Friday, December 08, 2006

TIME FOR DEPARTURE

Sebelum mulakan nak entry, iols nak promote blog baru adik2. Silalah jenguk2 blog anak hayam iols ni. walaupun baru nak bertatih dalam dunia blog tapi sebenarnya sudah menceburkan diri dalam alam maya ni. Baru saja menutup akaun myspace nyer yang mendapat pengunjung sebanyak 32000++. Kau ado ? Iols sendiri pun nan ado. Heheheh.... Katanya mahu ingin menumpukan perhatian kepada pelajaran. Bagus, iols suka anak hayam cenggitu. Tapi sekarang kembali dgn gaya baru, ke arena blogging. Silala jenguk2 yuols.... klik la di sini ye ---> Anak hayam


Hari ini, merupakan hari terakhir aku bergelar pelajar di UTP. Parents aku akan sampai jap lagi, lebih kurang 3 jam dari sekarang. Barang-barang semua dah packed, kecuali pc besar bagak ni, belum pack lagi. Kalo dah pack, camne nak menaip ni kan ?

Sorry, sbb aku lama dah tak update. Bukan malas tapi tak sempat. Aku tau, orang yang dah bekerja pun boleh je taip entry tiap2 hari (macam kak sherita) tapi tak bereksempatan nak bukak blog. Seminggu dua ni, bz ngan nak buat clearance la, benda2 UTP nak kena pulang balik la, nak kena jumpa pak guard la...dan juga nak kena gi interview sana sini (macam byk je, inteview tu kan). Aku baru je balik dr KL, semalam. Malam rabu ada dinner show utk forum anjuran PETRONAS dan overnite kat traders hotel. Ala, bunyi cam grand tapi role aku kecik je. Jadi backup singer je pun...Tapi, at least, mrasa gak aku dok kat traders tu. Memang cantik hotel nye.


Esoknya pulak, siang khamis...aku terkejar2 nak gi interview. Daia ajak aku walk-in interview kat plaza sentral. Aku join jela, since aku mintak tolong dia, uruskan semua. Well, aku rasa that interview was ok la. Daia start kerja, hari ni. Tapi aku mintak tangguh, nex week sebab aku nak balik kota bharu dulu. Ala, bukan kerja besar2 pun. Bolehla dikatakan part time job, since aku taknak dok lepak2 kat rumah sementara tunggu offer yang lagi bagus. Kalo kerja part time kat kelantan, rate dia RM10/day. Kalo kat plaza sentral ni, RM10/jam. Kerja 8 jam. Banyak jugakla aku dpt nnt. Tapi, okla kan...cari experience. Fresh graduate, takleh nak pilih2 sangat. Lebih2 lagi, orang cam aku ni. Bukannya hebat sgt sijil akademik aku. Grab je apa yg ada. But, kalo ada rezeki, memang aku nak kerja yg bersesuaian ngan apa yang aku belajar kat universiti. Chemical Engineering majoring in Petroleum. Aku dah antar resume kat related company, skrg ni, just tunggu diorg reply je la.

Lepas ni, dah tade internet connection 24 jam. Dah tak jadi student UTP, mana nak dpt semua tu. Kat umah pun, dial-up je. Kalo on 24 jam, kayapla aku nak membayarnya. Dahla, bapak aku kata, kalo nak streamyx, bayar sendiri. So, aku rasa cyber cafe is adalah pilihan yang tepat. Skrg ni pun, cyber cafe dah byk guna streamyx, so tadela berpuluh jam nak tunggu loading.

So, lepas ni, maybe agak jarang update blog. Sebelum ni pun, mmg dah agak jarang. Sekarang bertambah-tambah la jarangnya. Patutnya, nak kena update pasal party makan2, sebelum, semasa dan selepas final exam. Nampaknya, kena tangguh dulu la, entry tu (atau tak type langsung nnt ? ).


Takut gak aku, nak masuk alam pekerjaan. Laku ke aku ni, nnt ? Betul org ckp, susah nak cr kerja. Bila nak alaminya sendiri, barula tau camne rasanya. Tq, kepada kawan-kawan alam realiti, alam maya dan bloggers yang tak henti2 bagi support dan semangat serta advice yang berguna untuk aku. Memang, kita tidak mampu untuk bersendirian di dalam dunia ini. Walaupun, kita berasakan mampu untuk berdiri sendiri namun kita masih memerlukan sokongan untuk mula berdiri, megah berdiri dan terus berdiri. Bukan bermakna kita lemah jika tiada sokongan tapi itulah tandanya kasih sayang dari orang-orang di sekeliling kita yang sentiasa berharapkan kejayaan mengiringi kita tanpa putus. Well, wish me luck, ok :)

Thursday, November 30, 2006

FINAL EXAM DAH HABIS!!!!!!

yeay!!! final exam dah habis. dah merdeka!!!! actually, last week lagi dah habis. paper last aku, last wednesday. paper killer gak la, drilling & production technology. ingatkan leh la lompat2 lepas kuar exam hall, last2 tak jadi nak melompat girang sbb paper tu, susah. termenung la kejap...tapi, harap2 leh pass la. aku rasa, leh kot pass....tak kisah la dapat grade apa pun, yg penting pass dan tak fail...so, aku happy balik. yeay!!! dah abis exam.

macam mana ni ? exam susah jugak...leh score ke tak ? aku bimbang...

tapi, aku still ada last presentation. this is my final year design plant project. so, takleh la lagi nak digelar student yang dah grad, since ada lagi presentation. this presentation is on next monday. after dat, unofficially, i declare myself...sbg student yang dah grad. convocation ? yes, soklan feveret tu...lambat lagi la. tahun depan dowh!!! setengah tahun gak nak kena tunggu. since universiti aku ni, convocation hanya di buat masa semester july, dan biasanya akan diadakan either end of august or early of september. kalo tak silap aku, utk nex year nyer konvo, early september. well, 9 bulan, i got nothing to do.

nex year, korg nyanyi utk konvo aku pulak

but, tadela aku nak dok saja2. bosan la camtu. kalo dok umah, parents aku bagi gaji, ok je. masalahnya, parents aku takkan buat camtu. lagipun, aku tak saba2 nak keje cepat2. typical answer, nak tolong ringankan responsibilities mak bapak. walaupun maybe aku tak mampu lagi nak bagi duit bulan2, masa mula2 kerja...at least, aku tak perlu nak mintak budget "fama" lagi. aku leh beli sendiri dan sediakan sendiri dengan duit gaji yang ada. dan aku pun, leh la hulur2 sikit kat adik2 aku (including anak2 ikan aku). tapi, yang paling penting...aku nak jelaskan semua hutang2 ngan kawan-kawan aku. selama ni, masa aku tgh sesak sgt2, diorang la yang tolong aku. aku malu nak mitk extra budget fama, sbb nnt kena perli macam...so the last resort is to rely on my friends. i'm lucky, to have friends who are always there when i need then and who are always give me a hand when i really someone to hold on to. but, itu bukan lesen bagi aku, untuk take it for granted. i really appreciate it and value my friendship with them.

aku dan kawan-kawan aku, di open house dayana

now, inilah masanya. nak kena cari2 kerja. anta resume sana sini. gi interview sana sini. i think, it is a routine for fresh graduate students. bersusah susah dulu, bersenang senang kemudian. dat matter, i will elaborate in other post. skrg, aku just lepak kat bilik aku, hostel kat universiti aku ni...yang hanya tinggal seminggu saja lagi, sblm aku betul2 meninggalkan utp. by dat, later k

balik dari lab, lepas print resume


next entry :

gambar klu

Monday, November 13, 2006

FINAL EXAM YANG TERAKHIR BUATKU

HI, YUOLS!!!!

FINAL EXAM DATANG LAGI!!!!

DAN INI JUGA MERUPAKAN FINAL EXAM YANG TERAKHIR BAGI DIRIKU

SELEPAS INI, AKU AKAN MELANGKAH KE ALAM BARU

SEKARANG, AKU AKAN MELAKUKAN SEBAIK MUNGKIN UNTUK FINAL EXAM INI.

WISH ME LUCK, GUYS !!!!!

Photobucket - Video and Image Hosting

Sunday, November 05, 2006

HARI RAYA 2006

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2006

Photobucket - Video and Image Hosting
Posing bersama biskut-biskut raya

Hari Raya datang lagi. Sudah semestinya sambutan yang meriah akan diadakan di antara weols. Selepas masing-masing kembali dari percutian raya, bilik iols telah dijadikan markas untuk sambutan raya yang seterusnya. Party raya ala pot luck, sebab semua org kena bawak biskut/kuih raya masing-masing.

Photobucket - Video and Image Hosting
Biskut-biskut dan kuih-kuih raya yang sedia untuk dimakan

Plan pada awalnya, ingin dibuat pada hujung minggu. Tapi bila mengenangkan projects dan assignments yang melambak-lambak yang perlu disiapkan, kami cepatkan tarikh party raya. Setelah bersidang, semua ahli TRIPLE N telah sebulat suara memilih 30 Oktober sebagai tarikh party raya. Tanpa berlengah lagi, semua bergegas balik ke bilik masing-masing dan bersiap sedia dengan pakaian raya. Tidak lupa juga, biskut/kuih raya perlu dibawa ke bilik iols.

Photobucket - Video and Image Hosting
Sebelum kita makan, biarlah iols baca doa makan dulu.

So, iols dan purue sebagai tuan rumah untuk party raya, telah mengemas bilik utk party. Syai diarahkan untuk membeli coke 2 botol sebagai minuman ringan dan iols sendiri buat air teh, since ada yang suka minuman panas. Purue mengambil meja jepun dan meyusun biskut-biskut raya di atasnya. Sambil-sambil tu, Purue juga memotong kecik-kecik kek lapis sarawak yang dibawa khas dari sarawak oleh Purue dan KJ.

Photobucket - Video and Image Hosting
Sessi bersalaman sesama ahli.

Photobucket - Video and Image Hosting
Marilah kita saling bermaafan

So, semua ahli telah pun sampai. Sebelum memulakan acara, weols mengambil gambar beramai-ramai. Kiranya gambar pre-party githu. Acara bersalaman sewajibnya ada. Selain itu, sesi beramah mesra sesama ahli, dan bertanyakan tentang sambutan raya di kampung halaman masing-masing.

Photobucket - Video and Image Hosting
Apa tengok je ? Makan la lagi. Tambah lagi. Banyak lagi tu...

Acara seterusnya, sudah pastila acara makan-makan biskut/kuih raya. Penuh meja ngan makanan raya. Dah rambang mata, nak makan mana satu. Yang pastinya, kek lapis sarawak jadi tumpuan. Yelah, bukan senang nak makan kek lapis sarawak. Nak beli kat semenanjung ni, mau la rabak dompet. Mujurlah ada ahli-ahli yang berasal dari sarawak, so bolehla merasa kek lapis yang sedap itu.

Photobucket - Video and Image Hosting
Syoknya, syoknya makan biskut raya

Memang meriah party raya kali ni. Sah-sahla sessi bergosssip pasti ada sambil-sambil melantak biskut raya tu. Party raya kali ni, bukan saja ahli-ahli yang hadir tapi outsider pun dijemput hadir sama. Lebih-lebih lagi, mereka tu ialah hosmet iols. So, tak manis kalau buat party tak ajak hosmet sama. Tapi, weols hanya ajak hosmet yang bangsa Malaysia je. Yang bangsa Vietnam weols tak ajak. Letih nanti nak bergurau senda dalam bahasa omputih. Takpela, lenkali la ye.

Photobucket - Video and Image Hosting
Jadi tak, weols pose macho ?

Semua dah kenyang melantak, party raya diteruskan lagi dengan aktiviti lain. Apa lagi kalo bukan sesi bergambar. Hmm, semua pantang kalo ada kamera. Mulala nak berangan buat photoshoot. Nak perasan jadi model melethop. So, apa lagi, sesi tukar baju la pulak. Macam-macan pose yang ada. Ala2, weols berlakon suasana di kampung semasa raya.

Photobucket - Video and Image Hosting
Iols tengah berangan beraya kat antartika.
Motif, ada pelakon tambahan kat sebelah ?


Ahli terakhir yang sampai is Acai. Mana satu acai, sila la cari sendiri. Hint : Acai turut sama menyambut DEEPAVALI. Tak sangka pulak dia datang, Kiranya, memang langkah kanan sebab party ni diadakan dengan ad hoc, so tak sempat nak inform ahli-ahli di peringkat internasional. Pada mereka yang tak sempat dihubungi, harap jangan berkecil hati. Ini hanya party raya kecil-kecilan. Cukupla ngan budget kami sebagai pelajar. Nanti, bila dah masuk international division, barula weols boleh join party yang grand tu seperti party berbuka puasa bersama anak2 yatim yang tiada anak yatim tu.

Photobucket - Video and Image Hosting
Gambar beramai-ramai, selepas party dah abis

Party raya kali ini, diraikan dengan meriah. Denagn lagu-lagu raya yang berkumandang dari corong speaker Purue dan turut diselang-selikan dengan bunyi bom-bom dan mercun dari apartmen sebelah. Sangat hanjing!! Kuat sangat bunyi mercun roket tu. Rasa macam perang dunia ketiga pulak. Tersedak-sedak weols makan biskut raya. Mujurla ada air coke tajaan Syai.

Photobucket - Video and Image Hosting
Dah abis party, tapi biskut raya still banyak. So how ? Semua pose diet

Akhir kata dari weols, moga bertemu kali dalam party raya pada tahun depan. Wassalam. Buat sekian kalinya, iols mengucapkan selamat hari raya aidilfitri. Moga aidilfitri kali ni, membawa keberkatan dan kegembiraan kepada kita semua.

Photobucket - Video and Image Hosting
Single pose