last month, aku baru je siapkan isi vendor questionnaire dari satu client ni. banyak gila soalan nak kena jawab, banyak gila document nak kena attached sampai aku sendiri pun pening nak jawab semua soalan2 tu. walaupun soalan2 tu semunya pasal QHSE tapi kadang2 aku rasa, ada sesetengah soalan tu mcm tak relevan dan tade kena mengena ngan operation company aku. disebabkan nak masuk tender dan nak register jadi diorg punya preferred vendor, kenala fill up gak all the questions.
2,3 hari gakla baru siap. sebab ada sesetengah soalan tu yang memerlukan supporting documents which aku pun tak pernah dengar. well, client requirements kenalah meet up. so nak kena draft dan register the documents as ours. for me, it is a good exposure for me and for my company. at least we know what is the necessary documents that we need to have and implement accordingly to our system. from that, we can develop and enhance our company QHSE. tapi yang peningnya, aku la. sebab aku nak kena buat semua since aku yang jaga QHSE dept.
dah siap fill up all the vendor questionnaire, aku kena pulak terbang ke perth untuk tgk macam mana opis dan warehouse company aku kat sana since client nak datang visit. best memang best sbb dpt pergi ke perth tapi tak best sebab aku kena dok kat opis from 830-530 untuk buat kerja semuanya yang berkaitan ngan audit, internal documents, safety measures at warehouse dan lain2 berkaitan2. since branch kat perth tade QHSE representative, so aku dipinjamkan untuk tolong branch sana. no hal je, lagipun, mmg itu kerja aku.
then, aku tunggu2, client tak gak datang2...rupanya diorang nak re-review documents yangh aku submit sebelum ini. so, aku balik semula ke malaysia. 5 hari gak aku kat sana.
aku balik malaysia dengan perasaan senang hati sebab aku assume dah settle, tup2, boss aku bagi emel, jumaat lepas yang aku kena ke perth, maybe end of this week untuk attend client audit. yeay, ke perth lagi. leh tgk koala dan kangaroo lagi. tapi, bila aku bukak je attachment dalam email, terus aku demam. panjang gila requirement diorg utk site visit audit !!!!!
matilah mati. aku dah rasa nak pitam. with short period...banyak pulak nak kena prepare. boss aku ni, suka sgt bagi benda2 last minute. bila aku scroll balik email tu, rupanya mmg dah ada previous communication between client ngan boss aku, discuss pasal this audit. kenapala dia tak inform awal2. at least, aku leh prepare lagi awal, tadela nnt aku nak kena bangun jam 4 pagi utk buat kerja. huhuhuh. tapi, nak buat macam mana, memang itu caranya.
bila ada open tender, company aku masuk bid, bila dah dpt contract, baru nak inform semua department, then kelam kabut nak prepare sbb documents, equipments dan man power nak mob ke client facilities dalam masa seminggu. hayoo, gila !!!!
tapi, aku mmg suka kerja aku. cuma aku rasa, aku kurang ilmu lagi la pasal QHSE ni, nak kena kena g course banyak2.
greenbook aku pulak, aku apply dari bulan 2 sampailah sekarang tatau apa citer. geram betul aku DOSH ni, harap2, bulan ni, leh la dpt. janji sebulan tapi sekarang dh nak masuk 6 bulan. hampeh
to mel : u ada blog ke, saya nak masuk tgk blog awak, nak baca2 blog awak jugak. btw, menarik gak idea awak tu...mcm interested nak apply
No comments:
Post a Comment