Friday, December 08, 2006

TIME FOR DEPARTURE

Sebelum mulakan nak entry, iols nak promote blog baru adik2. Silalah jenguk2 blog anak hayam iols ni. walaupun baru nak bertatih dalam dunia blog tapi sebenarnya sudah menceburkan diri dalam alam maya ni. Baru saja menutup akaun myspace nyer yang mendapat pengunjung sebanyak 32000++. Kau ado ? Iols sendiri pun nan ado. Heheheh.... Katanya mahu ingin menumpukan perhatian kepada pelajaran. Bagus, iols suka anak hayam cenggitu. Tapi sekarang kembali dgn gaya baru, ke arena blogging. Silala jenguk2 yuols.... klik la di sini ye ---> Anak hayam


Hari ini, merupakan hari terakhir aku bergelar pelajar di UTP. Parents aku akan sampai jap lagi, lebih kurang 3 jam dari sekarang. Barang-barang semua dah packed, kecuali pc besar bagak ni, belum pack lagi. Kalo dah pack, camne nak menaip ni kan ?

Sorry, sbb aku lama dah tak update. Bukan malas tapi tak sempat. Aku tau, orang yang dah bekerja pun boleh je taip entry tiap2 hari (macam kak sherita) tapi tak bereksempatan nak bukak blog. Seminggu dua ni, bz ngan nak buat clearance la, benda2 UTP nak kena pulang balik la, nak kena jumpa pak guard la...dan juga nak kena gi interview sana sini (macam byk je, inteview tu kan). Aku baru je balik dr KL, semalam. Malam rabu ada dinner show utk forum anjuran PETRONAS dan overnite kat traders hotel. Ala, bunyi cam grand tapi role aku kecik je. Jadi backup singer je pun...Tapi, at least, mrasa gak aku dok kat traders tu. Memang cantik hotel nye.


Esoknya pulak, siang khamis...aku terkejar2 nak gi interview. Daia ajak aku walk-in interview kat plaza sentral. Aku join jela, since aku mintak tolong dia, uruskan semua. Well, aku rasa that interview was ok la. Daia start kerja, hari ni. Tapi aku mintak tangguh, nex week sebab aku nak balik kota bharu dulu. Ala, bukan kerja besar2 pun. Bolehla dikatakan part time job, since aku taknak dok lepak2 kat rumah sementara tunggu offer yang lagi bagus. Kalo kerja part time kat kelantan, rate dia RM10/day. Kalo kat plaza sentral ni, RM10/jam. Kerja 8 jam. Banyak jugakla aku dpt nnt. Tapi, okla kan...cari experience. Fresh graduate, takleh nak pilih2 sangat. Lebih2 lagi, orang cam aku ni. Bukannya hebat sgt sijil akademik aku. Grab je apa yg ada. But, kalo ada rezeki, memang aku nak kerja yg bersesuaian ngan apa yang aku belajar kat universiti. Chemical Engineering majoring in Petroleum. Aku dah antar resume kat related company, skrg ni, just tunggu diorg reply je la.

Lepas ni, dah tade internet connection 24 jam. Dah tak jadi student UTP, mana nak dpt semua tu. Kat umah pun, dial-up je. Kalo on 24 jam, kayapla aku nak membayarnya. Dahla, bapak aku kata, kalo nak streamyx, bayar sendiri. So, aku rasa cyber cafe is adalah pilihan yang tepat. Skrg ni pun, cyber cafe dah byk guna streamyx, so tadela berpuluh jam nak tunggu loading.

So, lepas ni, maybe agak jarang update blog. Sebelum ni pun, mmg dah agak jarang. Sekarang bertambah-tambah la jarangnya. Patutnya, nak kena update pasal party makan2, sebelum, semasa dan selepas final exam. Nampaknya, kena tangguh dulu la, entry tu (atau tak type langsung nnt ? ).


Takut gak aku, nak masuk alam pekerjaan. Laku ke aku ni, nnt ? Betul org ckp, susah nak cr kerja. Bila nak alaminya sendiri, barula tau camne rasanya. Tq, kepada kawan-kawan alam realiti, alam maya dan bloggers yang tak henti2 bagi support dan semangat serta advice yang berguna untuk aku. Memang, kita tidak mampu untuk bersendirian di dalam dunia ini. Walaupun, kita berasakan mampu untuk berdiri sendiri namun kita masih memerlukan sokongan untuk mula berdiri, megah berdiri dan terus berdiri. Bukan bermakna kita lemah jika tiada sokongan tapi itulah tandanya kasih sayang dari orang-orang di sekeliling kita yang sentiasa berharapkan kejayaan mengiringi kita tanpa putus. Well, wish me luck, ok :)