Monday, July 09, 2007

MEMANG TAK ADIL !!!!

Memang tidak adil. Mengapa mereka yang masih single selalu dipersalahkan ? Mengapa mereka yang tidak dimilikki selalu disalahanggap oleh mereka yang sudah memilikki ?

Ya, betul. Memang tumpang gembira jika ada di antara kawan-kawan sudah ada kapel. Tumpang gembira, sebab kawan-kawan sudah ada tempat untuk bermanja dan berkasihan. Yalah, tak sama kan, love as a friend with love as boyfriend/girlfriend. Memang berbeza. Rasanya lain. Sebab itulah, kita akan sentiasa mencari cinta.

So, bila ada kapel tu…masa yang diluangkan sudah pastinya akan terbahagi antara kekasih dan juga kawan-kawan. Obviously, masa yang diperuntukkan untuk kekasih akan lebih banyak. Lebih-lebih lagi, jika pasangan tersebut tinggal serumah. Lagi banyak masa yang akan diluangkan. Pagi, petang, siang dan malam, akan tengok muka yang tersayang je. So, tinggallah masa yang sedikit untuk diluangkan bersama kawan-kawan.

Jadi, kawan-kawan yang masih single ni…terkontang-kantingla. Tak tau nak buat apa. Sebab semua kawan-kawannya dah ada kapel. Semua dah ada “added responsibility”. Yelah, hati kekasih nak kena jaga. Kalau tidak, nanti kekasih lari. Itu dah kira baik tu. Buatnya, kekasih tu nak bunuh diri, kelar-kelar tangan, hantuk kepala kat dinding…siapa nak jawab ? Siapa yang susah ? Diri sendiri jugak yang susah kan….

Kawan-kawan yang single ni, faham. Komitmen itu penting. Komitmen itu satu tuntutan. Kalau tidak dilaksanakan, bisa porak peranda sesuatu hubungan. Bukan senang nak dapat seseorang yang nak sayang kita sesungguhnya. Jadi kenalah jaga kekasih tu bagai menatang minyak yang penuh. Oleh itu, kawan-kawan yang single ni, tak kisah. Tak mengapa masa yang sedikit diluangkan bersama kawan-kawan. Sebab, mungkin bila kawan-kawan yang single ni, ada kapel…perkara yang sama akan dipraktikkan. Jadi, kawan-kawan single ni faham lagi memahami.
Rimas la!!!!! Capai mic dan terus tarik note octave 7

Tapi, kadang-kadang kawan yang dah berkapel ni taknak faham dan taknak cuba memahami kawan-kawan yang single ni. Kawan-kawan single ni pun nak gak ada kapel. Cuma masanya belum sampai. Bukannya tak nak tapi kata orang, jodoh belum ada. Tapi, kawan-kawan yang dah ada kapel ni, masih lagi tak faham kenapa kawan-kawan single ni selalu tak available apabila diajak kuar bersama-sama. Kata mereka, kawan-kawan single patutnya banyak masa terluang sebab tiada komitmen dan tiada kekasih. Sepatutnya, kalau nak ajak kuar, anytime je boleh. 24 hours available. Jadi mereka hairan.

Kawan-kawan single ni, bukannya nak single sampai ke tua. Nak gak merasa indahnya percintaan macam kawan-kawan dah ada kapel. Jadi, mana saja ada masa terluang, dimanfaatkan sepenuhnya untuk mencari cinta. Paling tidak pun, dapat buddy pun dah ok. Yelah, kawan-kawan dah ada kapel, leh manja-manja dengan kekasihnya. Kawan-kawan single nak manja ngan sapa ? Kucing ? Sooo…old nak manja-manja ngan kucing. So, kenala cari someone untuk manja-manja. Mungkin untuk sehari dua ke. Kalau tak sesuai…lepas tu cari yang lain. Kalau sesuai, masuk dalam checklist “my future lover”. Yelah, hidup ini kenalah buat pilihan. Mana boleh serkap jarang je. So, lagi banyak pilihan, lagi banyak peluang untuk ketemu cinta. Betul ke ?

Jadi, kawan-kawan yang dah ada kapel ni, jangan nak main hentam keromo je. Kawan-kawan yang single pun ada gak “added responsibility”. If you can spend time with your lover, why cant I ? I pun ada lover jugak. Cuma tak official dan tak declare je. Dalam maksud yang lain, scandal. Why oh why....scandal nak ada banyak-banyak ? Sebab untuk banyakkan pilihan. Senang nanti. Mana yang tak berkenan, reject. Yang berkenan, simpan.

Asalkan kawan-kawan single ni tak available untuk hang out, terus assume ada date ngan orang lain. Walhal, kawan-kawan yang ada kapel ni, tak tau….kawan-kawan yang single ni nak gak masa-masa bersendirian. Tak semestinya nak cari one nite stand je. Maybe masa tu, balik kampong ke, tengah window shopping sorang-sorang ke, tengah tengok movie sorang-sorang ke, tengah dinner sorang-sorang ke, tengah melancong sorang-sorang ke…yelah, nama pun single. Jadi semuanya buat sorang-sorang. Lainla kalo kawan-kawan yang ada kapel. Semuanya berdua. From I dah jadi WE. Dari SAYA dah jadi KAMI. Kalau kawan-kawan single ni, ME,MYSELF & I je la. Nama pun single kan.

Memang tak adil. Kawan-kawan single selalu disangsikan oleh kawan-kawan yang ada kapel. Kenapa mereka tak boleh nak bagi support atau pun, at least tolong rasa gembira sebab kawan-kawan mereka yang single ni, still dapat enjoy the life to the fullest. Ni tidak, asyik full of doubts. Maybe, itulah uniknya persahabatan. Tapi, maybe they shud give some spaces to the single friends, I think.

Well, I do want to have a lover but luck is always not on my side. So, takkan aku nak marah. Just relax. Kalo ada, adalah. Kalo tade, lantaklah. Malas aku nak layan. Semuanya takleh caya. Baik aku single. Tapi bila single….semua orang nak doubt ngan aku. Bosan.

Wednesday, July 04, 2007

TIADANYA CINTA DI DALAM ADANYA CINTA

Aku bingung dengannya. Aku keliru dengannya. Aku tidak faham. Mengapakah aku selalu bertemu dengan mereka yang suka membuat aku ternanti-nanti dan sengaja membiarkan aku tergantung tak bertali. Katanya mahu tapi tidak bersungguh-sungguh, Katanya rindu tapi payah untuk bertemu. Katanya sayang tapi selalu tidak pedulikan aku. Katanya cinta tapi hanya di bibir saja.

Memang senang melafazkan cinta tapi sukar untuk dilaksanakan. Hanya kata manis sebagai permainan di bibir. Sebagai penyedap dan penenang hati yang kecamuk. Hanya untuk aku, berasa selesa dan lega. Walhal, ianya sentiasa meresahkanku.

Bagiku, apa yang dilafazkan haruslah ditunjukkan. Bukan hanya lafaz kosong semata-mata untuk mewujudkan suasana romantis. Kata-kata itu yang bisa membuatkanku terperangkap antara cinta dan berahi. Susah.

Jika begini jadinya, tidak perlu aku beria-ia. Jika mahu, katakan mahu. Jika tidak, hanya perlu katakan tidak. Aku dapat menerimanya dengan hati terbuka. Mungkin ada sedikit kecewa tapi itulah kehidupan. Buat apa disedihkan perkara yang tidak bisa jadi kenyataan.

Ini bukanlah kali pertama. Sudah berulangkali. Dan aku sudah letih. Aku bosan untuk bercinta lagi. Adakah cinta ada ruang untukku. Semua yang terjadi tidak seperti yang aku harapkan. Makin dikejar, makin jauh ia berlari. Bila tidak dipedulikan, tiba-tiba saja datang menjelma. Sengaja mahu menguji kesabaran dan ketabahanku.

Aku tahu, masing-masing sibuk dengan kerjaya. Tapi, tiadakah ruang dan masa untukku. Bukan kupinta, seluruh waktunya. Cukupla sekadar bertemu mata. Tapi, ianya begitu sukar. Walaupun aku sanggup ke tempatnya, namun dia tetap tidak punya waktu untukku. Aku hairan. Di mana rindunya ? Di mana cintanya ? Di mana sayangnya ?

Aku sabar menanti si dia pulang dari outstation dan amat berharap untuk bertemunya. Inginku lepaskan rindu, mendengar suaranya, menatap wajahnya dan berada dalam dakapannya. Tapi, aku hampa. Walaupun setelah pulang dari outstation, dia masih tidak punya masa untukku. Masih juga sibuk. Betul, telefon sebagi pengganti tapi tidak sama rasanya. Aku ingin melihat dirinya di depan mataku dan merasai kehadirannya di sisiku.

Penantianku sia-sia. Penantian itu memenatkan. Aku berasa kecewa dan terkilan. Kenapa dia tidak bisa melakukannya untukku. Aku juga ada outstation. Balik saja dari outstation, dia adalah orang pertama yang aku ingin ketemu. Katanya rindu ingin bertemu. Berlari-lari aku ke tempatnya. Aku sanggup luangkan masa untuknya dan lupakan perkara-perkara lain. Tapi, aku hampa sebab dia sentiasa sibuk. Padahal, aku sudah memberitahunya yang aku akan pulang dari outstation dan ingin bertemunya. Jadi, apakah erti kata rindunya, jika tidak bisa bertemu.

Minggu depan, aku akan outstation lagi untuk 2 minggu. Dan tak akan ketemunya selama 2 minggu. Jadi aku teringin sangat bertemu dirinya sebelum outstation. Ku nyatakan keinginanku padanya tapi jawapan yang sama aku terima. Sibuk. Aku sendiri tidak faham kesibukkannya. Adakah betul-betul sibuk atau sengaja mengelakkan diri dariku. Jikalau si dia sudah tak inginkanku, katakan saja. Aku tidak akan marah atau sedih. Lagi bagus berterus terang dari berselindung. Pabila ditanya, jawapan yang sama aku terima. “I like you and want you and miss you.” Tapi, kenapakah perkataan tidak sama dengan perbuatan. Aku sudah bosan dan letih. Sengaja menyiksa gelora hati ini. Lepaskan saja aku, jika tidak mahu.

Memang cinta tidak pernah percayakan aku. Sentiasa lari dariku. Cinta, tolonglah aku. Temukan aku dengan dia yang menyayangiku dan menghargaiku sesungguhnya. Cinta, jangan benci diriku kerana kesangsian ini. Cinta, fahamilah aku. Aku begitu menginginkanmu tapi mengapakah persinggahanmu hanya sementara. Adakah aku tidak layak untukmu. Mereka yang tidak percaya padamu, kau tetap berikan cahayamu. Tapi, mengapa tidak aku. Aku percaya padamu tapi kau meraguiku.

Kuserik dengan dia. Aku ingin lupakan dia. Walaupun katanya, aku di takhta teratas tapi hakikatnya aku di tangga yang terbawah.

Monday, July 02, 2007

STOP

STOP!!!!
Semuanya sudah selesai
Dia sudah mati
I am still single and available
Semuanya tak jadi
Penat

Wednesday, June 20, 2007

IT IS TOO EARLY TO TELL....

Last night was a really great night. For the first time in my life I feel really satisfied. Not really first time...but it was among of great and enjoyable nights. I love every single moment of it.

I wish, this thing could develop to another level. Not just for fun but something which I could hold on to. Things that can make me more than happy. It is too early to predict anything because things like these always come out with unpredictable result. I don’t want to get upset if things don’t work out well. Face it and move on.

I wish, the person can make me really believe that love is a wonderful subject. I wish, the person can show me the affection and make me feel wanted. I know that the person like me but that is not enough. Yeah, once again...it is too early to make any assumption.

Maybe it is too early for us to commit. Maybe we need more times to figure it out. Maybe we need to spend more times together. Maybe we need to ignore others and just be in our own world. Maybe we need arguments to look over our strength and weakness. Maybe we need confession to justify our feelings. Maybe it is too soon to ask and ponder.

We just get along and try to suit each other. If things don’t work out fine, we can find our own path. It is ok for me. I won’t feel sad or angry. I wont be jealous with the new someone in your life. I can accept it and always be happy for you. But, I don’t know whether you can do the same to me. Yet, it is too early to think about that.

Just embrace me and show me your love. Show me that you really want me. Show me that you won’t let me go. Show me that you're jealous when others trying to flirt with me. Show me that you care for me. Show me that you can accept me as the way I am. Show me that I am the one. Still, it is too early to show everything.

It is not easy to commit. Tell me when you're ready to commit and I will tell you when I am ready to commit. Commitment is a responsibility. I don’t want to commit just for 1 day or 1 month. I want the commitment to be long lasting as long as we want it to be.

Hug me. Kiss me. Love me.

Friday, June 01, 2007

WORK TRIP

Blog sunyi ni, akan bertambah sunyi lepas ni. Aku kena gi outstation selama 2 minggu. Tapi, memang aku dah lama tertunggu-tunggu utk outstation. Mana best dok opis je kan. But, trip kali ni, adalah yang paling dinanti-nantikan. Ini adalah kerana, merupakan kali pertama aku akan menjejakkan kaki ke sana.



Lps lunch, aku akan terus balik rumah, packing dan terus ke airport. Tak sabar-sabar nak sampai ke sana....Kita jumpa nnt ye...


Kalo korang nak tau, gambar2 ini adalah gambar kapal jenis apa, cuba korang cuba cari kat google dan taip FPSO. FPSO adalah singkatan untuk Floating, Production, Storage & Offloading Ship.