Saturday, July 22, 2006

KISAH DI MALAM HARIJADI KU - PART 1

detik demi detik semakin pantas berlalu. putaran masa ini bagaikan berlari meninggalkan aku. ku hitung tiap saat dan minit namun dia masih lagi belum kunjung tiba. di manakah dia ? bukankah dia sudah berjanji untuk sama2 meraikan hari jadiku. tapi, kenapa masih tidak memunculkan diri ?

sebulan lebih yang lalu, aku sudah katakan padanya, yang aku ingin menyambut hari jadiku bersama-sama dengannya. memandangkan dia selalu sibuk dengan urusan kerjanya, sudah aku "tempah" dirinya awal-awal agar dia punyai masa untukku. agar dapat dia catatkan dalam diarinya yang malam itu, dia akan bersama-sama denganku. agar dia punyai masa terluang untukku pada malam itu. dia sudah bersetuju dan mahu menyambut hari lahirku dan ingin mengajak adiknya agar sekali agar sama-sama memeriahkan malam hari jadiku. aku sangat bila mendengarkan janjinya itu. sudah pasti, ia bakal menjadi malam yang paling bermakna buatku. pasti akan menjadi kenangan sampai bila-bila.

tidak puas-puas aku mengingatkan dirinya agar tidak melupakan rancangan ini. aku ingin sekali bersama dengannya, lebih-lebih lagi, ia merupakan kali pertama dia akan menyambut hari lahirku. jadi, aku betul-betul berharap agar dia dapat menghadirkan diri dan tidak mensia-siakan kehendakku ini.

tanggal 17 july 2006, aku cuba hubungi dirinya. tapi, hanya kedengaran suara operator yang menyambut panggilanku dan meminta agar pesanan ditinggalkan. aku cuba berkali-kali mendail nombornya dan masih lagi operator itu yang menjawab. kenapa begini ? adakah dia menutup telefon bimbitnya ? adakah dia sengaja tidak mahu aku menghubunginya ? namun aku tidak putus asa, sms menjadi jalan seterusnya. aku hampa lagi, kerana tiada laporan yang mengatakan sms aku sudah sampai ke telefon bimbintnya. ku sms lagi dan masih lagi tiada petanda yang sms ku sudah diterima. aku bingung. kenapa begini ? dia melarikan diri ? sibuk sangatkah dia sampai perlu menutup talian ? apa yang berlaku ? tapi, aku sedapkan hatiku. mungkin dia ada urusan yang begitu dan tidak mahu diganggu. aku faham.

pagi beralih petang dan petang berganti malam. dia masih tidak dapat dihubungi. aku mula resah. jam sudah menunjukkan pukul 8 malam dan aku masih setia menunggu di ofisku, menanti panggilannya. aku hampa lagi. masih tiada nada deringan di telefon bimbitku. sms pun tidak menerjah ruang skrin telefonku ini. aku sudah mula berasakan sesuatu perkara buruk akan mendatangi aku. mungkin dia tidak dapat menghadirkan diri. lantas, aku terus pulang ke rumah namun tetap dengan harapan di hati yang dia akan menghubungi aku.

satu sms terpapar di skrin telefonku. sms itu menyatakan yang sms aku sudah diterima oleh dirinya. hatiku sedikit berbunga gembira. masih ada harapan yang tersisa. jam pun sudah bergerak ke angka 8.30 malam. masih lagi sempat untuk meraikan hari lahirku. lagipun, memang permintaan aku untuk menyambut hari lahirku tepat jam 1200 tgh malam 18 july 2006. masih ada 3 jam setengah sebelum masa itu datang. agaknya, dia akan datang mengambilku di rumah. jadi, aku hanya perlu bersiap-siap dan menunggu dia mengambilku. aku berjalan pulang dengan hati yang berbunga-bunga.

waktu berasakan berlalu terlalu perlahan. aku sudah bersiap-siap dan hanya menanti kedatangannya untuk mengambilku di rumah. tapi, aku sedikit resah. waktu menandakan 11 malam. masih berkesempatankah aku ? mungkin dia betul-betul sibuk atau pun dia sudah terlupa ? kenapa tiada satu balasan sms darinya ? kenapa dia tidak menghubungi aku ? kenapa hanya diam membisu ? kalaulah betul dia ada hal yang begitu penting, adakah begitu susah untuk sms atau menelefoni aku, untuk memberitahu yang dia tidak dapat datang. terlalu beratkah ? aku tidak kisah kalau dia tidak dapat menghadirkan diri sebab aku fahami bagaimana keadaannya. tapi, sebaiknya, hubungilah aku dan nyatakan apakah sebabnya. aku tidak marah dan tidak pula memaksa cuma aku hanya inginkan kepastian darinya sama ada jadi atau tidak jadi.

ku lihat jam ditanganku dan tertera waktu 1230 pagi. secara rasminya, setengah jam sudah berlalu dan aku sudah menyambutnya bersendirian. dia tidak memunculkan diri. aku berasa sangat sedih. kenapa dia buat aku begini ? kenapa tidak sahaja katakan yang tidak dapat datang ? kenapa perlu berikan aku harapan palsu ? aku betul-betul terkilan. hati ini rasa amat pilu. sebelum ini, dia tidak pernah berbuat begini. andaikata dia tidak dapat hadir atau sudah terlewat sampai, sudah pasti akan dihubungi aku dan menyatakan sebabnya serta memohon maaf. tidak cukup dengan itu, sms juga akan dikirimkan sebagai tanda kekesalan. tapi, mengapa tidak kali ini ? mengapa biar aku tertunggu-tunggu ibarat menanti buah yang tidak akan gugur ?

sekali lagi, ku renung jam ini. yang nyata, waktu semakin lewat dan aku sudah berputus asa. dia tidak akan datang. aku rasa begitu sebak dan mataku mula berkaca-kaca. aku tidak mampu lagi menahan kesedihan di hati. aku menangis sepuas-puasnya. kenapa dia buat begini ? bukankah dia yang sudah bersetuju untuk bersamaku menyambut hari lahirku ? bukankah dia juga yang gembira untuk bersamaku menyambut hari lahirku ? kenapa semuanya tidak berjalan seperti yang dirancang ? esakan aku semakin kuat. aku rasa begitu pilu. aku sendiri tidak mengerti mengapa aku berasa seperti ini. mungkinkah kerana aku tahu yang aku tidak lagi berpeluang untuk berjumpa dengannya selepas ini ? mungkin dia hanya memerlukan aku di kala dia mahu bergembira dan bila aku ingin bergembira dia tidak mahu pedulikan aku ? mungkin dia muak dengan perangai ku dan hanya menunggu masa yang sesuai untuk menyingkirkan aku dari hidupnya ? mungkin aku hanya sebagai tempat sandaran di kala dia dalam kemelut ? pelbagai kemungkinan bermain di fikiranku. aku sebak.

aku sangka, aku mampu menghadapinya sendirian. namun, aku tewas kali ini. aku perlukan seseorang untuk aku kongsi kesedihan ini. mujurlah ada rakan yang sanggup mendengar luahanku ini. katanya,

"LIFE IS FULL OF DISSAPOINTMENTS. THAT'S WHAT MAKE US GROW. NO EXPECTATION. NO DISSAPPOINTMENT"


"KADANG-KADANG, LANGIT TIDAK SELALUNYA CERAH. KAU KENA BELAJAR UNTUK LEPASKANNYA DAN JANGAN MEMPEDULIKANNYA LAGI. JANGAN TERBAWA-BAWA SESUATU YANG MUSTAHIL UNTUK KAU IDAMKAN"


"YOU CAN DIFFERENTIATE KACA DENGAN PERMATA. TIDAK PAYAH BAZIRKAN AIR MATA KAU"

2 comments:

Kebede said...

wahwhaahhaah..mak taste kene quote lagi katanya!

Kebede said...
This comment has been removed by a blog administrator.