Friday, May 09, 2008

BIRTHDAY PARTY SASA DI UMAH AKU

Kami, penduduk rumah sangat berbesar hati dan terharu kerana Miss Sasa sanggup memilih kediaman kami sebagai tempat untuk dijadikan majlis hari jadi beliau. Dengan perabot yang serba kekurangan dan tiada sofa 3+2+1 serta meja makan, jamuan hanya mampu disajikan di atas lantai sahaja.

Penyediaan dan penyusunan makanan sebelum majlis bermula

Walaupun begitu, rumah kami berjaya juga dilengkapi dengan mesin basuh automatik, peti sejuk dua pintu, tv set (tv dan rak tv) yang dibeli sendiri serta kabinet dapur berkonsepkan bar yang telah disediakan oleh tuan rumah. Semua peralatan itu berjaya memenuhi spesifikasi untuk sambutan hari jadi Miss Sasa di rumah kami dan menceriakan lagi suasana majlis


Belakang (Dari kiri ke kanan : KJ, Jai, Ed & Iqbal)

Depan (dari Kiri ke kanan : Acai, Ajud dan Miss Sasa)

Miss Sasa telah membeli kek strawberry untuk dirinya sendiri sementara tuan rumah hanya mampu menyediakan roti bun coklat dan juga roti bun keju serta makanan dan minuman ringan bsereta dengan fruit cocktail.

Pemilik blog sedang posing bersama Miss Sasa

Majlis yang serba ringkas ini diserikan lagi dengan nyanyian lagu harijadi, khas buat Miss Sasa yang nampak sungguh berseri-seri pada hari berkenaan walaupun umurnya sudah meningkat setahun lebih tua.

Kek Strawberry dihiasi lilin mengikut umur Miss Sasa

Majlis diakhiri dengan sesi bergambar beramai-ramai sebagai kenangan terindah dan disertai dengan perut yang membusung kerana kekenyangan makan kek dan roti dan makanan ringan walapun selepas itu disusuli dengan minum petang di kedai Sop Meletop.

LEPAK KAT LOTUS JAM 4 PAGI

Lepas penat berlibur, kami semua menuju ke mamak Lotus untuk minum2 dan melepaskan lelah sambil berborak kosong. Walaupun mata sudah kemerahan, menahan mengantuk tapi tetap digagahkan juga, mencelikkan mata agar dpt meneruskan perbualan sampai ke awal subu pagi.





Bila dah tak larat sangat dan senyuman palsu dan buat-buat mula terukir di bibir, barulah bergerak pulang ke rumah. Rutin ini, akan diteruskan lagi pada malam minggu berikutnya jika ada kelapangan.

Tuesday, April 22, 2008

PAST WEEKS ACTIVITIES

CONFINED SPACE TRAINING AT TERENGGANU SAFETY TRAINING CENTRE


ONLINE GAMES EXHIBITION AT BERJAYA TIMES SQUARE


IN THE SMOKING ROOM AT OFFICE


COMPANY'S BOWLING TOURNAMENT AT FLAMINGO HOTEL, AMPANG

KARAOKE TIME WITH COLLEAGUES

Macam biasa, sesi karaoke bersama teman sekerja sudah menjadi aktiviti bulanan kami. Kali ni, ahli2 rombongan bertambah ramai. Kebiasaannya, aktiviti hanya untuk boys' nite out tapi untuk sesi kali ini, kami telah disertai oleh gadis jelita yang juga sama gilanya, suka berkaraoke.


Tempat karaoke pilihan, sudah semestinya, RED BOX, SOGO. Dengan bilik karaoke yang selesa, pakej buffet dinner yang menyelerakan serta pilihan lagu-lagu yang terkini membuatkan kami sentiasa teruja untuk kembali ke sini dan menempah trip kami ke sini, setiap kali awal bulan. Maklumlah, baru dapat gaji masa tu.


Sudah tentu aku menjadi STAR pada malam itu. Aku rasa, mana2 sessi karaoke yang aku sertai aku cuba buat yang terbaik. Paling kurang tak sakit telinga la. Lagu yang menjadi pilihan hangat pada malam itu adalah dari dendangan:

1 - Freedom - Mulanya Di Sini
2 - M Daud Kilau - Cik Mek Molek
3 - Ratu - Teman Tapi Mesra
4 - Rabbani - Pergi Tak Kembali
5 - Jay Jay - Rindu Bayangan
6 - Rahimah Rahim - Gadis Dan Bunga
7 - Letto - Ruang Rindu

Sesi karaoke akan diteruskan lagi pada awal bulan depan pulak. Sehingga itu, wassalam

Tuesday, April 01, 2008

NEW PRODUCT

KHAS UNTUK WANITA


KHAS UNTUK LELAKI


KHAS UNTUK MOBIL ANDA


SILA HUBUNGI 012 - 6162457 UNTUK KETERANGAN LANJUT