Tuesday, October 05, 2010

KEMATIAN

TANGGAL 29 SEPTEMBER 2010 MERUPAKAN SATU TARIKH YANG TRAGIS BUATKU. SEPASANG IKAN KAP PELIHARAAN KAMI, TELAH PERGI JAUH MENINGGALKAN KAMI.

SEPERTINYA MEREKA PAHAM APA YANG KAMI ALAMI. IBARAT BERKONGSI KESEDIHAN DI ATAS APA YANG BERLAKU TERHADAP TUAN EMPUNYA.

PERISTIWA INI BERLAKU, GENAP 5 HARI SELEPAS AKU BERPISAH NGAN M. BALIK SAJA DARIPADA KERJA, AKU SUDAH MELIHAT MEREKA SUDAH TIDAK BERNAFAS LAGI. KETIKA INI JUGA, M SUDAH TIDAK TINGGAL BERSAMA AKU. MEREKA BAGAIKAN MENURUTI JEJAK LANGKAH M YANG PERGI MENINGGALKAN AKU.

NGOT-NGOT DAN MIAU-MIAU SUDAH TIADA LAGI

AIR MATAKU JATUH BERLINANGAN APABILA MELIHAT KEMATIAN DALAM AKUARIUM ITU. AKU BARU SAHAJA BERJANJI PADA MEREKA YANG AKU AKAN MEMBERSIHKAN AKUARIUM ITU PADA HUJUNG MINGGU TERSEBUT TAPI NAMPAKNYA SUDAH TYERLAMBAT.

SEPERTI JUGA APA YANG BERLAKU DALAM PERHUBUNGAN AKU, IANYA SUDAH TERLAMBAT. AKU SUDAH MERASAKAN BAGAI ADA YANG TAK KENA. GERAK HATIKU SAYUP MENGATAKAN YANG M SEBENARNYA SUDAH LAMA CURANG PADAKU. TAPI AKU HANYA MENUTUP MATA DAN PEKAKKAN TELINGA. AKU TIDAK MAHU M PERGI DARI AKU. AKU INGIN DIA TAHU BAHAWA AKU SANGAT BAHAGIA BERSAMANYA WALAUPUN APA YANG TELAH DIBUAT PADAKU.

TAPI, LAMBAT LAUN, KEBENARAN AKAN TERSERLAH DAN PADA MASA ITU, AKU MESTI MENERIMA HAKIKAT YANG M SUDAH TIDAK CINTA LAGI PADAKU. WALAUPUN SAYANGKU MASIH LAGI MENGGUNUNG TAPI BAGI M ITU IBARAT MEMANDANG SEMUT DI SEBERANG LAUTAN. KASIHKU DAN CINTAKU TIDAK PERNAH LUAK TAPI BAGI KEINDAHAN DI LUAR SAMA TERNYATA LAGI HEBAT DAN MENGUJAKAN.

SEKARANG, M TELAH PERGI. NGOT-NGOT DAN MIAU-MIAU JUGA TELAH PERGI. TINGGALLAH AKU SENDIRI DI BILIK INI. HIDUP PERLU DITERUSKAN SEPERTI BIASA.

AKU MASIH BERHARAP AKAN TERDETIK SEKELUMIT PENYESALAN DI SANUBARI M. AKU PERCAYA YANG M PASTI AKAN NAMPAK REALITINYA DAN KETULUSAN SERTA KEIKHLASAN CINTAKU INI. NAMUN, KALI INI, AKU TIDAK AKAN MEMAKSA. BIARLAH IANYA DATANG SENDIRI DAN BIARLAH MASA MENENTUKAN.

KINI AKU MASIH SENDIRIAN DAN AKU TIDAK TERLINTAS UNTUK MENCARI PENGGANTI. AKU RASA, BETAH SENDIRIAN SAMBIL DITEMANI TOM-TOM, SEEKOR IKAN DBKL.


3 comments:

::..dYa..:: said...

selamat ada Tom -tom sebagai pengubat rindu ...

dah ajak ikan tu dah smpai..

::..dYa..:: said...

alamak silap eja pulak
ajak = ajal
sorry

tak mo cari pengganti ikan tu ker??

nak cari pengganti M mesti SUSAH kan...

semoga tabah harungi hidup

izzu said...

takpela, dah tade jodoh. isnin depan nak ke pasar malam, nak beli ikan baru

pengganti M, buat masa skrg masih lagi belum ingin mencari pengganti