Tuesday, June 08, 2010

TOMBOL PINTU


aku baru je beli tombol pintu bilik selepas lebih sebulan tombol pintu bilik aku rosak. kenapa rosak ? aku sendiri yang pecahkan sebab aku tertinggal kunci bilik dalam bilik.

sebenarnya, bukan aku yang pecahkan. hosmet aku, SYAI yang tolong pecahkan. dia ketuk ngan tukul. aku pulak, mmg tak terpikir idea ketuk tombol pintu sampai pecah. cara aku, aku gigih guna kad fon, utk bukak pintu yang terkunci tu dgn slide that card ikut celah pintu dgn harapan dpt unlock tombol tu tanpa rosakkan tombol dan pintu. ternyata, cara aku failed, heheheh.

terima kasih kat syai, mmg aku bengap, bab2 ni. ahahahah, buat malu jer. dia cakap, tombol pecah tu, leh dibeli baru, asalkan pintu tak pecah, dahla. so, aku ikut jela idea dia, asalkan aku leh masuk bilik aku.

dan, kenapa aku baru beli tombol pintu baru tu, skrg ? ini kerana, baru aku perasan rupanya, tombol tu, walaupun dah dikunci tapi still leh dibuka dari luar. mati2 aku igt, tombol rosak tu still leh guna. sbb aku still leh kunci tapi aku tak expect yang tombol tu dah rosak dan leh bukak dari luar dgn pulas2 ke kiri kanan berulangkali.

macam mana aku leh tau yang tombol pintu tu kompem rosak ? sbb satu hari ni, aku tido dalam bilik dan aku kunci bilik aku. since bilik aku ni panas, dan aku tak suka bukak tingkap sbb bilik aku di bahagian laluan ke umah sebelah. kiranya, design condo ni, bilik aku menghala ke luar dan umah sebelah kiri kanan akan menggunakan laluan ke umah diorg dgn melalui bilik aku. dan aku tak suka, setiap kali diorg lalu, diorg akan menjeling apa aku buat ikut tingkap. fyi, condo ni, tingkat 9.

disebabkan tutup tingkap, dan malam2 memang panas, jadi aku suka sleeping naked je. yelah, bilik aku, suka ati aku lah aku nak tido naked atau tak. so, nak jadi citer, one day tu, member aku dari port dickson dtg lepak kat umah. dia tido kat ruang tamu. malam tu, kitorg gi berhibur dan balik lewat pagi, so masing2 tido dan bangun lewat. tapi member aku ni, bangun awal dan nak kuar dari umah, katanya ada hal. tataula hal apa. since bilik aku paling hampir ngan pintu umah so dia nak mitk tolong aku, bukakkan pintu umah yang berkunci.

so, dia ketuk2 bilik aku tapi aku tak bukak sebab aku tido mampus, penat dowh, berjimba sampai ke pagi. then, dia pulas2 tombol pintu aku. tetiba, terbuka. pastu, elok je dia masuk melangkah bilik aku, terus dia terperanjat dan tak jadi nak kejut aku tido. sebab, dia tgk aku tgh syok tido berbogel dalam bilik. KANTOI !!!!!!

ahahahhah, malu gila, bila member aku tu citer balik. terus, aku beli tombol baru dan pasang on da spot. puas hati aku. akhirnya, aku leh terus tido bogel tanpa gangguan. hehehhe. BRO JAMAL, sila jangan serik utk bertandang ke umah aku lagi.

thanks to SYAI, sbb dia lagi sekali tolong pasang tombol pintu yang baru ni. ahahah, hampeh!!! aku tak pandai pasang. memang aku bukan handyman, nak kena masuk kelas pertukangan ni.

lagipun, aku terasa lebih selamat bila bilik aku dapat dikunci semula. ada lagi sebab2 lain, tapi malas la nak citer. dah lewat ni, nak siap2 ke opis. daa

No comments: