Wednesday, July 13, 2011

ADAKAH MUNGKIN AKU TIDAK LAYAK

Adakah terdetik di fikiran anda bahawa anda mungkin tidak menepati kriteria yang dikehendaki oleh bakal majikan anda. mungkin, pada dasarnya, anda sudah memenuhi semua kriteria yang dinyatakan tapi anda tidak tahu, kriteria manakah yang diambil kira oleh bakal majikan anda.

anda juga tidak tahu, apakah ciri2 lain yang dicari oleh majikan anda. ayat mudah, tidak semestinya, kita menepati kriteria yang dinyatakan, anda sudah automatik layak untuk diambil bekerja.

bukan anda seorang yang menghantar resume, mungkin ratusan yang hantar. tapi, mungkin dalam ratusan resume yang dihantar itu, tiada satu pun yang menepati kehendak bakal majikan. dan jika ada, mungkin bakal pekerja yang dipanggil temuduga ini meletakkan syarat tertentu seperti gaji, elaun, mobiliti, availability, yang tidak dapat dipenuhi oleh bakal majikan. jadi jawatan itu ditolak oleh bakal pekerja.

atau mungkin juga, apabila calon yang layak ini ditemuduga, mereka tidak menepati karakter, personaliti dan juga bakat yang bakal majikan perlukan. jadi bakal majikan terpaksa mengiklankan lagi.

ini hanyalah pandangan saya sebab saya pernah mengalami perkara yang sama seperti anda. kata-kata saya bukanla untuk melemahkan semangat anda tapi untuk membuatkan anda lebih gigih dan tidak berputus asa sampailah anda berjaya. jangan mudah mengaku kalah

CHEERS !!!!

No comments: