Wednesday, June 24, 2009

KEPENATAN MELAMPAU

Kembali bersiaran semua. Maafkan abg kerana lambat update. Sesungguhnya bulan Jun ini teramatlah sibuk buat abg. Banyak kerja yang perlu disiapkan. Banyak kerja luar yang perlu diselesaikan. Banyak juga report yang perlu ditulis sampaikan abg tiada masa untuk update blog tersayang ni.

Awal bulan ari tu, abg kena pergi ke Kemaman untuk buat audit kat site sana. Malas2 pun, kena buat jugak sebab itu adalah monthly audit. Yelah, kerja safety ni, tak habis2 ngan auditnya. Abg drive ke sana dengan ditemani seseorang. Yelah, letih jugak kalo drive sorg2. Kalo ada teman, tadekla mengantuk atau tertido tgh drive. At least, leh la jugak borak.

So, overnite kat sana dan stay di Hotel Marjan. Hotel murah je tapi facilities ok dan bilik pun okla. Terima saja, apa yg company sediakan. Yang penting, dapat rehat dan dapat buat kerja esoknya. Hotel ni pun ok, dekat ngan serba serbi. Tengah2 bandar Chukai, senang nak ke mana2 dan banyak kemudahan. Kalo nak tau lebih lanjut pasal hotel tu, sila click link sini : HOTEL MARJAN


FABRICATOR SITE VISIT DI SHAH ALAM

Pastu, lepas abis audit, terus balik ke KL dan masuk opis macam biasa, esoknya. Penat memang penat tapi dah tuntutan kerja macam tu, kenalah ikut. Macam biasa, dok opis buat kerja2 opis lak. Tetiba, boss abg suruh abg pergi ke fabricator site pulak, nak gi tengok equipment sebelum loading dan deliver ke port klang. Kalo ikutkan hati abg, abg mls nak pergi. Sebab abg tau, sure nak kena jadi buruh, nak kena angkut barang2 tu masuk dlm lori. Tapi sebab arahan boss, abg gi jugakla.

Abg drive ke Shah Alam sebab fabricator tu di sana. Colleagues abg sukalah sebab masing2 nak try naik WSL 8460 abg ni. Katanya, tak pernah lagi naik SAGA BLM, nak tau apa rasanya. Abg cakapla, rasa biasa je. Tadelah rasa lemak manis pun. Tapi sebab diorg nak rasa gak dan nak tgk driving skill abg, abg tunjuk la. Diorg belum tau, yang abg ni selalu berangan masuk motocross. Sekali dah naik kereta ngan abg dan abg yg drive, tak lekang tangan tu berpaut kat tali keledar. Hahahah, abg suka, abg suka.

JOM MOTOCROSS

Tapi sampai ke kilang tu, abg menten jadi mandur je. Malas la nak kotorkan tangan dan baju. Tengok2 je dan angkat la mana yang patut, lepas tu, abg lari gi minum air jambu depan kilang. Heheheh.....nasib baik la Engineering Manager, Draughtsman dan Engineer abg ni, rajin. Diorg yang banyak angkat2 barang dan masuk dalam kargo. Abg masa ni, dah buat2 letih dan penat. Trus offer diri, nak pegi beli air untuk diorang tapi mintak duit dari engineer abg.

Abg memang kedekut tapi bersebab. Sebabnya, diorg boleh claim. Kalo abg beli ngan duit sendiri, abg takleh claim. Tak adil kan. Tak kisahla, yang penting, abg leh skip dari angkat2 barang tu, dan pergi beli air. Sempatla lepak pekena air batu campur+cendol+pulut ngan keropok lekor dan pisang goreng. Sempat minum petang tu. Heheheh

SEDAP BETUL AIR BATU CAMPUR

Minggu seterusnya, kena fly ke Jakarta sebab ada HSE External Audit ngan client di Indonesia. Yes, akhirnya abg berjaya ke Indonesia atas tajaan company. Tak sesia2 abg bersabar dan masanya telah tiba. Bolehlah abg berlagak ngan ex-opismate abg yang abg ke Indonesia disponsor oleh company, bukan pegi ngan duit sendiri. Takpe, rezeki masing2 kan.

Abg jealous ngan dia, sbb dia pergi Indonesia lebih awal daripada abg, sedangkan dia lagi junior dari abg dan ex-company abg antar dia dulu. So, abg nekad yang abg akan ke Indonesia jugak dengan syarat company yang antar bukan pergi sendiri. At least, abg sentiasa berpikiran positif. Apa org cakap, jelaous secara baik. Alhamdulillah, company baru abg, bagi abg peluang itu. Tercampakla abg ke bumi Kota Jababeka, Cikarang, Jakarta, Indonesia. Tapi bukan dok betul2 di Jakarta pun. Lebih kurang 2 jam naik bas(Indonesia panggil bas sebagai bis) dari Jakarta. Tempat abg pergi ni pun, kawasan industri. Jadi, tadelah apa yang menarik pun.

KOTA JABABEKA

Pergi sana, 4 hari dan 3 malam. Abg stay kat GRAND CIKARANG HOTEL. Hotel ni bagus dan selesa. Kalo nak tengok, macam mana hotelnya, click kat nama hotel tu. Area pun, not bad. Ada pasar malam dan banyak gerai2 makanan tepi jalan. Banyak jugak troli2 yang jual bakso, mee soto dan juga pelbagai makanan lagi. Tapi, abg nasihatkan jangan beli makanan2 yang dijual guna troli sebab abg meragui kebersihannya. Kalo kamu semua particular pasal hygiene, jangan beli dan makan, apa2 yang dijual guna troli. Silap haribulan, kamu boleh cirit-birit.

Opismate abg di Indonesia pun, pesan perkara yang sama kat abg. Kalo nak makan, makanla dalam kedai makan. Paling kurang, terjaga sedikit kebersihannya. Di sana, abg disogokkan ngan makanan Padang since opismate abg suka makanan Padang. Tapi, abg control gak makan sebab takut badan naik dan makanan Padang banyak jugak yang pedas. Perut abg, tak tahan dik. Nanti berumah di toilet saja.

TIDO DALAM FLIGHT DARI JAKARTA KE KUALA LUMPUR

Penat tapi menyeronokkan di Jakarta. Tak sempat nak "beramah mesra" ngan orang2 Jakarta. Kalo ikutkan, banyak jer orang2 Jakarta nak jumpa ngan abg tapi mereka semua tinggal jauh2 dan abg pulak bukannya betul2 dok kat Jakarta. Kalo tak, mrasa jugak abg "meratah" orang Jakarta. Apa org cakap, rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. Kalo orang dah menyerah diri, terima sajalah. Heheheheh

Abg penat sangat sampai tertido dalam flight dan tak sedar pun dah landing. Jakarta dengan Kuala Lumpur, beza masanya adalah satu jam. Maknanya, Jakarta satu jam lagi lambat dari Kuala Lumpur. Flight jam 630 ptg dan sepatutnya sampai jam 830 malam tapi disebabkan time difference, sampai ke KLIA jam 930 malam.

RESIT PEMBAYARAN UBAT DI HUKM CHERAS

Dah balik Kuala Lumpur, abg amik cuti satu hari sebab abg kena cirit-birit. Cirit birit yang teruk sangat. Satu hari, lebih 10 kali pergi toilet. Abg sangkakan sebab abg salah makan atau sebab abg termakan makanan pedas. Tapi cirit birit ni berlarutan lebih dari 3 minggu. Abg sampai takut nak makan sebab takut pergi toilet selalu. Nak kentut pun takut, sebab takut tercirit dalam seluar. Last2, abg jadi hilang selera makan dan berat abg susut. Dari segi positifnya, bagusla sebab berat badan dah turun dan abg nampak lebih slim dan menarik berbanding dulu tapi abg tak sanggup berumah di toilet. Lebih 10 kali sehari. Letihla, dik.

ORAL REHYDRATION SALTS

Tapi, abg biar je dulu dengan harapan ianya akan sembuh sendiri. Ternyata, ianya berlarutan sampailah abg takleh tido sebab asyik ke toilet. So, semalam abg nekad. Abg amik cuti dan amik pergi ke HUKM, Cheras utk buat check. Abg beli suratkhabar dan majalah sebelum ke hospital sebab abg tau, lama nak menunggu giliran. Paling tidak, abg ada bahan bacaan sementara menunggu tu. Tadela bosan sangat.

Abg terus ke bahagian kecemasan sebab abg dapat referral letter dari doktor. Sehari sebelumnya, abg dah ke klinik mintak ubat dan doktor tu terus bagi referral letter bila abg citer kes abg. Sampai ke bahagian kecemasan, abg dimintak untuk buat blood test. Abg dah gerun dah sebab abg ni mabuk darah. Kelakar kan, tengok darah sendiri pun leh mabuk. Tapi, nak buat macam mana. Memang abg rasa nak pitam, tapi abg tahankan je. Abg tutup mata dan tutup mulut sebab abg rasa nak muntah. Mujurlah proses mengambil darah berakhir ngan selamat.

ANTIBIOTIC : METRONIDAZOLE

Lepas tu, doktor masukkan air dalam badan abg. Katanya, abg kurang air. So, kena inject lagi sebab nak masukkan air. So, tunggulah lagi dekat setengah jam sebab nak masukkan air. Ngam2 air tu abis, nama abg kena panggil. Doktor kata, everything ok. Mula2 tu, dia suspect Influenza H1N1, mujurla abg negatif. Takut jugak kan. Jadi, doktor bagi antibiotic dan rehydration salt agar abg cepat sembuh.

Jadi, hari ni, abg dah masuk opis macam biasa. Rasa mcm dah ok sikit. Cuma selera makan tu, tak berapa nak ada sangat. Nanti lama2, okla. Jangan bimbang ye, dik. Abg dah sihat.

5 comments:

farish izaryl @izreez said...

alolo sian die penat .meh massage **matila hahhaa

izzu said...

ala, ckp je, bukan nak bg betul pun

adie said...

dulu masa kerja kat petronas pon stay kat HOTEL MARJAN tu, tapi dulu terok tak ade wifi, nyamuk besar ayam,kena plk dapat satu bilik ngan bos, yaampun tobat!
selamat pulang ke malaysia

misha.w said...

izzu. hotel marjan tu mcm ok la. arituh i stay shafura hotel. mcm hamprek jek. so lps ni nak try hotel marjan pulak la. :-)

izzu said...

yes, hotel marjan, better...murah dan berpatutan ngan offer yg dia bagi

i loike