Tuesday, April 22, 2008

KARAOKE TIME WITH COLLEAGUES

Macam biasa, sesi karaoke bersama teman sekerja sudah menjadi aktiviti bulanan kami. Kali ni, ahli2 rombongan bertambah ramai. Kebiasaannya, aktiviti hanya untuk boys' nite out tapi untuk sesi kali ini, kami telah disertai oleh gadis jelita yang juga sama gilanya, suka berkaraoke.


Tempat karaoke pilihan, sudah semestinya, RED BOX, SOGO. Dengan bilik karaoke yang selesa, pakej buffet dinner yang menyelerakan serta pilihan lagu-lagu yang terkini membuatkan kami sentiasa teruja untuk kembali ke sini dan menempah trip kami ke sini, setiap kali awal bulan. Maklumlah, baru dapat gaji masa tu.


Sudah tentu aku menjadi STAR pada malam itu. Aku rasa, mana2 sessi karaoke yang aku sertai aku cuba buat yang terbaik. Paling kurang tak sakit telinga la. Lagu yang menjadi pilihan hangat pada malam itu adalah dari dendangan:

1 - Freedom - Mulanya Di Sini
2 - M Daud Kilau - Cik Mek Molek
3 - Ratu - Teman Tapi Mesra
4 - Rabbani - Pergi Tak Kembali
5 - Jay Jay - Rindu Bayangan
6 - Rahimah Rahim - Gadis Dan Bunga
7 - Letto - Ruang Rindu

Sesi karaoke akan diteruskan lagi pada awal bulan depan pulak. Sehingga itu, wassalam

No comments: