Tuesday, November 17, 2009

TURUN DAN NAIK


DALAM PERHUBUNGAN, SUDAH PASTI AKAN ADA PASANG SURUTNYA. SAMA SEPERTI HARGA EMAS YANG SENTIASA TURUN NAIK. PERMINTAAN MENINGKAT, MAKA NAIKLA HARGANYA. APABILA BERKURANGNYA PERMINTAAN, MAKA TURUNLAH HARGANYA.

BEGITU JUGA DALAM PERHUBUNGAN PERCINTAAN. APABILA DI ALAM PERCINTAAN, SEGALA2NYA INDAH BELAKA TAPI APABILA SUDAH BOSAN, SEMUANYA MERIMASKAN. ADA JE YANG TAK KENA, ADA JE KESALAHAN YANG INGIN DICARI DAN MASALAH YANG DITIMBULKAN.

TAPI, PASANG SURUT DALAM KEHIDUPAN ADALAH SATU KEBIASAAN. LAKSANA PANTAI YANG SENTIASA ADA PASANG SURUT SECARA BERKALA. KALO SEMUANYA INDAH BELAKA, ITU ADALAH SATU PENIPUAN. SUDAH PASTI, KADANGKALA PERKARA YANG KURANG ENAK AKAN TERJADI. TAPI JANGANLAH CEPAT MELATAH. SEHARUSNYA BERFIKIR DAHULU SECARA RASIONAL DAN MENCARI JALAN PENYELESAIAN.


MUNGKIN JALAN PENYELESAIAN BERBEZA BAGI SATU2 INDIVIDU NAMUN, PUCUK PANGKALNYA, ASALKAN DAPAT KEMBALI BERSATU DAN BERSAMA TANPA SEBARANG SENGKETA DAN UNGKIT MENGUNGKIT SUDAH MEMADAI. KITA SEHARUSNYA BELAJAR UNTUK BERSYUKUR DENGAN APA YANG ADA SEBELUM IANYA PERGI JAUH MENINGGALKAN KITA.

BUKAN BERMAKSUD MUDAH BERPUAS HATI TAPI HENDAKLAH BELAJAR MENGHARGAI KERANA SEKALI IANYA HILANG MUNGKIN IANYA TIDAK AKAN KEMBALI LAGI.


APABILA SUDAH MENGHARUNGI KEPAHITAN, SUDAH TENTU KEMANISAN YANG DIRASAI SELEPAS ITU AMATLAH BEGITU BERHARGA DAN BERMAKNA SEKALI. UTUHNYA PERHUBUNGAN APABILA ADA TOLAK ANSUR, SIFAT MENGALAH DAN JUGA SISTEM KOMUNIKASI YANG BAGUS SESAMA PASANGAN. PASTI DAPAT MENJAMIN KESINAMBUNGAN HUBUNGAN YANG BERPANJANGAN.

TIDAK GUNA SUDAH TERHANTUK BARU TERNGADAH. SEBAIKNYA, SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN DAN SENTIASA BERHATI-HATI DALAM MENGAMBIL TINDAKAN SEUMPAMA MENARIK RAMBUT DI DALAM TEPUNG.


SEDANGKAN LIDAH LAGI TERGIGIT, APATAH LAGI SUAMI ISTERI.


8 comments:

datin cik sal said...

sat gi ada lah lalat yg dtg ckp..

"aku dah ckp... aku nak tgk sejauh mana kao boleh pergi"..

kann... hahahah..

mcm mak ckp.. hubungan yg tak da pasang surut.. hubungan tak healthy.. itu lah nikmat bila kita berdua bagai nih..

hari2 nak happy.. kao pose jadi cinderella lah lepas dia kawin!! oppss!!

farish H said...

tu dia;p

izzu said...

ketabahan itu sungguh manis

Pemerhati Bebas said...

Erm... Kejap je tu... Aku nak tengok. Tahan berapa lama. Berapa bulan je tu.

izzu said...

betul la, cakap kakak sal...mesti ada je org bg komen camtu

datin cik sal said...

kann.. mak always right! ops!

arep said...

mak bagi anugerah DQ of the year kat abang izu kekar.. kalah cik sal

izzu said...

ahaahah, keji