Tuesday, August 29, 2006

CHOIR FOR UTP SIXTH CONVOCATION 2006

Photobucket - Video and Image Hosting
Belakang dari kiri : Syai, Abang, Lan, Aku & Fikri
Duduk dari kiri : Syukor & Zaman
Membongkok : Negara

Ogos merupakan bulan yang paling sibuk bagiku untuk tahun ini. Sibuk dengan pelbagai tugasan, homework, assignments dan apa2 saja yang berkaitan dengan pembelajaranku di semester akhir ini. Semester ini juga akan berlangsungnya pesta convo bersempena dengan convocation kali keenam di UTP. Seperti biasa, aku akan mengambil bahagian dalam memeriahkan lagi pesta convo ini. Apa lagi yang mampu lakukan, hanya dengan berbekalkan suara yang agak boleh tahan merdunya, aku menyumbangkan kesekian kalinya sebagai ahli koir. Aku memang tidak pernah ketinggalan untuk menyertai kumpulan koir semenjak ianya ditubuhkan untuk menyanyi ketika majlis graduasi diadakan. Bagi aku, inilah salah satu caranya, untuk aku menyumbangkan bakti dan jasaku kepada UTP. Aku tau, aku bukanla pelajar cemerlang dari segi akademik mahupun sukan namun aku ingin juga buktikan yang aku mampu berbuat sesuatu kepada UTP.

Photobucket - Video and Image Hosting
Sapa dah siap touch-up, sila beratur. Nak ambil gambar ni

Namun, ianya bukanla semudah yang disangka. Koir bukanla hanya sekadar menyanyi tapi lebih dari itu. Setiap seorang di dalam kumpulan koir mempunyai tugas masing-masing untuk membuatkan irama yang diperdengarkan lunak dan harmoni. Dengan paduan pelbagai jenis suara, hasilnya akan terserlah gabungan suara yang menjadi satu dan jitu. Namun, untuk sampai ke tahap itu, latihan keras amatlah perlu. Seawal minggu pertama semester, sudah bermula latihan koir. Cikgu Laura dijemput untuk memberi tunjuk ajar kepada ahli-ahli koir. Latihan hanya diadakan pada hujung minggu kerana Cikgu Laura mempunyai komitmen lain pada hari-hari bekerja. Terpaksala mengorbankan hujung minggu demi koir. Namun aku rela, asalkan hasilnya nanti, memuaskan semua pihak. Dalam masa yang sama, aku juga mengambil bahagian dalam convo dinner sebagai backup singer. Penyanyi solo dah ada, jadi pihak pengurusan meminta 5 orang ahli dari kumpulan koir untuk menjadi backup singer kepada lead singer. Aku ok je, asalkan aku dapat menyanyi. Tapi, sudah pasti komitmenku bertambah dan aku terpaksa memperuntukkan lebih banyak waktu untuk latihan. Ketika itu, agak banyak group meeting terpaksa aku escape kerana memberikan tumpuanku kepada acara-acara ini, Mujurlah, aku mempunyai ahli group study yang memahami dan memberikanku kelonggaran.

Photobucket - Video and Image Hosting
Touch-up mekap terakhir sebelum majlis bermula

Semakin dekat tarikh convocation, semakin giat latihan dijalankan. Jadualku pun agak berterabur dan masa tidurku pun tidak menentu. Walaupun aku terlibat dalam acara sebegini, aku tidak sesekali mengabaikan pembelajaran. Mana-mana assignment yang perlu aku siapkan, harus aku siapkan. Kenalah, memberikan keutamaan kepada perkara yang lebih penting. Hampir setiap hari, aku tidur lewat semata-mata menyiapkan kerja-kerja yang tertangguh dan terbengkalai.

Photobucket - Video and Image Hosting
Fendy pun nak touch-up jugak. Biar muka berseri-seri masa nyanyi nanti

Lagi seminggu sebelum convocation dan latihan makin giat dijalankan. Kali ini, setiap hari latihan dijalankan. Dari pagi sampai ke petang diperuntukkan untuk latihan koir dan pada sebelah malam pula, aku mesti menghadiri latihan untuk persembahan ketika convo dinner. Memang memenatkan. Tapi ini yang aku mahu, jadi segala rasa penat aku letak jauh ke tepi.

Photobucket - Video and Image Hosting
Gambar berkumpulan setelah habisnya convocation
bersama Cikgu Laura
&
En. Nizar yang sebagai urusetia majlis


Hubungan sesama ahli koir pun semakin rapat. sebelum ini, kami agak kurang mesra. Mungkin kerana sebab terlalu ramai ahli-ahli baru yang menyertai kumpulan koir ini. Ahli-ahli yang lama, hanya tinggal tidak sampai 10 orang. Ramai ahli-ahli lama yang sudah tidak ingin menyertai lagi koir utuk tahun ini dengan alasan sibuk dan ada juga ahli-ahli koir yang sedang menjalani praktikal mahupun sudah grad. Namun, itu semua bukanla alasan untuk kami tidak memberikan persembahan terbaik semasa hari berkenaan. Hubungan yang semakin rapat dan mesra sesama ahli koir sudah pasti akan memantapkan lagi persembahan kami kerana masing-masing bersatu hati untuk memberikan yang terbaik.

Photobucket - Video and Image Hosting
Semua bersorak gembira menandakan kejayaan
membuat persembahan terbaik pada hari tu


Malam sebelum berlangsungnya graduation day, diadakan convo dinner, khas untuk meraikan para graduan. Dan malam ini juga, kudratku diperlukan sebagai backup singer. Mesti ada yang ketawa sebab hanya backup singer yang memainkan peranan kecil dalam satu-satu persembahan. Namun, peranan kecil inilah yang mengelokkan lagi persembahan-persembahan pada malam ini. Majlis yang berlangsung lebih kurang 3 jam lebih itu, dilalui dengan jayanya. Persembahan mantap dari para penari, penyanyi, band dan tidak lupa juga backup singer memeriahkan lagi malam tersebut. Habuannya, semua performer dapat menjamu selera makanan dinner yang disediakan untuk para graduan. Caterer kali ini adalah dari Hotel casuarina, Ipoh. Memang sedap makanannya. Dalam banyak-banyak hotel di Ipoh, Hotel Casuarina lah yang menyediakan makanan paling sedap yang dihidangkan oleh waiters kacak dan waitress jelita. Memang berbaloi !!!

Photobucket - Video and Image Hosting
Dari kiri: Zaman, Fikri, Aku, Ebby & Hasmi

Hari yang dinanti, 27 ogos 2006 telah tiba. Hari inilah yang dinantikan oleh para graduan kerana hari inilah mereka akan mendapat segulung ijazah sebagai tanda tamatnya pengajian di UTP. Hari ini jugalah, kumpulan koir akan diuji kebolehan mereka untuk mempersembahkan apa yang telah dipelajari sepanjang sebulan berlatih.Sudah pasti,aku paling gementar kerana aku memainkan peranan yang agak penting kerana aku ada part solo untuk lagu Getara Jiwa. Walaupun hanya satu rangkap tapi cukup membuat aku berasa berdebar-debar. Takut sekiranya out of tune ataupun off pitch. Dengan tenor yang hanya 4 orang termasuk aku, aku berasakan agak bimbang akan kebolehan kami. Banyak juga nota-nota tinggi yang perlu kami nyanyikan dan hanya 2 orang tenor yang betul-betul boleh mencecah note tinggi. Glad to say, aku adalah salah seorang. Tapi, ini bukanlah persembahan solo tapi koir, Jadi aku kena pastikan agar bunyinya harmoni dan aku tidak overpowering each other. Base yang seramai 11 orang membuat aku sedikit resah sebab kadang-kadang ada yang berangan yang mereka bukanla suara base tetapi soprano. Pening-pening.

Photobucket - Video and Image Hosting
Aku dan Lan sempat lagi posing sebelum naik stage

Sebanyak 7 lagu, kami nyanyikan. Alhamdulillah, aku berjaya menyanyikan part aku dengan baik. Dan tak kusangka aku mendapat tepukan gemuruh semasa menyanyi solo. AKu tidak pasti sama ada itu tepukan mengeji atau tepukan memuji. Asalkan ianya tepukan sudah cukup menggembirakan aku. Keseluruhannya, semua pihak berpuas hati dengan persembahan kumpulan koir. Katanya, inilah persembahan terbaik koir sepanjang convocation diadakan. Aku berasa bangga walaupun sedikit sedih dengan komen tersebut. Sebab, akulah satu-satunya ahli koir yang paling lama dan membuat persembahan hampir setiap kali convocation. Jadi, aku sedikit sedih bila maksud tersirat komen itu yang persembahan pada tahun terdahulu tidak bagus. Namun pujian untuk tahun ini, amat menggembirakanku.

Photobucket - Video and Image Hosting
Aku dan Mayon
Mayon dah grad...

Photobucket - Video and Image Hosting
Aku dan Dayana
Dayana pun dah grad...

Aku juga gembira kerana dapat berjumpa kembali teman-teman lama yang datang untuk menghadiri sidang graduasi untuk kali ini. Hanya wajah-wajah ceria yang dipaparkan menandakan betapa gembiranya mereka. Aku tumpang gembira untuk mereka. Walaupun, aku harus menunggu tahun depan untuk convocation aku tapi aku tetap bergembira. Bergembira untuk mereka yang berjaya. AKu pasti, tahun depan adalah giliranku. Kali ini, aku akan belajar bersungguh-sungguh.

Photobucket - Video and Image Hosting
Lepas buat persembahan, perut pun dah lapar...
Apalagi, makan time la...

Memang convocation mengundang perasaan bercampur baur bagiku. Sedih gembira semuanya bercampur aduk. Gambar-gambar kenangan diabadikan buat tatapan di kemudian hari sebagai imbauan memori di kala sunyi.

Photobucket - Video and Image Hosting
Bravo to UTP CHOIR GROUP !!!!
Kamu telah memberikan persembahan yang terbaik
Tahun ini
Jumpa lagi tahun depan

CHECK OUT MY PHOTO GALLERY !!!!
MORE UPDATES AND PICTURES
CLICK MY PIC BELOW

Photobucket - Video and Image Hosting

5 comments:

Anonymous said...

wah3541 ai nk join choir utp sem dpn... hiks... pose izzu gamba last mengigtkn ai izzu very mcm tom abg saufi ahaks~!

izzu said...

ok je, kalo yuols nak join koir. yang penting suara yuols kena sedaplah. kalo suara nan-ado, mrasa la ko jadi ahli simpanan jerr.

motif, jadi tom abg saufi ? aku tak pakai baju corak etnik ye

izzu said...

lela koir microfon shak kan? *opssss

Okabe said...

Meriahnya..siap ada make up segala.. xmcm dulu.. tapi kali ni golongan Ponna sume dah xde.. kalo i join masa final year risau x tercatch up pula..

izzu said...

ok je yuols. harusla masa tu yuols dah jadi ratu so tade masalah kan ? ratu ke ?