Tuesday, August 29, 2006

CHOIR FOR UTP SIXTH CONVOCATION 2006

Photobucket - Video and Image Hosting
Belakang dari kiri : Syai, Abang, Lan, Aku & Fikri
Duduk dari kiri : Syukor & Zaman
Membongkok : Negara

Ogos merupakan bulan yang paling sibuk bagiku untuk tahun ini. Sibuk dengan pelbagai tugasan, homework, assignments dan apa2 saja yang berkaitan dengan pembelajaranku di semester akhir ini. Semester ini juga akan berlangsungnya pesta convo bersempena dengan convocation kali keenam di UTP. Seperti biasa, aku akan mengambil bahagian dalam memeriahkan lagi pesta convo ini. Apa lagi yang mampu lakukan, hanya dengan berbekalkan suara yang agak boleh tahan merdunya, aku menyumbangkan kesekian kalinya sebagai ahli koir. Aku memang tidak pernah ketinggalan untuk menyertai kumpulan koir semenjak ianya ditubuhkan untuk menyanyi ketika majlis graduasi diadakan. Bagi aku, inilah salah satu caranya, untuk aku menyumbangkan bakti dan jasaku kepada UTP. Aku tau, aku bukanla pelajar cemerlang dari segi akademik mahupun sukan namun aku ingin juga buktikan yang aku mampu berbuat sesuatu kepada UTP.

Photobucket - Video and Image Hosting
Sapa dah siap touch-up, sila beratur. Nak ambil gambar ni

Namun, ianya bukanla semudah yang disangka. Koir bukanla hanya sekadar menyanyi tapi lebih dari itu. Setiap seorang di dalam kumpulan koir mempunyai tugas masing-masing untuk membuatkan irama yang diperdengarkan lunak dan harmoni. Dengan paduan pelbagai jenis suara, hasilnya akan terserlah gabungan suara yang menjadi satu dan jitu. Namun, untuk sampai ke tahap itu, latihan keras amatlah perlu. Seawal minggu pertama semester, sudah bermula latihan koir. Cikgu Laura dijemput untuk memberi tunjuk ajar kepada ahli-ahli koir. Latihan hanya diadakan pada hujung minggu kerana Cikgu Laura mempunyai komitmen lain pada hari-hari bekerja. Terpaksala mengorbankan hujung minggu demi koir. Namun aku rela, asalkan hasilnya nanti, memuaskan semua pihak. Dalam masa yang sama, aku juga mengambil bahagian dalam convo dinner sebagai backup singer. Penyanyi solo dah ada, jadi pihak pengurusan meminta 5 orang ahli dari kumpulan koir untuk menjadi backup singer kepada lead singer. Aku ok je, asalkan aku dapat menyanyi. Tapi, sudah pasti komitmenku bertambah dan aku terpaksa memperuntukkan lebih banyak waktu untuk latihan. Ketika itu, agak banyak group meeting terpaksa aku escape kerana memberikan tumpuanku kepada acara-acara ini, Mujurlah, aku mempunyai ahli group study yang memahami dan memberikanku kelonggaran.

Photobucket - Video and Image Hosting
Touch-up mekap terakhir sebelum majlis bermula

Semakin dekat tarikh convocation, semakin giat latihan dijalankan. Jadualku pun agak berterabur dan masa tidurku pun tidak menentu. Walaupun aku terlibat dalam acara sebegini, aku tidak sesekali mengabaikan pembelajaran. Mana-mana assignment yang perlu aku siapkan, harus aku siapkan. Kenalah, memberikan keutamaan kepada perkara yang lebih penting. Hampir setiap hari, aku tidur lewat semata-mata menyiapkan kerja-kerja yang tertangguh dan terbengkalai.

Photobucket - Video and Image Hosting
Fendy pun nak touch-up jugak. Biar muka berseri-seri masa nyanyi nanti

Lagi seminggu sebelum convocation dan latihan makin giat dijalankan. Kali ini, setiap hari latihan dijalankan. Dari pagi sampai ke petang diperuntukkan untuk latihan koir dan pada sebelah malam pula, aku mesti menghadiri latihan untuk persembahan ketika convo dinner. Memang memenatkan. Tapi ini yang aku mahu, jadi segala rasa penat aku letak jauh ke tepi.

Photobucket - Video and Image Hosting
Gambar berkumpulan setelah habisnya convocation
bersama Cikgu Laura
&
En. Nizar yang sebagai urusetia majlis


Hubungan sesama ahli koir pun semakin rapat. sebelum ini, kami agak kurang mesra. Mungkin kerana sebab terlalu ramai ahli-ahli baru yang menyertai kumpulan koir ini. Ahli-ahli yang lama, hanya tinggal tidak sampai 10 orang. Ramai ahli-ahli lama yang sudah tidak ingin menyertai lagi koir utuk tahun ini dengan alasan sibuk dan ada juga ahli-ahli koir yang sedang menjalani praktikal mahupun sudah grad. Namun, itu semua bukanla alasan untuk kami tidak memberikan persembahan terbaik semasa hari berkenaan. Hubungan yang semakin rapat dan mesra sesama ahli koir sudah pasti akan memantapkan lagi persembahan kami kerana masing-masing bersatu hati untuk memberikan yang terbaik.

Photobucket - Video and Image Hosting
Semua bersorak gembira menandakan kejayaan
membuat persembahan terbaik pada hari tu


Malam sebelum berlangsungnya graduation day, diadakan convo dinner, khas untuk meraikan para graduan. Dan malam ini juga, kudratku diperlukan sebagai backup singer. Mesti ada yang ketawa sebab hanya backup singer yang memainkan peranan kecil dalam satu-satu persembahan. Namun, peranan kecil inilah yang mengelokkan lagi persembahan-persembahan pada malam ini. Majlis yang berlangsung lebih kurang 3 jam lebih itu, dilalui dengan jayanya. Persembahan mantap dari para penari, penyanyi, band dan tidak lupa juga backup singer memeriahkan lagi malam tersebut. Habuannya, semua performer dapat menjamu selera makanan dinner yang disediakan untuk para graduan. Caterer kali ini adalah dari Hotel casuarina, Ipoh. Memang sedap makanannya. Dalam banyak-banyak hotel di Ipoh, Hotel Casuarina lah yang menyediakan makanan paling sedap yang dihidangkan oleh waiters kacak dan waitress jelita. Memang berbaloi !!!

Photobucket - Video and Image Hosting
Dari kiri: Zaman, Fikri, Aku, Ebby & Hasmi

Hari yang dinanti, 27 ogos 2006 telah tiba. Hari inilah yang dinantikan oleh para graduan kerana hari inilah mereka akan mendapat segulung ijazah sebagai tanda tamatnya pengajian di UTP. Hari ini jugalah, kumpulan koir akan diuji kebolehan mereka untuk mempersembahkan apa yang telah dipelajari sepanjang sebulan berlatih.Sudah pasti,aku paling gementar kerana aku memainkan peranan yang agak penting kerana aku ada part solo untuk lagu Getara Jiwa. Walaupun hanya satu rangkap tapi cukup membuat aku berasa berdebar-debar. Takut sekiranya out of tune ataupun off pitch. Dengan tenor yang hanya 4 orang termasuk aku, aku berasakan agak bimbang akan kebolehan kami. Banyak juga nota-nota tinggi yang perlu kami nyanyikan dan hanya 2 orang tenor yang betul-betul boleh mencecah note tinggi. Glad to say, aku adalah salah seorang. Tapi, ini bukanlah persembahan solo tapi koir, Jadi aku kena pastikan agar bunyinya harmoni dan aku tidak overpowering each other. Base yang seramai 11 orang membuat aku sedikit resah sebab kadang-kadang ada yang berangan yang mereka bukanla suara base tetapi soprano. Pening-pening.

Photobucket - Video and Image Hosting
Aku dan Lan sempat lagi posing sebelum naik stage

Sebanyak 7 lagu, kami nyanyikan. Alhamdulillah, aku berjaya menyanyikan part aku dengan baik. Dan tak kusangka aku mendapat tepukan gemuruh semasa menyanyi solo. AKu tidak pasti sama ada itu tepukan mengeji atau tepukan memuji. Asalkan ianya tepukan sudah cukup menggembirakan aku. Keseluruhannya, semua pihak berpuas hati dengan persembahan kumpulan koir. Katanya, inilah persembahan terbaik koir sepanjang convocation diadakan. Aku berasa bangga walaupun sedikit sedih dengan komen tersebut. Sebab, akulah satu-satunya ahli koir yang paling lama dan membuat persembahan hampir setiap kali convocation. Jadi, aku sedikit sedih bila maksud tersirat komen itu yang persembahan pada tahun terdahulu tidak bagus. Namun pujian untuk tahun ini, amat menggembirakanku.

Photobucket - Video and Image Hosting
Aku dan Mayon
Mayon dah grad...

Photobucket - Video and Image Hosting
Aku dan Dayana
Dayana pun dah grad...

Aku juga gembira kerana dapat berjumpa kembali teman-teman lama yang datang untuk menghadiri sidang graduasi untuk kali ini. Hanya wajah-wajah ceria yang dipaparkan menandakan betapa gembiranya mereka. Aku tumpang gembira untuk mereka. Walaupun, aku harus menunggu tahun depan untuk convocation aku tapi aku tetap bergembira. Bergembira untuk mereka yang berjaya. AKu pasti, tahun depan adalah giliranku. Kali ini, aku akan belajar bersungguh-sungguh.

Photobucket - Video and Image Hosting
Lepas buat persembahan, perut pun dah lapar...
Apalagi, makan time la...

Memang convocation mengundang perasaan bercampur baur bagiku. Sedih gembira semuanya bercampur aduk. Gambar-gambar kenangan diabadikan buat tatapan di kemudian hari sebagai imbauan memori di kala sunyi.

Photobucket - Video and Image Hosting
Bravo to UTP CHOIR GROUP !!!!
Kamu telah memberikan persembahan yang terbaik
Tahun ini
Jumpa lagi tahun depan

CHECK OUT MY PHOTO GALLERY !!!!
MORE UPDATES AND PICTURES
CLICK MY PIC BELOW

Photobucket - Video and Image Hosting

Friday, August 18, 2006

TO THE DEAREST ORGANIZERS (BLOGGER IDOL 2006)

Assalamualaikum dan selamat malam,

Pertama kali, saya ingin memohon seribu kemaafan di atas kegagalan saya untuk memberikan sepenuh komitmen sepanjang Bloggers Idol 2006 berlangsung. Bukanlah niat saya untuk memperlekehkan atau mengambil sikap sambil lewa sepanjang menyertai pertandingan ini tetapi ruang kesempatan yang terhad menghalang saya untuk berkarya dalam menyiapkan tugasan yang diberi. Saya tahu, mungkin saya telah menyusahkan banyak pihak sama ada secara langsung atau tidak, terutamanya kepada pihak penganjur yang telah bertungkus-lumus untuk menjayakan program ini. Mungkin juga, saya telah menutup peluang orang lain yang begitu bersemangat untuk menyertai pertandingan ini. Sekali lagi, kemaafan dipinta.

Sememangnya, dari awal saya amat berkobar-kobar dan teruja untuk menyertai pertandingan ini. Bagi saya, inilah platform untuk saya saling mengenali para blogger dan juga bertukar-tukar ilmu serta berkongsi pengalaman dan pendapat sesama bloggers. Selain itu, hadiah yang lumayan yang ditawarkan oleh pihak penaja amatlah menjadi daya tarikan yang mendorong saya untuk memberikan persembahan yang terbaik dalam menyiapkan segala tugasan yang diberikan.

Namun, disebabkan semester ini sangatla sibuk dengan tugasan dan juga projek tahun akhir, membuatkan saya tidak berupaya untuk menyiapkan tugasan yang diberikan dalam tempoh yang diberikan. Jikalau sempat pun, hasilnya tidak begitu memuaskan. Untuk menyiapkan tugasan yang pertama pun, hanya mampu ditulis dalam sejam terakhir sebelum tempoh tamat. Semakin hari berlalu, semakin banyak beban tugasan dan projek tahun akhir yang memerlukan komitmen dan tumpuan yang penuh seterusnya menghadkan waktu untuk menyiapkan tugasan Blogger Idol 2006 ini. Bukanlah bermaksud yang pertandingan ini tidak penting tapi saya terpaksa meletakkan keutamaan kepada perkara yang lebih menuntut fokus serta tumpuan penuh saya.

Dengan ini, saya terpaksa menarik diri dari pertandingan ini. Saya tahu yang email saya ini sudah terlambat kerana saya sudah pun dikeluarkan dari pertandingan ini namun saya ingin memberikan penjelasan agar tidak timbul rasa tidak puas hati dan cakap-cakap belakang di kemudian hari. Lagipun, biarlah saya berundur secara terhormat dan beradab. Hanya ketika ini, saya mempunyai waktu terluang dan mampu menulis email yang begitu panjang. Alangkah bagus, sekiranya waktu terluang ini dapat dibawa ke masa lalu agar dapat saya siapkan tugasan yang kedua dan saya yakin perjalanan saya akan masih panjang dalam pertandingan ini. Namun, saya tidak mahu yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran. Biarlah saya realistik yang saya sememangnya tidak mampu untuk memberikan sepenuh komitmen dalam pertandingan ini.

Akhir kata, terima kasih kepada pihak penganjur yang memberikan peluang kepada saya untuk menyertai pertandingan ini. Terima kasih juga kepada mereka yang telah mengundi saya sepanjang pertandingan ini berlangsung. Segala undian anda, amatlah berharga buat saya. Tidak lupa juga kepada kawan-kawan bloggers yang tidak jemu memberikan kata semangat dan nasihat dalam menyiapkan tugasan yang diberikan. Tanpa kamu semua, siapalah saya di arena blog ini. Namun, blog persendirian saya akan tetap diteruskan kerana itulah tempat untuk saya berkongsi pengalaman dan meluahkan apa yang terbuku di hati. Walaupun tidak mampu untuk dikemaskinikan selalu, tetapi saya akan cuba untuk mengisi cerita yang terbaru jikalau ada kelapangan.

Salam sayang dari izzu
Photobucket - Video and Image Hosting

p/s : dengarkanlah lagu tema dari izzu untuk Blogger Idol 2006
Katharine McPhee - My Destiny

Monday, August 07, 2006

BI2006 - 1ST WEEK ELIMINATION

1st weeks' result dah kuar !!! Jom kita tengok TOP 10 !!!

Photobucket - Video and Image Hosting

Marks here are based on 70% dari undian melalui polling station
&
30% dari jury²
Ini lah dia results atas nilaian assignment week 1
All these top 10 bloggers
Made it to the next round of competition - Week 2!!!

BOTTOM 2 UNTUK 1ST ROUND
KLIK HERE

GOOD NEWS!!!!
NO ONE WILL BE ELIMINATED
FOR THE FIRST WEEK

CONGRATULATION TO ALL CONTESTANTS

Dengan ini, 2nd assignment telah pun disediakan

PROBLEM STATEMENTS
Kemunculan artist² baru sekarang ini kian menjadi², kan? Dengan adanya pertandingan² realiti dan lain² sekarang nih, huiyoh! Makin banyak menusie bergelar ARTIST sekarang ini, kan? Dan ada diantara mereka² yang baru muncul ini kan, yang mungkin mempunya bakat yang sangat besar - tapi, naiknye, tak lama. Apa org cakap, Artist Mee Segera? I wonder why? Management tak betul ke, ape? Promosi nan ado ke?

QUESTION
"BI2006 - Week 2 Assignment :
YOU are the new Manager for Diddy AF4. As a manager, what would you do to get Diddy to be an established singer / artist in the Malaysian Music Industry?"


PS: Assignment boleh dibuat in Malay & English

BERDEBAR-DEBAR
APA LA NAK DITULIS EK ?


JALAN JALAN JUMPA KAWAN

Hi, kita bersiaran lagi. Dari mana ? dari bilik aku ajers....sorry, bz sgt skrg ni. tak sempat nak kemaskinikan blog tersayang ni. So, mrasa la entry past tense. Tapi, oklah kan...dari tak ada langsung.

Aktiviti pertama setelah kembali ke semenanjung malaysia, ialah lawatan muhibbah ke Kuala Lumpur. Kenapa Kuala Lumpur ? Sbb, kawan2 iols semuanya pose berangan mau kerja dan hidup di kota metropolitan. So, terpaksala iols mencemar duli, mengacara program jalan jalan jumpa kawan bersama pengacara jemputan, puru dan syai pantes. Ala2, kerja kat ipoh ni pun, sanggup balik Kuala Lumpur every weekend, masakan lagi kalo yg kerja di ceruk ulu banat, harus terseksa jiwa raga sebab tak dapat dok Kuala Lumpur. tapi, iols ok sajork kerja atau tinggal di kampung-kampung tapi dengan syarat bukan kawasan pedalaman. harus nnt, mati kutu garu pukiey sajork. ada ke, pukiey kaedahnyer ? tade kan ? so, garu pukiey kucing je lah...motif ttba cakap pelik2 ni ? hayoo, very der kena influence kak prag. abis otak kuning. baca je blog kak prag, terus termimpi2 main pukiey, voley ? ya, hampun!!! takmo takmo

SUDAH !!!!! Sila balik kepada citer asal ye !!!! Sebelum tu, jom kita breakfast dulu. Breakfast kali ni, ditaja oleh MarryBrown. Nasi Lemak Special katanya. Sedap jugakla. Trip Ke Kuala Lumpur dimulakan ngan melantak, karaoke lite2 dan surfing internet di Ipoh Parade sementara menanti Sohnen abis kerja sebelum bergerak ke destinasi. Rombongan kali ini dianggotai oleh Iols, Puru, Syai Pantes dan Sohnen yang merangkap driver dan tuan punya kereta. Tanggal 28 july sampailah 30 july, weols akan berada di sana untuk sesi ramah mesra bersama old citizens. oops, bukan old citizens but old friends.

Photobucket - Video and Image Hosting
BREAKFAST DI MARRYBROWN SEBELUM BERTOLAK KE KL

Perjalanan berjalan lancar. Walaupun panas terik mentari, perjalanan mestilah diteruskan. Tapi, ttba hujan di tengah jalan. Mrasa cuaca panas sejuk panas sejuk bersilih ganti. Harusla kembang kuncup badan iols ni. Apa lagi, mula la rasa mengantuk menguasai diri. barunya nak lelapkan mata, sohnen dah menjerit macam orang gila di telinga iols. katanya, nak kejutkan iols dari tido, voley ? siap ugutan lagi ni, kalo ada sapa2 ahli rombongan tertido, dia pun nak tido sama. mrasa langgar divider highway. sgt keji ugutan iteew. terpaksala weols celikkan mata tapi tutupkan minda. yang jadi scary nyer, sohnen pernah tido dan bermimpi makan puding jelly masa driving di highway plus. mrasala kereta kancil iteew ada corak belang2 akibat geselan dengan divider highway iteew. hayooo, sungguh takut. iols tak mau jadi arwah lagi. so, terpaksala isap rokok berbatang-batang untuk ilang ngantuk. dahla iols co-driver, paling dekat untuk sohnen bagi jeritan puaka kat iols. hanjs je.

penat duduk dalam kereta, sohnen decide utk berhenti rehat di ulu bernam. ala2 kantung kencing masing-masing dah penuh, harusla cari toilet utk kencing. selain itu, dapat jugakla nak regangkan badan dan kendurkan urat saraf yang tegang ni. mrasa posing depan signborad. ala2, nak buktikan iols dah sampai ke check point pertama.

Photobucket - Video and Image Hosting
BERHENTI REHAT DI HENTIAN PLUS HIGHWAY

ni dia puru dan syai pantes. tetap nak interframe dalam iols nyer blog. tapi, okla diorg pun verangans chanteque. ok sajork untuk dipaparkan dalam blog iols. ni dia, diva ulu bernam. sebenarnya, bukan nak amik gambar diorg. iols nak ambik gambar pengkid2 di belakang diorg. at least, ada gak variety org yg di feature dlm blog iols ni. dari gabas ke pengkid, dari laki ke pompuan, besar kecil semua adork.

Photobucket - Video and Image Hosting
POSING CANTIK DI HENTIAN SEBELAH ULU BERNAM
BERLATARBELAKANGKAN GENG2 PENGKID

akhirnya, sampai jugak ke Kuala Lumpur. 1st destinasi, adalah rumah kekasih kawan. ala2, buat transit giteew. kepenatan drive, leh gak nak rest lite2. iols dapat jugakla kenal siapa kekasih iteew, comel la jugak walaupun manja lite2 tapi obviously bukan taste iols la. lagipun, nampak cam adik2 sajork. so iols decide takmau celabeds, jadi kawan sajork. tapi, perlu kewr celabeds kawan-kawan, kan ? tapi, kekasih kepada kawan iols tu, tetap menjadi bahan yg taste utk syai pantes, tak githu yuols ? ok je, minat dari jauh.

Photobucket - Video and Image Hosting
DI RUMAH KEKASIH HATI KEPADA SEORANG KAWAN

then, malam tu jugak diadakan sessi karaoke. yela, yuols, mana boleh pisahkan karaoke dari kehidupan iols. mrasa iols jadi diva malam tu. ala2, dekat 10 lagu iols nyanyi. sampai ilang suara bagai, melalak tak hingat. tapi iols sgt bergembira malam tu. kumpul ramai2 bersama kawan-kawan dan happy-happy sama-sama. kiranya, objektif trip ke kuala lumpur ni, berjaya !!

Photobucket - Video and Image Hosting
KARAOKE SESSION
NYANYIAN BERKUMPULAN

Photobucket - Video and Image Hosting
TENGAH MENYANYI LAGU NATURAL WOMAN
3 DIVAS DI SEBELAH KIRI GAMBAR
BACKUP SINGERS DI SEBELAH KANAN

Photobucket - Video and Image Hosting
BERGAMBAR BERAMAI-RAMAI SELEPAS PENAT MELALAK

dah penat menyanyi, keletihan, kenala tido. so, bermalam di umah sewa acai yang disewa oleh koyak. sampai je umah, trus terbongkang. penat sgt. mental dan fizikal dan vokal. so, iols memerlukan tido yang secukupnya.

Photobucket - Video and Image Hosting
BERMALAM DI RUMAH SEWA ACAI YANG DISEWA OLEH KOYAK

esoknya, sessi tengok wayang pulak. movie dorm menjadi pilihan. katanya, citer ni sangat seram tapi nan ado seramnya. ala2, menjerit 3 kali je. kalo citer ni betul2 seram, harusla menjerit non-stop. tapi, iols still suka citer ni sbb sgt sedih dan romantik. ala2, kisah percintaan antara dua budak lelaki di asrama. cuma sorg hantu, sorg tu manusia. so, yg manusia ni, sanggup bersusah payah untuk tolong hantu tu untuk meneruskan kehidupannya di alam akhirat nnt. voley, review cenggini ? menitis gakla air kata iols, dengan ketulusan dan keluhuran dan kekuatan bonding antara dua budak lelaki ni. tetiba, iols flashback masa skolah dulu2, di asrama. ala2, macam reflect kisah iols sendiri je.

Photobucket - Video and Image Hosting
MENONTON WAYANG DI CINELEISURE
FILEM SERAM; DORM

sessi untuk spa mesti ada. lepas je tgk wayang, trus ke M CLUB. kenapa ke sini ? merehatkan badan sambil menikmati keindahan ciptaan tuhan, voley ? mrasa tak rehat langsung. ala2 membuat senaman non-stop di situ. walaupun, tak mencapai target yang ramai, tapi okla. sebab iols berjaya buat senaman pinggang. tapi makin buat senaman pinggang makin rasa lenguh, so how ? cuma ai tak buat senaman muka. malas nak mengunyah. lain trip je la, ek...

Photobucket - Video and Image Hosting
MEMBUAT RAWATAN URUT DAN SPA DI M CLUB

then, weol ke OU plak, untuk sesi windo shopping tapi, sohnen tetap shopping sakan. ala2, borong 2,3 beg plastik. gores ajers, mudah kan ? iols nak gores kad matric ngan ic boleh tak ? harusla, trus swipe and suffer. mujurlah sohnen ala2, ada skim financial berjaya. walaupun kerjanya menguruskan cawangan-cawangan sambil berleter dan mencarut lite2 tapi financial planning sangat bagus. iols pun mintak nasihat dr sohnen ni

Photobucket - Video and Image Hosting
WINDOW SHOPPING DI ONE UTAMA
ACAI SHOPPING SAKAN DI AX & CK
BORONG BAJU DAN SELUAR DI SANA

Photobucket - Video and Image Hosting
IKAN BERENANG-RENANG DI KOLAM, DI TAMAN DI OU

sebelum, bertolak pulang ke Ipoh, harusla kena makan dulu kan. makan di mana, makan di Nailley's. iols tak tau camne ejaan betulnya. tapi, oklah...asalkan ada bunyi2. ala2, last gathering sebelum masing2 kembali ke lubuk masing2. nanti, tak tau bila nak jumpa lagi. tgk la, llorea sedang sibuk menilik papan kawalan untuk order, bayar dan menu. makanan kat sini sedap dan suasana pun menyejukkan mata memandang. lepas kenyang, weols semua bertolak pulang.

Photobucket - Video and Image Hosting
SIAPA NI, TATAU ?

na, pose solo. harusla sebagai penutup bicara giteew. so, nanti kita jumpa lagi dalam siaran yang lain, ok ? dengan ini majlis ditutup.

Photobucket - Video and Image Hosting
POSING DI NAILLEY'S CAFE
TAK TAU EJA BETUL KE TAK NI
RESTAURANT YANG CANTIK INTERIOR DESIGNNYA
DAN
SEDAP MAKANANNYA
DINNER DI SINI SEBELUM BERTOLAK PULANG KE IPOH

Wednesday, August 02, 2006

BI2006 - Week 1 Assignment : All About Nadira


KALI INI KITA AKAN BERSAMA-SAMA DENGAN ARTIS UNDANGAN UNTUK MEMERIAHKAN LAGI BLOG AI NI. SIAPA LAGI KALAU BUKAN MISS NADIRA !!!!

DIPERSILAKAN MISS NADIRA NAIK KE PENTAS.

TANPA MEMBUANG MASA LAGI, KITA TERUS KEPADA SOALAN YANG PERTAMA. ANDA SUDAH BERSEDIA MISS NADIRA ?

SOALAN PERTAMA : Could u tell me about yourself. how do u describe yourself ? ur zodiac, date of birth and briefly tell me about your background such as family, siblings, ur job

MISS NADIRA : Libra, 11 Oct 1986. Living in the north side of Singapore. Family of 6. 4 siblings in all, 2 boys, 2 girls. 2nd child in the family. Currently working as a tutor in an education centre.

SOALAN KEDUA : apa ciri2 yang patut ada pada seseorang itu, sekiranya mahu menjadi teman istimewa dan juga sahabat anda.

MISS NADIRA : Teman istimewa/sahabat tu perlu lah ade sikap jujur and also tutur kata tu impt cos that will show how one can bring themselves. But then again, of course kalau nak ciri2 yg positive, kita sendiri nak kena possess all that first lah kan? Tul tak? Hmmm.

SOALAN KETIGA : Siapakah idola anda ?

MISS NADIRA : Idola? None in particular.

SOALAN KEEMPAT : Mengapa anda suka berblogging ?

MISS NADIRA : Ber-blogging eh. Hmm. Simpan utk memory kot? Come to think of it, yah. What I blog are mostly whats happening in my life. Kadang2 tu kalau imbas balik those old entries, one thing i could do is laugh at it. Be it yg happy atau yg sedih. Its a learning process jugak kan.

SOALAN KELIMA : Apakah harapan dan impian anda dlm menyertai BI2006 ni ?

MISS NADIRA : Harapan sertai BI2006 ni, umm nak widen my circle of friends, esp in Malaysia. :)

SOALAN KEENAM : Makanan kegemaran ?

MISS NADIRA : Makanan favourite would be masakan melayu. All those lemaks, etc.

SOALAN KETUJUH : Minuman kegemaran ?

MISS NADIRA : Green Tea

SOALAN KELAPAN : Kawan dan kekasih hati kegemaran ?

MISS NADIRA : Jujur, ikhlas.

SOALAN KESEMBILAN : Makanan bukan kegemaran ?

MISS NADIRA : Kari, segala mcm kari saya tak suka

SOALAN KESEPULUH : Minuman bukan kegemaran ?

MISS NADIRA : Kopi o kot? Haha.

SOALAN KESEBELAS : Artis tempatan dan luar negara kegemaran ?

MISS NADIRA : oo ramai. Mawi, Siti, Dewa, radja, maroon 5, eisley, mcm2 lah. Yg saya giler2 kan, takdelah pulak. :)

SOALAN KEDUABELAS : Jika saya diberi satu juta, saya akan.....(lengkapkan ayat ini, tak kisah brapa perkataan pun but at least 25 patah perkataan)

MISS NADIRA : Volkswagen new bettle, invest in business, go for holiday around the world, keep some for myself, donate some to mane2 yg perlu, yg baki nyer, simpan dlm treasure chest pastu gi sembunyikan. Siapa jumpe, nasiblah kan? (Ahh, sape nak kasi saya satu juta skg ni? Lol.)

SOALAN KETIGABELAS : Perkara yang paling tidak disukai ?

MISS NADIRA : Paling tak suka nyerr umm.. perang, violence kot?

SOALAN KEEMPATBELAS : Your good n bad attitude ?

MISS NADIRA : Ckp pasal good attitude. Hmm. (Nak puji diri sendiri ni!) I shall say, senang nak ajak bebual lah. Bad attitude nyer, banyakkkk sekalis. One of it is, anger management i hancurans. Yes, panas baran orang nyer ni.

SOALAN KELIMABELAS : Interest anda ?

MISS NADIRA : Interest bnyk ada. Interest as in hobbies ke? Hmm. Kalau gitu, Bnyk lah minat. Antara nyer, blogging. :)

SOALAN KEENAMBELAS : Details pasal kerjaya ?

MISS NADIRA : With regards to my profession, skg ni i sedang mengajar kat tuition centre. Temporary aje. Tahun depan Insya`Allah i nak further studies lagi. Most probably in business IT or business management.

SOALAN KETUJUHBELAS : Isu semasa yang paling manarik minat ?

MISS NADIRA : Tentang isu semasa yg tgh hot ni, pasal siti nak kahwen dgn datuk K? Heh. Actually, am more concerned about the war and bombings in Lebanon. PEACE, NO WAR. :)

SOALAN KELAPANBELAS : if you r not you...who would yu wanna be?

MISS NADIRA : Soalan cepu mas! Nak jadi beyonce lah. Lol. I am, who I am lah ekh.

SOALAN KESEMBILAN BELAS : Your quote ?

MISS NADIRA : Quote eh? Hmm, sendirian berhad, belum ada lagi, tapi one of my favourites would be this: "Nothing is permanent in this wicked world - not even our troubles." By Charlie Chaplin. Kata2 yg mendalam tu. Hmmm.

SOALAN KEDUAPULUH : Eh, dah tade soklan dah ? Sorry ye, Miss Nadira. Ai pun tak prasan soklan dah abis, dan ai pun tade idea nak tanya apa dah. Lagipun, ai tgh bz skrg ni. Kita borak-borak lain kali la ek ?

MISS NADIRA : Ok je, No hal.

Pengerusi majlis ingin mengucapkan terima kasih kepada MISS NADIRA kerana sudi memeriahkan temuramah di awal pagi rabu ni. Terima kasih juga kepada sedara Archmal kerana mempunyai soklan-soklan yang sungguh bagus. Series takde idea nak tanya apa, mujurla sedara Archmal sudi membantu. Harap jangan marah ye. (Mesti ko tengah tarik muka kan, skrg ni...sebab ko tanya aku soklan-soklan ni, aku pulak tanya kat orang lain soklan2 ni jugak)

MAJLIS BERSURAI. JUMPA LAGI DI LAIN RUANGAN. KALO MAU KENAL LEBIH LANJUT NGAN MISS NADIRA SILA LA KLIK DI SINI.

TAKPUN, YUOL BACA TENTANG ZODIAC LIBRA, SURE DAPAT MENGENALI DENGAN LEBIH MENDALAM AKAN MISS NADIRA INI.

SUKA TENGOK HAMSTER2 TU. COMEL2 :) ALAMAK DAH TERLAMBAT NAK KE KELAS. BYE YUOL !!!

Photobucket - Video and Image Hosting

KALO YUOL RASA
I DESERVE UTK KEKAL DALAM CARTA
SILA LA UNDI I
KALO YUOL UNDI I
I AKAN NYANYIKAN SATU LAGU MERDU UTK YUOL

I JANJI
I AKAN BUAT ENTRY LAGI MENARIK
MINGGU DEPAN
SORRY ENTRY I KALI NI KURANG MENGANCAM



Tuesday, August 01, 2006

BI2006 KINI BERMULA !!!

Bloggers Idol 2006 bermula!

1st week's assignment for BI2006!

This week's theme of assignment would be... "ABOUT ME..."

ABOUT ME di sini bermaksud...
Blogger A has to find out anything and everything about Blogger B dan write about it as an entry / assignment - so that everyone akan tahu siapakah Blogger B. Dan Blogger B will find out everything about Blogger C, and so on and so forth...

Can write ANYTHING and EVERYTHING yang perlu for readers/juries to know about the person yang you're writing about. It's somewhat like an ice-breaking session. Write it as detailed, as creative as you can/want - BUT, make sure, it at least covers the basics of the person. And it must be AT LEAST 15 POINTS yang perlu anda tuliskan/nyatakan about that person in your assignment entry (lebih banyak points ie. more than 15 points, bermaknanya ppl akan lebih senang utk mengenali org yang anda tuliskan about tu, and plus, who knows, Juries will take that as an advantage utk kasik more points?). May write it in any way i like

SO, this week's assignment

"BI2006 - Week 1 Assignment :
All about xxx"

('xxx' tu akan digantikan dengan nama/nickname blogger yang akan diceritakan nanti)

So, for my part,
i akan ditemuramah Archmal
dan
i akan menemuramah Nadhira


NAME/ NICKNAME: Archmal
BLOG URL: http://archmal.blogspot.com

Will write about

NAME/ NICKNAME: izzu
BLOG URL: http://izzu.blogspot.com

Will write about

NAME/ NICKNAME: Nadhirah
BLOG URL: http://nadhirah.lifelogger.com

so, tunggu jela apa hasilnya nanti. harap2 tidak tersingkir di pusingan pertama

p/s : taken and edited from official blog of BI2006