Wednesday, September 27, 2006

KONSERT RABBANI


Photobucket - Video and Image Hosting
MONTAJ KONSERT

Sempena kedatangan Ramadhan yang dimuliakan, satu program keagamaan telah diadakan di UTP iaitu Minggu Penghayatan Ramadhan (MPR). Banyak aktiviti yang telah dirangka tapi aku hanya join satu je. Hehehehe....

Photobucket - Video and Image Hosting
STAGE SEBELUM KONSERT BERMULA

Konsert Rabbani telah diadakan bersempena dengan MPR ni. KOnsert ni, dibuat pada hari sabtu, 16 September 2006. Mula-mula aku taknak pergi. Aku bukan minat sangat nasyid ni tapi sebab ada orang ajak aku pergi, aku pun ok jela, Since aku taknak gi sorang2, lebih lagi majoritinya, budak2 junior je yang join program macam ni. Aku tengok jadual aku dan aku tengok masih banyak lagi masa free, so aku pun agree la nak join. Tiket pun tadela mahal sangat. RM8 je, worth it la. Lagipun buat kat Chancellor Hall, so memang grand stage la.

Photobucket - Video and Image Hosting
RABBANI BERAKSI

Malam tu, aku dah siap2 aku pergi bersama2 dengan budak2 junior ni. Well, aku cakap kat dia, kalo ko pergi, aku pergi. Since dia pergi, aku pun kena la pergi. Hehehe, saja je buat deal yang memang aku terpaksa pergi. Ala, ok je sekali sekala layan nasyid. Lagu Rabbani, sedap2 apa. Aku pun siap beli lagi kaset dia, masa aku junior2 dulu sebelum aku.....tapi, sekarang dengar gak lagu nasyid2 ni.

Photobucket - Video and Image Hosting
USTAZ ASRI CLOSE UP

Acara dimulakan lewat sikit since hall lambat penuh. Yelah, buat program masa tengah cuti midsem, manala budak2 ni nak datang. Memangla hari isnin tu dah start kelas tapi, budak2 ni nak ke balik awal2 ke UTP ? Kompemla, cuti sakan kan ? Nama pun cuti midsem, seminggu pulak tu. Aku je balik awal, since banyak kerja nak buat. (Buat ke ? bukan asyik tengok anime dan tv series je ke, kat bilik ?)

Photobucket - Video and Image Hosting
RABBANI CLOSE UP

Tapi, once start je Rabbani naik pentas...majlis terus hidup. Aku suka dengar suara Ustaz Asri tu. Memang sedap. Aku suka masa part dia tarik2 tu. Bila kamera fokus kat muka dia, aku tengok camne mulut dia gerak. Konon2 nak belajar la camne nak buat suara macam dia, camne dia control suara dia yang power tu. Memang salute la.

Photobucket - Video and Image Hosting
RABBANI CLOSE UP LAGI

Tapi, banyak lagu2 yang Rabbani nyanyi aku tak familiar. Aku beli satu je album dia, bukan semua. Tu pun sebab aku suka lagu Pergi Tak Kembali tu, trus beli kaset dia. Time lagu tu, diorang nyanyi...aku pun nyanyi gakla...tapi gerak mulut je la. Kalo aku nyanyi kuat, marah pulak orang kiri kanan aku. Orang kat kiri aku ni, dah liuk lentuk kepala dia. Tak tahula dia tido ke apa. Mula2, rekod performance Rabbani ni, lepas tu, dah stop. Lenguh katanya. Orang kat sebelah kanan aku ni, dok layan ayah dia. FYI, ayah dia pun datang sekali tengok, alang2 ayah dia antar dia ke UTP ni, terus ayah dia tengok konsert ni sekali. Suka aku tengok dia ngan ayah dia. Manja sangat. Ayah aku, jangan harap la nak gurau2, manja2 camtu. Garang. Sampai sekarang pun aku takut lagi ngan ayah aku. Ayah aku tanya sepatah, aku jawab sepatah. Tapi aku tau, ayah aku memang sayang anak2 dia cuma dia tak reti nak tunjuk ngan words. Yelah, aku sebagai anak sulung ni, banyak sangat masalah. Pening kepala ayah ngan mak aku. Kena bebel, kena leter biasala tu. Tapi, kalo mak aku bebel2...dia memang tak bagi dah apa yang aku mintak. Kalo ayah aku, dia bebel gak, tapi dia bagi benda yang aku mintak...hehehe. Kalo mak aku tak bagi, ayah aku bagi. Senang nak settle ngan ayah aku. Tapi, aku sebenarnya, lagi ngam ngan mak aku. Aku ngan mak aku macam kawan. Apa je, leh citer tapi tadela nak citer pasal life aku kan...Cukupla citer sikit2, untuk dia tau je dan happy kan hati dia, biar dia tau yang anak dia pandai jaga diri. Eh, motif citer pasal lain ?

Photobucket - Video and Image Hosting
AKU & FIKRI, BUDAK SEBELAH KIRI

Back to the story, tengah2 konsert ni, ada la break. Ustaz Asri panggil la 2,3 orang naik stage, suruh nyanyi. Sapa nyanyi, dapat vcd free. Aku malas nak turun stage since aku tak hafal sgt. Kalo aku hafal, kompemla aku org 1st turun. Aku kan suka hadiah2 ni.

Photobucket - Video and Image Hosting
AKU DIAPIT OLEH FIKRI & AMYNOR

Orang sebelah kiri aku, dah mula bosan agaknya. Ajak aku borak tengah2 Rabbani buat show. Manalah aku nak dengar dia cakap apa. Terjerit2 kami berborak since bunyi mic agak kuat. Since dia nak borak, aku layan jela...Kata adik kan, layan jela kerenah dia.

Photobucket - Video and Image Hosting
BERGAMBAR BERSAMA USTAZ ASRI

Konsert abis lebih kurang jam 11 malam lebih. 2 jam lebih gakla konsert ni. Berbaloi la bagi aku. Aku puas hati. Cuma, bagi aku...committee yag uruskan event ni mcm kelam kabut sikit. Biasala budak2 junior kan. Aku ingat lagi, masa mula2 buat konsert nasyid kat UTP. Lagi best. Banyak artis yang datang. Hijjaz, Saujana, UNIC, Mirwana. Nama konsert ni, Malam Sulaman Kasih. Aku diminta buat performance, baca sajak. Aku dah lupa sajak pasal apa, tapi kalo tak silap aku, pasal maulidur rasul rasanya. Dan, aku jugak jadi emcee bidan terjun since diorang buat konsep konsert tade emcee. Tapi, management Hijjaz nak ada emcee. Since aku dah pakai baju melayu lengkap bersampin, aku pun jadi emcee bidan terjun la...Hehehe, merasa gak glemer...

Photobucket - Video and Image Hosting
BERGAMBAR NGAN ABANG ZAID, AJK MALAM TU
DAPAT VCD FREE LAGI TU

Abis, konsert...tengok gerai jualan yang menjual Produk Rabbani. tengok2 je, tade duit nak beli. Hehehehe...pastu, makan bihun goreng free. Untuk ajk sebenarnya tapi sebab banyak free, diorg ajak makan. Pasal makan, aku makan je la. Budak2 ni pun dah ngantuk dan letih. So terus balik bilik dan tido.....

No comments: