Sunday, September 24, 2006

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN DAN SELAMAT BERPUASA




Anak bulan dah nampak. Itu tandanya, Ramadhan datang lagi.




Jom kita sahur dan berbuka sama-sama.
Makanlah kurma, kerana kurma banyak khasiatnya
Memberikan kita tenaga yang mencukupi sepanjang berpuasa.
Sunat untuk kita dahulukan berbuka dengan kurma.



Lepas berbuka,
Lepas sembahyang Maghrib,
Lepas sembahyang Isyak,
Kita sembahyang terawih pulak.
Sembahyang jemaah lagi afdal.




Datanglah Ramadhan kepadaku.
Berikanlahku barakahmu.
Kuatkan nekadku.
Imarahkanlah hari-harimu.
Sucikanlah hati dan jiwaku dengan kemurnianmu.
Betapa kurindukanmu.
Ternanti-nantikan kedatanganmu.
Semoga jodoh kita akan sentiasa berpanjangan.


Photobucket - Video and Image Hosting

TIADA HARI SEINDAH JUMAAT
TIADA KATA SEINDAH ZIKIR
TIADA IBADAH SEINDAH SOLAT
TIADA BULAN SEINDAH RAMADHAN
SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK

SELAMAT BERPUASA!!!

Thursday, September 21, 2006

SIAPAKAH DIA ??

Aku terserempak dengan dirinya lagi. Siapakah dia ? Sejak hari itu, aku asyik tertanya2, siapakah dia. Dia telah menangkap pandanganku. Aku kurang pasti sama ada dia perasan atau tidak yang dia telah membuatkan diriku tiada henti dihujani pertanyaan.

Pertama kali aku melihat dirinya, ketika aku dalam perjalanan ke kelas. Seperti biasa, aku akan berjalan bersendirian ke kelas kerana aku telah lewat. Teman sekuliahku, sudah pergi lebih awal. Hendak tak hendak, aku terpaksa berjalan seorang diri. Tidak mahu ponteng kelas. Sedang aku berjalan tergesa-gesa, pandanganku terpana ke arahnya tanpa sengaja. Dia dalam perjalanan pulang dari kelas. Kami berselisih di depan Pocket D. Terdetik di hatiku yang dia memang comel. Perawakannya menarik perhatianku. Dalam sekilas pandang itu, aku sempat membuat lirikan pantas menatap dirinya dari atas ke bawah.

Tanpa kuduga, dia juga berpaling ke arahku dan merenung diriku. Aku panik dan terus memalingkan mukaku ke arah lain. Aku tidak mahu, dia tahu yang aku memerhatikan dirinya. Aku terus berjalan seperti biasa dan berpura-pura melihat ke telefon bimbitku untuk melihat waktu. Namun, hatiku tetap ingin memandangnya lagi. Ku palingkan mukaku ke arahnya dan ternyata dia masih lagi memandangku. Kali ini, dia pula yang cepat-cepat mengalihkan pandangannya. Aku teruskan langkahku ke kelas.

Kali kedua, aku terserempak dengannya semasa aku ke makmal komputer untuk mencetak resume aku. Seperti biasa, aku terlewat untuk temujanji dengan pensyarahku. Aku telah membuat temujanji dengan pensyarahku ini untuk membincangkan tentang cara-cara untuk membuat resume dengan baik. Aku sudah terlewat 5 minit disebabkan komputer yang gagal berfungsi dengan baik. Sedang aku, menunggu giliran untuk menggunakan pencetak, aku terpandang seseorang di meja berhadapan denganku. Ternyata dia duduk di situ bersama kawannya. Nasib aku baik hari ini, dapat bertemu dengannya lagi. Tapi, aku sengaja buat-buat tidak nampak. Namun, mata ini tetap curi-curi pandang, melihat ke arahnya. Tidak kuduga, pandangangku bertemu dengan pandangannya. Aku malu lantas aku kembali menatap skrin komputer dan berpura-pura menaip.

Kali ini, aku perasan yang dia curi-curi pandang ke arahku tapi aku buat-buat tidak nampak. Aku menuju ke mesin pencetak dan menunggu giliranku. Aku terpaksa berdiri di situ, jika tidak giliranku akan di pintas oleh budak-budak junior yang tidak tahu menunggu giliran. Memang menyusahkan. Dari tempat aku berdiri, aku dapat melihatnya dengan lebih jelas. Kali ini, aku tidak melepaskan peluang, memerhatinya puas-puas. Dia memang comel. Aku rasa, kawan di sebelahnya perasan yang aku asyik memerhatikannya. Aku tidak peduli yang penting aku dapat melihat dirinya. Tiba-tiba, dia memandang terus ke mataku dan pandangan kami bertemu buat kali kedua. Kali ini, kami saling tidak mengalihkan pandangan dan bertentang mata dengan agak lama. Aku tidak tahu apa yang harus dibuat. Kuberasakan bagai magnet yang bercantum. Tiba-tiba, dia bangun dari kerusinya menuju ke mesin pencetak dan secara tidak langsung ke arahku. Aku terus berasa gugup dan mengalihkan pandanganku. Aku meletakkan kertas ke dalam mesin pencetak dan menanti ianya habis dicetak. Dia tetap memerhatikanku dan melihat segala perbuatanku. Aku rasa dia ingin menegurku tapi mungkin dia segan. Aku senior dan dia junior. Jurang umur memang menjadi halangan untuk memulakan perbualan. Tiba-tiba hari ini, aku berasa lidahku kelu. Biasanya, aku dengan ringan mulut akan memulakan perbualan. Tapi kali ini berlainan bagiku. Aku dapat rasakan yang dia menunggu aku memulakan perbualan dengan menegurnya dahulu. Namun, aku tetap diam dan meneruskan kerjaku. Sesekali aku melirik ke arahnya dan dia telah pun mengalihkan pandangannya dariku. Aku sudah terlambat 15 minit dan aku bergegas keluar dari makmal komputer. Aku tahu, dia memerhatikan setiap langkahku. AKu berpaling ke arahnya tapi dia cepat-cepat mengalihkan pandangannya.

Aku bertemunya lagi hari ini di pasar malam. Aku ke sana bersama kawan untuk membeli makanan. Sedang aku berjalan-jalan, memerhatikan makanan yang dijual, aku melihat dirinya di celah-celah orang ramai. Dia pun datang ke pasar malam bersama kawan-kawannya. Aku terus mengarahkan pandanganku ke arahnya dan pandangan kami bertemu lagi. Kali ini aku nekad untuk menegur dirinya. Namun, manusia terlalu ramai di pasar malam ini. Kami hanya berselisih tanpa sempat berbalas kata-kata. Jaraknya denganku agak jauh. Kali ini, aku pasti memang dia memerhatikanku. Tidak salah lagi.

Aku berharap dapat bertemu dengannya lagi. Kali ini, aku akan menyapa dirinya dan aku yang akan memulakan dulu perbualan. Aku ingin kenali dirinya dan menjadi kawannya. Memang seronok, main berbalas pandang tapi aku tidak sanggup menahan rasa ingin tahu. Siapakah dia ? Apakah namanya ? Mungkin aku terlalu berfikir yang bukan-bukan. Mungkin bukan aku yang direnungnya. Mungkin hanya aku yang berangan. Sebab itulah, aku inginkan jawapannya. Aku tidak peduli apakah keputusannya. Yang penting aku dapat berkenalan dengannya. Bagiku, itu sudah memadai. Biarlah aku menjadi peminat rahsianya. Meminatinya dari jauh. Menyukainya dalam diam.

Inilah misiku. Tapi, cukupkah waktunya ?

Thursday, September 14, 2006

Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri tetapi dalam kita bersendiri, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seseorg sahabat begitu juga dia tetapi kita sering terlupa akan hal itu.



Kita cume ambil kira tentang harapan dan perasaan kita. Kita rasa dikhianati bile dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang terangkan keadaannya. Bagi kita, itu alasannya utk menutup kesilapan dan membela diri. Kita terlupa, kita juga pernah membiar dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan, memaksa dia menerima alasan kita. Waktu itu terfikirkah kita tentang perasaannya? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa tetapi kita sering terlupa.



Untungnya mpunyai seorg kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia. Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan, dia memberi kita jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Ikhlaslah kita medengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepert i mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah? Dapatkah kita yakinkan bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat utk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah?



Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan? Sesekali jadilah kawan yg medengar dari kawan yang hanya bercerita. Ambillah masa utk memahami hati dan perasaan kawan kerana dia juga seorang manusia. Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa. Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan. Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka. Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan. Disebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan. Kita tidak tahu tetapi jika kita cuba menjadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu perasaannya.




Renungilah....



Wednesday, September 13, 2006

PADA AKSINYA

Tak tau nak tulis apa minggu ni, so i hanya letak gambar2 terbaru i (baru ke?). Campur2 la, gambar terbaru ngan gambar kurang baru. Gambar lama tak mau letak nnt korang buat comparison. I dah tak larat nak dengar ayat2 comparison. Tapi takpe, i hanya akan terima kritikan membina saja.

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Friday, September 08, 2006

MAKAN-MAKAN DI RUMAH AZIE

Kali ni, nak buat entry bergambar macam Abg Roland. Malas nak tulis banyak2, letak gambar2 je cukup...pictures tell thousands words kan ? Apa pun, mmg happy masa makan2 kat umah Azie. Lain kali, kalo buat makan2, jemput kami ye. Kami dengan rela hati akan habiskan makanan yuols.

Photobucket - Video and Image Hosting host kita kali ini adalah azie dan apau

Photobucket - Video and Image Hosting aku diapit oleh shy dan purue sebelum acara basuh beras bermula

Photobucket - Video and Image Hosting purue tengah basuh beras sebelum masak nasi dan apau sedang test rasa lauk, masin ke tak ?

Photobucket - Video and Image Hosting tengah lepak-lepak sementara tunggu nasi masak

Photobucket - Video and Image Hosting aku dan edwell sedang memberikan pose manja

Photobucket - Video and Image Hosting aku suka gambar ni, sbb aku stand out dr orang lain walaupun gaya rambut laha

Photobucket - Video and Image Hosting makanan sudah sedia terhidang dan menunggu untuk dilahap

Photobucket - Video and Image Hosting cheers!!! tiga dara pingitan. deja, purue dan shy. dara ke ?

Photobucket - Video and Image Hosting bergambar bersama cikdih dan azie sebelum melantak

Photobucket - Video and Image Hosting edwell nak jugak interframe gambar sekali

Photobucket - Video and Image Hosting dah kenyang melantak, apa lagi, berlingkar macam ular sawa la...deja jd ular tedung, ai jadi anaconda, voley ?

Photobucket - Video and Image Hosting bergambar sebelum berambus dari umah azie. dari kiri; cikdih, aku, purue, azie, shy dan deja