Thursday, September 21, 2006

SIAPAKAH DIA ??

Aku terserempak dengan dirinya lagi. Siapakah dia ? Sejak hari itu, aku asyik tertanya2, siapakah dia. Dia telah menangkap pandanganku. Aku kurang pasti sama ada dia perasan atau tidak yang dia telah membuatkan diriku tiada henti dihujani pertanyaan.

Pertama kali aku melihat dirinya, ketika aku dalam perjalanan ke kelas. Seperti biasa, aku akan berjalan bersendirian ke kelas kerana aku telah lewat. Teman sekuliahku, sudah pergi lebih awal. Hendak tak hendak, aku terpaksa berjalan seorang diri. Tidak mahu ponteng kelas. Sedang aku berjalan tergesa-gesa, pandanganku terpana ke arahnya tanpa sengaja. Dia dalam perjalanan pulang dari kelas. Kami berselisih di depan Pocket D. Terdetik di hatiku yang dia memang comel. Perawakannya menarik perhatianku. Dalam sekilas pandang itu, aku sempat membuat lirikan pantas menatap dirinya dari atas ke bawah.

Tanpa kuduga, dia juga berpaling ke arahku dan merenung diriku. Aku panik dan terus memalingkan mukaku ke arah lain. Aku tidak mahu, dia tahu yang aku memerhatikan dirinya. Aku terus berjalan seperti biasa dan berpura-pura melihat ke telefon bimbitku untuk melihat waktu. Namun, hatiku tetap ingin memandangnya lagi. Ku palingkan mukaku ke arahnya dan ternyata dia masih lagi memandangku. Kali ini, dia pula yang cepat-cepat mengalihkan pandangannya. Aku teruskan langkahku ke kelas.

Kali kedua, aku terserempak dengannya semasa aku ke makmal komputer untuk mencetak resume aku. Seperti biasa, aku terlewat untuk temujanji dengan pensyarahku. Aku telah membuat temujanji dengan pensyarahku ini untuk membincangkan tentang cara-cara untuk membuat resume dengan baik. Aku sudah terlewat 5 minit disebabkan komputer yang gagal berfungsi dengan baik. Sedang aku, menunggu giliran untuk menggunakan pencetak, aku terpandang seseorang di meja berhadapan denganku. Ternyata dia duduk di situ bersama kawannya. Nasib aku baik hari ini, dapat bertemu dengannya lagi. Tapi, aku sengaja buat-buat tidak nampak. Namun, mata ini tetap curi-curi pandang, melihat ke arahnya. Tidak kuduga, pandangangku bertemu dengan pandangannya. Aku malu lantas aku kembali menatap skrin komputer dan berpura-pura menaip.

Kali ini, aku perasan yang dia curi-curi pandang ke arahku tapi aku buat-buat tidak nampak. Aku menuju ke mesin pencetak dan menunggu giliranku. Aku terpaksa berdiri di situ, jika tidak giliranku akan di pintas oleh budak-budak junior yang tidak tahu menunggu giliran. Memang menyusahkan. Dari tempat aku berdiri, aku dapat melihatnya dengan lebih jelas. Kali ini, aku tidak melepaskan peluang, memerhatinya puas-puas. Dia memang comel. Aku rasa, kawan di sebelahnya perasan yang aku asyik memerhatikannya. Aku tidak peduli yang penting aku dapat melihat dirinya. Tiba-tiba, dia memandang terus ke mataku dan pandangan kami bertemu buat kali kedua. Kali ini, kami saling tidak mengalihkan pandangan dan bertentang mata dengan agak lama. Aku tidak tahu apa yang harus dibuat. Kuberasakan bagai magnet yang bercantum. Tiba-tiba, dia bangun dari kerusinya menuju ke mesin pencetak dan secara tidak langsung ke arahku. Aku terus berasa gugup dan mengalihkan pandanganku. Aku meletakkan kertas ke dalam mesin pencetak dan menanti ianya habis dicetak. Dia tetap memerhatikanku dan melihat segala perbuatanku. Aku rasa dia ingin menegurku tapi mungkin dia segan. Aku senior dan dia junior. Jurang umur memang menjadi halangan untuk memulakan perbualan. Tiba-tiba hari ini, aku berasa lidahku kelu. Biasanya, aku dengan ringan mulut akan memulakan perbualan. Tapi kali ini berlainan bagiku. Aku dapat rasakan yang dia menunggu aku memulakan perbualan dengan menegurnya dahulu. Namun, aku tetap diam dan meneruskan kerjaku. Sesekali aku melirik ke arahnya dan dia telah pun mengalihkan pandangannya dariku. Aku sudah terlambat 15 minit dan aku bergegas keluar dari makmal komputer. Aku tahu, dia memerhatikan setiap langkahku. AKu berpaling ke arahnya tapi dia cepat-cepat mengalihkan pandangannya.

Aku bertemunya lagi hari ini di pasar malam. Aku ke sana bersama kawan untuk membeli makanan. Sedang aku berjalan-jalan, memerhatikan makanan yang dijual, aku melihat dirinya di celah-celah orang ramai. Dia pun datang ke pasar malam bersama kawan-kawannya. Aku terus mengarahkan pandanganku ke arahnya dan pandangan kami bertemu lagi. Kali ini aku nekad untuk menegur dirinya. Namun, manusia terlalu ramai di pasar malam ini. Kami hanya berselisih tanpa sempat berbalas kata-kata. Jaraknya denganku agak jauh. Kali ini, aku pasti memang dia memerhatikanku. Tidak salah lagi.

Aku berharap dapat bertemu dengannya lagi. Kali ini, aku akan menyapa dirinya dan aku yang akan memulakan dulu perbualan. Aku ingin kenali dirinya dan menjadi kawannya. Memang seronok, main berbalas pandang tapi aku tidak sanggup menahan rasa ingin tahu. Siapakah dia ? Apakah namanya ? Mungkin aku terlalu berfikir yang bukan-bukan. Mungkin bukan aku yang direnungnya. Mungkin hanya aku yang berangan. Sebab itulah, aku inginkan jawapannya. Aku tidak peduli apakah keputusannya. Yang penting aku dapat berkenalan dengannya. Bagiku, itu sudah memadai. Biarlah aku menjadi peminat rahsianya. Meminatinya dari jauh. Menyukainya dalam diam.

Inilah misiku. Tapi, cukupkah waktunya ?

20 comments:

Anonymous said...

yeay

Anonymous said...

siapakah dia?

-banie-

izzu said...

sukanya pzo. ala....syok sendiri je ni :P

izzu said...

biarlah rahsia~~~~ :)

Anonymous said...

hihihi sapeka dia? adakah hafiz? *ttba*

Anonymous said...

errr.... hey izzu.. chenta pandang pertama katanya hiks... pisang takkan bebuah dua kali sb kali kedua die x subor **matila x paham.. hiks

izzu said...

hafiz ? hehehe, bukanla...sbb aku pun tak tau lagi nama dia :P

izzu said...

motif? i bukan pisang ye...i adalah rama2, berapa kali nak cakap baru ko paham ?

hey, akua! lu mau beli vcd ka ? manyak bagus punya. orang2 cam lu, suka beli vcd sama gua. lu suka pakai mekap, mesti suka vcd gua jual ni. lu beli 3, i bagi free ciknek satu. lu mau ? ciknek sapa ? ciknek gua la. (ko beli tak vcd tu lela ?)

Azie said...

izzu, mak rasa ko tgh bercinta kan?

izzu said...

mana ada bercinta yuols...mental masturbation je

Anonymous said...

har3724 hanjs je wat dialog sendr kn... ai tak beli ye uols... tp terbeli syp2 ms abg ai atkde leyyy... kekeke

KEF said...

oi Izzu rerama -)

Good luck with your new love!

izzu said...

tetap borong segala kan ? i ada tips utk ustaz lela. kompeni u ada internet kan ? so, donlod dr interney sajork...takyah nak beli...dpt sep duit. duit yg sep tu leh beli alat makeup. larikkk

izzu said...

hehehe, tq kak xtina. tapi tak dpt lagi la...still hunting la... :P

Anonymous said...

my Goooooooooooddddd!!!!

jiwangnyer......

i Love it...

all the best izzu!!!!

Irwan said...

Izzu,
Good Luck! Lembutkan lidah ringankan mulut.. Selamat Pengantin Baru~ ahaha

iamME said...

uih..
dlm diam ku mengushamu..dasyat btol..haha

izzu said...

hehehe, tq lan....

tak sabar nak jumpa si dia lagi. aku nak buat sambungan...tapi tak jumpa2 lagi ni. so how ?

izzu said...

haih, iwan!!! lambat lagi nak pengantin baru nyer...

muda lagi, ok. nak enjoy dulu. dah 30++ baru nak pikir, voley ?

izzu said...

hehehe, mmg dasyat!!! dasyat berangan :P