Saturday, September 30, 2006

DINNER AT JOHNNY'S


Photobucket - Video and Image Hosting
Sorry Nora, u tak dapat nak join. Tak muat kereta la.
Tapi, takpe nanti kita buat makan-makan lagi, ok

Peringatan. Ini adalah entry backdated. Saja je, baru nak post sekarang since tengah pening kepala buat assignment ni. Tapi aku nak tulis yang simple2 je la. Macam biasa, kalo weekend, mesti tak lekat bilik. Gatal bontot je nak gi jalan sana sini. Yelah, nama pun weekend kan...jadi kenala gi jalan-jalan menenangkan fikiran. Tenangkan fikiran katanya, Susah jugak jadi student ni, pening kepala gak. Kepalaku mau malatop ngan assignment yang susah ni. Lecturer memang choi. Tapi nak buat camner kan, memang dah nama pun student. Terpaksala harungi segalanya. Lecturer buat camtu, nak suruh kita jadi pandai, betul tak ? Kalo nak jadi bodoh, takyahla masuk universiti. Aku ni, pandai sangat ke kaedahnya, nak maki2 orang ? Average student je, ke below average ? Matilah...makin tua makin bengap.

Photobucket - Video and Image Hosting
Apau tengah memandu dengan berhemah

So, seperti yang dirancang...kami pun bertolak ke Ipoh. Semenjak Apau ada kereta ni, senang sikit nak jalan ke mana-mana. Tak githu Apau ? Walaupun gaya pemanduan yang pada mulanya agak mencurigakan dan menakutkan namun, dia berjaya memandu pergi dan pulang dengan selamat. Tak kisahla memandu gaya hip hop pun, yang penting selamat sampai ke destinasi. Tapi, kalo nampak orang cando di tengah jalan...tetap nak mengusha kan ? Mujurla tak langgar kereta orang depan macam ada sorang ni buat. Orang lain usah orang cando, dia yang jadi driver pun, tetap nak usha gak. Mrasa langgar kereta orang depan. Tu tak kira lagi, langgar pakcik tua tengah melintas di traffic light. Mujurla, ala langgar-langgar manja githu. Tak sempat pakcik tu nak masuk bawah kereta. Katanya, kereta dia laksana kereta Herbie Volkswagen tu. Ala2, ada nyawa githu. Tekan brek takmau berenti. Bila bawak laju-laju, terus kereta tu sentap, off enjin. Boley, cenggitu ? Sangat takut !!! Mrasa jadi pelakon fiem Final Destination 4. Jangan lupa, tengah driving di PLUS Highway pun boleh tido dan siap bermimpi makan puding jelly lagi. Terus kereta tu, ada scar panjang kat tepi badan lepas bercium ngan divider jalan. Ya hampun, sohnen !!!!!

Photobucket - Video and Image Hosting
From left to right : Syai, Deja & Purue
Tengah berangan pose iklan ubat gigi

Ahli-ahli rombongan kita pada kali...Apau, Aku, Syai, Deja & Purue. Kalo dah kuar ramai-ramai, memang meriah la. Dalam kereta lagi, dah sibuk dok posing ambik gambar. Saja taknak letak semua. Harusla, nanti blog aku penuh ngan gambar diorang. Nama pun adik-adik kan, pantang jumpa kamera. Mesti orang ingat kami tengah buat photoshoot dalam kereta. Flash non-stop sepanjang dari UTP sampaila ke Ipoh. Apau nak join gak bergambar tapi perlu ker ? Dia driving ok. Harusla nanti langgar divider masa tengah posing. No nana no...i taknak weekend di spital.

Photobucket - Video and Image Hosting
Sebagai biasa, aku sebagai co-driver sebab aku paling kurus

On the way tu, aku call Acai. Ajak dia join sekali. Apa orang kata, more people more merrier. So, aku suruh je dia datang terus ke Kinta City, jumpa kat Jusco. Lagipun, umah dia kat Falim je. Dah dekat ngan KC tu. So, tade masalah la. Apau memang memandu secara berhemah dan berhati-hati sebab rasa lama je nak sampai ke KC tu. Jangan marah kan I, Apau...... Pandu cermat jiwa selamat. Tapi, ok gak sampai lambat-lambat sebab boleh nyanyi banyak lagu, masa ondaway tu. Ala-ala buat show githu, dalam kereta Apau. Sah-sah semua berangan suara sedap dan leh tarik macam Christina Aguilera & Whitney Houston kan....Tapi tak kisah, yang penting, we ols semua enjoy. Mrasa la clubbing lite-lite dalam Satria Neo.


Inilah makanan kami untuk ari ni. Hasil masakan Chef Diva.
Chef Diva, taknak glamour. Dia suruh letak gambar masakan je.

Dah sampai ke KC. Jumpa Acai kat situ. Sebab semuanya lapar, kami terus mencari tempat nak makan. Pusing sana sini, kami pun decide nak makan kat Johnny's. Makan steamboat. Si Deja la, beria nak makan steamboat dan tak abis2 jadi promoter percuma, dok promote Johnny's ni. Semua dah setuju, terus kami masuk dalam kedai. Deja ngan Acai order steamboat set. Yang lain, makan menu lain yang ada dlm ist tu. Nanti, kita share la, rasa sikit2. Harga pun tak mahal sangat. Affordable la, dari view seorang student. Tempat dia pun menarik dan selesa. tapi bila dah makan ramai-ramai ni, apa lagi....sessi gossip la. Sure takleh miss punya. Semua dah macam makcik-makcik kat meja tu. Sekali bercerita, bukan saja mulut yang bergerak, tangan, kepala pun gerak sekali. Ala nak bagi cerita nampak real. Mujurla kaki pun tak gerak sekali. Kalo tak, harusla, boleh terus menari kat kedai tu. Masa ni, isu tengah hot yang dibincangkan apa lagi kalo bukan isu pasal.....takyahla mention. Biarlah rahsia dan hanya kami yang tahu.

Photobucket - Video and Image Hosting
Kami berenam sudah kenyang

Semua dah habis makan ngan lahap nyer...sekarang turn nak shop shop pulak kat Jusco. Bukan nak beli apa pun, saja je nak cuci mata. Window shopping dan usah orang cando. Yes, aktiviti wajib kalo pergi ke tempat ramai orang. Ala, bukan effect apa pun. Tak salah kan, melihat keindahan ciptaan Tuhan. Tapi, kalo lepas mengusha orang cando dan ada aktiviti yang pelik dan aneh lepas tu, itu adalah urusan dia dengan Tuhan. Boley, statement cenggitu ? Tapi, memang seronok hang out bersama kawan-kawan. Nanti kita kuar jalan-jalan lagi.

Eh, baru aku perasan. Aku post entry pasal makan berturut-turut, kan ? Matilah, tade isu lain. Asyik pasal makanan je. Takpe, target turun 10kg dalam bulan puasa ni. Voley ? Mampu ke ?

13 comments:

Red Mummy said...

datang menjengah sebentar...

salam ramadhan dik.

take care!

izzu said...

tq kak, salam ramadhna to u too

Evillici0us kimie said...

taste la gamba mata ai *ttba*

izzu said...

yes, harus mata sponsored by acuvue githu

iRw@N said...

haha.. aku rasa entry ni sgt seronot. Every single ayat sgt lucu.. *guna word 'lucu' Puteri Shariza. Kau ni bulan puasa ke tak puasa makann je kerjanya.. pastuh weekedn berjalan je.. seronot! Enjoy ur campus life.. =)

izzu said...

hehehe, sungguh lucu dna sungguh lucu. haih, nak buat camne iwan. makanan dan aku tak dapat nak dipisahkan. tq tq, memang i enjoy my campus life

Lina Teoh said...

Wah manisnyer muka sohnen pegang senduk, jelesnyer mak tengok life student ni. working life tak sux tapi tiring. mak berangan nak jadi pelajar semula :~~(

sasser said...

ai setuju sgt.. acai mmg chanteks.. nak nak rambut terbaru ala ala fauziah latif silap pilih krayolan...matilamak~~ **lariiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

Anak Tunggal Makcik Zaiton said...

MERIAH!!!!!

Azie said...

kenapa aku takder masa tu yer?where was I?

sasser said...

japs.. gamba 1st tu gamba mona ke yuols??? takut ok.. **lariiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

Kebede said...

hayo hayo hayo! ai sentap! ai dah kata jgn masukkan gamba ai brangan florence tan tapi yu masukkan jgk ye? yu awas!

izzu said...

To Lina Teoh : yes, memang muka sohnen manis, tapi dia kata dia belum bersedia nak share senyuman manis tu kat public, nnt i upload gambar dia buat senyuman laha masa tengah berbomoh. Tiring ke, working life ? Tapi, i dah penat study. I nak kerja plak.

To sasser : Sekarang lagi cantik ye, lebih2 lagi lepas cucuk susuk berlian. larikk.... Gambar 1st tu, Nora ngan Deja ye. Motif u buta huruf ?

To anak makcik zaiton : Memeri yuols. suk suk sukaaa

To Azie : Masa tu ko tade sbb ko bz layan orang lain. sapa tatau ?

To kebede : i dah letak masakan hanjs u sebagai ganti muka senyuman manis pegang senduk itu. harus u ganti chef wan sajork.