Tuesday, June 13, 2006

TEMAN TAPI MESRA BY RATU

(versi kelate)*_*



kawe punyo saing
saing sepermaine
Kemano ado dio sokmo ado kawe
Dio anak come
Jugo baik hati
Dio selalu ado waktu
Untuk bantu kawe

Namun kawe bengong
Ketiko dio ghoyak cinto
De dio jugok kecek
Tuk ingin jadi gewe kawe



Reff :
Bo deh sajo saing nge kawe
Jange mu mitok lebih** -** lebih**
Kawe tok ser cintai demo
Kito bersaing sajo
saing tapi mesro
kawe meme berkene ko demo
Namun kawe ado gewe doh
Lebih baik kito bersaing
Kito bersaing sajo saing tapi mesro..*

Thursday, June 08, 2006

AKU RASA, AKU SORG JE YG KEJE NIH ?

Kenapa Aku Letih Bekerja:

Selama beberapa tahun aku telah merungut kerana kurang tidur dan terlalu banyak tekanan dalam hidup, akan tetapi aku telah membuat satu analisis dan sekarang kini aku tahu kenapa ianya berlaku (the real reason) :

Di bawah ini aku akan tunjukkan kenapa aku mempunyai beban kerja yang lebih dan ianya adalah benar dan bukan rekaan aku :



Populasi penduduk Malaysia sekarang adalah 23 juta orang. 1.7 juta darinya sudah bersara. Jadi tinggal 21.3 juta orang. 1.3 juta pula adalah golongan kanak bawah 6 tahun. Jadi tinggal 20 juta orang. Dari 20 juta ini, 7 juta masih belajar (tadika, sekolah, kolej, universiti dll). Jadi tinggal 13 juta orang yang boleh buat kerja. Dari 13 juta ini, 5 juta orang adalah pekerja kerajaan yang pergi kerja tapi tak buat kerja. Jadi tinggal 8 juta orang yang boleh buat kerja.

Tolak 3 juta orang yang duduk dalam hutan (tentera darat) pasal diorang nie nak kerja macam mana...tinggal dalam hutan. Dah tinggal 5 juta orang yang boleh buat kerja....Dari jumlah itu, tolak 2.7 juta orang yang menganggur dan tak der kerja surirumah, pekerja yang kena VSS, orang tua, fresh university student, kena buang kerja dll). Tinggallah 2.3 juta orang yang boleh buat kerja.

Dari jumlah ini, sebanyak 1,215,512 orang dilaporkan sakit dan kini berada di dalam hospital di seluruh Malaysia (tak kiralah hospital swasta ke atau hospital kerajaan dan ini termasuklah hospital gila). Dah tinggal 1,084,488 orang yang boleh buat kerja....Sekarang ini mengikut bancian terkini, terdapat 1,084,486 orang di dalam penjara dan Pusat Serenti di seluruh negara. Jadi dah tinggal 2 orang yang boleh buat kerja...

Dan 2 orang itu adalah engkau dan aku...Dari dua orang ini...kau SEKARANG INI masih duduk depan komputer, main internet, main games, membaca email, gelak-gelak, kutuk-mengutuk dan tak buat kerja langsung...jadi tinggallah AKU sorang yang buat kerja dalam Malaysia nie...mana aku tak letih!! Jadi sedarlah sikit....DAHHHH...!!! PI BUAT KERJA!!!



P/S : Semua statistik di atas boleh dirujuk kesahihannya di Pusat Bancian, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pertahanan, Jabatan Tenaga Raya, Kementerian Pendidikan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Takkan nak rujuk itu pun nak kena suruh aku buat jugak.

EFFECTS OF EATING DISORDER !!!

"People with anorexia have an intense fear of being fat. When a person has anorexia, he or she hardly eats at all — and the small amount of food that is eaten becomes an obsession. A person with anorexia may weigh food before eating it or compulsively count the calories of everything. It is not unusual for a person with anorexia to also exercise excessively in an attempt to lose weight."



"A unique feature of anorexia is not only the strong desire to be very thin, but also the altered body perception that goes with it. Even though they might be shedding pounds at a dangerous rate, people with anorexia don't see themselves as thin. A person with the condition can look in the mirror and actually see a fat person."



"Characteristics of Anorexia":
- drops weight to about 20% below normal
- denies feeling hungry
- exercises excessively
- feels fat
- withdraws from social activities




Effects of Eating Disorders

Whatever the cause of an eating disorder, the effects can be damaging — if not downright devastating and life threatening. People who weigh at least 15% less than the normal weight for their height may not have enough body fat to keep their organs and other body parts healthy.



A person with anorexia can do damage to the heart, liver, and kidneys by not eating enough. The body slows everything down as if it were starving, causing a drop in blood pressure, pulse, and breathing rate. (For girls, this starvation mode may mean they stop getting their periods.)



Lack of energy can lead people with anorexia to feel light-headed and unable to concentrate. Anemia (lack of red blood cells) and swollen joints are common in people with anorexia, as are brittle bones. Anorexia can cause a person's hair to fall out, fingernails to break off, and a soft hair called lanugo to grow all over the skin. In severe cases, eating disorders can lead to severe malnutrition and even death.



For details, just visit this website:
  • KIDSHEALTH


  • This link is for calculating the BMI
  • BMI CALCULATOR


  • Di akhir kata, amalkanlah cara hidup sihat~

    p/s : TQ Shasha for this fact and advice :)

    Sunday, June 04, 2006

    THE TIP OF BORNEO

    Sabtu datang lagi. Hujung minggu ni sebegini memang dihabiskan dengan tido je. Masa-masa camni la, baru boleh nak bangun lewat. Baring-baring bermalasan atas tilam sambil berangan. Kalo hari-hari biasa, 5:30 pagi dah kena bangun, siap-siap nak gi kerja. 6:30 pagi dah kena bertolak pergi kerja, naik bas. Lambat sikit je, sure traffic jammed. Alamatnya, merah la punch card iteew.

    Alamak, dah jam 8 pagi!!!! Plan hari ni, nak ke Simpang Mengayau. Pukul 8:30 pagi, Sha akan datang amik aku dari Lok Kawi. Mujurlah Syai sms aku, kalo tak...sure aku tak jaga. Haih, ada setengah jam utk aku nak bersiap. Nak mandi, basuh baju, buat breakfast. Sempat ke ni ? Kemudian la, basuh baju tu. Breakfast, beli ondaway jelah.



    So, dah tengok peta di atas ? Nampak di mana Simpang Mengayau ? Itulah destinasi weol hari ini. So, hari sabtu kali ini, tidak dihabiskan dengan sia-sia. Ni pun, plan ad-hoc. Kalo plan awal-awal, sure tak jadi. Ada je aral melintang. Tapi, sure yuol tertanya-tanya kan, apakah istimewanya Simpang Mengayau ni ? Secara ringkas, Simpang Mengayau terletak dalam kawasan Kudat. Kudat juga merupakan antara bandar-bandar utama dalam negeri Sabah yang terletak di bahagian utara. Istimewanya Simpang Mengayau ini adalah kerana ia terletak di bahagian paling utara bagi Pulau Borneo. Simpang Mengayau juga mendapat jolokan The Tip Of Borneo. Dari sini, yuol boleh melihat pulau-pulau di bahagian Filipina yang bersempadan dengan Malaysia. Di sini juga, ada dibina satu monumen yang berbentuk glob bumi sebagai penanda. Panorama di sini memang sangat indah. Tidak lengkap lawatan yuol ke Sabah jika tidak ke Simpang Mengayau. Itulah yang weol beria-ia nak ke situ. Lagipun, ai ada lebih kurang 2 bulan sajork di sini sebelum kontrak ai tamat di sabah ni.

    Photobucket - Video and Image Hosting driver kita ari ni, ialah Sha!!! menten je driving 16 jam...pergi dan balik.

    Aku menunggu Sha di bus stop. 5 minit kemudian, Sha pun sampai. Terus weol memecut laju untuk mengambil Len. tapi dia tak siap lagi. Hampeh. Weol pun pegi ambik Azwan dulu dan kemudiannya baru berpatah balik untuk ambik Len. Sebelum tu, aku ada beli sikit kuih-muih yg ada dijual di tepi jalan, utk dibuat alas perut. Then, weol terus ke KK sbb Syai tunggu di Centre Point. Dah cukup korum, apa lagi...perjalanan pun dimulakan. YEAY!!!

    Photobucket - Video and Image Hosting aku sebagai co-driver yang bertauliah, memberi sokongan moral utk Sha dan juga menjadi teman berbual utk menghilangkan mengantuk si driver.

    Sepanjang perjalanan, semuanya ketawa riang. Non-stop bercerita itu ini. Pastu, melalak-lalak, menyanyi bermacam-macam lagu. Sempat gakla snap-snap gambar. Masuk je Tuaran, jalan sudah tidak brapa elok. Bergegar-gegar kereta kancil Sha ni. Ye, weol ke sana ngan kancil je. Aku bimbang gak, tapi bila Sha cakap dia pernah ke sana ngan kancil bertuahnya ni, dan selamat pergi balik...aku menarik nafas lega. Kiranya, kancil si Sha ni, tahan lasak gak. Memang amat teruk jalan. Tapi bila dah masuk ke pekan-pekan...oklah sikit jalannya.

    Photobucket - Video and Image Hosting AMereka yang di seat belakang. Azwan, Syai & Len...semua berwajah ceria di dalam perjalanan

    Weol dah sampai ke Kota Belud. Kiranya, inilah pekan kedua yang weol lalui selepas Tuaran. Actually, weol tak masuk pun pekan Tuaran tu, sbb jalan tak sama. Weol cuma lalu tepi-tepi je. Lagipun, kalo nak singgah semua pekan, haruslah malam karang baru sampai ke Simpang Mengayau tu. Ai suruh Sha perlahankan kereta sbb nak snapla signboard tu. Mujurlah tade kereta kat belakang. Weol semua dah menjerit2 macam orang gila, sebab baru je lepas azab sakit bontot, dengan jalan raya yang sgt teruk tadi.

    Photobucket - Video and Image Hosting sudah sampai ke Kota Belud

    Weol berenti rehat kejap kat Kota Belud ni. Kota Belud ni, majoritinya didiami oleh suku kaum Bajau. kalo yuol baca buku sejarah, yuol akan tau yang kaum Bajau adalah penunggang kuda yang mahir dan kuda banyak digunakan dalam kehidupan seharian suku kaum ini. Sebab itu, weol dapat lihat kuda di mana-mana saja. Satu lagi reason weol berenti sebab weol ternampak port best utk bergambar. Trus park kereta, dan berlari-lari ke tugu yang berbentuk kuda ni. Tugu ni, sebagai simbolik yang menunjukkan kepentingan kuda kepada kaum Bajau. Sebut, K.U.D.A !

    Photobucket - Video and Image Hosting posing ramai-ramai kat mercu tanda Kota Belud

    Dahla patung kuda ni terletak di tengah-tengah jalan raya, weol selamba je bergambar kat situ. Buat tak kisah je pada orang yang lalu lalang. Semua kereta yang lalu depan patung ni, tengok je weol yang macam orang gila, tak pernah jumpa benda alah ni. Ala, weol kan pelaoncong...so, apa nak peduli apa org kata. Lagipun, bukannya setiap hari dtg sini. Ada peluang camni, kenalah amik gambar puas-puas. Ai ingat nak panjang, nak duduk atas kuda tu, tapi tinggi sangat la patung tu. Tak sampai kaki aku. Sebenarnya, boleh je nak naik atas kuda tu, tapi nampak over sangat la plak kan. Nanti ada pulak kena tangkap polis, masuk wad gila. Lagipun, Kota belud ni femes ngan citer-citer mistik. So, kenala jaga kelakuan sikit.

    Photobucket - Video and Image Hosting tetap nak posing solo kan. suka ati aku la...kamera aku :P

    Dah puas bergambar, baru terasa perut lapar. Belum breakfast lagi. Kuih yg ai beli tadi, bukannya cukup utk mengenyangkan perut. So, trus cari kedai makan. Orang kata, mee sup Kota Belud ni, sedap. Tapi, tak taulah kedai mana yang jual mee sup yang sedap iteew. Last2, main masuk je kedai makan yang ternampak depan mata sebab semua pun dah lapar. Ai menten order mee sup, nak try sama ada sedap atau tak. Tapi masa order tu, waitress tu tanya aku soklan pelik, "Mee sup tu, mau letak mee ke tak ?" Ai dah blank, ngan soklan itu. Kalo dah makanan tu nama mee sup, sure ada mee kan. Kenapa nak tanya lagi ? Lainlah kalo ai mintak nak sup, barulah logik nak tanya, mau mee atau tak. Walaupun ai paham apa yang waitress tu maksudkan tapi ai tetap buat muka blank sbb soklan tu bunyi pelik. Ai pun ckpla, "nak letak mee." Pastu ai tanya lagi,"apa yang sedap kat sini?" Jawapan waitress tu,"ntah, saya pun tak tahu." Hayooo...apa punya waitress ni. Kalo aku jadi tokey kedai tu, aku suruh dia jadi pencuci pinggan je. Biar org lain je yg jadi waitress. Tak reti langsung nak buat promotion.

    Photobucket - Video and Image Hosting bersarapan di Kota Belud. Sedap...mee sup Kota Belud ni.

    Dah kenyang, weol sambung perjalanan. Sepanjang perjalanan, banyak sgt terjumpa ngan kenduri kawen. Jalan pun sempit sebab orang main parking kat tepi jalan je. Mentang-mentang cuti sekolah, semua orang pakat-pakat nak kawen masa ni. Ai nanti, nak buat kenduri kawen masa bulan posa, boley ? Tak payah nak sesak-sesak. Yuol datang kenduri umah ai, bawak hadiah...pastu ai bagi bunga telur ngan makanan kenduri utk yuol tapau, bawak balik. Ok tak ?

    Photobucket - Video and Image Hosting posing di atas jambatan gantung.

    Ternampak plak ngan jambatan gantung ni. Trus aku suruh Sha berhenti kejap sbb nak snap2 gambar. Len, tak sabar-sabar nak bergambar, terus tersepak besi yang terjulur keluar dari dalam tanah. Actually, kat area tu, diorang tengah buat construction, upgrade jalan area tu. Terputus pulak sandal Len. Rupanya, jari kaki Len terluka. Banyak gak kuar darah. Syai trus jadi nurse utk hari tu, cucikan darah kat kaki Len iteew. Azwan, awal-awal lagi dah melarikan diri sbb dia takut tengok darah. Tapi, itu semua tak mematahkan semangat ai nak bergambar kat jambatan gantung tu. Aku mintak tolong Azwan snap gambar aku, tengah posing kat jambatan tu. Nak gi ke tengah-tengah, rasa macam gayat pulak. Ai tengok kebawah, air sungai tu dahla deras, ngan warna yang keruh, buat ai rasa gerun. Pose kat tepi-tepi dahla.

    Photobucket - Video and Image Hosting berhenti rehat lagi sekali, di sini

    Bila dah keluar dari pekan Kota Belud, jalan menjadi teruk kembali, berlubang-lubang jalannya. Dahla jalannya pun beralun, naik bukit, turun bukit. Seksa gak kancil ni nak mendaki bukit ngan 5 orang dalamnya. Mujurlah Sha cekap driving. Nak suruh aku drive area ni, aku tak biasa. Skill memandu aku macam dah berkarat bila datang Sabah ni. Mana taknya, lebih 6 bulan aku tak sentuh langsung stereng kereta. Tapi, bila sampai kat kawasan tinggi, berasa nyaman je. Dengan angin yang agak dingin, tak terasa pun penat dok dalam kereta. Bila nampak pondok rehat, aku mintak Sha agar berehat kejap. Lagipun, Syai ngan Azwan nak sapkok jap. Padahal, dalam kereta tadi pun, dah 2,3 batang korang isap kan.

    Photobucket - Video and Image Hosting bergambar ramai-ramai kat pondok ni, sambil sapkok sepam dua

    Rasa tenang dan nyaman je kat sini. Kalo berangan kat sini, sure best. Tapi, spoil sbb asap rokok mengacau ai tengah feeling. Last2, ai pun join gak sepam. Sempatla snap gambar ramai2 kat pondok ni. Actually, belakang pondok ni ada anak sungai. Trus terasa macam nak mandi tapi bila mengenangkan jauh lagi Simpang Mengayau, ai cancel kan je idea tu. Perjalanan perlu la diteruskan.

    Photobucket - Video and Image Hosting berhenti kejap, di pekan Matunggong.

    Sandal Len yang putus, menyukarkan utk Len nak jalan-jalan. So, Len mintak Sha berenti kat mana kedai-kedai yang ternampak dalam ondaway utuk beli sandal baru. Tapi, kalo Len nak selipar Vincci Ke Nose ke, jangan haraplah ada kat area ni. Then, weol sampai ke pekan Matunggong. Mujurlah ada deretan shop lots kat area ni. So, singgah jap. Len nak beli selipar dan yang lain-lain plak nak beli air. Panas sgt ari ni, cepat lah dahaga. Mujurlah ada kedai jual selipar jepun yang yg bercorak cantik. Harga pun tak mahal, RM3 sajork. Oklah, utk temporary use kan. Darah kat kaki Len pun dah start membeku tapi masih ada sikit2 lagi yang mengalir keluar. So, Syai pun belilah handyplas. Nak balut jari kaki yang berdarah tu. Trus jadi nurse de mission utk trip kali ni.

    Photobucket - Video and Image Hosting Syai tgh jadi nurse, merawat kaki Len yang luka

    Perjalanan diteruskan lagi. Kali ni, takleh berenti dah. Takut lewat plak sampai ke destinasi yang sebenar. Semua pun sudah letih dan kepanasan dalam kereta. Nak menyanyi2 pun semua macam dah tade mood. Penat dan tensen ngan jalan raya yang sgt teruk. Sakit ya amat bontot-bontot weol. Tapi, bila dah nampak signboard kat abwah ni, weol terus happy. Semua trus segar bugar, hilang segala penat dan tensen.

    Photobucket - Video and Image Hosting sudah sampai ke junction Simpang Mengayau!!!!

    Rupanya, jauh lagi Simpang Mengayau tu. Tertipu sgt ngan signboard tu. Ada lebih kurang sejam barulah sampai betul-betul ke tempat berkenaan. Jalan nak masuk ke Simpang Mengayau lagi horro. Jalan berbatu-batu dan berbukit-bukit. Semput gakla kancil ni nak mendaki bukit. Walaupun jalan tu tak bertar, at least batu-batu jalan tu, rata. Tapi bergegar-gegar gaklah weol dalam kereta tu. Jalan pun berdebu, terpaksala weol tutup tingkap.

    Photobucket - Video and Image Hosting inilah batu tanda yang menunjukkan "THE TIP OF BORNEO"

    Akhirnya, weol sampai jua!!!! Perjalanan yang menyeksakan yang lebih dari 5 jam iteew, berasakan amat berbaloi apabila melihat batu tanda ni. Rasa puas, apabila sampai ke tempat yang dituju. Apa lagi, sesi bergambar pastilah tidak akan dilepaskan. Kat batu tanda itu jugak ada tertulis asal-usul nama Simpang Mengayau dan juga catatan sejarah ringkas berkenaan tempat ini. Yuol nak tau, yuol kenalah datang tengok, malas nak citer. Apa pun, memang cantik pemandangan di sini. Tidak dapat digambarkan dengan kata-kata tapi ai abadikan dalam gambar jelah. Ai taknak amik gambar pemandangan jer sebab ai bukan nak buat jurnal geografi atau sejarah. So, ai snap2 gambar pun, mesti ada model-modelnya. Sapa lagi, kalo weol sendiri. Hehehe...

    Photobucket - Video and Image Hosting inilah tiang bendera yang digunakan sempena sambutan hari kemerdekaan yang pertama kali dianjurkan di Kudat

    Photobucket - Video and Image Hosting posing dengan berlatarbelakangkan laut

    Photobucket - Video and Image Hosting semua turun ke bawah, nak merasa jalan2 kat hujung borneo

    Photobucket - Video and Image Hosting cuba nak buat posing comel

    Photobucket - Video and Image Hosting masing2 tengah posing, melihat pulau banggi yang terletak di antara sempadan malaysia dan filipina

    Photobucket - Video and Image Hosting sanggup tu, posing baring

    Photobucket - Video and Image Hosting we're here!!!

    Photobucket - Video and Image Hosting berangan posing model kat podium mini

    Photobucket - Video and Image Hosting gambar para peserta yang mengikuti TRIP TO KUDAT ni. Depan dari kiri...Azwan, Syai & Sha. Belakang dari kiri, Aku & Len. Inilah gambar terakhir.

    Penat dah tulis ni, lagi 10 minit, ai kena tido sebab esok kerja. Mata ai ni pun takleh nak bukak. Dah menguap berkali-kali ni. Kalo yuol tak suka ngan apa ai citer ni, ai tak kisah. Ai just nak share sajork lagipun ni blog ai, ai boleh buat apa yg ai suka. Chihihi. Ingatkan nak sambung ngan menaip sambungan cerpen, bab keempat tapi ai dah mengantuk sangat. Later la ai tulis lagi. Lagu Dewa yang ai tengah dengar skrng ni pun, buat ai makin mengantuk. Lagunya mmg feeling tapi kalo yuol ngantuk, harusla yuol feeling sampai trus tertido. Lagu apa, yg ai dgr ? lagu dari album baru Dewa, Laskar Cinta. Lagu ni bertajuk Selimut Hati. Ai sebenarnya tak minat sgt lagu-lagu band indon ni. tapi, sebab minggu lepas ai terpaksa dgr lagu ni berpuluh-puluh kali, trus ai terasa mcm best plak lagu ni. Sapa orang yg buat ai tertarik ngan lagu ni, tatau ? Tapi, baik yuol dengarkan lagu ni, memang feeling habis. Motif entry melancong melalut jadi promosi lagu ?

    SAMBUTAN PESTA KAAMATAN PERINGKAT MALAYSIA

    Seperti yang ai citer dalam entry lepas, yang Hari Kaamatan disambut dengan meriahnya di Sabah. Jadi, sambutan Hari Kaamatan peringkat Malaysia telah diadakan di Sabah. Dewan Chanselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah dipilih sebagai lokasi. 2 hari cuti umum dan 31 Mei dijadikan hari kemuncak. Ai tgk banner yang dipasang sekitar KK ada mention pasal Siti Nurhaliza, Marsha dan Felix akan datang pada malam tu, utk buat persembahan.

    Photobucket - Video and Image Hosting jom kita ke sana naik prado!!! prado sapa ni, tatau ?

    So, ai pun pergilah. Nak gak tgk apa yg menarik. Bunyinya mcm grand. Kalo ada Siti Nurhaliza, sure grand. Yeke ? Sorry, ai tak minat sgt Siti. ai cuma suka lagu-lagu nyanyiannya saja. tapi, kalo konsert free....ai ok je nak gi tgk.

    Sesampai je di UMS, orang dah ramai. park keta pun kena jauh2. dahla UMS ni berbukit-bukit, penat nak jalan...asyik kena mendaki je. sentapla. pastu, dgr org ckp ada makan free. bila gi tgk...dah abis. melepas la plak. sapa soh hang dtg lambat ? lagi mau brangan diva, kan ? ko igt ko vip ? mau makan beralas kain kuning segala.

    Photobucket - Video and Image Hosting kat tiang dewan ni pun, diletak jugak rambu ramba ni. betul ke, iteew panggilannya ? lantakla..

    dah tade apa nak makan, trus aku menuju ke dewan. sesak ngan orang. ai rimas, ai rimas. abg, tolong jangan cikrab saya ye...kalo gatal sgt nak cikrab... baik gi cikrab akak jual kraftangan tu!!! nak jolok puki dia pun boleh. lepas maki abg tu, barulah ai prasan byk gerai disediakan utk berjual barang2 barang kraftangan di ruang legar dewan ni. macam biasalah, ai jamu mata sajork. mahal2 ok kraftangannya. baik ai pergi makan nasi ayam singapore, kenyang gak. makan barang2 kraf ni, nnt sakit perut lak. sempat gak, ai snap gambar kat buluh yang berambu ramba ni. cantik. motif buluh ni dirambu ramba kan, ai kurg pasti. tapi, mesti ada sangkut paut ngan semangat padi. kan hari kaamatan adalah juga pesta menuai.

    Photobucket - Video and Image Hosting ala2, mistik je gambar ni...siap ada kabus2 lagi

    pastu, ai sempatla snap kat depan ruang tamu ni. motif dia buat ruang tamu, macam nak jual rumah kat tgh2 luar legar ni ? lantak diorang la, ai tak amik kisah. yg penting, ai leh snap2. bubble2 putih tu bukanlah efek digicam ai tapi adalah wap2 air yang terhasil dari kipas berdekatan. ala, macam kipas kat starbuck tu. kipas berpusing ligat sambil sembur air2 utk lagi sejuk.

    pastu, ai ternampak makcik ngan pakcik ni ala2 jd model buat barangan kraftangan. ai rasa mcm masuk muzium hidup pulak. apa lagi, ai pun snap la gambar. makcik tu tgh dok anyam daun2 nak buat tudung saji. palcik tu pulak tgh dok buat sompoton, sejenis alat muzik tradisional kaum kadazan. lagi sekali ai ucapkan terima kasih tak terhingga kepada kipas lahanat tu, sbb bg gambar ai ada efek bubble2 ni.

    Photobucket - Video and Image Hosting ai suka tgk makcik dan pakcik ni...menten buat benda alah tu, tak pedulikan org lalu lalang depan diorang

    pastu, ai pun masukla dewan tu. alamak, sgt penuh, dah tade tmpt duduk. ai berdiri sajork. show start kol 730 malam tapi orang ramai dah masuk seawal jam 6 petang. harus tak smyg maghrib kan ? maghrib kat sini masuk pukul 630 ptg. jgn tanya ai, ai uzur ari ni. disebabkan ai lenguh berdiri dan berasak2 dlm dewan tu, ai pun kuar dr dewan tu. tade makna nak menyakitkan badan tgk konsert free tu, padahal ada tunjuk live lagi kat tv. lagipun ai rasa lapar plak. pastu ai pun berambus dr UMS tu. tak best pun...baik dok rumah tgk astro lag best, astro kat umah sapa, tatau ?