Monday, September 03, 2007

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 50

Hi, bertemu kembali selepas lama menyepikan diri. Teramat buzy sejak kebelakangan ni. Nak update blog pun tak sempat. Satu2 nya sumber internet, kat opis. Kalo opis pun bz je manjang, memang tak sempat pun nak type entry. Nak type lepas opis hour pun tak sempat sbb abis je opis hour, dah ada plan menanti. Bukan bermakna, 530pm sharp aku kuar opis. Dalam 630 pm baru aku punch out sebab, aku malas nak rebut2 naik monorel/bas/lrt ni. Lagipun, aku leh bereskan kerja2 tertunggak masa tu.

POSING DI FPSO
TAKUT TENGOK DIRI SENDIRI!!!!
MAKIN LAMA DOK KAT KAPAL, MAKIN NAIK BADAN AKU
Tapi, kalau aku kena kerja kat laut ni. Sempat pulak aku type blog. Yelah, waktu kerja flexible. Yang penting, tau camne nak bahagikan masa untuk makan, tido dan kerja. Lagipun, memang 24 jam dok atas kapal ni...jadi memang banyak terluang. Kalo dok kat darat, siang kena dok opis. Malam, balik umah. Kalo ada benda nak buat pun, semuanya lps waktu opis. Weekend pulak nak hang out ngan kawan-kawan dan juga scandal2. Jadi, mana ada masa nak update blog. Tapi, kalo dah pasang streamyx kat umah nanti, maybe ada masa kot. Tapi, kalo dah ada streamyx, sure mirc, ym dan juga server2 donlod jadi focus. Tetap tak update blog jugak. Hmmmm....

BANNER FOR MERDEKA CELEBRATION
Sekarang ni, aku kat laut la. Tu yang ada masa nak update blog. Dah dekat seminggu aku kat laut ni. Aku onboard, 28/9 dan maybe balik ke darat 8/9. Sempat ke, aku nak gi audition One In A Million season 2 ni ? Audition kat times square bermula 8/9 hingga 9/9 ni. Tapi, tak kisahla. Bukannya aku nak masuk sangat. Saja gi audition. Dapat kenal kawan baru sambil2 tengok gelagat orang lain. Tapi, dalam event yang lain pulak, aku celebrate merdeka kat laut je. Jadi tiada sambutan merdeka yang semeriah dulu. Kat kapal ni, pusing2 situ jugak. Jealous betul, tgk org lain party sana sini. Nak buat camne, dah kena kerja kan.

KEK MERDEKA

Tapi, kat kapal ni pun...ada gak sambutan merdeka. Walaupun tak sehappening KL but still meriah. So, okla. Aku nak share gambar2 je. Malas nak type panjang2. Banyak lagi benda lain nak kena buat kapal ni. Nak buat inspection la, nak buat audit la, nak buat report la, nak buat meeting la, nak buat staff records la, nak buat hse award points la, nak bagi talks....macam2. Tu la, nak sangat masuk HSE line kan....Tadi, baru je boss aku kat opis, call aku kat sini. Kena marah. Huhuhu....Tapi, apa pun....aku tetap suka kerja aku.


MACAM BIASA, AKSI AKU MAKAN2 PASTI ADA. BERSAMA CHIEF COOK

Malam 31/8, kat fpso ni, caterer ada buat makan besar. Saja untuk memeriahkan lagi sambutan malam merdeka. Itu jela special nyer. Kalo ada event, sure makan besar dan makan sedap2. Lain dari hari biasa. Masa last trip aku ke kapal ni, Chief Cook buatkan aku kek birthday. Actually, kapten kapal yang suruh buat kek utk aku. Aku tak mintak pun. Tapi dah ada orang nak buatkan, aku rasa happy sangat. Terharu pun ada. Walaupun takleh celebrate ngan family dan kawan-kawan, tapi sambutan harijadi di atas kapal bersama rakan sekerja pun, dah cukup menggembirakan. Yelah, aku paling muda kat sini. Rasa macam adik bongsu pulak. Mula la nak manja2. Tapi, tak boleh over2. Aku datang ke kapal atas urusan kerja, bukan holiday. So, time kerja, kenala profesional. Outside working time, leh la nak mesra2 dan gurau senda.


THESE LADIES DATANG BUAT ASSESSMENT DI SATELLITE PLATFORMS


Tapi aku ni, bukannya strict. Still ada linearity. Walaupun kalo nak ikut level, level aku lagi tinggi tapi, abang2 kat kapal ni, lagi experience dari aku. Tak boleh la aku nak berlagak dan menyombong. Aku pun masih mentah lagi. Banyak nak kena belajar. Jadi, from them la, aku belajar. Senang je prinsip dia, kalo kita hormat orang, orang akan hormat kita. Tu je yang aku apply. Kalo rakan sekerja baik ngan kita, senang kita nak buat kerja. Dahla aku dalam HSE line. Memang tugas yang berat. Kalo tade kerjasama dari semua pihak, camne nak implement HSE aspect. Lebih2 lagi, implementation tu semua kerja aku. Hancur la KPI aku, kalo aku takleh meet target. So, kena baik ngan semua orang dan jaga hubungan sesama rakan sekerja. Tapi, ada kalanya....kita kena juga bertegas dalam satu2 perkara. Lebih2 lagi kalo melibatkan safety.

Dah letih menaip. Nanti aku sambung dalam entry lain plak. Kena la buat entry baru, sebab orang dah bising2 kata blog aku ni dah jadi teratak buruk penuh sawang. So, sawang dah dibersihkan lite2, utk sementara waktu.

Tuesday, July 24, 2007

EMAIL IS A COMMUNICATION TOOL

From: Lee Cooper

hi u ol,

since msg yg aku anta kat ko tak sampai2.. so aku assume ko maseh lagi di offshore kan... !!! nak wish ko happey birthday lah u ol!!~! :) celebrate birthday kat offshore ke u ol? terjun laut tak? hehehe... sure dapat sesuatu gitu.. ok lahhh.. wish u all the best...!!! doakan kite semua yg terbaik...

bile nak dapat org tersayang niehhh??? nanti dah dapat kabo2 lahh.. :P

ok nanti later kalo nak celebrate birthday ko .. inform aku ok... i punye birthday pun tak celebrate2 lagi.. so malas nak celebrate dahh ... hahaha.. ok take care...

regards
-katongCUN-



From: izzu

Yes, aku masih lagi kat offshore. Terima kasih for da wish. Tadela celebrate apa pun. Cuma chief cook kat sini, buatkan aku kek besday. Terharu sgt rasanya. Aku tak mintak apa2…tapi, dia dah buat kek tu, aku rasa berterima kasih sgt. Kapten yang suruh dia buat, aku sgt2 menghargainya. Tapi, tadela happening celebration yg biasa kita buat. Sini, bz ngan kerja. Just ada kek, wish dan makan dan sambung buat kerja.

Perlu ker aku nak terjun laut ? baik aku, mandi dlm bath tub kapten, lagi best. Tapi, kalo boleh la kan.

Orang tersayang ? Tade la. Asyik tak sangkut je. Last2 aku pasrah jela. Kalo ada, adalah. Kalo tade, lantakla. Tapi pencarian tetap akan diteruskan. Cuma takkan gigih cam dulu la….sampai demam2. hehehe….

Skrg ni, aku jadi suka kerja kat offshore. Staff kat sini, semuanya baik2 dan bagi kerjasama yang sepenuhnya untuk aku buat kerja aku. Dan ada 2,3 orang yang betul2 aku close. Tadela, aku rasa lonely kat offshore ni. Walaupun, aku balik ke darat dan buat kerja2 opis, aku still kontek diorang, tanya khabar. Especially yang production technician ngan assistant cook. Memang best bila ngam. Feel really2 different. Kalo istilah korg kat aku, i'm turning to my "alter ego identity". U know wut i mean. But, i feel comfortable with dat although sometimes need to pretend and hide all the "unnecessary" thought. Well, i already get used to it.

Susah nak kapel2 ni. Aku takut org takleh nak terima kerja aku. Kdg2 kena gi offshore. 2 minggu lak tu, kalo paling lama. Aku leh komitmen tapi aku takut org yg jadi kapel aku yg takleh nak bg komitmen. Aku takut unfair. Adala, sorg dua yang selalu keep in touch tapi tgkla camne nnt. Ko pun tau kan, aku suka yang lagi tua dr aku. Tapi, kalo yg lagi muda pun, aku consider sbb aku suka melayan org…Cuma taknakla terlalu kebudak-budakkan la

So, kalo jadi, jadila…kalo tak jadi….fokus kerja je la. Lagipun, plan aku…lagi 5 atau 6 tahun, aku nak permanently kerja offshore plak…kalo ada rezeki la. So, leh ke dia tahan ngan aku nnt ? nak ke long distance ? Tapi, it just a plan. Tak tau leh tercapai ke tak hasrat aku nak permanently kerja offshore. But, aku semakin suka ngan environment kerja di offshore ni.

Ok, I’ll inform u. apa salahnya kita celebrate sama2 kan ? setakat, minum2 makan kek kat secret recipe…pun dah ok. Gaji ko lg byk dr gaji aku…shud be no problem kan.

Aku balik ke darat, aku call ko

Thursday, July 19, 2007

DIHAMBAT LAMUNAN, MENGEJAR IMPIAN

awak apa khabar ? harap awak sihat dan ceria selalu

saya tgh pening kepala, di atas fpso ni

byk kerja sampai saya tak terbuat dan i really hate office politics

last2,saya dok kat turret (di hujung kapal) sambil berangan tgh berlakon filem titanic ngan awak sambil ditemani lembayung senja.

"u jump, i jump". tapi saya jump guna pelampung la sbb saya tak reti berenang

kalo awak ada kat sini, leh gak saya bwk jalan2 keliling kapal, lps tu naik bot gi tgk unmanned platform, lps tu masuk engine room, lepak ptg2 kat helideck, boleh main pingpong kat navigation deck, join saya buat inspection kat chiller dan freezer room, lepas tu, tgk ikan berenang tunggu makanan kat poop deck.

sure kita dok sebilik, katil queen...mesti awak nampak comel kan, kalo awak pakai coverall, safety helmet dan safety boots. lagi comel kalo awak pakai safety glass yang warna hitam. trus pinjam kamera oim, nak amik gambar :)

kalo la, awak jadi kapel saya nnt...awak boleh tahan ke, ngan kerja saya. selalu kena ke offshore. Selalu outstation. Awak leh tahan ke ?

sure, mlm minggu ari tu, awak clubbing sakan kan ?

kalo awak kat sini, leh gak layan karaoke....nyanyi duet :)

tak sabar2, saya nak kembali ke kl. Jumpa awak.

Saya nak peluk awak puas-puas, cium awak puas-puas dan spend time masa ngan awak puas-puas.

Tapi, awak nak ke ngan saya ? saya ni biasa je. Tade langsung yang istimewa. Saya ni sederhana je. Tak reti nak mewah-mewah. Tak reti nak pakai yang mahal-mahal. Cukup setakat ada je walaupun keinginan tu ada tapi saya rasa banyak lagi benda penting yang perlu diutamakan.

Tapi, yang pasti….saya takkan hampakan awak. Saya akan buat yang terbaik untuk awak. Saya nak awak rasa selesa ngan saya dan sentiasa rasa gembira bila dengan saya. Saya akan terima awak seadanya dan saya harap awak pun begitu jua.

Tapi, kalau la awak dengar apa yang saya cakap ni, kalaula awak nampak apa yang saya buat ni, kalau la awak dapat berkata-kata….sudah pasti saya tau apa yang awak rasa.

Tapi, awak masih lagi diam dan saya pun tak pasti. Pancaindera itu tak berdaya. Saya pasrah dan paham. Saya tak berharap apa-apa dari awak. Cuma saya harap, awak dapat merasainya, sudah memadai buat saya.

Saya akan kembali ke KL dan saya akan mencari awak. Awak hanya perlu tunggu kedatangan saya.

Wednesday, July 18, 2007

HAPPY BIRTHDAY TO ME - 25 YEARS OLD NOW

Huhuhuhuhu.....sedihnya. Tahun ni, takleh celebrate birthday. Aku pun tak ingat, hari ni birthday aku. Bila kat offshore ni, memang tak bother pun pasal hari atau tarikh. Lebih2 lagi, kat atas kapal di tengah laut ni....semuanya nampak sama je.


Kalo tak kerana, OIM (Operation Installation Manager) wish aku birthday, memang aku dah lupa langsung. Sebenarnya, aku buat-buat lupa. Sebab aku tau, kat atas kapal ni, takleh nak celebrate semeriah macam kat darat.


Mujurla, sebelum aku ke offshore....aku ngan hosmet aku, AZ buat pre-celebration. Malam khamis, aku beli barang2 sikit dan kitorg berdua, masak2. Sebenarnya, Az sorang je yang masak sebab aku malas. Rasa down sikit, sebab takleh nak celebrate birthday. Baru je plan, nak beli kek kat secret recipe. Tetiba, boss suruh gi offshore. Terpaksala pergi kan. Apa pun work comes first kan. Nak buat camne. So, makan2 la kitorg berdua je. Okla tu, dari tade langsung. 2 orang pun ok. Mujurla, aku ada hosmet yang baik. Tade hadiah, tade kad pun takpe. Yang penting ada celebration, ada makan2 pun dah ok. :)


Tapi, sebak gakla. Patutnya, hari ni leh buat celebration tapi tercampak kat tgh laut ni. Takpela, aku celebrate ngan ikan-ikan, mesin-mesin dan juga crude oil. Dan, part yang paling best...aku ada giant candle. Flare stack jadi aku nyer candle utk birthday aku. Bukan senang, nak dpt giant candle yang setinggi bangunan 9, 10 tingkat jadi candle birthday. Nampaknya, lepas ni....aku nak gi area turret, nak melara sorang-sorang kat situ. Layan feeling sambil ditiup angin sepoi-sepoi bahasa. Then, nyanyi lagu birthday untuk diri sendiri.


Dahla, takleh bawak handphone. Kalo tak, sure dapat wish birthday. Kalo tak dapat banyak, satu pun cukup. Mesti lagi sweet, kalo dapat wish dari my sweetheart. But, aku tade kapel lagi. I'm damn single!!! Jadi, tadela...wish dari my sweetheart. Tapi, kalo ada kapel....lps tu, kapel aku pulak, leh ikut aku ke kapala ni...sure best giler. Leh layan romantik, jiwang2, feeling kat kat aft deck. Lepas tu, buat scene macam filem Titanic. Berdiri kat hujung kapal, sambil aku memeluk dia dari belakang dan buat aksi macam nak terbang. Mesti romantik. Tapi, semua tu angan-angan je la. Sebab, takkan aku nak buat camtu kat sini, sorang-sorang. Nanti, orang ingat aku gila pula. Silap-silap, jatuh dalam laut.


Tapi, takpela. Nak buat camne kan. I'm damn single with no birthday party to celebrate. Baik aku truskan buat kerja aku. Buat inspection kat cargo tank, ada gak faedahnya. Lagipun, ABS Surveyor datang ari ni nak buat survey. So, kalo aku join diorang....masuk cargo tank yang lagi panas dari sauna tu...sure aku leh lupakan pasal birthday thing ni.


Nak balik ke darat, 28 July ni. Tu pun, kalo dapat balik. Kalo boss suruh stay sampai 4 August, mau menangis aku kat sini. Takpela, pasrah je la. Lagipun, aku yang nak kerja ni. So, kenalah hadapi cabaran-cabarannya. Balik KL ni, aku nak balas dendam. Aku nak beli sebijik kek secret recipe, lepas tu makan sorang-sorang. Biar puas hati aku.


Lupa pulak, hosmet takleh dilupakan. Beli kek, makan berdua la. Eh, lupa pulak....kawan-kawan yang lain. Kalo korang terbaca coretan merepek aku tulis ni, nanti jemputlah ke rumah, bila aku dah kembali ke KL nanti. Kita makan kek secret recipe sama-sama ye. I taknak hadiah atau apa2 (nak bagi takpe, satu besen saya tadahkan). Cukupla sekadar wish dan kehadiran kamu. Sudah cukup menggembirakan.


Anyway, HAPPY BIRTHDAY TO ME !!!! 18th JULY 2007

Tuesday, July 10, 2007

LAGU TEMA TERBARU

Lagu tema untuk bulan ini adalah
ADA CINTA
AHCA & IRWANSYAH
Ucapkanlah kasih
Satu kata yang kunantikan
Sebab ku tak mampu baca matamu
Mendengar bisikmu

Nyanyikanlah kasih
Senandung kata hatimu
Sebab ku tak sanggup
Mengartikan getar ini
Sebab ku meragu pada dirimu

Mengapa berat ungkapkan cinta
Padahal ia ada
Dalam renyai hujan
Dalam terang bulan
Juga dalam sedu sedan
Mengapa sulit mengaku cinta
Padahal ia terasa
Dalam rindu dendam
Hening malam
Cinta terasa ada
Lagu ni macam kena sangat dengan aku.
At least, itu apa yang aku rasa la.
Sekarang ni, kat opis dan kat rumah, aku asyik pasang lagu ni je, ulang-ulang.
Best sangat lagu ni.
Syahdu