Tuesday, February 15, 2011

KUALA LUMPUR - BANGKOK - PATTAYA - BANGKOK - KUALA LUMPUR

PEMANDANGAN PATTAYA DARI BERANDA HOLIDAY INN HOTEL, PATTAYA

dah lama event ni tapi baru nak update sekarang. sebab, sekarang baru ada masa nak menaip. ini pun, patutnya kena siapkan report tapi disebabkan malas, so, baik update blog dulu.

last month, kompeni aku antar gi training ke Pattaya, Thailand. Training di-organize oleh HQ Office from US. So, untuk region southeast asia, Pattaya telah dipilih. Training ni pasal HSE, namanya, CAUSE MAP ANALYSIS.

so, boss aku anta aku (sebenarnya, aku yang mintak nak pergi sbb aku tak pernah sampai Pattaya lagi) dan boss aku suruh bawak sorg staff (sibuk je, nak ikut) untuk join training ni bersama-sama.

so, training ni diadakan pada 24hb - 25hb January 2011. Jadi, kitorg datang awal sehari which is on 23rd January 2011. Sampai je di airport Suvarnabhumi, Bangkok....terus ada van datang pickup kitorang dan dibawa direct ke Pattaya. Jauh jugak, lebih kurang 2 jam perjalanan, baru sampai.

INILAH BILIK AKU DI PATTAYA

Kali ini, aku memilih untuk check in di Holiday Inn Hotel, Pattaya. aku rasa, hotel ni 5 star. (correct me if i was wrong). kenapa aku kata 5 star sebab satu malam, harganya, RM300++. gile, tak pernah aku stay kat hotel mcm ni, unless kalo kompeni sponsor dan leh claim la.

so, 2 malam dok sini, sampailah abis training. topik yang dibincangkan dan diajarkan memang best tapi standard la, nama pun class training sure bab mengantuk dalam kelas tak dapat nak dielakkan. opismates dari Thailand pun ada yang tersengguk2. btw, trainer from US ni, mmg bagus dan suka cara dia mengajar.

TENGOK DARI LUAR JE ALCAZAR NI, TADE MEMBER NAK TEMANKAN AKU MASUK

abis je training on 25th January, kitorg terus bergerak ke Bangkok, van yang sama gak antar kami ke Bangkok. Nak kejar flight pada hari yang sama ke KL memang tak sempat sebab kami sampai di Bangkok pun dah almost jam 830malam. so, kami overnite di Bangkok jer dan stay di Bangkok City Hotel. Hotel budget but nice dan segala kemudahan yang aku perlukan ada. bagi aku, asalkan ada hot shower dalam bilik, ada free wifi dalam bilik dah cukup. it is a plus jika ada tv, peti sejuk, coffee making facilities. hotel ni best, siap ada bath tub lagi tu.

BILIK AKU DI BANGKOK

Bangkok City Hotel ni berdekatan ngan muslim area, so senang nak cari makanan halal. cross jalan je, dah ada masjid dan kedai2 makan muslim. area ni terletak di Ratchathewi, dan dekat je ngan station BTS (lebih kurang mcm lrt di malaysia la). so, dh lps check in, kami gi la minum2 kopi dan makan roti canai di area situ. yang berniaga tu, leh cakap melayu ngan slang kelantan. so, aku assume mereka ni mesti datang dari narathiwat atau pun yala. sebab kalo pure bangkok, mereka memang tak reti nak cakap melayu.

JOM MAKAN ROTI CANAI DI TEPI PETCHABURI ROAD

flight aku petang on 26th January. ingatkan sempat nak lepak2 ngan classmate aku, herry. tapi dia lak kerja dan aku malas nak kaco dia. so, aku layan jalan sorg2 di platinum shopping complex, di pratunam road. tak beli apa2 pun, jamu mata je (gaji tak masuk lagi masa ni). dah puas psuing2, terus aku naik airport train dr station phaya thai. murah je, RM4.50 sehala. kalo naik taxi, ada kena ketuk sampai RM80. (berdasarkan pengalaman aku) gila!!!

sampai je LCCT airport, terus aku balik rumah. aku mmg suka parking di LCCT, senang. lagipun, leh claim. hehehe. nak kena bersiap untuk next outstation lak....huhuhu.

BYE-BYE, JUMPA LAGI NEXT TIME

Friday, February 11, 2011

SOALAN & JAWAPAN - PENENTU HALUAN

SOALAN :

i rasa kan, DIA mmg dah tak pedulikan i langsung.
i tak expect dia akan jd lover i smula, cuma i trasa mcm i je yg bersungguh2 nak menten hubungan baik dgn dia. dia mcm dah tak berminat. rasanya, mcm dia nak delete i trus dr life dia. response lain betul

takpela,kalo itu yg dia nak, i kena la buat benda yang sama, takyah dah nak amik tau pasal dia, maybe i just layan dia mcm orang lain kot.

nnt, kaloo u free, u gi la minum2 ngan DIA. dan tanya benda ni kat dia. jgn lak u ckp, i soh tanya. ckp, u saja nak tau. u ckp, u just nak tanya, apakah perasaan dia terhadap i ? (i tak expect jwpn masih ada cinta, i realistik)

adakah dia selesa ngan i, dlm keadaan skrg ? atau dia rasa rimas ngan apa yg i buat (ajak dia kuar, teman tgk wayang, ajak coti).

i cuma nak tau. i tanak dia berpura2 baik, layan i sebab nak jaga hati i, i tanak mcm tu. kalo dia betul2 dh taknak ada apa2, ckp je. i take it rationally. i leh buat hal i sendiri, tanpa perlu consider dia langsung. i tanak nampak desperate sdgkan dia tak appreciate ngan apa yg i buat/usaha untuk berbaik (bukan sbg lover lagi, i paham)

lagipun, dia bukan suka pun, i tanya2 psl dia, pasal study, pasal life. dia kan sentiasa rasa, yg i ni penyibuk dan pushy. walaupun sebenarnya i concern and care. dia pun nak ada life sendiri yg berbeza masa dia kapel ngan i dulu

please bagi jawapan kat i, sblm i balik ke malaysia, sabtu mlm ni.

jawapan u, akan membantu i untuk membuat decision penting...


JAWAPAN (edited) :

i nak mintak ampun dulu kalau i punya msg ni agak harsh.
hehehehe

selepas menyoal siasat... haaaaa...
jeng jeng jeenngggg...

yes... i buat kesimpulan di sini, hanya you je yang berusaha nak mentain kan relationship antara you dengan dia. dia tidak yer.
but i tak setuju yang you kata dia nak delete or hilang dalam hidup you. dia still ingat kat you dan maksud i, memang dia dah tak berminat nak menjalinkan hubungan ala2 couple dengan you dah.

dia kalau boleh, nak still berkawan mcm biasa. kawan yang betul2 biasa. i tak rasa mcm adik-abang bagai yer...
mcm dia dengan lain2. kawan biasa2 sajork.
dia dah confirmkan dengan i yang dia memang tak nak ada hubungan cintan dengan you.

berkenaan dengan pasal dia selesa ke tak dengan you, i tak rasa dia cuba untuk mengelak. dia cuma kurang berminat jers.
so, nmpaknya di sini, you tak bleh dah macam nak mengajak dia bersungguh2 kalau nak ke mana2. just ajak lite2, kalau dia berminat, dia on. kalau tak berminat, no further questions or explanation githu.

dia kata lagi, cukup2 lah...
kalau kuar dengan you, sah2 you akan keluar duit aka sponsor bagai, kan.... so, dia tak nak macam tu dah.
cukup2 lah u dah belanja dia ke sgpore tempoh hari. i rasa, itulah yg last you keluarkan duit untuk dia.

berkenaan dengan yang you concern pasal dia, yes... i tahu you memang concern pasal dia. dia pun sedar. tapi, you kena tahu, you bukan lagi bf dia. dan dia pun sedar dan pasrah (githu) dengan hakikat yg dia tak der apa2 dah hubungan cintan dengan you.
so, skrg ni, you kena amik tahu pasal dia, dari jauh ja. tak perlu nak details... bagi i la...
macam you amik tahu pasal yang lain... light2 je..

i tak rasa dia berpura2 nak berbaik dengan you. i rasa, you patut kurangkan sifat ambil berat you thdp dia. bukan you tak boleh ambil berat, cuma kurangkan secara terperinci dan soalan2 yang agak dalam dan pushy. bagi you, tak lah pushy sgt, tapi, lain org, lain interpretation nya, uolss..

pasal yg you ajak tengok wyg tu, dia dah tengok dah pun. dan ada satu komen yg dia ckp, perlu ke u nak jeles ngan orang lain punya percutian bagai...
diorg lain, diorg tu, memang couple bercinta bagai. tapi you tak patut nak buat perbandingan antara hubungan mereka, dengan kisah hidup you skrg ni.

begitulah kisahnya so far.
secara percentage nya, i hanya mmberikan pndapat, 85%, u should not reconsider of taking dia back.
and you patut spend time dengan kawan2 yang rapat dengan you, yg u kenal bertahun2 lamanya, sebagai distraction untuk u tak kenang kembali kisah percintaan you dedolu.

sekian, terima kasih.

KESIMPULAN :

i really appreciate it. now, i rasa lega sebab sudah terjawab semuanya. masa untuk love myself more and more, 200% without consider org lain. yeay :)

Wednesday, January 26, 2011

HAPPY NEW YEAR 2011


belum terlambat rasanya nak ucap HAPPY NEW YEAR kepada semua.

apa azam tahun 2011 ? adakah semua azam tahun 2010 sudah tercapai ?

atau adakah azam tahun 2010 akan dibawa kembali ke tahun 2011 ?

adakah kita lebih baik pada tahun 2010 berbanding 2009 ?

adakah kita mahu lebih baik di tahun 2011 ?

byk sgt nombor, pening dah.

apa azam saya pulak ?

azam tahun 2009 (mana-mana yang teringat)
1 - cari kerja baru - tercapai
2 - dapat gaji lebih banyak daripada tahun 2008 - tercapai
3 - pindah rumah sewa baru - tercapai
4 - beli kereta - tercapai
5 - buat trip melancong ke oversea (bangkok adalah destinasi pertama) - tercapai
6 - buat kerja outstation di oversea (dapat ke thailand & indonesia) - tercapai
7 - dapatkan certificate iso 9001:2008 untuk company - tercapai
8 - cari cinta dan dapat lover (kami breakup pada end of september 2010 selepas setahun bersama) - tercapai
9 - naik offshore platform (naik offshore platform - baronia di offshore miri, sarawak) - tercapai
10 - pergi bercuti dengan lover (di pantai merdeka, kedah) - tercapai


azam tahun 2010 (mana-mana yang teringat)
1 - beli katil queen bed - tercapai
2 - buat kerja outstation di oversea lagi (thailand, indonesia, australia) - tercapai
3 - melancong ke oversea (new year celebration di singapore) - tercapai
4 - dapat assistant di opis - tercapai
5 - beli personal laptop - tercapai
6 - tengok at least satu konsert artis (konsert noryn aziz - marvellous) - tercapai
7 - join gym secara aktif (terpaksa stop kejap sebab sakit dan terlalu byk outstation) - tercapai
8 - turunkan berat badan (tahun 2011 naik balik sbb selera makan dah ada kembali) - tercapai
9 - pergi bercuti di genting highlands (bersama lover dan kawan2) - tercapai
10 - dapatkan green book dan diiktiraf sebagai Safety & Health Officer - tercapai

azam tahun 2011 (not in particular order)
1 - buat kerja oustation di oversea lagi
2 - melancong ke oversea (at least sekali)
3 - dapatkan certificate OHSAS 18001:2007 untuk company
4 - cat bilik tido dan refurbish sikit2
5 - buat offshore platform site visit (at least 1 visit)
6 - buat site visit ke Kemaman (at least sebulan sekali) dan site visit ke Labuan (at least sekali dalam 2 bulan)
7 - bercuti ke melaka, penang dan cameron highlands (at least sekali)
8 - buat trip ngan keretapi ke utara semenanjung (at least sekali)
9 - lebih gigih dan komited ngan kerja.
10 - lebih komited ngan gym
11 - update blog at least seminggu sekali
12 - buat simpanan di ASB
13 - tidak tinggal solat
14 - baca yaasin setiap malam jumaat
15 - solat subuh di masjid setiap hari jumaat (sujud sajdah)
16 - lebihkan penjagaan kesihatan, watch what i eat

ini je kot yang terlintas di fikiran pada masa ini. kita tengok, bila tahun 2011 berakhir, adakah semua benda yang tertulis dalam azam 2011, tercapai

BLOG SUNYI

hahaha, lama gila aku tak jenguk blog aku. sunyi gila.

okla, mulai tahun ini, aku mau aktif update blog kembali.

at least, one entry per week.

bosan2 kat umah, ada gak keje mengupdate blog kan.

nantila, nak cari idea dulu.

kita mulakan next week la ek

Tuesday, December 07, 2010

SUDAH JELAS

AKU SUDAH NEKAD DENGAN KEPUTUSAN KU INI.

AKU TIDAK INGIN LAGI MENYAMBUNGNGYA LAGI

BIARLAH KAMI BERTERUSAN HANYA SEBAGAI KAWAN BAIK KERANA HUBUNGAN PERSAHABATAN AKAN LEBIH KEKAL LAMA

DAN AKU REDHA DENGAN APA YANG BERLAKU

AKU TAU DAN YAKIN, SEMESTINYA ADA HIKMAH DI SEBALIK SEMUA INI