Sunday, October 17, 2010

PERTIMBANGAN

adakah wajar untuk aku menerimanya kembali ?

sebetulnya, memang aku masih sayangkan dia dan masih memerlukan dia.

dengan apa yang aku alami sekarang, aku memang mengharapkan dia agar sentiasa berada di sisiku.

mungkin dia bergantung padaku dari aspek kewangan dan keperluan serta kehendak, namun aku juga bergantung padanya dari aspek emotional dan pengurusan hal ehwal rumah serta yang boleh tengok kan makan minum dan sakit peningku.

sekiranya aku ingin menerimanya kembali, sudah pasti akan ada syarat2 yang perlu dia patuhi dan ada kemahuannya yang perlu aku turuti.

mungkin pengorbanan ini agak berat tapi aku perlu berkompromi.

biar aku fikirkan perkara ini masak-masak sebelum aku membuat apa2 keputusan. aku tidak mahu menyesal di kemudian hari.

sekiranya berakhir sekali lagi, aku tidak mahu ianya berkesudahan secara buruk. biarlah semuanya tamat dalam keadaan baik

Saturday, October 16, 2010

KEKECEWAAN

harapanku punah, jiwaku kesal, hatiku kecewa, kepercayaanku hancur.

aku amat menyayangi dan menghargai dia.

kenapa dia tidak buat begitu kepadaku ? kenapa dia tidak nampak tulus dan ikhlasnya cintaku.

aku penat, mungkin ini masanya utk aku pergi jauh. detik masa pun sudah bermula...

Friday, October 15, 2010

HARI NI, HARI CUTI


HARI INI, AKU AMIK ANNUAL LEAVE. ARI NI JUGAK ADA MEDICAL APPOINTMENT NGAN DOKTOR DAN AKU PASTI IANYA AKAN AMBIL MASA YANG LAMA. SO, AKU TERUS AMIK CUTI, SENANG SIKIT.

LAGIPUN, AKU RASA MCM BADAN AKU DAH SAKIT2 DAN SENGAL2 SIKIT, HASIL DARI GYM. TAPI HARI INI, ADA CLASS DANCE YANG BEST, ZOMBA DANCE CLASS. RUGI TAK JOIN TAPI AKU RASA BADAN AKU MCM NAK KENA REHAT KEJAP.

TAPI RUGI, SBB SABTU DAN AHAD DAH TAK PERGI GYM. GYM TU DEKAT NGAN OPIS DI PUCHONG. UMAH AKU LAK DI CHERAS. MEMANG TAK JAUH TAPI MALASNYA NAK DRIVE KE PUCHONG KALO BUKAN DISEBABKAN NAK GI OPIS.

TAKPELA, WEEKEND NI, AKU GANTI NGAN LARI2 DI TAMAN TASIK KAT AREA RUMAH JE LA. AT LEAST, ADA KUAR PELUH SIKIT.

HARI INI PUN AKU DAH BUAT SATU CRIME. AKU MAKAN NASI LBH DR SATU SENDUK NGAN AYAM GORENG !!!!!! DAH BERAPA BANYAK KALORI TU. SBG DENDA, MALAM NI TAKLEH MAKAN BERAT DAH. CUKUPLA SANDWICH WHOLE BREAD WITH SALAD DAN SCRAMBLED EGG


AKU NAK KENA GIGIH JAGA BADAN. BIAR SIHAT DAN ANTIBODI PUN JADI KUAT

Wednesday, October 13, 2010

YOGA TIME

semalam, hari kedua aku ke gym, penat gila.

lps lari kat threadmill, 20 minit, aku masuk pulak kelas yoga. nampak mcm senang je rutin dia tapi bila nak buat, agak payah jugak. tergeliat badan aku, nak kena pusing sana sini.

berpeluh2 gak la. sakit2 badan aku sbb nak kena hold the position for the sometimes. malam tadi, aku tido. rasa mcm tertarik2 urat.

hari ini, nak g lagi. nak masuk kelas body dance lak. nak kena kurus dan sihat. target aku, before new year, i can lose at leat, 10 kgs.

go go go

Tuesday, October 12, 2010

MENU DIET BUKA PUASA ARI TU....

Semalam, I buka puasa ngan 2 set sandwiches.


i buat 4 lapis roti dan semua roti itu dibakar. Lapis pertama, I letak salad hijau, lapis kedua I letak salad merah, lapis ketiga I letak steamed chicken salami dan lapis ke4 yg disapu peanut butter I letak scrambled eggs.


Sgt kenyang rupanya, trus I dh tak terpikir nak makan nasi (I plan nak makan nasi, jam 10 mlm kalo I lapar)


Yes, I akan buat nasi sbg lauk bukan sebagai hidangan utama, berangan Europe


I nak beli chicken salami dan cari ayam kampong la.


Pakcik sedara I ckp, I tak digalakkan beli ayam di pasaraya sbb mostly ayam tu di inject hormone pembesaran. Dia ckp, ayam tu baru umur 3 bulan tapi badannya dah mcm umur 8 bulan.


Dia kata, kalo nak cepat sembuh jerawat horror ni, baik makan ayam kampong…ayoo, mana nak cari.Nampaknya, setiap sabtu, I nak kena pegi pasar tani la, cari ayam kampong. Harga dia pun lebih mahal.


Takpela, demi kesihatan, I sanggup.


Monday, October 11, 2010

JOB FAIR AT MIDVALLEY : 08TH OCT 2010 - 10TH OCT 2010



last weekend, aku ada pergi job fair. bukannya nak cari kerja baru. just jalan2, tgk2 je. tgk orang, tgk booth dan tgk apa event yang ada.

mana tau terserempak ngan org yg kenal ke, leh jugak eratkan kembali silaturrahim. mmg pun, ada juga jumpa 3,4 org yang dikenali di booth. untung jugak, kenal orag sbb dapatlah freebies sedikit sebanyak. thanks PIA for the shirt :)

pastu, aku round2 lagi jumpa booth suria dan red fm. aku buat gila pulak. saja suka2 gi audition untuk jadi dj dan news presenter. aku tau, aku bukan ada bakat sangat pun. cuma just having fun. aku rasa aku leh buat lebih baik tapi disebabkan aku ttba nervouse, terus aku baca mcm robot. ahahahah

tapi, okla. yg penting aku enjoy. dan aku suka tgk org berpusu2 mencari kerja especially fresh graduate. aku teringat masa aku memula cari kerja dulu. aku pun sama kje mcm diorg. aku suka tgk determination diorg, aku suka tgk diorg confidence in selling themselves to secure the job and doing the best for the interview.

itu smua, memberi aku lebih motivasi utk kerja lebih rajin dan bersungguh2. kalo diorg ada semangat sebegitu, should be aku lebih bersemangat sbb aku dah kerja. dan tak mustahil, mereka ini semua akan jadi potential colleague aku. so, aku kena tunjuk contoh terbaik.

well, apa kata kita mulakan dengan pergi awal ke opis ?

ahahah, move ur ass and get going BITCH !!!!

p/s : i am referring to myself here since it is already 8am and i am still typing this entry :D

Friday, October 08, 2010

YEAY, TAMAT SUDAH !!!! SUDAH CUKUP 6 HARI


genap 6 hari aku berpuasa di dalam bulan syawal pada tahun ini. berjaya jugak aku habiskan.

aku beria-ia nak buat jugak tahun ini sebab aku tak tahu lagi sama ada umurku masih di panjangkan Tuhan untuk berpuasa 6 hari dalam bulan syawal pada tahun depan. sementelahan umurku masih ada dan tubuh badanku masih lagi sihat, aku cuba merebut peluang ini.

puas dan syukur kerana menyudahkannya. moga-moga ianya diberkati dan diterima Tuhan.

Nampaknya, esok adalah "HARI RAYA" yeayyayayayaay.

tapi, esok dah masuk bulan baru, bulan zulkaedah. so, kira raya ke tak ? tak kisahla yang penting dah cukup 6 hari.

Terima kasih Kak Ana kerana tolong simpankan juadah "HARI RAYA" untuk saya. btw, Kak Ana dah behari raya ari ni sebab dia start awal sehari dariku.

Insya Allah, saya akan bagi hidangan balasan isnin nanti :)


Wednesday, October 06, 2010

2 MORE DAYS TO GO



YES !!!! HARI INI MERUPAKAN HARI KE-4 AKU BERPUASA DALAM BULAN SYAWAL. MAKNANYA ADA LAGI 2 HARI SEBELUM AKU DAPAT MENCUKUPKAN 6 HARI.

THEN, AKU BOLEH RAYA UNTUK KALI KEDUA. YEAY!!!!

DOAKAN SEMOGA AKU SIHAT SELALU DAN DAPAT MENGHABISKAN PUASA 6 DALAM BULAN SYAWAL NI.

NAMPAKNYA, JUMAAT NI NAK KENA "SHOPPING RAYA" DAN "MASAK" MAKANAN UNTUK BERAYA LA. YELAH, SABTU NI, DAH NAK RAYA KALI KEDUA.

PADAHAL, SABTU NI DAH START BULAN BARU DALAM KALENDAR HIJRAH. BULAN ZULKAEDAH. IAITU BULAN KE11 SEBELUM BERMULANYA TAHUN BARU BAGI KALENDAR HIJRAH

MARI SEMUA, HABISKAN SYAWAL INI DENGAN BERMANFAAT.

Tuesday, October 05, 2010

KEMATIAN

TANGGAL 29 SEPTEMBER 2010 MERUPAKAN SATU TARIKH YANG TRAGIS BUATKU. SEPASANG IKAN KAP PELIHARAAN KAMI, TELAH PERGI JAUH MENINGGALKAN KAMI.

SEPERTINYA MEREKA PAHAM APA YANG KAMI ALAMI. IBARAT BERKONGSI KESEDIHAN DI ATAS APA YANG BERLAKU TERHADAP TUAN EMPUNYA.

PERISTIWA INI BERLAKU, GENAP 5 HARI SELEPAS AKU BERPISAH NGAN M. BALIK SAJA DARIPADA KERJA, AKU SUDAH MELIHAT MEREKA SUDAH TIDAK BERNAFAS LAGI. KETIKA INI JUGA, M SUDAH TIDAK TINGGAL BERSAMA AKU. MEREKA BAGAIKAN MENURUTI JEJAK LANGKAH M YANG PERGI MENINGGALKAN AKU.

NGOT-NGOT DAN MIAU-MIAU SUDAH TIADA LAGI

AIR MATAKU JATUH BERLINANGAN APABILA MELIHAT KEMATIAN DALAM AKUARIUM ITU. AKU BARU SAHAJA BERJANJI PADA MEREKA YANG AKU AKAN MEMBERSIHKAN AKUARIUM ITU PADA HUJUNG MINGGU TERSEBUT TAPI NAMPAKNYA SUDAH TYERLAMBAT.

SEPERTI JUGA APA YANG BERLAKU DALAM PERHUBUNGAN AKU, IANYA SUDAH TERLAMBAT. AKU SUDAH MERASAKAN BAGAI ADA YANG TAK KENA. GERAK HATIKU SAYUP MENGATAKAN YANG M SEBENARNYA SUDAH LAMA CURANG PADAKU. TAPI AKU HANYA MENUTUP MATA DAN PEKAKKAN TELINGA. AKU TIDAK MAHU M PERGI DARI AKU. AKU INGIN DIA TAHU BAHAWA AKU SANGAT BAHAGIA BERSAMANYA WALAUPUN APA YANG TELAH DIBUAT PADAKU.

TAPI, LAMBAT LAUN, KEBENARAN AKAN TERSERLAH DAN PADA MASA ITU, AKU MESTI MENERIMA HAKIKAT YANG M SUDAH TIDAK CINTA LAGI PADAKU. WALAUPUN SAYANGKU MASIH LAGI MENGGUNUNG TAPI BAGI M ITU IBARAT MEMANDANG SEMUT DI SEBERANG LAUTAN. KASIHKU DAN CINTAKU TIDAK PERNAH LUAK TAPI BAGI KEINDAHAN DI LUAR SAMA TERNYATA LAGI HEBAT DAN MENGUJAKAN.

SEKARANG, M TELAH PERGI. NGOT-NGOT DAN MIAU-MIAU JUGA TELAH PERGI. TINGGALLAH AKU SENDIRI DI BILIK INI. HIDUP PERLU DITERUSKAN SEPERTI BIASA.

AKU MASIH BERHARAP AKAN TERDETIK SEKELUMIT PENYESALAN DI SANUBARI M. AKU PERCAYA YANG M PASTI AKAN NAMPAK REALITINYA DAN KETULUSAN SERTA KEIKHLASAN CINTAKU INI. NAMUN, KALI INI, AKU TIDAK AKAN MEMAKSA. BIARLAH IANYA DATANG SENDIRI DAN BIARLAH MASA MENENTUKAN.

KINI AKU MASIH SENDIRIAN DAN AKU TIDAK TERLINTAS UNTUK MENCARI PENGGANTI. AKU RASA, BETAH SENDIRIAN SAMBIL DITEMANI TOM-TOM, SEEKOR IKAN DBKL.