Friday, August 18, 2006

TO THE DEAREST ORGANIZERS (BLOGGER IDOL 2006)

Assalamualaikum dan selamat malam,

Pertama kali, saya ingin memohon seribu kemaafan di atas kegagalan saya untuk memberikan sepenuh komitmen sepanjang Bloggers Idol 2006 berlangsung. Bukanlah niat saya untuk memperlekehkan atau mengambil sikap sambil lewa sepanjang menyertai pertandingan ini tetapi ruang kesempatan yang terhad menghalang saya untuk berkarya dalam menyiapkan tugasan yang diberi. Saya tahu, mungkin saya telah menyusahkan banyak pihak sama ada secara langsung atau tidak, terutamanya kepada pihak penganjur yang telah bertungkus-lumus untuk menjayakan program ini. Mungkin juga, saya telah menutup peluang orang lain yang begitu bersemangat untuk menyertai pertandingan ini. Sekali lagi, kemaafan dipinta.

Sememangnya, dari awal saya amat berkobar-kobar dan teruja untuk menyertai pertandingan ini. Bagi saya, inilah platform untuk saya saling mengenali para blogger dan juga bertukar-tukar ilmu serta berkongsi pengalaman dan pendapat sesama bloggers. Selain itu, hadiah yang lumayan yang ditawarkan oleh pihak penaja amatlah menjadi daya tarikan yang mendorong saya untuk memberikan persembahan yang terbaik dalam menyiapkan segala tugasan yang diberikan.

Namun, disebabkan semester ini sangatla sibuk dengan tugasan dan juga projek tahun akhir, membuatkan saya tidak berupaya untuk menyiapkan tugasan yang diberikan dalam tempoh yang diberikan. Jikalau sempat pun, hasilnya tidak begitu memuaskan. Untuk menyiapkan tugasan yang pertama pun, hanya mampu ditulis dalam sejam terakhir sebelum tempoh tamat. Semakin hari berlalu, semakin banyak beban tugasan dan projek tahun akhir yang memerlukan komitmen dan tumpuan yang penuh seterusnya menghadkan waktu untuk menyiapkan tugasan Blogger Idol 2006 ini. Bukanlah bermaksud yang pertandingan ini tidak penting tapi saya terpaksa meletakkan keutamaan kepada perkara yang lebih menuntut fokus serta tumpuan penuh saya.

Dengan ini, saya terpaksa menarik diri dari pertandingan ini. Saya tahu yang email saya ini sudah terlambat kerana saya sudah pun dikeluarkan dari pertandingan ini namun saya ingin memberikan penjelasan agar tidak timbul rasa tidak puas hati dan cakap-cakap belakang di kemudian hari. Lagipun, biarlah saya berundur secara terhormat dan beradab. Hanya ketika ini, saya mempunyai waktu terluang dan mampu menulis email yang begitu panjang. Alangkah bagus, sekiranya waktu terluang ini dapat dibawa ke masa lalu agar dapat saya siapkan tugasan yang kedua dan saya yakin perjalanan saya akan masih panjang dalam pertandingan ini. Namun, saya tidak mahu yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran. Biarlah saya realistik yang saya sememangnya tidak mampu untuk memberikan sepenuh komitmen dalam pertandingan ini.

Akhir kata, terima kasih kepada pihak penganjur yang memberikan peluang kepada saya untuk menyertai pertandingan ini. Terima kasih juga kepada mereka yang telah mengundi saya sepanjang pertandingan ini berlangsung. Segala undian anda, amatlah berharga buat saya. Tidak lupa juga kepada kawan-kawan bloggers yang tidak jemu memberikan kata semangat dan nasihat dalam menyiapkan tugasan yang diberikan. Tanpa kamu semua, siapalah saya di arena blog ini. Namun, blog persendirian saya akan tetap diteruskan kerana itulah tempat untuk saya berkongsi pengalaman dan meluahkan apa yang terbuku di hati. Walaupun tidak mampu untuk dikemaskinikan selalu, tetapi saya akan cuba untuk mengisi cerita yang terbaru jikalau ada kelapangan.

Salam sayang dari izzu
Photobucket - Video and Image Hosting

p/s : dengarkanlah lagu tema dari izzu untuk Blogger Idol 2006
Katharine McPhee - My Destiny

10 comments:

not available said...

*nanges*
takpe izzu ... takkan melayu hilang di dunia *ttba*

izzu said...

motif sgt komen iteew. very der tak kena ngan entry. sudeh!!

Anonymous said...

hiks.. izzu dah bgn dr kubor nye stlh lamer brehat... welcome back izzu

izzu said...

kalo aku bgn dr kubor, sah2 ko mmg tak bangun2 terus dr kubor kan ? ala2, kena rantai giteew

Ash Shinotsubaki said...

kau mmg sharifah air mani kan? *ttba

izzu said...

motif aku sharifah airmani ? ai tak tulis english ok. full in bahasa malaysia, ye. sudeh, mau asah suara jadi lebih sedap

Anonymous said...

kan??? pesrta mentor tak kiomited mak BUANG!!hahaha..matila mak suka makayam SR!!

Anonymous said...

ko mmg pandai pilih lagu tema.. tula lagu yg terlampau2 best skarang ni

izzu said...

kak imah, janganla cenggitu. mmg dah kena buang pun....huhuhu

izzu said...

yes mmg itu lagu yg aku paling suka skrg. tapi heran gak, rockstar suka lagu pop kan ? motif et ?