DALAM SATU-SATU HUBUNGAN SESAMA INSAN, SEHARUSNYA TIADA KONSEP PARASIT YANG PERLU DIAMALKAN. SEBAIKNYA KONSEP SIMBIOSIS SEWAJARNYA MENJADI AMALAN DALAM MENGEKALKAN SESUATU PERHUBUNGAN.
TIDAKKAH KITA AKAN BERASA MALU SEKIRANYA TANGGAPAN UMUM YANG MENGZAHIRKAN KONSEP PARASIT PADA DIRI KITA ? IA JUGA BOLEH DISIMBOLKAN BAGAI MENANGGUNG BIAWAK HIDUP YANG TIDAK MEMBERI APA-APA MANFAAT D
I KEMUDIAN HARI YANG AKHIRNYA AKAN MENJADI BEBAN SECARA BERKADARAN.
PERASAAN RENDAH DIRI DAN BODOH SOMBONG SEPATUTNYA DIBUANG JAUH-JAUH SEKIRANYA KITA INGIN BERJAYA DALAM HIDUP. TIADA SALAHNYA JIKA BERMULA DI TANGGA TERBAWAH. MANA TAHU, TANGGA TERBAWAH ITULAH JUGA YANG AKAN MENJADI LANGKAH PERTAMA UNTUK KE PUNCAK MENARA DI HARI MUKA.
REZEKI TIDAK AKAN DATANG BERGOLEK TANPA USAHA MELAINKAN JIKA KITA MAHU MENERIMA SUAPAN MEMBUTA TULI TANPA MEMPEDULIKAN MARUAH DIRI SENDIRI. DI MANA KEMAHUAN, DI SITU PASTI ADA JALAN. HANYA TEKAD DAN NEKAD DIPERLUKAN UNTUK LEBIH BERJAYA.
LEMPARKAN SEJAUHNYA KESERONOKAN SEMENTARA KERANA MASA DEPAN YANG CERAH PERLU LEBIH DIUTAMAKAN. SESAL KEMUDIAN TIADA GUNA. BIARKAN BERTATIH ASALKAN TIDAK JEMU MENCUBA UNTUK BERUSAHA MENJADI YANG TERBAIK. MASA DEPAN KITA ADALAH UNTUK DIRI KITA, BUKANNYA UNTUK ORANG LAIN.
No comments:
Post a Comment