Wednesday, August 17, 2011

BATU LONCATAN




kita ingatkan, dia nak kenal kita dan nak berkawan ngan kita kerana dia suka kat kita

kita pun dah macam suka ngan dia

rupanya kita silap dan syok sendiri

sebenarnya dia kawan ngan kita kerana dia nak kenal ngan kawan kita

bila dah dapat peluang kenal kawan kita, dia suka pulak kat kawan kita

rupanya, kita ni hanya batu loncatan je sebab dia memang dah lama nak ngorat kawan kita


kalau macam tu, baik tak payah nak berkenalan langsung kalo kita ni hanya jadi sebahagian daripada modus operandi dia

baik dia terus terang je dari awal apa tujuan dia nak berkenalan dan berkawan ngan kita

tadela kita nak terasa hati sangat dan terkilan

tapi, kita tak kisah pun sebab kita dah biasa kena macam ni

cuma kita harap kawan kita tu bahagia la ngan dia

lagipun buat apa kita nak terus berkawan ngan org macam tu yang tak jujur

hanya tahu mempergunakan kita saja

kalau macam tu, kita nak tukar namalah jadi...

MOHAMMAD BATU LONCATAN BIN AMBIL KESEMPATAN


Sunday, July 31, 2011

BILA DAH START SUKA....


bila dah start suka.....orang di sana pula yang tidak suka. tetiba je, membisu seribu bahasa tanpa sebarang sebab. kita pulak yang jadi terpinga2, dok pikir2 apa sebabnya.

bila dah start suka.....orang di sana pula yang macam dah tak berminat. padahal, dulu, dia lah yang beria2 nak sangat nak kenal. message di FB, message di YM, message di HP. kita pulak yang rasa serba salah, takut2 ada buat salah.

bila dah start suka.....orang di sana pula anggap kita macam kawan biasa je. padahal kita dok tangkap syok kat dia dan berasa macam ada harapan. kita pulak yang rasa malu sendiri sbb dia tade pun perasaan lebih dari kawan.


bila dah start suka.....orang di sana pula yang buat hal. masa tu la, tetiba tade masa untuk kita. masa tu la, tetiba outstation sana sini. masa tu la, tetiba nak kena kerja overtime. kita pulak yang dok pikir2, busy sangat ke kerja dia sampai tade masa free langsung.

bila dah start suka.....orang di sana pula yang sangat cerewet. itu tak boleh, ini tak boleh. itu jangan. ini larangan. ada je pantang larang dan songehnyer. kita pulak yang rasa rimas, macam masuk plkn.

bila dah start suka.....orang di sana pula dah disambar orang. ingatkan dia layan kita sorang. rupa-rupanya, banyak lagi yang dia layan. kita ni back-up stock je, ranking no 5 je. buat simpanan jika orang yang dia layan tak bagi respon baik. kita pulak yang rasa macam bodoh sebab dok percaya sangat.

bila dah start suka.....orang di sana pula yang ada agenda tersendiri. kita dok percaya yang dia ikhlas berkawan dan memang nak kat kita. sebenarnya, buat kita sebagai batu loncatan je. kenal kita sebab nak tackle kawan kita. kenal kita sebab nak mintak belanja itu ini. kenal kita sebab nak senang mudah. kita pulak yang rasa dipergunakan, mcm la kita ni kaya sangat.

bila dah start suka.....orang di sana pun suka kita jugak tapi kita pulak yang rasa belum bersedia untuk ada relationship. takut luka lama berdarah kembali. lebih baik have fun ngan kawan2 je. tak perlu nak pening pasal relationship, kita pulak yang rasa macam hidup single lagi bagus daripada ada partner.

bila dah start suka....haih, pening.

Thursday, July 21, 2011

RULE OF THUMB


Rule of thumb in this kind of relationship:

1- jgn ada hubungan dgn mereka yang tak bekerja sebab ianya akan menyusahkan kita di kemudian hari (student kira kerja, jual burger pun kira bekerja)

2- jgn ada konsep "bunga rampai". Kalo sharing tidak apa. Kena ada konsep tong2. Aku byr ko ari ni, esok ko bayar aku pula. Sebab, kita tidak akan tahu siapa akan ambil kesempatan atas siapa. Melainkan mmg dah kaya dan duit banyak tatau nak buat apa.

‎3- jgn terlalu mudah percaya kpd pasangan. Kita kena ada sangsi walaupun sedikit. Sebab kita tidak tau bila pasangan kita atau kita sendiri akan curang. Lbh2 lagi kalo dia selalu lepak ngan org yg tak kita kenali dan tidak mau kenalkan kita kpd kawan2 barunya tanpa alasan kukuh

4- tgk keadaan phone dan segala profile online seperti fb/myspace/tagged (planet romeo/manjam, apatah lagi). Jikalau dia terlalu berahsia, tanak bagi kita tgk sapa fren list dia dan juga hide kita dr tgk profile dia, maknanya mmg ada something wrong. Tak perlu kita nk check sms atau mms dlm phone dia. Cukup sekadar kita tau phone dia dalam mode silent or not masa ngan kita. Dan adakah ada sms bertalu2 masuk after midnite. Jika ada, mmg dia curang

5-trust ur best friends more than ur partner sbb biasanya best friends akan bercakap perkara benar walaupun pahit (unless kalo best friends kita jenis suka caras org punya, tak kira)

Tuesday, July 19, 2011

SELAMAT ULANGTAHUN


SELAMAT ULANGTAHUN YANG KE 29

Friday, July 15, 2011

LARRY CROWNE


PATUT TENGOK MOVIE NI. BEST GILERR!!!!

SAYA BAGI 4 BINTANG DARIPADA 5 BINTANG