Sunday, July 31, 2011

BILA DAH START SUKA....


bila dah start suka.....orang di sana pula yang tidak suka. tetiba je, membisu seribu bahasa tanpa sebarang sebab. kita pulak yang jadi terpinga2, dok pikir2 apa sebabnya.

bila dah start suka.....orang di sana pula yang macam dah tak berminat. padahal, dulu, dia lah yang beria2 nak sangat nak kenal. message di FB, message di YM, message di HP. kita pulak yang rasa serba salah, takut2 ada buat salah.

bila dah start suka.....orang di sana pula anggap kita macam kawan biasa je. padahal kita dok tangkap syok kat dia dan berasa macam ada harapan. kita pulak yang rasa malu sendiri sbb dia tade pun perasaan lebih dari kawan.


bila dah start suka.....orang di sana pula yang buat hal. masa tu la, tetiba tade masa untuk kita. masa tu la, tetiba outstation sana sini. masa tu la, tetiba nak kena kerja overtime. kita pulak yang dok pikir2, busy sangat ke kerja dia sampai tade masa free langsung.

bila dah start suka.....orang di sana pula yang sangat cerewet. itu tak boleh, ini tak boleh. itu jangan. ini larangan. ada je pantang larang dan songehnyer. kita pulak yang rasa rimas, macam masuk plkn.

bila dah start suka.....orang di sana pula dah disambar orang. ingatkan dia layan kita sorang. rupa-rupanya, banyak lagi yang dia layan. kita ni back-up stock je, ranking no 5 je. buat simpanan jika orang yang dia layan tak bagi respon baik. kita pulak yang rasa macam bodoh sebab dok percaya sangat.

bila dah start suka.....orang di sana pula yang ada agenda tersendiri. kita dok percaya yang dia ikhlas berkawan dan memang nak kat kita. sebenarnya, buat kita sebagai batu loncatan je. kenal kita sebab nak tackle kawan kita. kenal kita sebab nak mintak belanja itu ini. kenal kita sebab nak senang mudah. kita pulak yang rasa dipergunakan, mcm la kita ni kaya sangat.

bila dah start suka.....orang di sana pun suka kita jugak tapi kita pulak yang rasa belum bersedia untuk ada relationship. takut luka lama berdarah kembali. lebih baik have fun ngan kawan2 je. tak perlu nak pening pasal relationship, kita pulak yang rasa macam hidup single lagi bagus daripada ada partner.

bila dah start suka....haih, pening.

Thursday, July 21, 2011

RULE OF THUMB


Rule of thumb in this kind of relationship:

1- jgn ada hubungan dgn mereka yang tak bekerja sebab ianya akan menyusahkan kita di kemudian hari (student kira kerja, jual burger pun kira bekerja)

2- jgn ada konsep "bunga rampai". Kalo sharing tidak apa. Kena ada konsep tong2. Aku byr ko ari ni, esok ko bayar aku pula. Sebab, kita tidak akan tahu siapa akan ambil kesempatan atas siapa. Melainkan mmg dah kaya dan duit banyak tatau nak buat apa.

‎3- jgn terlalu mudah percaya kpd pasangan. Kita kena ada sangsi walaupun sedikit. Sebab kita tidak tau bila pasangan kita atau kita sendiri akan curang. Lbh2 lagi kalo dia selalu lepak ngan org yg tak kita kenali dan tidak mau kenalkan kita kpd kawan2 barunya tanpa alasan kukuh

4- tgk keadaan phone dan segala profile online seperti fb/myspace/tagged (planet romeo/manjam, apatah lagi). Jikalau dia terlalu berahsia, tanak bagi kita tgk sapa fren list dia dan juga hide kita dr tgk profile dia, maknanya mmg ada something wrong. Tak perlu kita nk check sms atau mms dlm phone dia. Cukup sekadar kita tau phone dia dalam mode silent or not masa ngan kita. Dan adakah ada sms bertalu2 masuk after midnite. Jika ada, mmg dia curang

5-trust ur best friends more than ur partner sbb biasanya best friends akan bercakap perkara benar walaupun pahit (unless kalo best friends kita jenis suka caras org punya, tak kira)

Tuesday, July 19, 2011

SELAMAT ULANGTAHUN


SELAMAT ULANGTAHUN YANG KE 29

Friday, July 15, 2011

LARRY CROWNE


PATUT TENGOK MOVIE NI. BEST GILERR!!!!

SAYA BAGI 4 BINTANG DARIPADA 5 BINTANG

EVERYTHING IS GONNA BE ALRIGHT

SAWADEE KAP


kamu hanya perlu hadapinya dengan tabah dan tidak mudah berputus asa
pantang sekali mengaku kalah
dont hate yourself
if you hate yourself
there will be no one to love you anymore
at least, please love yourself first before you can share the love with others

AKU pernah membenci dan menyalahkan diriku apabila yang terjadi tidak seperti yang aku harapkan
AKU kecewa dan setiap hari, perasaan marahku kepada diri sendiri tidak pernah surut
AKU tidak pernah sekali-kali menyalahkan dirinya atas apa yang terjadi

CERIAKAN DIRI DENGAN OUTSTATION SAMBIL MELANCONG. HI, EIFFEL TOWER !

KERANA aku menyangkakan akulah punca segalanya yang terjadi
KERANA aku yang lemah, tidak sempurna yang menjadi penyebabnya

tanpa ku sedar, itu semua telah membinasakanku dari dalam
sampai bila mahu begitu sedangkan si dia sudah gembira dengan kehidupan barunya
jadi, aku membuat keputusan untuk menyalahkan apa yang berlaku ke atas dirinya

pasrah sampai terlelap

AKU salahkan dirinya yang tidak tahu menghargaiku dan menghargai betapa tulusnya cintaku
AKU salahkan dirinya yang masih mentah dan tidak matang fikirannya
AKU salahkan dirinya yang pasti akan menyesal kerana tinggalkan aku
dan AKU salahkan dirinya kerana dia telah membuat keputusan yang silap kerana diriku lebih berharga dan bernilai dari dirinya

selepas itu, aku bisa bangkit kembali dan menempuhi hidupku seperti biasa
tanpa rasa kesal, sesal walaupun sayang masih ada tapi aku harus realistik
mungkin dia bukan yang terbaik untukku
dan yang sempurna untukku masih menantiku untuk menemuinya
itu apa yang aku lakukan sekarang

AKU BANGKIT KEMBALI !!! TERUS TAHAN TRAIN KE PERTH !!!

kamu dibenarkan rasa sedih dan kecewa
tapi jangan benarkan ianya membinasakan dirimu
air matamu begitu berharga dan ianya hanya untuk si dia yang tahu menghargaimu
tidak perlu rasa sedih dan pilu kerana masih ramai lagi yang menyayangimu
dan ingin memilikkimu
mungkin tidak terkecuali, aku

BAIK AKU BERCINTA NGAN KANGAROO JE

Wednesday, July 13, 2011

ADAKAH MUNGKIN AKU TIDAK LAYAK

Adakah terdetik di fikiran anda bahawa anda mungkin tidak menepati kriteria yang dikehendaki oleh bakal majikan anda. mungkin, pada dasarnya, anda sudah memenuhi semua kriteria yang dinyatakan tapi anda tidak tahu, kriteria manakah yang diambil kira oleh bakal majikan anda.

anda juga tidak tahu, apakah ciri2 lain yang dicari oleh majikan anda. ayat mudah, tidak semestinya, kita menepati kriteria yang dinyatakan, anda sudah automatik layak untuk diambil bekerja.

bukan anda seorang yang menghantar resume, mungkin ratusan yang hantar. tapi, mungkin dalam ratusan resume yang dihantar itu, tiada satu pun yang menepati kehendak bakal majikan. dan jika ada, mungkin bakal pekerja yang dipanggil temuduga ini meletakkan syarat tertentu seperti gaji, elaun, mobiliti, availability, yang tidak dapat dipenuhi oleh bakal majikan. jadi jawatan itu ditolak oleh bakal pekerja.

atau mungkin juga, apabila calon yang layak ini ditemuduga, mereka tidak menepati karakter, personaliti dan juga bakat yang bakal majikan perlukan. jadi bakal majikan terpaksa mengiklankan lagi.

ini hanyalah pandangan saya sebab saya pernah mengalami perkara yang sama seperti anda. kata-kata saya bukanla untuk melemahkan semangat anda tapi untuk membuatkan anda lebih gigih dan tidak berputus asa sampailah anda berjaya. jangan mudah mengaku kalah

CHEERS !!!!

Sunday, July 10, 2011

SEKALI LAGI ?

adakah aku bersedia untuk memulakannya sekali lagi ?
sekali lagi membuka ruang ini untuk jatuh cinta
sekali lagi untuk menyayangi dan disayangi
sekali lagi untuk berkongsi rasa
sekali lagi untuk berasa cemburu dan dicemburui
sekali lagi untuk merindu dan dirindui
sekali lagi untuk mencorak perjalanan hidup bersama
tapi adakah dia mampu untuk menerima kekurangan dan kelebihan aku
tapi adakah dia mampu untuk menerima aku seadanya
tapi adakah dia mampu untuk menerima aku secara keseluruhannya
tapi adakah dia mampu untuk bertahan
adakah aku bersedia untuk dilukakan sekali lagi ?

SEKALI LAGI ?

Thursday, July 07, 2011

dRII TREATMENT


tanggal 06 july 2011 merupakan hari pertama aku mencuba produk dRII
aku tergerak hati untuk mencuba produk ini disebabkan aku mengalami masalah kulit
berkaitan dengan parut chicken pox, jerawat yang severe serta untuk pemulihan kesihatan kulit
katanya, dalam tempoh 2 minggu akan terlihat perubahan
aku sudah membeli stok untuk sebulan
kita lihat hasilnya nanti
namun aku hanya berusaha dan mencuba
pasti Yang Maha Esa akan menentukannya

TERJEBAK LAGI ?

adakah aku ingin terjebak lagi ?
aku rasa, diri ini makin lemah untuk mengawal kekangannya
zahirnya aku gembira dengan apa yang aku milikki sekarang
batinnya aku masih lagi diselimuti kesunyian
adakah aku bersedia untuk memulakan sesuatu yang baru
adakah aku bisa untuk itu
adakah ianya akan mengizinkanku
dalam keadaanku yang lemah ini
aku laksana pahlawan yang kalah sebelum bertarung
kerana bagaikan ku tahu di mana pengakhiranku
tapi hati ini meronta untuk ditemani dan disayangi
walau aku mampu berdiri sendiri
adakah gagah kaki ini menampungnya
memang aku teringin terjebak lagi
tapi adakah aku berpeluang

TERJEBAK DENGAN LADY GAGA