Tuesday, May 24, 2011

Timbalan Pengerusi dalam Safety Committee??

PERSOALAN :

Salam, ingin bantuan pendapat tuan..

Sebentar tadi saya berdebat dengan bos saya (sebelum itu beliau menyuruh saya merangka satu struktur Safety Committee) yang mana setelah melihat sturktur tersebut, beliau meminta saya memasukkan satu lagi jawatan iaitu Timbalan Pengerusi dalam committee tersebut. Saya mengatakan bahawa saya tidak jumpa di dalam law atau mana-mana praktis lg di mana-mana company yang ada jawatan Timbalan Pengerusi dalam safety committee.

Kemudian, saya bertanya beliau, mengapa perlu ada Timbalan Pengerusi dan apa tugasnya? Beliau menjawab untuk menggantikannya mempengerusikan mesyuarat jikalau ketiadaan beliau memandangkan beliau tersangat sibuk. Saya menjawab, jika beliau tersangat sibuk, dan risau tidak boleh commit, beliau boleh melantik second person after him untuk menjadi pengerusi. Tetapi beliau bantah dan tetap mahukan dirinya sebagai pengerusi dan pada yang sama ada jawatan Timbalan Pengerusi.

Ok, saya menjawab lagi, jika beliau risau tidak dapat mempengerusikan mesyuarat, menurut Peraturan 23(3), Safety Committee Regulation 1996, beliau boleh melantik pengurus yang diberikuasa untuk mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa semasa beliau tiada.

Tapii....beliau tetap taknak dengar penjelasan dan inginkan diadakan jugak Timbalan Pengerusi ini.

So, mohon pandangan, bolehkah atau perlukah ada Timbalan Pengerusi ini dalam safety committee? Nanti setiausaha nak letak bawah Pengerusi ke Timbalan Pengerusi?


JAWAPAN :

Pada pandangan saya, boss kamu boleh diletakkan sebagai advisor. dan jawatan timbalan pengerusi oleh ditiadakan. hanya ada pengerusi sahaja

dia nak tunjuk penglibatan dia dlm safety walaupun dia takleh nak commit. ini sudah bagus!!! at least dia nak join safety committee. kebanyakkan boss akan mengelak dan tak mau terlibat.

refer attached file sbg contoh mudah.


bro, jangan la terlalu strict sangat. benda ni simple je. kita kenalah ada linearity dan ubah suai ikut situasi. lagipun osh act tu sbg minimum requirement dan self regulation. kalo kita buat lebih drpd minimum requirement, lagi bagus

saya mahu boss sebegini, sebab dia tunjuk concern dlm osh.

maybe senang nak mintak budget utk safety program

yang ikhlas,
mohd izzuddin
qhse engineer yang masih lagi belajar

No comments: