekaligus. Nama pun copy paste kan... Tapi, sebab aku pun dah bosan asyik info2 je, aku nak cnn plak psl kehidupan aku.

Photobucket - Video and Image Hosting ko igt, ko cantik pakai camtu ? mujurlah ko jadi badut...so, dimaafkan

Entry ni bertarikh....sila tengok gambar di bawah. Ada tarikh kan ? So, lehla pikir sendiri kan ? Lambai bang, jangan tak lambai. Motif badut-badut ni jadi pembuka entry ? Apsal ttba ada badut-badut ni ? Diorang buat apa kat sini ? Sila tgk tajuk entry. Tak reti baca, masuk balik darjah satu. Aku 3 tahun dah boleh baca, takyah tunggu darjah 1. Yuol ? Motif ttba bongkak dan angkuh ? (terigt kat Zaleha Terengganu yang dapat gelaran arkuh = arbok angkuh. pandai je jantan2 ni bagi nama bukan2. tapi Leha menten senyum je)

Badut-badut ni, didatangkan khas sempena Karnival Bola ERA bersam DIGI kat KK. Warner Music dan KRU Groups pun ada jugak. Aku pun pergilah ke karnival ni. Bukan aku nak tengok sgt diorg ni main bola. Cuma aku nak tengok muka-muka artis ni dari dekat. Yelah selama ni tgk dlm tv je. Nak gak bertentang mata. Lupa plak nak cakap, kat kampung halaman di KB, pantai timur sana, memang susah nak jumpa artis-artis ni. Apatah lagi nak tgk diorg buat show. Tapi, semenjak dua menjak ni...nampak cam makin ligat plak artis2 ni serbu negeri pantai timur tu. Sebelum KK, Karnival DIGI ni dan menyerbu Tanah Merah dulu dengan slogan KOnsert GEGERIUH...matilah bahasa ibunda. gegeriuh bermaksud keadaan yamng bising dan hingar bingar. lain orang lain tafsiran tapi camtulah lebih kurang maksudnya. Yuol tau Tanah Merah kat mana ? Sila la tgk peta, negeri2 pantai timur. Apa!!!! Yuol tak reti tgk peta ? Yuol fail geografi tingkatan 1 ? kalo fail, tak dpt la nak tolong.

Photobucket - Video and Image Hosting sapa tu ? tak clear la plak...keji je org2 depan aku ni...trus tak dpt nak snap gambar dgn bagus

Ramai gak orang yang datang. Masa aku sampai tu, diorg tgh buat sesi sain2 autograf ngan peminat. Aku nampak LInda Onn, Nana, Didie Alias, Kiran, Danny X-Factor, Norman KRU, Edry KRU, Que Haidar dan Rosyam Nor. ABG ROSYAM!!!!! Motif ttba histeria ? Dia dah kawen ok. Anak 5 dah ye. Anak sulung pun dah masuk MRSM kat negeri pantai timur itu. Tapi, xdela cando mana pun Rosyam Nor ni. Biasa je. Tapi dalam iklan minuman tongkat ali tu, nampak cando je...comel je tgk. Bila dah jumpa berdepan, nampak tua la plak. Tapi sbb gambar dia je aku sempat amik, aku letak la gambar dia. Yang lain2 tak sempat nak snap, sbb diorg jalan cepat sgt. Lagipun, penuh ngan orang2 dpn aku, yang sibuk nak bersalam ngan artis2 lain2 tu.

Photobucket - Video and Image Hosting ABG ROSYAM !!!!!

Malamnya, barula lawan bola sepak. Tak best pun tgk diorg main, Cam hampeh. Aku rasa, aku main lagi ok. Hallo, dulu aku main bola sepak ok, masa skolah. Posisi kegemaran, pertahanan. Mmg tade org berani msk ngan aku, sbb aku akan menggelecek bola sampailah orang yang bawak bola tu jatuh tersembam. Selagi tak jatuh, selagi tulah, aku tendang kaki dia...eh, silap, tendang bola dia...oops, silap lagi...tendang bola sepak itu. Sebelum tu, aku suka posisi goalkeeper. tapi sbb spek aku asyik patah lepas main bola, aku tukar posisi lain. Mana taknya, diorg main jahat. Suka sgt aim bola kat muka aku. Harusla bersepai spek aku kan, sbb aku pun tahan ngan muka je, boley ? Dulu2, mana reti nak beli contact lens. Spek pun sebesar muka. Tambah sikit atas bawah, dan jadi shield muka, spek aku tu. Mujurlah ada pompuan classmate aku, bg aku advice soh pakai spek bingkai halus warna keemasan. Nampak lagi hensem dan cute. Trus aku tukar spek baru. Tak sangka saham naik rupanya lps tukar spek. Tapi sayangnya aku tak minat pompuan tu sbb aku minat kawan dia. Kawan dia jantina apa, tatau ? tapi, advice tu hanya valid masa zaman skolah je. masa berat badan masih lagi 60kg. Paling berat pun, 65kg. Sekarang, dah berkg2. nampak je mesin penimbang berat, trus aku maki sapa yg cipta benda alah tu.



Motif, melalut ? Aku tak sanggup tgk game bola bodoh tu...aku pun baliklah. Baik aku tgk bola kat astro je, sport channel. Eh, aku ada astro ke ? Tgk astro kat umah sapa, tatau.....

SAMBUTAN PESTA KAAMATAN DI CENTRE POINT

Photobucket - Video and Image Hosting Selamat Menyambut Hari Kaamatan

Hai, semua. bertemu kembali di arena maya. Dah lama tade hupdate pasal kehidupan aku kan ? Asyik-asyik pasal info-info je. Info-info tu pun, aku cilok dari mana-mana ntah. Tapi, oklah kan...kita berkongsi ilmu. Apa orang kata; SHARING IS CARING. Yang pasti entry kali ni...tiada aksi makan2 dan melantak tak hingat.

Photobucket - Video and Image Hosting banyak betul, barang-barang yang dijual kat gerai ni. Azwan ngan Syai tetap nak interframe

Mula-mula aku ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kaamatan. Ataupun dalam bahasa Kadazan, KOTOBIAN TADAU TAGAZO DO KAAMATAN. Sebab aku sekarang ni ada kat Sabah, so aku rasa patutla sama-sama menyambutnya. Walaupun aku tidak berbuat apa-apa ritual yang berkaitan tapi kemeriahan tetap terasa di KK ni. Bukan senang nak merasai perayaan ini, kena datang ke Sabah dulu. Lagipun, hanya kaum Kadazan yang menyambutnya dan mereka merupakan kaum majoriti di Sabah. Dengan kata lain, cuti umum untuk seluruh Sabah. Dua hari plak tu. YEAY!!!

Photobucket - Video and Image Hosting barang-barang kraftangan yang dijual di Centre Point

Photobucket - Video and Image Hosting penyu yang diukir daripada kayu pun ada dijual

So, macam-macam aktiviti yang dijalankan di sekitar KK ni. Daerah/bahagian lain aku tak taulah camne sambutannya sebab aku dok kat KK je. Tapi, rasanya cara sambutan adalah lebih kurang sama. Hari Kaamatan merupakan tarikh yang penting untuk masyarakat Kadazan. Hari Kaamatan juga dikenali sebagai Pesta Menuai. Secara khususnya, padi merupakan tanaman utama bagi masyarakat Kadazan pada zaman dahulu. Pada masa inilah tanaman yang telah membuahkan hasil akan dituai sebelum bermulanya musim menanam yang baru. Mereka akan berpesta dengan tarian dan minum tuak yang disediakan di dalam tajau. Aktiviti minum tuak dinamakan sosopon dalam bahasa kadazan.

Photobucket - Video and Image Hosting Azwan jadi model produk madu lebah

Selain itu, Unduk Ngadau juga merupakan elemen yang penting dalam sambutan Hari Kaamatan. Mengikut lagenda, telah berlaku satu kemarau yang teruk dan mengakibatkan tanaman iaitu padi tidak menjadi. Pelbagai ikhtiar telah dilakukan tetapi tidak juga berhasil. Akhirnya, seorang perempuan yang cantik jelita bernama Unduk Ngadau telah bersetuju untuk mengorbankan dirinya demi memuja semangat padi dan memulihkan keadaan yang kemarau itu. Upacara ritual dijalankan oleh Bobohizan iaitu panggilan bomoh untuk masyarakat Kadazan. Dengan pengorbanan itu, keadaan kemarau sudah reda serta hasil tanaman membuahkan hasil yang banyak. Jasa dan pengorbanan Unduk Ngadau amatlah dihargai oleh masyarakat Kadazan. Sampai ke hari ini, nama Unduk Ngadau tetap segar. Setiap kali Hari Kaamatan, pertandingan Unduk Ngadau akan diadakan. Gadis-gadis cantik dan jelita agar bertanding untuk merebut gelaran Unduk Ngadau. Pertandingan yang seakan-akan ratu cantik ini adalah sebagai simbolik untuk menunjukkan semangat Unduk Ngadau masih lagi gagah mengalir dalam darah mereka. Pemenang akan ditabalkan sebagai Unduk Ngadau yang baru. (sorry, kalo info aku ni ada yg kurang tepat)

Photobucket - Video and Image Hosting Syai pulak jadi model rantai-rantai manik

Pameran kebudayaan juga tidak ketinggalan. Contohnya di Centre Point. Gerai-gerai jualan yang dibuat dari buluh dan beratapkan rumbia disediakan di ruang legar pusat beli belah tersebut. Pelbagai barangan tradisional dan hasil kraftangan dijual disitu termasuklah mutiara sabah yang cukup terkenal di rantau asia. Harganya berpatutan, bersesuaian dengan kualiti yang dijanjikan. Tapi, mestilah pandai memilih jika ingin membeli mutiara. Ada mutiara air tawar dan air masin. Dan ada juga mutiara tiruan. Ada pelbagai cara untuk membezakan yang tulen dan tiruan. Mutiara tiruan berbentuk bulat yang sempurna. Berbeza dengan mutiara tulen yang bentuknya ada yang bujur atau lonjong. Dengan kata lain, mutiara tulen tidak mampu berbentuk bulat dengan sempurna dan agak mustahil untuk seutas rantai mutiara tulen yang mempunyai saiz dan bentuk yang sama untuk setiap butirnya. Ketulenan mutiara juga dapat ditentukan dengan menggores secara lembut permukaannya. Sekiranya, ada debu-debu halus yang terhasil, itu bermakna mutiara tersebut bukanlah tiruan. Tidak perlulah menggores mutiara tersebut sampai rosak, nanti kena bayar ganti rugi pulak kepada penjual. Bagi aku, mutiara yang cantik adalag yang berwarna putih kebiru-biruan, putih merah jambu dan hitam. Namun, setiap butir mutiara mempunyai kemilau yang tersendiri, bergantung kepada bagaimana anda menilainya.

Photobucket - Video and Image Hosting ini namanya sompoton, alat muzik tradisional masyarakat kadazan

Disebabkan elaun aku tak masuk lagi, aku hanya mampu menjamu mata saja. Banyak kraftangan yang cantik-cantik dan sesuai untuk dibuat hiasan rumah. Tapi, takpela. Lain kali sahaja. Lagipun, bukan susah untuk mencari barangan tersebut. Pergi saja Pasar Filipina, pasti akan berjumpa kraftangan yang diinginkan. Bila tempoh praktikal aku hampir sampai ke penghujungnya, aku akan ke sana untuk membeli cenderamata sebagai tanda ingatan.

Photobucket - Video and Image Hosting tak dapat beli, posing ngan sling bag bercorak daun ni pun...bolehla...

BOSAN LAGI...

Cuti memang best tapi kalau cuti panjang dan tak buat apa-apa, jadi bosan pulak cuti tu. Sekarang aku memang bosan kat rumah. TV tade, internet tade, radio tade, apatah lagi astro. Mujurlah ada komputer jadi peneman bosan kat umah. Bolehla tengok vcd dan dengar mp3 tapi lama-lama bosan gak. Nasib baik ada digital kamera, boleh la snap-snap gambar masa tengah bosan ni. Takpun buat video recording guna digicam ni. Ala, bolehla setakat nak buat vclip untuk satu lagu. Maximum time boleh record pun, 5 minit je.

Photobucket - Video and Image Hosting colorful kan, kotak rokok ni ? aku suka kaler oren. flash over la plak...

Sapkok sat. Best gak layan rokok di tengah-tengah kebosanan ni. Best betul dok Sabah ni, rokok murah-murah. Sekotak, 20 batang...boleh dapat dengan harga RM2 je. Mujurlah aku bukan heavy smoker just occasionally je. Time-time tengah tension atau bosan cam sekarang ni, barulah berasap. Kalo tak, tak terpikir pun nak sapkok. Sebulan baru abis sekotak. Kalo heavy smoker, maunya 2 kotak sehari. Betul tak Koyak ?

Photobucket - Video and Image Hosting inilah kotak rokok tu, dengan flash yg kurang over

Ari tu, kawan aku balik kampung di Labuan. Aku mintak tolong dia belikan aku, rokok spesel. Rokok perisa buah-buahan. Dia belikan aku 4 kotak, perisa epal, lemon, strawberi dan oren, setiap satu. Tapi, tetiba dia rasa cam nak jugak, so dia amik perisa lemon. Bila Syai tau, dia pun nak jugak. So, aku bagi dia perisa epal. Da rest, aku punyalah. Mahal gak rokok ni, RM4 sekotak. Ingatkan murah sebab beli kat Labuan, katanya bebas cukai kan. Tapi tetap mahal...but still murah kalo nak dibandingkan kat KK, harganya RM6 sekotak.

Photobucket - Video and Image Hosting ok, ini rokok yang last aku isap sebelum tido...

Perisa strawberi dah abis, lupa plak nak amik gambar. So, tinggal yang oren jelah. Ada 10 batang lagi. Tengah dok taip-taip ni, tak sedar dah isap 2 batang. Sebatang lagi la, sebelum aku tido. Biar pening-pening sikit...senang nak tido. Good nite. (motif entry psl rokok buah-buahan ?)

Thursday, June 01, 2006

BYE-BYE

KISAH PENGANTIN : 1 HIDUP, 1 MATI

Begini ceritanya...

Tulisan ini awalnya ditulis dalam bahasa Cina. Kemudian diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris (kemudian ke dalam bahasa Indonesia).

Seorang guru sejarah melakukan kajian, dan tentu saja foto ini adalah NYATA dan benar-benar ada.

Berasal dari tahun 1920-an, dari sebuah desa di China. Umur sang gadis 17 tahun. Dia berasal dari keluarga yang berada dan kaya. Dengan kekuatan wang, dia berhasil mendapatkan lelaki idamannya.

Jejaka tersebut berumur 19 tahun, dan cukup popular di mata para gadis-gadis kerana ketampanannya. Mereka bertunang tetapi upacara pernikahan secara rasmi belum terlaksana kerana sang gadis meninggal akibat demam yang kuat, pada tahun 1922.

Sang jejaka tidak ingin menjalani ritual tradisional; menikah dengan orang yang telah mati, dan memutuskan untuk melarikan diri dan menjadi tentera. Tetapi, seperti telah disebutkan, sang gadis berasal dari keluarga yang kaya, dan anggota keluarganya berhasil membawa sang jejaka untuk kembali. Kemudiannya, sang jejaka dipaksa untuk menjalani ritual itu dengan menikahi gadis yang telah mati. Foto ini diambil pada tengah malam, ketika sang gadis telah mati selama 6 hari.

Mereka harus menyangga tubuh sang gadis dengan papan kayu, agar dapat berdiri dengan tegak. Perhatikan bahawa kaki sang gadis tidak menyentuh tanah secara penuh. Juga kelihatan 2 baris huruf Cina, yang mana, satu barisnya di tulis secara terbalik, yang dikatakan diperuntukkan bagi yang telah mati. Mereka mengatakan, jika anda menatap foto ini dalam tempoh yang lama dan jika sang gadis tersenyum balik kepada anda, hal buruk akan terjadi kepada anda. Ini kerana sang jejaka tidak ingin menjalani ritual tersebut. Namun, sang jejaka sangat miskin, dan tidak dapat melakukan apapun pada waktu itu.

Sang gadis sangat mencintainya, dan memaksanya untuk bertunangan. MENYERAMKAN??? Anda yang menentukan... Saya tidak berasa apa-apa ataupun melihat sang gadis tersenyum balik kepada saya...ANDA???

Mengikut sumber yg boleh dipercayai, gambar ini adalah original. Lihat pada muka pengantin perempuan. Kelihatan yang mata dan pipi perempuan itu jatuh, tanda sudah mati. Selain itu, mulut sang gadis juga terbuka sedikit. Itu biasa terjadi pada orang yang sudah mati kerana otot rahang sudah tidak berfungsi. Berbeza dengan pengantin lelaki, yang mukanya masih elok.

Kaki perempuan itu pun tidak menjejak tanah, kerana mereka menggunakan papan untuk mendirikan mayat tersebut. Macam mana mereka dirikan...masih menjadi misteri.

Photobucket - Video and Image Hosting