Tuesday, August 31, 2010

TESCO SCOURING POWDER IS MY SAVIOUR, MERDEKA !!!!




AKU DAH FEDUP, PERGI TESCO AMPANG DAN AKU TERJUMPA SCOURING POWDER. KAT LABEL CAKAP, MEMANG BERKESAN UNTUK TANGGALKAN KOTORAN DEGIL DI BILIK AIR DAN DAPUR. HARGA PUN MURAH MUNGKIN SEBAB BRAND TESCO JE TAPI TAK KISAHLA, YANG PENTING EFFEKTIF.

SO, PAGI TADI AKU BANGUN AWAL, AKU TABURKAN POWDER TU KE SELURUH PERMUKAAN LANTAI BILIK AIR DAN AKU BIARKAN SELAMA SETENGAH JAM SUPAYA POWDER TU DAPAT "TARIK/SEDUT" DAKI2 DAN KOTORAN YANG MELEKAT KUAT. NANTI SENANG LA NAK MENYENTAL.

TAPI DISEBAKAN HOSMET AKU NAK MANDI, DIA TOLONG SENTALKAN BILIK AIR TU SAMBIL MANDI. HASILNYA, MEMANG MENGGEMBIRAKAN. HILANG SEMUA DAKI DAN LANTAI BILIK AIR MENJADI CERAH DAN CERIA KEMBALI.

AKU HAPPY SGT, TERUS AKU KE KEDAI RUNCIT BAWAH UMAH AKU DAN BELI PULAK CUKA MAKAN DAN SERBUK SODA BIKARBONAT. AKU NAK CUCI SINKI DAN INNER PIPING KAT SINKI TU. AKU SEARCH KAT GOOGLE, JUMPA LA BERMACAM-MACAM PETUA MACAM MANA NAK HILANGKAN BAU SINKI DAN MELANCARKAN PENGALIRAN AIR DALAM SINKI AGAR TIDAK TERSUMBAT.

AS A RESULT, AKU PUAS HATI SEBAB SEMUANYA MENJADI DENGAN JAYANYA. BILIK AIR DAH BERSIH, SINKI DAH BERSIH DAN KURANG BERBAU (NAK BUAT BANYAK KALI ULANGAN TAPI AKU DAH MALAS, NEXT WEEK LA PULAK). NEXT GILIRAN UNTUK MEMBASUH KAIN2 BURUK YANG DIBUAT ALAS KAKI DI DAPUR DAN DEPAN PINTU BILIK AIR. BIAR BERSIH DAN HILANG BAU KEPAM KAIN BURUK TU.


SO, CUTI MERDEKA ARI NI, AKU MANFAATKAN DENGAN "MEMERDEKAN" KEKOTORAN DARIPADA TERUS BERSARANG DALAM RUMAH AKU.

AKHIR KATA, SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 53 KEPADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA, BUMI BERTUAH

NEW LAYOUT



BAGUSLA BLOGSPOT NI BAGI DESIGN BARU UTK LAYOUT DAN TEMPLATE. TAKYAH SUSAH2 NAK DESIGN SENDIRI.

GUNA JE APA YG DIBERI, CLICK SANA SINI, DAH JADI, SIAP

TRYING MY NEW LAYOUT AND TEMPLATE

Monday, August 30, 2010

SURVIVAL NOTE 2


DALAM SATU-SATU HUBUNGAN SESAMA INSAN, SEHARUSNYA TIADA KONSEP PARASIT YANG PERLU DIAMALKAN. SEBAIKNYA KONSEP SIMBIOSIS SEWAJARNYA MENJADI AMALAN DALAM MENGEKALKAN SESUATU PERHUBUNGAN.

TIDAKKAH KITA AKAN BERASA MALU SEKIRANYA TANGGAPAN UMUM YANG MENGZAHIRKAN KONSEP PARASIT PADA DIRI KITA ? IA JUGA BOLEH DISIMBOLKAN BAGAI MENANGGUNG BIAWAK HIDUP YANG TIDAK MEMBERI APA-APA MANFAAT D
I KEMUDIAN HARI YANG AKHIRNYA AKAN MENJADI BEBAN SECARA BERKADARAN.


PERASAAN RENDAH DIRI DAN BODOH SOMBONG SEPATUTNYA DIBUANG JAUH-JAUH SEKIRANYA KITA INGIN BERJAYA DALAM HIDUP. TIADA SALAHNYA JIKA BERMULA DI TANGGA TERBAWAH. MANA TAHU, TANGGA TERBAWAH ITULAH JUGA YANG AKAN MENJADI LANGKAH PERTAMA UNTUK KE PUNCAK MENARA DI HARI MUKA.

REZEKI TIDAK AKAN DATANG BERGOLEK TANPA USAHA MELAINKAN JIKA KITA MAHU MENERIMA SUAPAN MEMBUTA TULI TANPA MEMPEDULIKAN MARUAH DIRI SENDIRI. DI MANA KEMAHUAN, DI SITU PASTI ADA JALAN. HANYA TEKAD DAN NEKAD DIPERLUKAN UNTUK LEBIH BERJAYA.

LEMPARKAN SEJAUHNYA KESERONOKAN SEMENTARA KERANA MASA DEPAN YANG CERAH PERLU LEBIH DIUTAMAKAN. SESAL KEMUDIAN TIADA GUNA. BIARKAN BERTATIH ASALKAN TIDAK JEMU MENCUBA UNTUK BERUSAHA MENJADI YANG TERBAIK. MASA DEPAN KITA ADALAH UNTUK DIRI KITA, BUKANNYA UNTUK ORANG LAIN.

SURVIVAL NOTE 1



MENGAPAKAH KITA SUKA MENGEJAR FANTASI SEDANGKAN REALITI YANG DI DEPAN MATA, LEBIH MEYAKINKAN DAN PASTINYA ITU AKAN MEMBERI SATU KESEDARAN UNTUK KITA BERUSAHA BERSUNGGUH-SUNGGUH DALAM HIDUP.

TIDAK PERLU ADA MAKNA PUTUS ASA KERANA KEJAYAAN ITU AKAN LEBIH MANIS SEKIRANYA IA TERHASIL DARI PENAT JERIH KITA SENDIRI.

JANGAN MUDAH MENGALAH DAN SELALU BERFIKIRAN POSITIF. JIKALAU ADA PERSEPSI NEGATIF, CEPAT-CEPAT MENCARI JALAN UNTUK MENGATASINYA DAN UBAHKAN AGAR IA BERTUKAR MENJADI PERKARA YANG BERMANFAAT