Thursday, September 14, 2006

Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri tetapi dalam kita bersendiri, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seseorg sahabat begitu juga dia tetapi kita sering terlupa akan hal itu.



Kita cume ambil kira tentang harapan dan perasaan kita. Kita rasa dikhianati bile dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang terangkan keadaannya. Bagi kita, itu alasannya utk menutup kesilapan dan membela diri. Kita terlupa, kita juga pernah membiar dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan, memaksa dia menerima alasan kita. Waktu itu terfikirkah kita tentang perasaannya? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa tetapi kita sering terlupa.



Untungnya mpunyai seorg kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia. Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan, dia memberi kita jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Ikhlaslah kita medengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepert i mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah? Dapatkah kita yakinkan bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat utk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah?



Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan? Sesekali jadilah kawan yg medengar dari kawan yang hanya bercerita. Ambillah masa utk memahami hati dan perasaan kawan kerana dia juga seorang manusia. Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa. Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan. Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka. Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan. Disebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan. Kita tidak tahu tetapi jika kita cuba menjadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu perasaannya.




Renungilah....



8 comments:

Anonymous said...

kelles... i terigt entry kak imah vastt KB vs KP... kn~! chihihi

izzu said...

giteew. yes kak imah memang idola, ala2 post pasal KB, melk pun nak buat gak post pasal KB tu...hehehe

fiebie Danielle De la Rossa said...

kelles uols, maksud kan sapa tu

izzu said...

ahaks, isu hangat sentiasa...harusla delete dari kehidupanku

not available said...

delete yu0ls ... kekekeke.. ai suke suke suke ... hayoooo motif ai gile???

ai tgh merenung ayat2 hikamh ituew ... *terasa~

izzu said...

yes, mmg ada motif ai post entry ni

Red Mummy said...

macam lam kecewa pun ada gak ni...

izzu sihat? kak red menjenguk tanya khabar..

follow BI lagi x?

nak mintak sokongan izzu vote akak ye...byk sgt speculation lam BI tu, pening nengok.

take care ye dik.

izzu said...

mestila follow lagi, kak red. nak gak tau sapa pemenangnyer...mesti. saya akan vote. jangan bimbang ye kak red.

saya sihat2 je...memang ada sedikit rasa kecewa dan terkilan...well, inilah kehidupan kan....

kak red pun, take care jugak ye