salam,
saya ingin mengambil kesempatan ini utk berkongsi kekecewaan saya.
saya dah hantar application utk berdaftar sebagai SHO dgn DOSH, seawal bulan februari 2010 lagi. segala pra-syarat telah saya ikut berpandukan panduan dalam borang.
apabila dihantar, pihak DOSH hanya diam sahaja tanpa khabar berita. Saya beranggapan, yang pihak DOSH sedang mengambil masa utk review semua dokumen yang dikepilkan bersama borang pendaftaran.
hampir setiap minggu saya telefon DOSH utk bertanyakan status permohonan selepas cukup tempoh menunggu selama sebulan dari tarikh penghantaran borang. sampai ke hari ini (4 june 2010), saya masih tidak mendapat apa2 jawapan berkenaan dgn status permohonan saya. Jawapan yang sama, masih diberikan iaitu, "masih dalam proses"
setiap hari, saya akan check website DOSH dan berharap agar nama saya tersenarai dlm "COMPETENT PERSON" utk SHO tapi saya hampa. mereka yang mempunyai nombor pendaftaran yang lagi besar daripada saya, sudah pun tersenarai dalam list berkenaan di website DOSH.
Saya tidak tahu di mana silapnya. Saya telefon DOSH berulang kali, bertanyakan sama ada borang permohonan saya ada masalah tapi dipahamkan oleh DOSH yang permohonan saya "OK dan NO PROBLEM" dan berjanji akan menghubungi saya kembali. Ternyata, laksana ibarat menunggu buah yang tidak gugur. Jarang-jarang sekali diangkat.
Tiada pilihan lain, saya terpaksa telefon DOSH berulangkali bertanyakan status sebab saya tau, saya dipihak yang "memohon dan meminta". Jadi, sewajarnya, saya yang sepatutnya membuat panggilan kepada DOSH. Cuma, saya ingin sekali diberitahu, bilakah saya boleh mendapat keputusan permohonan saya dan sekiranya ada kesilapan dalam permohonan, apakah yang perlu saya buat untuk melancarkan permohonan saya.
Jadi, saya ingin bertanya, adakah cara lain untuk saya berurusan dgn DOSH agar permohonan saya dapat dipercepatkan ? Saya amat berharap utk mendapat "green book" kerana ini boleh membantu saya untuk menaikkan kredibiliti saya kepada majikan.
-mohammad izzuddin-
No comments:
Post a Comment