genap 6 hari aku berpuasa di dalam bulan syawal pada tahun ini. berjaya jugak aku habiskan.
aku beria-ia nak buat jugak tahun ini sebab aku tak tahu lagi sama ada umurku masih di panjangkan Tuhan untuk berpuasa 6 hari dalam bulan syawal pada tahun depan. sementelahan umurku masih ada dan tubuh badanku masih lagi sihat, aku cuba merebut peluang ini.
puas dan syukur kerana menyudahkannya. moga-moga ianya diberkati dan diterima Tuhan.
Nampaknya, esok adalah "HARI RAYA" yeayyayayayaay.
tapi, esok dah masuk bulan baru, bulan zulkaedah. so, kira raya ke tak ? tak kisahla yang penting dah cukup 6 hari.
Terima kasih Kak Ana kerana tolong simpankan juadah "HARI RAYA" untuk saya. btw, Kak Ana dah behari raya ari ni sebab dia start awal sehari dariku.
Insya Allah, saya akan bagi hidangan balasan isnin nanti :)
2 comments:
Syukur alhamdulillah, tak ramai yg wat puasa 6 di bulan syawal nie.
tahniah, semoga dipanjangkan umur untuk bertemu syawal akan datg
terima kasih cik noor, mudah2an kita semua dipanjangkan umur dan turut dimurahkan rezeki jua
Post a Comment