Thursday, September 28, 2006

MINUM MINUM & MAKAN MAKAN

Photobucket - Video and Image Hosting
CHEF DIVA PURUE TENGAH POTONG BAWANG

Sempena bulan Ramadhan ni, kompemlah kena berpuasa kan. So, puasa la, nak buat apa lagi ? Tapi kali ni, bulan puasa datang lebih awal. Kalau tahun lepas, bulan puasa datang ketika tengah final exam, sekarang ni, bulan puasa datang sebulan sebelum final exam. Raya pun sebelum exam. Senangla sikit. Kalau tahun lepas, kena exam dulu...lepas tu cuti raya kendian sambung balik exam. Naya sungguh. Nak raya pun tak best sebab nak kena study untuk exam. Dahla, masa tu aku buat final year project. Esoknya raya, malam tu, aku dok sibuk meyiapkan report aku sebab kena hantar selepas raya. Tak sempat nak tolong mak aku masak2. Raya ketiga dah kena balik UTP, sebab raya kelima dah ada next paper. Haih...tak best tol.

Photobucket - Video and Image Hosting
AYAM GORENG UNTUK BERBUKA PUASA

Puasa kali ni, lega sikitla. Tapi, disebabkan raya dulu sebelum exam...semua benda nak kena settle sebelum raya. Masa ni lah, nak buat test, assignment, projek, lab test...semuanya nak buat masa ni. Haih, tensen jugak. So, sama je....Cuma kali ni, ada banyak jugak masa terluang. Kali ni, lebih banyak masak-masak untuk berbuka. Sebab banya masa free. (Masa free ke atau ponteng kelas ?) Yang suka masak-masak, si purue ngan deja la. Shopping barang-barang makanan, petangnya, mula riuh kat dapur. Nugget la, ayam goreng la, daging burger la, sayur masak sos tiram la, nasi goreng la, ayam masak merah la, salad buah buahan la...pendek kata, macam-macam ada. Aku join kadang-kadang je, sebab aku lebih suka beli makanan kat kafe. Malas nak masak-masak. Tapi, kalo aku malas turun ke kafe, aku join la diorang. Syai pun datang sama berbuka di sini. Kiranya, kami berempat la, berbuka bersama-sama di rumah ni.

Photobucket - Video and Image Hosting
SYAI TENGAH MENGEMAS MEJA

Ketua chefnya, si purue la. Deja ngan Syai pun tetap taknak kalah ni. Semua nak jadi ketua chef. Aku, jadi pemerhati saja la. Malas nak kecoh-kecoh. Biar diorang masak, then aku join makan je la...heheheh...Tapi, aku buat air la. Air teh lemon. Saya buat, saya minum, sedappp. Tapi, memang best bila masak ramai-ramai. Kecoh dan huru hara jadinya. Terpekik terlolong kat dapur. Masak 2,3 orang je tapi macam 10 orang yang masak. Tak kira lagi yang sibuk nak buat catwalk kat dapur ngan pose pose cantik meja makan. Macam makcik-makcik dalam drama kat RTM tu. Sambil masak kat dapur, sambil mulut bercakap non-stop, mengumpat. Tapi bulan puasa ni, takleh mengumpat. Tukar jadi sessi gossip. Takleh gak ke ? Okla, tukar jadi sessi bercerita pasal angan-angan nak jadi apa lagi 5 tahun dan borak pasal cikki pilihan. Boley ?

Photobucket - Video and Image Hosting
AKU TENGAH MENGHIDANG AIR

Tapi biasanya, yang masak hanya Deja dan Purue je. Aku buat air. Syai kemaskan meja makan dan susun makanan atas meja. Actually, semua saling buat. Semua ada skill kat dapur, ok. Jangan ragu-ragu. Syai pun pandai masak, kan ? Eh, sapa yang masak cekodok masin tu ? Oops....Tapi, masin-masin pun, habis jugak. Licin pinggan tu. Sedap jugak makan cekodok masin ngan long island dressing ni. Temah, ko nak cekodok ?

Photobucket - Video and Image Hosting
CHEF DIVA PURUE TENGAH MENGGORENG NASI

Tapi nasi, biasanya beli kat kafe je. Malas nak nasi. Lagipun, kami tak beli beras. Memang ada beras kat rumah ni, tapi tu budak-budak Vietnam punya. Takkan nak curi kot ? Tak baik ok, mencuri di bulan puasa ni. Dahla pahala puasa pun dah kering asyik bergossip sebelum berbuka puasa, ni lagi mau mengesob beras la ? Motiff ? Tapi, kalo mintak ngan dak2 Vietnam ni, diorang bagi je. Tapi takpela, baik beli kat kafe je, bukan mahal pun. Since Deja pun tak reti masak nasi guna hot plate, so baik beli ajers. Taknakla makan nasi mentah, kan Syai ? Tapi, Deja pakar masak sayur, ok. Cuma masin je...oops. Tapi, sebab lapar..makan sajork.

Photobucket - Video and Image Hosting
MARI BERBUKA KAWAN-KAWAN

Mujurla ada Chef Diva Purue, pandai alter makanan yang tak sedap jadi sedap. Macam-macam idea dia ada. Nak masak tu la, ni lah. Tapi Chef Diva ni pemalas. Mrasala, assistant chef yang ganti masak. Sapa lagi kalo bukan Deja dan Syai. Chef Diva ni, sampai peringkat negeri Sarawak ok, masuk pertandingan memasak anjuran Shell. Kalo tak kerana ada orang gila kacau dia masak, kompem dia dah jadi JUARA. Tapi, sebab dia mendapat gangguan emosi ketika masak, mrasa la dapat no 4 je. Nombor tak penting, yang penting masakan sedap, kan Purue. Dapat pujian juri githu. Sebab hiasan hidangan je laha, tu yang tak menang. Takpe, i ada idea, cuba you drag dan mekap over masa memasak tu, kompem you leh menang.

Photobucket - Video and Image Hosting
SESSI MINUM MALAM BERSAMA-SAMA

Tapi, bila malam-malam, lepas terawih (pergi ke ?) kalo rasa lapar, kami masak-masak lagi. Lepak-lepak kat dapur, minum-minum teah sambil gossip-gossip lagi. Haih, memang tak puas bergossip. Gossip 24 jam pun takpe. Yelah, hang out ngan kawan-kawan memang meriah. Sapa kata tak meriah, dia memang laha dan sah-sah tade kawan kan ? Lepak-lepak kat dapur sambil makan-makan buah. Takpun, kalo ada yang rajin, adala masak-masak kuih ke apa ke. Hari tu, Syai buat bubur. Meriah ni, ala2 bubur resepi Melaka githu. Terus dijemput ramai-ramai datang. Aku tak suka sangat bubur jadi aku tak berapa selera nak makan. Lagipun, dalam 3,4 hari puasa ni, memang aku tade selera nak makan. Buka puasa pun ngan kuih dan kurma sajork. Matilah aneroxia, kurus dalam masa 10 hari. Yang lain-lain, makan sampai licin. Tak berbekas. Walaupun kena kutuk bubur pelik dan aneh, tapi yang penting budak-budak ni makan ngan lahap. Tak githu, Syai ? Peduli apa orang kata...yang penting, kita masak, kita makan, sedap.

Photobucket - Video and Image Hosting
PEACE !!!! MARI MAKAN LIMAU BALI

Sambil-sambil makan bubur, elok jugak ada buah-buahan kan. Jadi, aku keluarkan limau bali dari peti sejuk. 2,3 biji gak aku bawak kuar. Limau bali ni, aku bawak dari rumah masa cuti midsem ari tu. Saja je, nak makan ramai-ramai. Lagipun, buah kat rumah tu banyak, Tade sapa nak makan, buruk kat pokok je....dimakan burung dan binatang-binatang lain. Baik aku bawak ke UTP. At least, leh makan ramai, share sama-sama. Hasmi mula-mula taknak makan limau tu, last2 dia yang abiskan semua. Wani pulak, pose cantik-cantik je makan limau bali tu.

Photobucket - Video and Image Hosting
NEXT WEEKEND KITA MASAK-MASAK LAGI

Memang best kumpul ramai-ramai. Makan-makan dan minum-minum. This weekend nak masak-masak lagi. Budget besar sikit kali ni. Nak ajak adik datang. Makan sama-sama. So, yuols. apa kita nak masak kali ni ? Yuols dah ada part masing-masing kan ? So, sila laksanakan tugas anda. Jangan lupa temujanji kita ye....Tak sabar-sabar. Nanti, adik datang umah abang ye. Kita buka puasa sama-sama ngan kawan-kawan abang. :)

30 comments:

Anonymous said...

hiks .... habis2an ai dicaruts kan?

takpe uols .. at least ai learn somethin, tak gitue deja ...

merasa uols!!! nantikn masakan terbaru ai,tomyam sayur, grilled fish, chicken lemon ngan pengat pisang ... kau ado? nan ado!!!

hiks

fiebie Danielle De la Rossa said...

hey merassa i kena promosi kan...promosi bulan ramadhan ke! haihh~~ meh meh ambik je i, jantan jantan mana berkenan, takpe..weekend ni i jadi souse chef lak, i wat puding roti jagung makerm *resipe curik dari sifu i...merassa..then i rasa nak buat homemade ice cream, merassa hempuk putih telur sampai berurat tangan, eh uols tangan i penat la..maklum la kan puasa..*puasa ke?

Azie said...

kelas korang..tak jemput pun

izzu said...

iols sgt nantikan masakan yuols itu syai. harap2 tak mati keracunan. lariikkk

izzu said...

berurat tangan pukul telur nak buat aiskrim ke atau yuols pukul telur orang ? matila sham

izzu said...

azie, janganlah sentap. kami masak biasa2 ajers

Irwan said...

Seronok nya masak2 kat rumah.. Meriah! Tambah lagi yg memasaknya semula diva belaka (diva ke sekadar pose diva je.. chihi)... Tapi nampak mcm Chef Diva.. Good effort.. Teruskan di minggu depan yer tgk apa korang masak..

Teringat masa kat campus dulu. aku dgn housemate masak2.. lelaki2 masak harus la huru hara dapur.. Lepas tuh dtg si mamat negro Obie merangkap housemate.. Katanya tanak makan 'yerks' katanya, last2 dia langsaikan semua.. Kitorang makan sikit sbb mcm x sedap.. tp dia. yg dia habiskan sbb dlm otak dia di set itulah rasa nama masakan tuh.. hahaha.. Kes naya ke itu? entah~

izzu said...

ahahah, pose2 je yuols. chihihi :P

memang best la iwan, masak ramai2. memang kecoh, semua nak tunjuk pandai masak, last2 tak tau apa yang jadi. tapi sbab dah lapar, makan je la...hehehe

yang penting, kak yan masak, kak yan makan, sedap. "quot dr makcik dashing"

Anonymous said...

wwuuu~~ terigt dulu msk2 kat common room blok B.. chihihi ai pon chef jugak ok... ai blaja dr abg izzu chef ismail...

Okabe said...

hahahahahahaah
ai memendam rasa jek kt sana melihat betapa meriahnya makan makanan masin..(matila bekalan gula habes)..opss tercarut.. ai ttbe tringt nasi goreng puru hangus lite2 tapi menten suro ai habeskan sem lepas..kan lele? ..choi!!

Meriahnya u ols masak2

Harus u ols buat promosi buffet bulan ramdan..sapa beli dpt rasa chef dia skali.. (matila idea jahat)

bagusla hasmimi dan wani azalea dtg join wat ganti ai dan lele gtu

kesimpulan tema u ols: desperate housewives

Anonymous said...

eei ada orang vietnam ke kat rumah u ol. mak ingat lagi ada orang vietnam kat rumah kak kerisbetina lepastu masak ikan belut ke ikan geli ke eeei geli mak ok. entah entah ular sawa amazon yang die masak tu waek wek

Irwan said...

ahahah.. Makcik Dashing~~~

Customer : Bagi saya tomyam ayam, daging masak merah, kalilan ikan masin, telur dadar
(makcik dashing yg berbau bedak dashing tu pun berjalan menuju dapur utk sedia kan makan.. tak lama kemmudian keluar dari dapur)


Makcik Dashing : Adik, ayam dah abis jd tomyam ayam x de.. daging pun dah abis jd daging masak merah pun x de.. kalian x de hari ni..

Cutomer : Habis apa yg ada? (dgn nada seperti dah di jangka)

Makcik Dashing : Telur dadar ada la...

Itu la benda yg selalu berlaku setip kali makan kedai macik dashing.. chihi

Ape2 pun.. makcik kentang~~ rindu akan kentang nya.. huhu

izzu said...

no nana no, no lela. bukan chef abg izzu ismail ye. tade kaitan langsung ngan chef ismail...

izzu said...

yes, i suka konsep yg yuol cadangkan iteew pisah. ala2, desperate housewives pun dah kuar season baru...mrasa buat party opening season kat umah ni cum party berbuka puasa...

i tak buat nasi hangus...chef diva purue ? i tak tahula

izzu said...

lina, sama je kat umah ni. dak2 vietnam ni sgt horro bila masak. setipa hari rabu, diorg pegi pasar malam, then mesti masak dinner, ikan keli ngan rebung jeruk. hayooo, bau sgt hancing ye. nak muntah sgt....

kepala ayam pun diorg makan ye...sgt menakutkan...yg penting diorg masak sgt kotor, diorg pelawa makan tapi i taknak la..tq sajork

izzu said...

ahahaha, makcik dashing. sem ni pun tak gi sgt makcik dashing. macam biasal, servis dia sgt lambat ye...kita siap boleh tido mati, ngigau lagi...baru sampai makanan.

makcik kentang sedap!!! suk suk suka kentangnye iteeww

Ash Shinotsubaki said...

cerita majlis bukak posa kan? tapi yg posanye berapa yuols? ah ha ha ha~~

Anonymous said...

tak ajak ..... sentap!!!!!!!!

Anonymous said...

tak ajak ..... sentap!!!!!!!!

Anonymous said...

nok, ko makan cekodok dgn thousand island dressing ke dgn long island?aku rase ko confuse thousand island dressing dgn long island tea yang beralchohol yang u yu tamau sentuh itu..chihihihi

Anonymous said...

Eeei mak geli tengok ikan keli *sorry kepada penggemar ikan keli* izzu ko tau tak ikan kekek tu ikan ape

izzu said...

ahahah, itu biarlah rahsia, sohnen oii

izzu said...

lenklai, kita leh buat lagi apau. tadi pun kita dah buka sesama kan ? :)

izzu said...

no nana no, bukan long island ye. tapi red wine, so how ? matilamak

izzu said...

i pun tak suka ikan keli. yuck!! motif tanya aku ikan kekek tu apa ?

ikan kekek mak iloi iloi, ikan gelama mak ilai ilai ke ?

not available said...

motif??? hiks ... ai suke sowang vietnam itue .. mcm shuben sgt . tp mkn maggi tamau cuci mangkuk so how? dia hengat ai da official jadi bini dia ke? heyyyyy tak laratsss!!! hiks ... uols, ai masak lauk pelik2 pasni ... mau?

then, harus apau,azie n acai dijemput same ... ala2 peribahasa, hidup lain2 , mati sama2 ...

*lariiikkk

fiebie Danielle De la Rossa said...

haih~~ guruh uols! mak nak off pc jap~

izzu said...

motif ttba guruh ? petanda tu yuols. sila la berpuasa. larikkk!!!

datin cik sal said...

**pitammm...

izzu said...

to kimie : yuols sanggup ke makan rebung jeruk masak ikan keli ittew ? sebatu dah bau hancing makanan ittew. ala2, mcm keracunan gas sajork.

To sasser : takpe, yuols. kalo yuols nak bunuh diri pun, ada je org yang akan pujuk yuols kan ? very der pasangan bahagia githu. mrasala, imej ganas tapi tetap women di hati