Friday, January 27, 2012

LUAHAN - ANUGERAH

saya berasakan bagai mendapat satu anugerah dan hidayah dari Nya.

kalau tidak kerana peringatan dariNya, mungkin saya akan terus lalai dan hanyut. semenjak itu, saya cuba sebaiknya untuk tidak tinggalkan solat. kadang2 ada solat awal waktu, kadang2 akhir waktu, tapi sebolehnya saya taknak tinggalkan solat lagi seperti dulu. kalao ada kesempatan, mmg saya akan pergi solat subuh dan magrib jemaah di masjid

skrg ni, kembali baca al-quran. kalo dulu, jarang2 sgt nak sentuh. bukan tatau baca cuma malas nak baca. bila diberi peringatan sebegini, pasti kita akan ingat tentang kematian. sebab takut mati dalam keadaan amal kurang, buat termampu boleh segala amal kebaikkan. tapi itu bukanlah asbab nya. sepatutnya, sebagai muslim yang beriman, memang kita sentiasa kena beramal soleh dan perbanyakkan amal ibadat. itu sudah menjadi tanggungjawab kita sebagai hambaNya

dan kali ini, saya tergerak hati nak buat umrah, kalo dulu, pergi setakat buat syarat je sbb mak sponsor. skrg ni, saya sendiri yg nak pergi, saya sendiri yang nak kuar belanja. saya sendiri yang nak mencari keredhaan Nya. moga Allah mudahkan urusan umrah saya. moga selamat pergi dan selamat balik. moga segala dosa-dosa saya diampunkan Allah. moga diberikan umur yang panjang, kesihatan yang berkekalan, rezeki yang dimurahkan agar saya boleh terus beramal soleh dan menjadi muslim yang bertakwa.

kadang2, terdetik di hati saya, rasa kecewa dan biar nyawa saya diambil di tanah suci saja semasa umrah nanti. tapi saya tahu, tidak elok minta sebegitu. saya yakin Allah panjangkan umur saya, berikan saya kesihatan yang baik, murahkan rezeki saya, mesti ada sebabnya. mungkin ada "tugasan" yang belum selesai untuk saya. saya yakin, Allah maha mengetahui. dan saya bersyukur dengan nikmatNya.

betul kata org tua-tua, sudah terhantuk baru nak terngadah. tapi, jika kita tidak terhantuk, kita tidak akan sedar akan kesilapan dan kelalaian kita. kita juga tidak akan terngadah atas kealpaan kita dulu dan tidak akan berubah untuk menjadi hamba Nya yang lebih baik dan beriman.

ini semua adalah sebagai peringatan awal kpd diri saya sendiri. seksaan di akhirat lebih mengazabkan drpd seksaan di dunia. jika anugerah ini dapat mengurangkan azab di akhirat kelak, saya rela menerimanya dengan hati yang redha. jika anugerah ini sebagai kafarah di atas dosa-dosa saya yang terdahulu, saya redha menerimanya.

semoga kita semua sentiasa berada di dalam rahmat dan lindungan Nya

Thursday, December 08, 2011

SCREWDRIVERS : TIADA SIAPA YANG MENGAKU

MANA screwdriver aku ????

aku tanya kepada orang A, jawapnya, : sudah diserahkan kembali ke tanganku

ternyata, tiada di tanganku.

aku tanya kepada orang B, jawapnya : tak tahu, tak ambil

ternyata, tiada juga di tanganku.

aku tanya kepada orang C, jawapnya : tak tahu, tanyalah orang A sebab dia yang kemas.

ternyata tiada juga di tanganku.

bila ku cari2 di sekeliling rumah, rupanya ada terperosok di dalam baldi dan tong2 cat, di belakang pintu, hasil daripada mengecat tempoh hari.

siapa yang letakkan di situ ?

ternyata bukan aku sebab aku memang tidak terlibat langsung dalam proses mengecat.

jadi siapa yang letakkan di situ ? A, B atau C ?

ternyata tiada siapa yang mengaku.

memang aku beli screwdrivers itu untuk kegunaan bersama tetapi lepas digunakan, pulangkan kembali.

ternyata tiada siapa yang mengaku

JADI, SIAPA YANG HARUS DIPERSALAHKAN ?

ADAKAH AKU SENDIRI YANG HARUS DISALAHKAN SEBAGAI PEMILIK SCREWDRIVERS ITU ?

yang pasti bukan aku kerana aku tidak akan letakkan screwdrivers itu di situ sebab aku punyai bilikku sendiri dan tempat simpanan sendiri

ternyata tiada siapa yang mengaku

Wednesday, September 14, 2011

LUAHAN 3


THESE

MONSTERS

ANNOY

ME

A

LOT

RENEW RESOLUTION


AKU NAK SPEND KAN MASA AKU DI GYM, DAH MENGGUNAKAN SEPENUHNYA MEMBERSHIP GYM AKU YANG BERBAKI 3 BULAN LAGI.

AT LEAST, DAPAT TURUN 10KG BY END OF THIS YEAR PUN DAH OK

AKU PUN NAK KENA JAGA MAKAN SBB AKU SENDIRI PUN DAH TENSEN NGAN KONDISI KULIT AKU YANG TAK BAIK2, SEBAB TAK PANTANG MAKAN

DAH TAK LARAT NAK JAWAB SOALAN2 CEPUMAS.

KENAPA ? MENGAPA ? BILA ? DI MANA ?

AKU RASA AKU MEMERLUKAN SOMETHING UTK DIVERTKAN PEMIKIRAN RUNSING AKU NI DARI MENGACAU KEHIDUPAN AKU

JADI LEBIH BAIK AKU PERSIAPKAN DIRI SEKARANG

AKU RASA SUDAH SAMPAI MASANYA UNTUK AKU MENGORAK LANGKAHKU SENDIRI

DAN JAGA DIRI SENDIRI

AKHIRNYA NANTI, AKU AKAN BERSENDIRIAN JUGA

LUAHAN 2


I

HAVE

BEEN

INVADED

&

I

DON'T

LIKE

IT