Tuesday, May 31, 2011

*pose berteleku depan sejadah*

Kalo nak sembahyang, kat mana2 bumi tuhan ni, leh sembahyang

Tapi, kenala sedikit cerdik kalo nak pilih tempat sembahyang. Yang pasti tempat tu bersih

Janganlah sembahyang di depan jamban atau pun di tempat org buat maksiat

Sebab itu, I tak sembahyang di siloso beach

Lps je countdown, I terus balik hotel dan sembahyang subuh di bilik hotel, nasib baik bwk kompas, sng nak tau arah kiblat.

Takleh nak berjemaah sbb, area hotel tade masjid dan area org cina.

I sebilik ngan mark, jadi tadela berjemaah.

Org lain, I tatau.

U dok di umah, sembahyang berjemaah tak ?

Friday, May 27, 2011

MAKAN AYAM


Tuesday, May 24, 2011

Berapa gaji SHO layak dapat?

PERSOALAN :

Salam semua,

kalau macam fresh graduate Dip.OSH dan NEBOSH cert. cam maner tu scale gaji?pengalaman punn sekadar latihan industrian 3 bulan.

JAWAPAN :

from what i know, 3 months industrial internship was not considered as working experience.

for your status, you are still categorize as fresh graduate although you have the Dip in OSH as well as NEBOSH.

yup, you get all the qualification and i am sure that your qualification will meet most of the job advertisement but do you have enough experience to perform the job ? study and working is too different things. study you can just refer to the books and lecture notes but working, you need experience to solve some of the issue at the workplace.

maybe, starting should be RM 1.8K

WORK DILEMMA 2 ?

Salam,

From my opinion, when we are being offered with any job, we need to read and review the offer letter. Basically, the offer letter will indicate your duties and responsibilities as well as your job description and job function in the respective company. If we agree with the term and condition, then we need to sign the offer letter. If not, you can ask your future employer to revise the offer letter to suit your preferences.

If the employer ask you to do the extra job which still related to hse matters, you need to perform the job well as per agreed in the offer letter.In other words, we will bind by the "working contract" with the company.

For my case, i am QHSE engineer in my company. Since we are small company, only me who runs the quality, health, safety & environment department. Basically, i do everything which related to QHSE matters. I am the SHO, QMS as well as the Training Coordinator for the company. Besides, i also incharge with tender documents which related to QHSE. It is quite hectic but i manage to do everything (although there are some matters slipped and not completed on time). I take it as a challenge and i want to prove myself to the management that i can perform well although with limited resources. But, as a reminder, you have to be "smart" with your boss/management. Not easily accept any task without knowing the risk and consequences of it. That is why you need to do some research and ask experience guys for some advices (you can get experience guys, in this society)

in my previous company, i was given the position of hse engineer and my so called little amount of expertise, only limited to hse matters. When, i changed job, my current company offered me qhse engineer position. Thats mean, quality was added in my job scopes. With zero knowledge of quality, i accepted the offer as a challenge. Throughout a year, i learned a lot with the hard way and managed to bring my company for iso 9001:2008 audit and received the certification.

After a year working here, i am so lucky when finally the management give me an assistant to help me running the department. My point is, it is ok to do other task which outside SHO scope. You can learn more, widen your knowledge and will get added working experience. I believe, it will give you more advantage in the future and will give you extra points in your resume. This is my advice to fresh graduates since it will help you in your future job

If you want to be specific and carry out SHO task only, it is up to you. But for me, it is good to do the extra work (if it will not effect your primary task) since you can get a lot of benefit from it. Stay focus and think positively. It is like an investment. You will not receive the "profit" on the dot but you can harvest it in the future. When? only you know.

My 2 cents,

izzuddin abdullah
qhse engineer

p/s: my senior said to me, "if you have HSE and QUALITY in your portfolio/resume, obviously you will be more standout from others and have better chances to be picked.

HSE Policy.?

PERSOALAN :

Salam and good day to all,

Kawan ada confuse sikit tentang polisi KKP, yang mana dalam akta OSHA1994 tak tertulis tentang kewajipan majikan untuk menandatangani polisi tersebut..yang tertulis hanya kewajipan untuk menyediakan dan menyemak seberapa kerap yang boleh..

Tapi sekarang ni memang kita semua dah tahu majikan perlu tandatangan kat polisi tu untuk menunjukkan dia commit..

Tapi ada tak bukti kukuh selain disebutkan diatas yang mengatakan majikan perlu menandatangani polisi KKP tu?

So any idea on this case members? Let us share


JAWAPAN :

Polisi terutamanya polisi KKP adalah merupakan ‘legal document’.

Bagi membuktikan bahawa ianya disahkan oleh majikan, maka tandatangan adalah perlu.

Dan ianya perlu ditandatangan oleh orang yang berkuasa memastikan polisi dipatuhi.

Dokumen tak ada tandatangan tak laku...

mesti kena ceo/md yang sign, letak nama dan position dia, dan date

kalo tak, it totally shows, ur management not concern bout safety.

guna ayat, di atas tadi, dan ckp kat management.

KKP Policy, adalah satu legal document, so, itu yg kena ada signature.

well, it is up to u to persuade and convince ur management about this. it is one of sho skills too :)

Bagi saya, itu tidak cukup untuk meyakinkan client dan juga auditor sekiranya kita mahu di audit dengan iso 9001:2008 atau pun iso 18000:2007


bagus, kalo management tunjukkan sokongan, tapi policy kkp yg bertandatangan adalah sbg bukti bertulis yg nyata sekiranya, dosh mahupun client meminta bukti.

Pandangan saya, sahabat kita yang bertanya ni, perlula rajin membaca dan juga membuat "research" lebih sedikit agar ilmu dan pengetahuan bertambah. Ini akan menunjukkan yang anda adalah seorang yang "independent" dan tahu bagaimana untuk mendapatkan maklumat.

spoon feeding, not actually relevan in this time anymore. lagipun, isu KKP policy ini adalah satu aspek yang paling asas dlm hse. so, mungkin anda boleh join mana training dan hantar sekali management ke safety awareness training

my 2 cents

mohd izzuddin
qhse engineer
masih dalam pembelajaran

Offer Letter - Scam @ Betul

saya ingin suarakan satu pandangan

saya tidak faham kenapa anak-anak muda kita terlalu ghairah untuk bekerja di luar negara. saya paham, bahawa masa muda adalah untuk mengumpul kekayaan kerana kita mungkin ada perancangan untuk berumah tangga, membela keluarga dan lain2 lagi keperluan persendirian.

tapi janganlah terlalu mudah percaya dengan tawaran pekerjaan melalui internet dan email yang dihantar padahal tidak pernah dipohon dan mungkin tidak pernah juga meng-upload resume di website pekerjaan luar negara.

tidakkah terdetik yang, ianya nampak sangat meragukan dan urusan yang dilakukan terlalu mudah ? padahal untuk apply visitor visa pun prosedur nya agak ketat, apatah lagi kalo working visa untuk bekerja di satu2 negara di luar malaysia. memang ketat dan melecehkan. yang pastinya, tanpa pembayaran pendahuluan yang melampau. hanya pembayaran pemprosesan yang minimal yang dikenakan oleh embassy. tidak ketinggalan, sesi interview akan dibuat di kedutaan negara tersebut di malaysia, sebelum mereka boleh meluluskan apa2 permohonan untuk visa atau working permit.

tolong dan tolonglah berhati-hati dan buatlah sedikit penyelidikan. tanya kedutaan negara tersebut di malaysia. just give them a call and ask them info about the recruitment, sama ada betul atau palsu.

LYNAS

Saya ingin bertanyakan pendapat SHO semua. adakah kita bersetuju dengan projek Lynas ini ?

JAWAPAN SAYA:

i do support "NO LYNAS" in Malaysia.

Saya menyokong penggunaan tenaga nuklear di Malaysia sekiranya ia dilakukan oleh profesional dan dapat membantu kerajaan dalam mengatasi masalah tenaga. tetapi bukan dengan memilih syarikat yang mempunyai rekod buruk dalam pengurusan tenaga nuklear.

ayat mudah, sekiranya negara eropah dan australia yang jauh lebih moden dari kita menolak LYNAS, kenapa kita yang jauh ketinggalan, mahu menerima LYNAS di Malaysia. Bukankah ini satu langkah yang kurang bijak.

Saya menyeru kepada para SHO agar kita membantah kemasukan LYNAS dalam Malaysia.

Timbalan Pengerusi dalam Safety Committee??

PERSOALAN :

Salam, ingin bantuan pendapat tuan..

Sebentar tadi saya berdebat dengan bos saya (sebelum itu beliau menyuruh saya merangka satu struktur Safety Committee) yang mana setelah melihat sturktur tersebut, beliau meminta saya memasukkan satu lagi jawatan iaitu Timbalan Pengerusi dalam committee tersebut. Saya mengatakan bahawa saya tidak jumpa di dalam law atau mana-mana praktis lg di mana-mana company yang ada jawatan Timbalan Pengerusi dalam safety committee.

Kemudian, saya bertanya beliau, mengapa perlu ada Timbalan Pengerusi dan apa tugasnya? Beliau menjawab untuk menggantikannya mempengerusikan mesyuarat jikalau ketiadaan beliau memandangkan beliau tersangat sibuk. Saya menjawab, jika beliau tersangat sibuk, dan risau tidak boleh commit, beliau boleh melantik second person after him untuk menjadi pengerusi. Tetapi beliau bantah dan tetap mahukan dirinya sebagai pengerusi dan pada yang sama ada jawatan Timbalan Pengerusi.

Ok, saya menjawab lagi, jika beliau risau tidak dapat mempengerusikan mesyuarat, menurut Peraturan 23(3), Safety Committee Regulation 1996, beliau boleh melantik pengurus yang diberikuasa untuk mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa semasa beliau tiada.

Tapii....beliau tetap taknak dengar penjelasan dan inginkan diadakan jugak Timbalan Pengerusi ini.

So, mohon pandangan, bolehkah atau perlukah ada Timbalan Pengerusi ini dalam safety committee? Nanti setiausaha nak letak bawah Pengerusi ke Timbalan Pengerusi?


JAWAPAN :

Pada pandangan saya, boss kamu boleh diletakkan sebagai advisor. dan jawatan timbalan pengerusi oleh ditiadakan. hanya ada pengerusi sahaja

dia nak tunjuk penglibatan dia dlm safety walaupun dia takleh nak commit. ini sudah bagus!!! at least dia nak join safety committee. kebanyakkan boss akan mengelak dan tak mau terlibat.

refer attached file sbg contoh mudah.


bro, jangan la terlalu strict sangat. benda ni simple je. kita kenalah ada linearity dan ubah suai ikut situasi. lagipun osh act tu sbg minimum requirement dan self regulation. kalo kita buat lebih drpd minimum requirement, lagi bagus

saya mahu boss sebegini, sebab dia tunjuk concern dlm osh.

maybe senang nak mintak budget utk safety program

yang ikhlas,
mohd izzuddin
qhse engineer yang masih lagi belajar

WORK DILEMMA ?

ini adalah satu perkara yang mudah.

jika kita suka dengan kerja kita dan apa yang kita buat sekarang, isu ini tidak akan timbul.

jika tidak suka, carilah peluang lain. dengan ayat mudah, mencari peluang di syarikat lain.

tapi anda kena ingat, industri oil and gas tidak begitu melihat kepada academic qualification kerana experience lebih penting.

saya hanya grad dengan 3rd class degree dan cukup susah untuk saya mencari kerja.

alhamdulillah, ada company sanggup ambil saya kerja dan saya tidak kisah dengan gaji yang rendah sebab saya tahu, saya memerlukan pengalaman.

fyi, saya adalah chemical engineer tapi saya bekerja sbg qhse engineer. memang tiada langsung berkaitan dengan apa yang saya belajar. sebab saya tahu, saya tidak boleh terlalu memilih, kerana academic qualification saya tidak sebagus anda. kalau kita attend interview yang sama, sudah pasti anda akan menang on paper kerana, academic qualification anda lebih bagus.

jadi, saya mula dari bawah sbg trainee hse engineer dengan gaji yang kurang dari rm2k. hidup di kl memang costly tapi kita kena sesuaikan diri. dalam masa yang sama, saya buat semua kerja yang related qhse tanpa banyak soal. saya beruntung, saya dpt boss yang bagus sebab dia tidak mahu ajar saya directly. dalam kata lain, saya kena usaha untuk belajar sendiri dan kena selalu bertanya dengan staff senior. dan saya juga diajar untuk multitasking. walaupun saya qhse engineer tapi saya kena tahu pasal procurement, pasal finance, pasal hr dan tidak boleh tidak pasal safety itu sendiri.

saya tidak kisah dihantar ke offshore berminggu2 (sebab dapat offshore allowance) dan menjadi "KULI" kepada safety officer di sana sebab saya tahu, di situlah saya akan dapat experience saya. dan saya semakin cinta dengan kerjaya saya. saya lupakan langsung tentang profression "chemical engineer". kerana qhse memberikan saya peluang baru.

jadi bila peluang kerja baru datang, saya terima dengan hati yang gembira kerana apa yang saya mintak, semuanya dapat. saya diberikan gaji dua kali ganda dari gaji di syarikat lama. saya berpeluang outstation ke luar negara, saya berpeluang berjumpa dengan client2 dan saya sudah ada assistant sendiri. kenapa saya dapat semua ini ? sebab saya sudah ada experience di syarikat lama dan sudah pasti "agak senang" untuk saya "menewaskan" calon lain yang kurang pengalaman walaupun academic qualificationnya bagus.

bagi saya, ambikla peluang yang ada untuk belajar sebanyak yang mungkin. jika kita tidak suka dengan kerja sekarang, masanya untuk mencari kerja baru. tetapi kekangan kewangan pasti ada, kerana siapa mahu bekerja dengan gaji yang sedikit ? sudah pasti, semua manusia mahu kerja senang, dan gaji banyak. seperti keadaan saya sekarang, gaji ok(alhamdulillah) tetapi workload sgt melambak2 (bagaikan buat kerja untuk 3 org) dan stress pun tinggi. tapi, saya sabar dan happy sebab ini yang saya mahukan.

bidang risk assessment sgt luas. syarikat oil and gas yang besar2, mempunyai dept risk assessment yang tersendiri. jika tidak berminat, anda boleh masuk consultant. risk assessment terlalu luas scope nyer. saya sendiri masih belum mahir dalam aspek risk assessment walaupun sudah bergelar safety officer. masih byk perlu dipelajari. hse case, hazop, hazid, asset risk management dan lain2.

biasanya, young engineer memang selalu mengalami "dilemma" sebegini. tidak sabar dan suka terburu-buru. take your time and do the risk assessment on yourself. adakah berbaloi bertukar kerja atau pun stay di syarikat sama tapi dengan pelbagaikan lagi task anda.inilah masanya untuk anda apply risk assessment.

yang benar,
mohammad izzuddin
qhse engineer
(masih dalam pembelajaran)