Friday, December 08, 2006

TIME FOR DEPARTURE

Sebelum mulakan nak entry, iols nak promote blog baru adik2. Silalah jenguk2 blog anak hayam iols ni. walaupun baru nak bertatih dalam dunia blog tapi sebenarnya sudah menceburkan diri dalam alam maya ni. Baru saja menutup akaun myspace nyer yang mendapat pengunjung sebanyak 32000++. Kau ado ? Iols sendiri pun nan ado. Heheheh.... Katanya mahu ingin menumpukan perhatian kepada pelajaran. Bagus, iols suka anak hayam cenggitu. Tapi sekarang kembali dgn gaya baru, ke arena blogging. Silala jenguk2 yuols.... klik la di sini ye ---> Anak hayam


Hari ini, merupakan hari terakhir aku bergelar pelajar di UTP. Parents aku akan sampai jap lagi, lebih kurang 3 jam dari sekarang. Barang-barang semua dah packed, kecuali pc besar bagak ni, belum pack lagi. Kalo dah pack, camne nak menaip ni kan ?

Sorry, sbb aku lama dah tak update. Bukan malas tapi tak sempat. Aku tau, orang yang dah bekerja pun boleh je taip entry tiap2 hari (macam kak sherita) tapi tak bereksempatan nak bukak blog. Seminggu dua ni, bz ngan nak buat clearance la, benda2 UTP nak kena pulang balik la, nak kena jumpa pak guard la...dan juga nak kena gi interview sana sini (macam byk je, inteview tu kan). Aku baru je balik dr KL, semalam. Malam rabu ada dinner show utk forum anjuran PETRONAS dan overnite kat traders hotel. Ala, bunyi cam grand tapi role aku kecik je. Jadi backup singer je pun...Tapi, at least, mrasa gak aku dok kat traders tu. Memang cantik hotel nye.


Esoknya pulak, siang khamis...aku terkejar2 nak gi interview. Daia ajak aku walk-in interview kat plaza sentral. Aku join jela, since aku mintak tolong dia, uruskan semua. Well, aku rasa that interview was ok la. Daia start kerja, hari ni. Tapi aku mintak tangguh, nex week sebab aku nak balik kota bharu dulu. Ala, bukan kerja besar2 pun. Bolehla dikatakan part time job, since aku taknak dok lepak2 kat rumah sementara tunggu offer yang lagi bagus. Kalo kerja part time kat kelantan, rate dia RM10/day. Kalo kat plaza sentral ni, RM10/jam. Kerja 8 jam. Banyak jugakla aku dpt nnt. Tapi, okla kan...cari experience. Fresh graduate, takleh nak pilih2 sangat. Lebih2 lagi, orang cam aku ni. Bukannya hebat sgt sijil akademik aku. Grab je apa yg ada. But, kalo ada rezeki, memang aku nak kerja yg bersesuaian ngan apa yang aku belajar kat universiti. Chemical Engineering majoring in Petroleum. Aku dah antar resume kat related company, skrg ni, just tunggu diorg reply je la.

Lepas ni, dah tade internet connection 24 jam. Dah tak jadi student UTP, mana nak dpt semua tu. Kat umah pun, dial-up je. Kalo on 24 jam, kayapla aku nak membayarnya. Dahla, bapak aku kata, kalo nak streamyx, bayar sendiri. So, aku rasa cyber cafe is adalah pilihan yang tepat. Skrg ni pun, cyber cafe dah byk guna streamyx, so tadela berpuluh jam nak tunggu loading.

So, lepas ni, maybe agak jarang update blog. Sebelum ni pun, mmg dah agak jarang. Sekarang bertambah-tambah la jarangnya. Patutnya, nak kena update pasal party makan2, sebelum, semasa dan selepas final exam. Nampaknya, kena tangguh dulu la, entry tu (atau tak type langsung nnt ? ).


Takut gak aku, nak masuk alam pekerjaan. Laku ke aku ni, nnt ? Betul org ckp, susah nak cr kerja. Bila nak alaminya sendiri, barula tau camne rasanya. Tq, kepada kawan-kawan alam realiti, alam maya dan bloggers yang tak henti2 bagi support dan semangat serta advice yang berguna untuk aku. Memang, kita tidak mampu untuk bersendirian di dalam dunia ini. Walaupun, kita berasakan mampu untuk berdiri sendiri namun kita masih memerlukan sokongan untuk mula berdiri, megah berdiri dan terus berdiri. Bukan bermakna kita lemah jika tiada sokongan tapi itulah tandanya kasih sayang dari orang-orang di sekeliling kita yang sentiasa berharapkan kejayaan mengiringi kita tanpa putus. Well, wish me luck, ok :)

Thursday, November 30, 2006

FINAL EXAM DAH HABIS!!!!!!

yeay!!! final exam dah habis. dah merdeka!!!! actually, last week lagi dah habis. paper last aku, last wednesday. paper killer gak la, drilling & production technology. ingatkan leh la lompat2 lepas kuar exam hall, last2 tak jadi nak melompat girang sbb paper tu, susah. termenung la kejap...tapi, harap2 leh pass la. aku rasa, leh kot pass....tak kisah la dapat grade apa pun, yg penting pass dan tak fail...so, aku happy balik. yeay!!! dah abis exam.

macam mana ni ? exam susah jugak...leh score ke tak ? aku bimbang...

tapi, aku still ada last presentation. this is my final year design plant project. so, takleh la lagi nak digelar student yang dah grad, since ada lagi presentation. this presentation is on next monday. after dat, unofficially, i declare myself...sbg student yang dah grad. convocation ? yes, soklan feveret tu...lambat lagi la. tahun depan dowh!!! setengah tahun gak nak kena tunggu. since universiti aku ni, convocation hanya di buat masa semester july, dan biasanya akan diadakan either end of august or early of september. kalo tak silap aku, utk nex year nyer konvo, early september. well, 9 bulan, i got nothing to do.

nex year, korg nyanyi utk konvo aku pulak

but, tadela aku nak dok saja2. bosan la camtu. kalo dok umah, parents aku bagi gaji, ok je. masalahnya, parents aku takkan buat camtu. lagipun, aku tak saba2 nak keje cepat2. typical answer, nak tolong ringankan responsibilities mak bapak. walaupun maybe aku tak mampu lagi nak bagi duit bulan2, masa mula2 kerja...at least, aku tak perlu nak mintak budget "fama" lagi. aku leh beli sendiri dan sediakan sendiri dengan duit gaji yang ada. dan aku pun, leh la hulur2 sikit kat adik2 aku (including anak2 ikan aku). tapi, yang paling penting...aku nak jelaskan semua hutang2 ngan kawan-kawan aku. selama ni, masa aku tgh sesak sgt2, diorang la yang tolong aku. aku malu nak mitk extra budget fama, sbb nnt kena perli macam...so the last resort is to rely on my friends. i'm lucky, to have friends who are always there when i need then and who are always give me a hand when i really someone to hold on to. but, itu bukan lesen bagi aku, untuk take it for granted. i really appreciate it and value my friendship with them.

aku dan kawan-kawan aku, di open house dayana

now, inilah masanya. nak kena cari2 kerja. anta resume sana sini. gi interview sana sini. i think, it is a routine for fresh graduate students. bersusah susah dulu, bersenang senang kemudian. dat matter, i will elaborate in other post. skrg, aku just lepak kat bilik aku, hostel kat universiti aku ni...yang hanya tinggal seminggu saja lagi, sblm aku betul2 meninggalkan utp. by dat, later k

balik dari lab, lepas print resume


next entry :

gambar klu

Monday, November 13, 2006

FINAL EXAM YANG TERAKHIR BUATKU

HI, YUOLS!!!!

FINAL EXAM DATANG LAGI!!!!

DAN INI JUGA MERUPAKAN FINAL EXAM YANG TERAKHIR BAGI DIRIKU

SELEPAS INI, AKU AKAN MELANGKAH KE ALAM BARU

SEKARANG, AKU AKAN MELAKUKAN SEBAIK MUNGKIN UNTUK FINAL EXAM INI.

WISH ME LUCK, GUYS !!!!!

Photobucket - Video and Image Hosting

Sunday, November 05, 2006

HARI RAYA 2006

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2006

Photobucket - Video and Image Hosting
Posing bersama biskut-biskut raya

Hari Raya datang lagi. Sudah semestinya sambutan yang meriah akan diadakan di antara weols. Selepas masing-masing kembali dari percutian raya, bilik iols telah dijadikan markas untuk sambutan raya yang seterusnya. Party raya ala pot luck, sebab semua org kena bawak biskut/kuih raya masing-masing.

Photobucket - Video and Image Hosting
Biskut-biskut dan kuih-kuih raya yang sedia untuk dimakan

Plan pada awalnya, ingin dibuat pada hujung minggu. Tapi bila mengenangkan projects dan assignments yang melambak-lambak yang perlu disiapkan, kami cepatkan tarikh party raya. Setelah bersidang, semua ahli TRIPLE N telah sebulat suara memilih 30 Oktober sebagai tarikh party raya. Tanpa berlengah lagi, semua bergegas balik ke bilik masing-masing dan bersiap sedia dengan pakaian raya. Tidak lupa juga, biskut/kuih raya perlu dibawa ke bilik iols.

Photobucket - Video and Image Hosting
Sebelum kita makan, biarlah iols baca doa makan dulu.

So, iols dan purue sebagai tuan rumah untuk party raya, telah mengemas bilik utk party. Syai diarahkan untuk membeli coke 2 botol sebagai minuman ringan dan iols sendiri buat air teh, since ada yang suka minuman panas. Purue mengambil meja jepun dan meyusun biskut-biskut raya di atasnya. Sambil-sambil tu, Purue juga memotong kecik-kecik kek lapis sarawak yang dibawa khas dari sarawak oleh Purue dan KJ.

Photobucket - Video and Image Hosting
Sessi bersalaman sesama ahli.

Photobucket - Video and Image Hosting
Marilah kita saling bermaafan

So, semua ahli telah pun sampai. Sebelum memulakan acara, weols mengambil gambar beramai-ramai. Kiranya gambar pre-party githu. Acara bersalaman sewajibnya ada. Selain itu, sesi beramah mesra sesama ahli, dan bertanyakan tentang sambutan raya di kampung halaman masing-masing.

Photobucket - Video and Image Hosting
Apa tengok je ? Makan la lagi. Tambah lagi. Banyak lagi tu...

Acara seterusnya, sudah pastila acara makan-makan biskut/kuih raya. Penuh meja ngan makanan raya. Dah rambang mata, nak makan mana satu. Yang pastinya, kek lapis sarawak jadi tumpuan. Yelah, bukan senang nak makan kek lapis sarawak. Nak beli kat semenanjung ni, mau la rabak dompet. Mujurlah ada ahli-ahli yang berasal dari sarawak, so bolehla merasa kek lapis yang sedap itu.

Photobucket - Video and Image Hosting
Syoknya, syoknya makan biskut raya

Memang meriah party raya kali ni. Sah-sahla sessi bergosssip pasti ada sambil-sambil melantak biskut raya tu. Party raya kali ni, bukan saja ahli-ahli yang hadir tapi outsider pun dijemput hadir sama. Lebih-lebih lagi, mereka tu ialah hosmet iols. So, tak manis kalau buat party tak ajak hosmet sama. Tapi, weols hanya ajak hosmet yang bangsa Malaysia je. Yang bangsa Vietnam weols tak ajak. Letih nanti nak bergurau senda dalam bahasa omputih. Takpela, lenkali la ye.

Photobucket - Video and Image Hosting
Jadi tak, weols pose macho ?

Semua dah kenyang melantak, party raya diteruskan lagi dengan aktiviti lain. Apa lagi kalo bukan sesi bergambar. Hmm, semua pantang kalo ada kamera. Mulala nak berangan buat photoshoot. Nak perasan jadi model melethop. So, apa lagi, sesi tukar baju la pulak. Macam-macan pose yang ada. Ala2, weols berlakon suasana di kampung semasa raya.

Photobucket - Video and Image Hosting
Iols tengah berangan beraya kat antartika.
Motif, ada pelakon tambahan kat sebelah ?


Ahli terakhir yang sampai is Acai. Mana satu acai, sila la cari sendiri. Hint : Acai turut sama menyambut DEEPAVALI. Tak sangka pulak dia datang, Kiranya, memang langkah kanan sebab party ni diadakan dengan ad hoc, so tak sempat nak inform ahli-ahli di peringkat internasional. Pada mereka yang tak sempat dihubungi, harap jangan berkecil hati. Ini hanya party raya kecil-kecilan. Cukupla ngan budget kami sebagai pelajar. Nanti, bila dah masuk international division, barula weols boleh join party yang grand tu seperti party berbuka puasa bersama anak2 yatim yang tiada anak yatim tu.

Photobucket - Video and Image Hosting
Gambar beramai-ramai, selepas party dah abis

Party raya kali ini, diraikan dengan meriah. Denagn lagu-lagu raya yang berkumandang dari corong speaker Purue dan turut diselang-selikan dengan bunyi bom-bom dan mercun dari apartmen sebelah. Sangat hanjing!! Kuat sangat bunyi mercun roket tu. Rasa macam perang dunia ketiga pulak. Tersedak-sedak weols makan biskut raya. Mujurla ada air coke tajaan Syai.

Photobucket - Video and Image Hosting
Dah abis party, tapi biskut raya still banyak. So how ? Semua pose diet

Akhir kata dari weols, moga bertemu kali dalam party raya pada tahun depan. Wassalam. Buat sekian kalinya, iols mengucapkan selamat hari raya aidilfitri. Moga aidilfitri kali ni, membawa keberkatan dan kegembiraan kepada kita semua.

Photobucket - Video and Image Hosting
Single pose

Saturday, October 28, 2006

QUEER AS FOLK - THE FINAL SEASON


Nampaknya, aku habiskan masa raya aku dengan menonton dari satu series ke satu series. Bosan jugak duduk sorang2 kat UTP ni, balik awal2. Tapi, mujurla aku ada dvd to burn my boring time. Do u know Queer As Folk (QAF)? I think, most of us pernah dengar series ni. Yup, i'm a big fan of this series. Series ni takkan ade kat TV Malaysia sebab series ni more than 18sx. Well, dengan adanya internet, apa saja dapat di donlod. Series ni merupakan series dari US based on the original series which aired in UK. But, UK version of QAF tak best sangat. Quite bosan dan setau aku, hanya ada sampai 2nd season je. But different dengan QAk US version yang sampai season 5 dan ini juga merupakan season finale untuk series ni. Aku memang follow series ni from its 1st season until the last season. Lucky for me, my housemate bought the last season and aku just pinjam je. Season sebelum ni, semuanya aku donlod cuma the lasts eason aku tak sempat nak donlod. Lebih2 lagi dengan limited resources kat sini, membuatkan aku malas nak donlod. Banyak sangat halangannya. So, aku amik masa satu hari satu malam untuk buat rally tengok this last season.

Thea Gill as Lindsay Peterson

Bagi aku, series ni, memang best. Memang banyak sex scenes tapi apart from that, the series really have nice plots with good storyline. Aku memang tak sabar-sabar untuk menantikan kesudahan yang berlaku, hasil kesinambungan dari 4th season. Maybe orang akan kata, citer ni tidak mempedulikan sensiviti moral tapi bagi aku, ini hanyalah tv series dan drama. Semuanya fiksyen. Walaupun series ni maybe ada reflect others but itu terserahlah kepada mereka yang menontonnya. Series ini jugak, menunjukkan banyak family values sama dengan series arus perdana. Cuma, aku agak sedih series ni, hanya sampai 5th season coz aku rasa banyak lagi plots dan drama can be developed and it can be last at least until 7th season, just like Sex & The City. (i love that series so much).

Gale Harold as Brian Kinney

The last season still lagi berkisarkan kehidupan 4 orang best friends, Brian Kinney, Micheal Novotny, Emmet Honeycutt and Ted Schmidt. Besides that Justin Taylor, Ben Bruckner, Debbie Novotny, Melanie Marcus & Lindsay Peterson merupakan character yang tidak kurang pentingnya dalam series ni.

Hal Sparks as Micheal Novotny

Micheal & Ben, finally getting married in the 4th season and meneruskan kehidupan mereka sebagai married couple in this last season. Altho thier relationship have ups and downs but somehow they can manage to overcome the problems. Micheal's mother, Debbie really loves her son and accept they way he is, and give her blessing to his son marriage. The couple plan to adopt Hunter as their legally son at the end of the season.

Michelle Clunie as Melanie Carson

Emmet dalam season ni, berjaya landed a role as a Queer Guy at the Channel 5 News. Besides, dia juga berjaya meyakinkan football superstar, to come out from the closet and be himself. Tanpa Emmet sedari, dia menyimpan perasaan terhadap the football superstar. But, Emmet give a chance to the guy to explore his new world before berjumpa semula and continue their relationship.

Randy Harrison as Justin Taylor

Ted masih lagi berasa inferior with everyone and always bersedih dengan his appearance. To boost his confident, he undergo cosmetic surgery. But, still he didnt get what he need. Emmet always come the rescue and comfort him. Sepanjang season, Ted tak henti2 mencari calon pasangan yang sesuai sebelum umurnya 40 tahun. Macam terkena sumpahan, Ted sentiasa tidak bernasib baik until his 40th birthday, the right person akhirnya memunculkan diri.

Robert Gant as Ben Bruckner

Hubungan antara Brian dan Justin masih lagi berterusan. Although his three favorite hobbies are sex, sex and sex, he is also a man who is always there when his friends need him…although he isn't always going to be nice about it. Whether in the boardroom, the bedroom or the backroom, this hot, heartbreaking ad exec tells it like it is…no apologies, no regrets. I know, he do loves Justin but he dont want to express it by words. Justin, dalam masa yang sama cemburukan Micheal dan Ben and want his relationship with Brian will ends like them. Get married, buying house and have children. But Brian still with his arrogant, doesnt care what Justin want. Until the big incident, Babylon bombing really change Brian's attitude. Now, he realize how he really loves Justin and dont want to loose him. Justin becomes increasingly disturbed by this Brian look alike and wants to know what alien has possessed his scintillating body. Brian confessed that he was just trying to be everything he thought Justin wanted. That triggers the similar compromise Justin made concerning forgoing his art career in New York for Brian. Suddenly, they realize that by getting married they'd be forcing each other into becoming something they weren't and neither could snuff out that person they loved so dearly.

Sharon Gless as Debbie Novotny

Altho, they plan to get divorce but at the end mereka berbaik semula. Melanie and Lindsay choose to pick up sticks and high tail it to Canada where everyone is accepting and they don't have to fear for their children's lives.

Scott Lowell as Ted Schmidt

In the end, they stayed true to the characters, and the series needed to leave us with that much more than a sappy ending. After five seasons, I can say I will miss Queer as Folk. It's writing had struggled in recent seasons, signaling that the series had run its course, but there was a lot of heart and good times wrapped up in these characters. Its hard not to think back to that hard hitting first season and remember the show for the potent punch that it once struck, rather than the watered down drama it evolved into.

Peter Paige as Emmet Honeycutt

Altho, the last season end tak seperti yang aku harapkan but the last season memang best. Aku memang berharap, akan ada sambungannya but, as well said, this is the last season. So, aku dah berjaya mengisi masa bosan aku dengan menonton series ni. Kalo korang nak beli, boleh order online tapi housemate aku beli kat KL je. Katanya, memang ada jual tapi aku lupa la pulak kat mana dia beli. DVD set lagi tuh. Sekarang, aku kena buat kerja...daa

Friday, October 27, 2006

AKU KEMBALI GEMBIRA

Well, hari ni sudah hari raya ke4. Seawal raya ke2, aku sudah berada di UTP. Semuanya kerana tuntutan tugasan yang berlambak-lambak. Siap satu, datang satu lagi. Macam tak pernah habis. Tapi, aku still tak start apa2, walaupun sudah masuk hari kedua aku berada di UTP selepas cuti raya. Mungkin aku masih lagi berada dalam mood raya dan malas nak buat apa-apa. Namun, esok hari aku terpaksa buat semua kerja-kerja aku since this 29th is the date line for my 1st task yang tertangguh. Ada dua lagi, assignments tapi, due date nyer lambat lagi...so, kena dahulukan mana yg dateline lagi awal.

Setenang air di kali

Sunyi sepi je kat UTP ni, since most people still lagi berada kat kampung, celebrating raya. Aku je gila nak balik awal. Entahla, aku rasa rimas balik kampung. Lebih-lebih lagi bila kampung kat muar tu. Bukannya aku tak suka balik kampung, aku suka cuma kadang-kadang aku rasa kurang selesa. Dengan nenek yang suka bercakap dan membebel non-stop dan suka mengungkit kisah2 lama yang negatif dan juga dengan sedara mara yang ramai bertandang ke umah nenek (byk yang aku tak kenal) buatkan aku rasa berserabut. Memang seronok rumah riuh rendah ngan sedara mara tapi bagi aku, aku lebih suka suasana yang tenang dan sunyi. Gila ke hapa, hari raya nak sunyi sepi ? Tapi, itula aku. Mungkin aku dah terbiasa dok sorang, so aku prefer suasana yang non-chaos dan calm. Bukan bermaksud aku ni freak ke apa, cuma aku ada time2 tertentu untuk situasi tertentu. Kalo aku rasa nak bising2, nak rasa borak2 ngan orang, aku akan pergi cari kawan-kawan atau suasana yang boleh memenuhi keinginan aku untuk merasai suasana yang riuh rendah. Dan bila aku nak bersendirian, aku akan bersendirian, taknak ada orang kacau walaupun family atau best frens aku sendiri pun takleh kacau. Sebab, itu caranya untuk aku resolved things, fikir balik apa yang aku dah buat. Dalam ayat lain nya, muhasabah diri la. Memang family dan kawan-kawan itu penting dan antara faktor penyumbang dalam memberikan nasihat dan panduan dalam membuat sesuatu keputusan, namun diri sendiri lah yang akan menjadi penentu kepada sesuatu keputusan yang diambil. Bila diri sendiri yang buat keputusan, kita akan rasa puas hati dan tidak akan menyesal dengan sesuatu keputusan itu dan hanya diri sendiri yang perlu disalahkan sekiranya keputusan itu tidak seperti yang diharapkan.

cakap lah lagi, jangan berhenti !!!

Apalah, yang aku merepek di awal pagi ni ? Kerja melambak tak buat tapi dok bersengkang mata baca blog orang, surf tenet. Aku berasakan semester akhir aku di UTP, merupakan the worst semester ever sepanjang aku kat UTP. Banyak scenes buat aku jadi sakit kepala, tension, nak marah, bengang, sedih dan macam-macam lagi perkara yang serabutkan pemikiran aku. Entahla, lately banyak sangat perkara yang berlaku sampaikan aku sendiri pun naik bingung memikirkannya. Mungkin bagi sesetengah orang, perkara remeh tidak diperlu difikirkan dengan teliti tapi tidak bagi aku. Setiap perkara yang terjadi, tak kira besar atau kecil tetap memberikan kesan kat aku. Setiap satunya, akan kufikirkan kesan positif dan negatifnya. Kebiasaan bagiku, aku lebih memberatkan kesan negatif. Memang bagus think positively but bukankah lagi bagus kalo consider the negative effects jugak. At least, we can prepare ourselves with any possibilities. Tapi, kadang-kadang aku tau tak semua tindakanku betul. Then, aku akan duduk diam, termenung jauh untuk mencari jalan penyelesaian. Tapi, still with smiley face. Kadang-kadang, aku juga akan tewas. Tak termampu nak menanggung masalah sorang-sorang. I do share my problems with my frens but ada certain things that i dont want to share with them and i want to keep it by myself. Well, i think i'm strong enough to handle all of my problems but if i cant (especially problems relate with feeling and emotions) i just cry. Aku akan cari tempat tersorok, tade orang nampak and i will cry out loud. Crying did make me feel better. Rasa macam hilang semua beban. Then, barula aku akan cari jalan macam mana untuk mengatasinya. I will come out from the room with smiley face again. Jika korang tengok Desperate Housewives series, aku sangat suka character Bree. I like the way she managed her problems. I like her personality. Seorang yang tabah dan penyabar. Sometimes, aku terasa macam aku terikut-ikut perangai Bree. Always smiling but deep in her heart, no one knows what she really feels.

Please don't do this to me. It hurt so bad and i can't stop from crying

Aku rasa aku amat sensitif dengan benda-benda yang bersangkutan dengan friendship. Bagi aku, friendship sangat penting selain daripada family. Memang aku jaga betul-betul friendship yang aku ada. Cukuplah, dengan apa yang aku hilang dulu-dulu. Sampai sekarang, aku tak tahu kenapa dia menjauhkan diri dari aku. Taknak cakap ngan aku. Aku sms dia, email dia, semuanya tak berbalas. Aku minta penjelasan darinya, sekiranya aku ada berbuat salah, kemaafan aku pinta tapi sampai sekarang dia biarkan aku tertanya-tanya. Aku sendiri pun bingung. Rasanya, semua ok sebelum ni. Tapi, tiba-tiba je dia berubah angin. Aku rasa dia memang dah taknak kawan ngan aku dan nak putus kawan ngan aku. Kalo itu kehendak dia, aku takleh nak cakap apa. Lastly aku kehilangan dia, seorang kawan. This thing really make me sad. Although, I try my best to be his good frens maybe i wasnt good enuff. Maybe dia rasa, semua ini fake. Well, kalo dia fikir camtu, aku berserah je la. Tapi, aku ingin pastikan perkara ini tidak akan berulang lagi. Aku taknak kehilangan kawan lagi (unless, kalo mereka tu, pain in the ass). Rasa kehilangan sangat menyedihkan dan menyakitkan.

why ? why ? i don't understand.

Regarding my previous entry, semuanya dah selesai. Telah kembali seperti biasa. Memang, pada mulanya, aku sangat sedih dengan apa yang berlaku. 2,3 minggu fikiran aku bercelaru dan kemuncaknya, apabila dia chat ngan aku dengan sebegitu. Sedih sangat-sangat aku rasa. Aku rasa, kalo orang lain memang dah tak amik kisah dengan apa yang berlaku tapi aku menghadapinya dengan cara yang sukar (especially problems relate with feeling and emotions). Tapi, bila aku fikir-fikir balik apa yang di chat hari tu, aku rasa aku terlalu emosional. My sense of insecurity is too high. Aku rasa aku takut ngan rejection. So, aku amik step, biar aku yang undur diri sebelum apa2 berlaku. Tapi, last2 aku jugak yang bersedih memanjang. So, aku baca balik apa yang dichatkan tu. Aku rasa, aku yang salah. Aku mengambil keputusan tergesa-gesa. Then, aku decide nak ajak dia bersahur sama-sama sebelum cuti raya. Kalo dia response baik, aku assume dia still nak kawan ngan aku, kalo tak, i think it will ends here. Yeah, dia datang dan menunggu aku (saja je, aku turun lambat2). Kami makan sahur, borak2 macam nothing berlaku. Dia tak mention langsung pasal apa yang dah terjadi. Bila response dia camtu, aku pun kembali rasa comfortable. That night, we did talk a lot and shared jokes. Things goes smoothly afterwards. Aku dah start lepak2 semula kat bilik dia. Dah start sms2 balik ngan dia kalo bosan2. Masa raya ari tu pun, kami bersms. Tanya pasal feel raya kat kampung masing-masing. Now, aku rasa sangat happy. Kitorang jadi kawan balik. I do love u as my fren and i do love u as my brother. Tak sabar-sabar tunggu dia balik ke UTP. Nak tengok, kuih raya apa dia bawak :P

Thursday, October 26, 2006

MADAH DAN UCAPAN SEMPENA EIDULFITRI - PART 3


Salam aidilfitri buat sahabat sekalian,
Semoga 1 Syawal ini Allah kurniakan kebahagiaan,
Keberkatan & maghfirah untuk kita semua
Keep in touch


Selamat Hari Raya,
Here's to being able to eat in public during the daytime again,
And not risk being arrested,
Cheers!

Allahuakbar tanda kebesaran,
Rayakan idulfitri dengan kemenangan,
Maaf zahir batin dipohonkan,
Semoga silaturrahim terus berkekalan

Kepada rakan-rakan febeles pecah lobang segala,
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir & Batin,
Kalau ada salah silap terkasar bahasa (amboi3x) dsb,
Semoga persahabatan yang akrab terjalin,
Kekal selama-lamanya,
Salam aidilfitri

Salam lebaran di aidilfitri,
Maaf zahir & batin,
Semoga syawal disambut penuh kesyukuran


Salam idulfitri buat semua, Maaf zahir & batin, Jaga badan mase raya ni, Jangan jadi montel macam aku ni, p/s : kepada yang tak puasa, tak payah makan sorok-sorok lagi Jangan marah. Huhu...

Mata kadang salah melihat,
Mulut kadang salah berucap,
Hati kadang salah menduga,
Layanan kadang tidak mesra,
Mohon kemaafan segala kesalahan yang pasti ada,
Salam aidilfitri, maaf zahir & batin

Its been great knowing you,
This festive season is the right occasion to cherish
And look at how we've taken our journey together,
Thank you for allowing me to be part of your life,
Salam aidilfitri, maaf zahir & batin


Roti sebuku petai sepapan,
Daun ketupat daun palas,
Sms pengganti kad ucapan,
Tanda ingatan tulus ikhlas,
Selamat hari raya aidilfitri
Maaf zahir batin

Yo Yo Yo
Selamat Hari Raya
Have a safe journey travelling back and forth :)

Selamat Hari Raya Aidilfitri!!!
Moga-moga aidilfitri kali ini membawa lebih pengertian & keberkatan kepada kita semua,
Maaf zahir batin yea :)