Friday, March 09, 2007

MONOLOG "TENTANG CINTA" - PART 2

Selepas lebih 7 tahun, rasa itu datang lagi. Rasa ingin dimilikki dan memilikki. Rasa ingin disayangi dan dicintai. Sudah pasti bukan orang yang sama kerana masing-masing sudah punyai haluan tersendiri. Hadirnya insan baru, memberikanku pengharapan baru.

Si dia hadir, ketika aku betul-betul memerlukan seseorang untuk mengisi kekosongan hati ini. Pencarian ini tidak pernah berakhir dari dulu. Mungkin ini merupakan noktah kepada pencarian ini. Si dia hanyalah insan biasa. Bukannya orang berada dan juga berkedudukan tinggi. Hanya sederhana. Namun personalitinya membuatkan aku tertarik. Si dia membuatkan aku bahagia dan memberikanku rasa ingin dimilikki. Perasaan dimilikki dan memilikki sangat indah. Indah sehinggakan aku terawang-awang dan rasa ini sukar untuk diungkapkan.

Namun, aku tidak ingin terburu-buru atau terlalu berharap. Pengalaman lalu telah mengajarku. Banyak percubaan sebelum ini tersungkur di tengah jalan. Jadi, aku lebih berhati-hati dalam menilai sesuatu perhubungan yang bakal diteruskan. Sama ada serasi atau pun tidak. Semuanya masih di peringkat percubaan. Bagiku, biarlah berhati-hati daripada kecewa di kemudian hari. Sebulan atau dua bulan, masih belum cukup untuk mengenal hati budi dan membuat sebarang penilaian.

Aku hanya menikmati perhubungan ini sebaik mungkin. Meneruskan rasa gembira dan rasa dimilikki. Dan aku akan sentiasa berfikiran positif. Sedaya upaya akan aku fahami si dia dan sebaliknya. Mungkin dia untukku dan mungkin juga tidak, Namun, aku harus berani mengambil peluang. Hidup ini umpama satu perjudian. Jika menang, teruskan kehidupan dengan rasa puas dan nikmatinya dengan kegembiraan. Jika tewas, hadapinya dengan tabah dan berusaha untuk berjaya di lain percubaan.

ADA SMS DARI SI DIA!!! Monolog ini harus berhenti di sini. Si dia lagi penting daripada segalanya. Bukanlah bermaksud aku menolak ke tepi prinsipku tapi aku harus mengatur kembali keutamaan dan kepentinganku. Bagi aku, setiap insan yang berada di sekelilingku dan dalam kehidupanku adalah mereka yang penting dan istimewa. Merekalah yang menyokongku dan mengajarku tentang erti kehidupan. Namun, mereka semua masih tidak bisa untuk memberikanku rasa ini. Rasa ini sungguh indah dan tidak luak walaupun dinikmati berulangkali. Hanya si dia yang bisa melakukannya

Permisi dulu. Aku harus membalas sms si dia.

MONOLOG "TENTANG CINTA" - PART 1

Aku masih ingat, relationship yang terakhir adalah pada tahun 2000. Semuanya bermula pada tahun 1996 sampailah awal 2000. Walaupun tanpa lafaz “declaration” tapi kami tahu yang kami saling menyintai dan memerlukan.

Aku tahu dia cemburu bila dia melihat aku bersama dengan insan lain. Aku tahu dia perlukan aku apabila dia datang padaku dan suarakan permasalahannya dan meminta aku menjadi pendengar setianya. Aku tahu dia sayangkanku kerana dia sanggup bersabar dengan kerenahku. Aku tahu dia menjaga dan mengambil berat tentangku kerana kami pernah “berperang besar” dan tidak bertegur sapa selama 6 bulan kerana aku tidak bersetuju dengan caranya yang agak keterlaluan. Dan aku tahu, aku masih merindui dan menyayanginya kerana aku masih menerimanya hanya dengan lafaz maaf darinya. Aku tahu dan dia pun tahu. Cuma dia menjadi keliru bila kami berjauhan. Hubungan kami putus begitu sahaja hanya disebabkan sepucuk surat. Sepucuk surat yang aku utuskan kepadanya, melafazkan segala rindu dendam. Namun, surat itu menjadi satu titik peralihan dalam hubungan kami.

Dia keliru dan serba salah. Aku jua keliru dan bingung. Keliru di atas kelangsungan perhubungan ini. Adakah ianya perlu diteruskan atau perlu ditangguhkan atau ditamatkan sahaja. Bagiku jarak bukanlah penghalang. Baginya, itu mungkin antara penyebabnya. Persekitaran mempengaruhi pertimbangan seseorang individu. Lantas, menjadi sesuatu yang tidak enak untuk dinikmati. Amarah dan emosi melangkaui pemikiran rasionalku. Jadi kami putus. Ternyata, aku menyesal dengan apa yang terjadi. Namun, aku terlalu ego untuk melafazkan kata maaf. Kata-kata maaf dan penjelasannya, aku campak jauh dan kutafsirkan sebagai kata-kata kebencian dan penghinaan. Kini, bila difikirkan kembali, ternyata keputusan itu terlalu terburu-buru. Usia yang masih muda, mengelabui pemikiran. Jauh dari kematangan.

Masa berlalu dan pengalaman mendewasakanku. Aku tahu, aku tidak mungkin akan kembali ke sisinya kerana dia sudah memiliki kehidupannya sendiri. Begitu jua aku. Walaupun masih terdetik di hati ini agar dia kemabli padaku namun desah hati ini tidak mungkin akan membatasi pemikiran rasionalku. Manakan bisa bertepuk tangan jika sebelah tangan enggan melakukannya lagi dan hanya sebelah tangan yang beria-ia untuk bertepuk.

Semuanya aku jadikan sejarah. Dia harus kulupakan. Namun, memori bersamanya tidak pernah luput. Memori itulah yang akan menemani hari-hari sunyi dan sepiku. Memori itu adalah kenangan terindah yang berharga. Akan kusimpan sampai bila-bila. Walaupun tanpa kata cinta yang terlafaz, segala aksi dan perbuatannya serta tingkah lakunya sudah cukup untuk membuatku percaya yang dia pernah mencintai dan menyayangiku. Hati ini pernah dicuri olehnya.

Tuesday, March 06, 2007

PART TIME JOB

Finally, aku berjaya gak mendapat part time job selepas almost 2 months and a half aku mencuba. Hairan kan, nak dapat part time job pun susah. Tapi, bila aku pikir2 balik di mana silap aku, memang patut aku tak dapat apa2 part time job. Tapi sekarang, alhamdulillah...aku dah dapat part time job. Kerja biasa-biasa je. Part time job di Kenny Rogers di KL Sentral. Dekat ngan umah aku di Segambut. Cuma perlu naik komuter dan tambangnya pun hanya RM1 untuk sehala, kalo dua hala baru RM2. Biasanya aku budget RM1 je untuk peri balik sebab aku beli tiket untuk kanak-kanak...Heheheh....

Kerja kat situ, okla. Manager ok, kawan-kawan kerja pun ok. Walaupun dia bagi gaji murah tapi bagi aku environment kerja di situ menarik. Kiranya, aku seronok kerja kat situ. Cuma aku taknak terlalu rapat ngan staff di situ. Bukan aku ni sombong atau apa tapi aku hanya hadkan mereka sebagai kawan sekerja bukan kawan-kawan rapat. Lagipun, aku memang lambat mesra ngan orang-orang yang baru aku kenal. Aku ambil sedikit masa untuk adjustkan diri aku sendiri.

Bagi aku, kerja is kerja. Aku akan kurangkan bercakap, atau bergurau senda masa bekerja. Kalau nak bergurau atau berborak2, semua tu boleh dibuat semasa break, selepas atau sebelum masuk kerja. Bukan bermaksud kerja macam robot cuma aku lebih fokus pada kerja. Kalo setakat cakap2 biasa, tade masalah. Cuma bila customer datang, kena layan dulu. Kena habiskan semua kerja barulah boleh nak take 5 atau pun nak buat benda2 lain.

Walaupun, hanya bekerja di Kenny Rogers, aku mesti menunjukkan prestasi kerja yang terbagus. Semua perkara aku akan ambil serius. Betul cakap orang, memang memenatkan bekerja di restaurant. Tapi bagi aku, itulah cabaran kerja. Walaupun penat, aku takkan menunjukkan muka penat. Sentiasa tersenyum apabila customer menjejakkan kaki ke dalam restaurant.

Aku sedikit berbangga. Di hari pertama aku bekerja, aku sudah mendapat feedback yang bagus dari manager aku. Dan yang lebih membuat aku berasa gembira dan berpuas hati, customer memberikan aku pujian yang menyenangkan. Customer itu juga tak henti2 memuji aku dan mengatakan yang aku mempunyai masa depan yang cerah di masa hadapan.

Aku berharap, yang dia maksudkan bukan "masa hadapan" tu, bukanlah setakat di Kenny Rogers....biarlah "masa hadapan" tu apply utk kerja2 yang lagi bagus. Bukanlah aku bermaksud kerja Kenny Rogers tak bagus cuma aku rasa, aku deserve untuk kerja yang bersesuaian ngan kelulusan aku. Aku tak expect yang aku akan jd engineer semata2...cuma biarlah a job that can pay well, bukan sahaja untuk sara diri but untuk juga disimpan dalam membeli harta.

Sekarang, sudah masuk 3 minggu aku bekerja di situ. Walaupun, aku suka bekerja di situ tapi aku still berharap dapat kerja yang lagi ok. Walaupun gajinya agak murah RM3.50/hour tapi dapat complimentary meal. Dah save sikit budget makan. Sekarang ni, aku makan kat tempat kerja. A quarter meal chicken dapat membuatkan aku kenyang satu hari. Aku pergi kerja dan balik dari kerja, memang aku takyah beli makanan lain. Duit yang save tu, bolehla buat pergi sauna. Ooops, pecah rahsia pulak.

Dulu2, masa nampak kedai Kenny Rogers...aku ada buat wish nak makan quarter chicken meal tu setiap hari. Sekarang hajat dah termakbul. Tapi, aku pulak dah rasa muak sbb tipa2 hari makan ayam. Bukan tade pasta meal atau jacket potato meal. Tapi, quarter chicken meal yang paling mengenyangkan dan tak memerlukan aku membeli makanan2 lain sbg tambahan. Berat badan aku pun dah naik balik. Masa demam kuat ari tu, aku hilang 6 kgs dalam masa 3 hari. Nampaklah kurus sikit dan market pun naik. Kenalah, makan salad2 je lepas ni...biar leh kurus sikit. Bila dah kurus sikit, sure market makin naik...heheheh

Kalo anda ingin merasakan layanan hebat dengan senyuman yang tiada hentinya, silalah datang ke Kenny Rogers KL Sentral. Saya akan melayan anda seperti seorang putera atau puteri raja. Tapi, kalo anda tidak berpuas hati dengan makanan, jangan marahkan saya. Silalah marah manager atau tukang masak yang bertugas pada hari itu.

Hello Sir. Welcome to Kenny Rogers!!!!

Friday, February 23, 2007

BANYAK CITER TAPI TAKTAU NAK CITER


Banyak benda terjadi
dan
banyak citer nak citer
tapi taktau nak citer mana satu
dan
aku pun malas gak nak taip
Nantila, aku buat draft dulu dan trus upload je.

Later k

Thursday, February 08, 2007

SAJA NAK CITER....

TRIP 2

Selepas saja interview kat Bangi on 31st Januari, aku trus balik rumah. I was lucky sebab ada Daia yang tolong hantar dan ambik aku. Kalo tak, peningla aku nak cari sendiri tempat tu. Senang je, kalo naik teksi but aku lagi prefer pergi ngan kawan-kawan. Lagipun, ada kawan yang sanggup tolong, jadi buat apa nak susahkan diri kan ?

Disebabkan petang tu sangat bosan, jadi aku terfikir satu idea yang best. Lagipun, Shai kata...bila lagi nak test market kan, ngan imej baru. So, dengan keyakinan dan keazaman yang bersungguh, aku terus mengorak langkah ke Kl Sentral. Tapi, itu bukanla tempat yang ku tuju. Sebaliknya, aku ke Sentral. Tempat apa tu ? Korang carila sendiri. Aku cuma bagi hint, itu adalah tempat untuk merehatkan badan dan juga tempat untuk release tension serta tempat untuk bergembira :)

Ini merupakan trip ke 2 dan trip bersendirian yang pertama. Memang aku tak biasa pergi sorang2. Tapi disebabkan my eagerness, aku beranikan pergi sorang2. Aku berlagak mcm biasa je, bila sampai ke sana. Berlakon macam dah biasa datang. After aku tukar pakaian kepada yang bersesuaian, aku trus berjalan mundar-mandir. Nak tengok apa response the others. Well, i got a good response and sometimes i got winks. Memang a good sign. This new image, gimme some improvement. Now, i feel better and more confident with myself.

FYI, i always hate my figure. I hate this excess fat which i carry, everywhere i go. I hate my hair which give me, some kind of bald look. I always feel inferior with others. Slim and slender with nice toned body and great hair. I tried diet scheme and it didnt work. The hair problem, it is too expensive to try the YUN NAM HAIR CARE since i can spend my money for other important use. Maybe, this early baldness runs in the family. I hope it wont affect me, in this too early age. I am 25 years old. Too early to get bald. I know, sometimes baldness can create a sexy image but that thought never gimme a good impression. But, when Awie (a fren of my mine, with nice long hair and compact powder) said to me, "Habisla ko, Izzu. Ko tidak boleh diselamatkan lagi. Rambut ko sangat teruk. Baik ko botak je. Nampak better...." really pissed me off, at first. But, i try to think positive. Maybe he was right although he said it in sarcasm.

I asked Acai then, (dari dulu lagi, dia suruh aku botak. ko mmg keji), he said that, i shud get rid of the hair and u will look better. "Ada rambut ke, tade rambut ke, sama je". Well, he always be the sarcastic bitch. But, maybe this is the time. Try for the bald style. Could it consider as a style, since there are no hairs attached on the head ? Still afraid tough, so i just shortened my hair and got a crew cut. Wanna see the pics ? Just scroll down to the previous entry.

Here, i am...at Sentral. Amazingly, it works. This crew cut, gimme a high score point. I'm not sure whether to thank them who persuasively persuade me to cut my hair since i dont like that idea but this short hair, gimme a big impact. Way beyond my expectation. I feel like hot stuff there. First time in my life (1st time kat tempat2 mcm Sentral ni la. Sebelum ni, mmg dah hot stuff pun). Well, i dont need to do anything. Just sit back and relax and the others will come after me. How amazing!!!!

Well, masa untuk betul2 test market. I walk around, but more like a parade, i guess....hehehe. Yes, i score a lot of points there. Since, the others look at me and gimme "i-want-to-eat-you" look. Hahaha....masa untuk jual mahal. But, buat apa nak jual mahal. Nanti satu apa pun tak dapat. Macam mana nak bergembira, bertambah tension la nanti. And it is time to pick the right person. This is the part that i like the most. Picking time !!!!

Well, aku perasan ada sorang ni, dari tadi stare kat aku. Tapi, aku buat dunno je. Aku nak tengok lama mana dia nak stare. I noticed, that person follow me....anywhere I go. When, i picked a chair and sit....that person also picked a chair and sit in front of me. That person keep staring at me but aku jual mahal. Hehehe, memang best. I noticed, that person's frens urge that person to come at me and say hi. But, that person was shy. Aku still lagi tunggu untuk dia buat first move but i think, i will be wasting my time. Maybe dia segan dengan kawan-kawan dia. I want to stop this game and go straight to the point. With full of confident, I started the 1st move. Yes, I scored another point coz I know, that person really want me. Without wasting any time, I dragged that person to another corner and start "the ice breaking" session.

"The ice breaking" session led to "Get to know each other better" session. After some other sessions...I just can say, WOW!!!!! Dia memang hebat. Really make my day and really satisfied my needs. Unfortunately, i forgot to ask for that person's number. What a waste. That person, kinda cute tough. Definitely, I have to come again and hoping that I can meet with that person, if I am lucky.

Balik rumah, aku sambung berangan. Rugi, rugi!!!!! Tak mintak no hp. Tido dalam angan-angan.


TRIP 3

This week, aku pergi lagi. Betul orang cakap. Dah pergi sekali, sure nak pergi lagi. So, this will be the third trip and I was alone. Better pergi sorang coz u will never terikat dengan agenda-agenda orang lain, kalo pergi beramai-ramai. Ada nak balik awal la, balik lewat la, nak park nick la, nak gi kejap2 la, nak tunjuk muka la dan macam-macam lagi reasons yang memeningkan. Kalo pergi sorang, at least ada freedom sikit. Suka hati ko nak buat apa.

Lepas waktu kerja, memang adalah waktu yang paling sesuai. I went there on Tuesday, 6th February. Yes, just recently. Amazingly, i went there after job interview session. Same as last week. Memang kebetulan. Lagipun, aku sangat penat. Jalan kaki dari lrt bangsar ke bangsar village sbb nak mintak part time kat starbuck kat situ. Itu pun atas cadangan Deja Moss (dia bukan penyanyi). Katanya, kat situ banyak nak guna orang. So, dengan gigihnya...aku ke sana ketika waktu terik mentari. Jam 11 pagi dah mcm jam 1 petang. Panas ya amat. Tapi, sampai skrg, starbuck tu tak call aku pun. Ntah dapat ke tak. Selepas tu, aku gi jalan2 kat new Bangsar Village. Bolehla, but bukan tempat aku untuk hang out. Aku tak suka tempat tu. Sama macam aku tak suka One Utama dan StarHill. Aku rasa kurang selesa.

Petangnya pulak, aku ke Plaza Sentral for interview. Sama jugak, sampai skrg tak call aku lagi. Aku dah cakap nak full time pun, response company tu, lambat jugak. Tak tahu la. Kat mana la rezeki aku ni nak sangkut. Then, aku jalan2 kat KL Sentral dan aku jumpa x-skoolmate aku. Dekat 10 tahun tak jumpa. Dia kata, dia tgh tunggu flight nak balik terengganu. Ada interview kerja kat sana. Dia tengah amik master dan bulan 4 ni, habisla. Once again, aku rasa inferior. Aku, dengan umur 25 tahun ni, baru je grad degree. Tapi, kawan aku yang berumur sebaya, dah nak abis master. Haih...life is so unfair.

Untuk release tension, aku ke Sentral la. Memang sesuai, lepas seharian berjalan kaki ke sana ke mari, memang memerlukan rehat yang secukupnya. Maksud aku, lain dari tido la. Kalo nak tido, baik balik rumah je. Buat apa tido kat Sentral ni. Banyak lagi aktiviti yang menenangkan boleh dibuat. Dengan tema "test market", dengan kompidennya aku menapak ke Sentral. Kali ini, tak perlu dah nak rasa nervous atau nak buat2 berlakon jumpa kawan...aku dengan sendirinya, datang dengan langkah bergaya.

Setelah menukar pakaian and I walk around....well, not more in 5 minutes...i got a wink. Hehehe, happy nyer. Yes, "test market" berjaya. It is time to parade all over the place. Aku rasa, macam aku dah macam over berangan. Tapi, tak kisahla. Bukannya aku nak jadi sombong atau berlagak. Aku cuma nak "test market" dan aku rasa happy ngan response yang aku dapat. Aku tak kacau orang atau pun buat orang sakit hati cuma aku nak gembirakan hati aku sendiri.

I know, that I'm not that good looking or have the body to die for but at least, aku rasa macam aku dihargai dan lebih diterima di sini, compare to other place which offer the same service dan last2, aku makan hati sorang2. Here, aku rasa mcm aku ni hot stuff (berangan lagi). Tak salahkan, puji diri sendiri kan ? Alah, bukan hot stuff pun...cuma rating naik sikit la and people start noticing me. Sebelum ni, ada gak org notice cuma not that overwhelming as now. Now, i feel more confident with this new look. And some of them, did call me sexy and cute. Hahahaha.....am I that cute and sexy ? I dont think, I deserve to get that.

Belum sempat nak parade lama, dah kena grab. Well, I just play along and we did change phone number coz that person ask for my number. After that, we become fren. Hahaha, kelakar pulak rasanya. Aku tak pernah buat kawan ngan orang yang aku jumpa kat sini. Tapi, kalo that person nak berkawan, apa salahnya. I'm more than happy. We did scout together. Describing others and play a pick game. But, if i stuck with that person for the rest of the evening, i will get nothing more than that person only. Only one and it is not sufficient enough. So, I went for another round of parade and that person went separate way.

I spot other person. Kinda cute though and I want to say hi to him. But, that person come here with frens. (That person rite now, is a different person from the 1st that person. Dont be confused). Actually, I prefer others to approach me than I approach them. I still have the shy feeling. Unless, in "desperate mode" I will make the 1st move. I think, luck was on my side that evening and that person notice me and gave me a smile. Damn it!!!! That cute smile make me unstable. No la....just make me nervous and I did smiled back at that person. I keep on watching the tv and I noticed that person, glanced at me several times. Yes, I did it. My charms slipped easily and it attract that person gracefully. Now, time for the next move.

As usual, the "ice breaking" session need to be conducted. This part is really important, in order to know whether that person like me or not. If that person like me, we will proceed with "i-want-to-get-to-know-u-better" session. If that person really like me, there will be follow up session which include "eat and drink together" session and "up and down" session. Well, that person, memang kompem suka aku. So, I dragged that person to a secret place and perform all the session that I mentioned earlier. That person called me, cute and sexy which make me blushed. As a punishment for calling me cute and sexy, I just stared at that person with my round eyes without doing anything. Hahahaha, that person blushed too. That person gave me a cute smile and asked me to stop staring. That person feel uncomfortable but I know, actually...that person kinda like it.

We spent a lot of time at that secret place which irritated others. We dont care coz we got that place, first. Others have to wait until we finished with all the sessions. I really enjoyed my time with that person and that person feel the same way too. This time, I wont make the same mistake. I asked that person name and number. That person did the same thing. I feel a connection with that person but I dont know whether it is for real or just because I had an enjoyable time with that person.

Balik rumah, aku sms dia. Just wanna make sure dia tak lupakan aku. Dia ajak aku ke rumah dia. Well, aku pasti akan datang. I made an arrangement with that person that aku akan ke rumah dia, this saturday and maybe spent a nite there. That person, ok with that idea. I dont want to look like a desperate guy and I dont sms that person after that Tuesday's evening. But, my eagerness overruled my patient. I sms that person last nite. Just saying good nite and told that I miss that person. I worried if I over reacted. But that person replied my sms and gave a warm response. I'm more than happy. Tapi, aku taknak berangan lebih2. Mungkin that person just be nice to me and nothing more than that. I'll keep reminding myself. I dont want to expect anything that will crush my hope later.

Anyway, I cannot wait any longer for this Saturday.