Sunday, June 06, 2010

WEDDING MEMBER : EX-OPISMATE


aku baru je balik dr wedding member aku kat usj subang. ajak hosmet aku, semua tanak ikut. takpelah, no hal. so, aku g ngan ex-opismate aku yang lain, pompuan. disebabkan dia tatau jalan dan dia pun pregnant, so aku amik dia dulu kat umah dia, di pelangi damansara.

kiranya, kami bertiga pernah kerja di kompeni yang sama, dan akhirnya, kami semua resign dari kompeni tu dan masing2 masuk kompeni lain. yang kelakarnya, masa kompeni lama, tiada di antara kami mampu membeli kereta. bila sudah tukar kompeni lain, kami bertiga mampu membeli kereta. kelakar kan.

nampak sgt, masa kat kompeni lama, gaji ciput tapi kat situlah kami banyak belajar dan dpt banyak experience. ngan experience kat situlah, kami dpt pergi ke kompeni lain dan boleh beli kereta. ini menunjukkan, betapa pentingnya, develop strong foundation masa keje jat 1st company. so, aku amat berterima kasih dan menghargai kompeni first aku.

berbalik kpd kisah wedding, kami sampai ke venue dalam jam 1 ptg. ngam2 time pengantin lelaki nak berarak ke umah pengantin perempuan. member kitorg pengantin lelaki, tapi kitorg dtg kenduri pengantin perempuan sbb tempatnya lebih dekat. kenduri pengantin laki kat penang. jauhla. family pengantin pakai baju hijau sbb itu theme color utk wedding ni.

lps tu, sesi seterusnya, makan, borak2, makan, borak2, pastu amik gambar pengantin, dapat bunga telor dan balik la. memula segan nak bersalam ngan pengantin sbb diorg tgh sesi makan beradap. tapi disebabkan kitorg dah nak balik dan takleh nak tunggu lama, so member pompuan aku yang pregnant ni, dgn selambanya...terus ke meja beradap dan bersalam ngan pengantin. aku apalagi, dia dh bukak jalan, aku follow jela.

ahahaha, ko mmg selamba je kan. tapi alang2 dah buat, go on je la. aku sempatla ckp congrats kat member aku. masa tu lak, lagu Anuar Zain - Semua Untukmu tgh berkumandang. memang lagu feveret kitorg kalo time karaoke. tak sangka plak, jd theme song utk wedding mmbr aku ni. kalo stay lama sikit, leh la layan karok sepam kat wedding ni, aku selalu berangan jd wedding singer...ahahaha.

tgh dok salam2 tu, sempat pulak cameraman suruh kitorg pose ngan pengantin dan shot gambar kitorg....ahahaha, kami org pertama tu yang sebagai tetamu, amik gambar ngan pengantin. kiranya, mcm kitorg ni best buddies ngan pengantin. dahla member pompuan aku ni pregnant, sure diorg igt kitorg satu pasangan. ahahahah, no no no. "kami hanya kawan biasa satu opis lama dulu." marah pulak, kalo "si dia" aku baca. nasib baik "si dia" sporting. ngeh ngeh ngeh.

pastu, cpt2 kitorg blah, sbb family members, member aku ni, dah buat muka tak puas hati, sbb kitorg "dah kaco" sesi makan beradap diorg. ahahahha...ngan muka poyo selamba, trus blah camtu je....

well, dah lama tak g wedding member. sekali2 pegi, ok gak. cuma kali ini aku beruntung org tak tanya soalan maut kat aku. "turn ko, bila lagi ?" nasib baik bwk member yang pregnant, so org dh tak tanya apa2.

kesimpulannya, aku dpt bagi satu tips. kalo korg single dan nak mengelak daripada soalan "cepumas" tu, sila lah bawak member pompuan korang yg pregnant sebagai teman ke kenduri kawen. sure, ko akan dapat menghadiri dan menikmati makanan di kenduri kawen ngan tenang tanpa gangguan dan stress.

2 comments:

misha.w said...

cis. rupe2nye ko telah menggunakan aku sbg ibu mengandung utk mengelakkan soalan2 basi. ciss!
tp ape2 pon thanks la izzu, sperti biase, kite berckp tak henti2 smpi 2 kali terlepas simpang. mwaahaha..:P
kesah beli kereta itu mmg sgt betol. lawak gile.hubby i pon penah ckp mcm tuh. hihih..

izzu said...

ahahahaha, sorry dear.

you are my savior !!!!