Saturday, September 30, 2006

UTP STAR SEARCH

Seperti tajuk di atas, aku telah menyertai pertandingan ni. Ala-ala macam nak buat Malaysian Idol versi UTP. Tapi, ok gakla. Since dapat sambutan yang menggalakkan dari para pelajar. Aku pun salah seorang pesertanya. Saja je masuk suka-suka. Bukan nak menang ke apa. Since aku pun in my last semester, saja nak enjoy my life kat UTP ni. Kalo masuk benda-benda macam ni, at least aku boleh kenal junior-junior kat sini. Nama pun dah senior sangat, so banyak sangat muka-muka yang aku tak kenal.

Photobucket - Video and Image Hosting
Semasa registration


So, first audition di buat pada malam Jumaat. Aku pun tak tau nak nyanyi lagu apa tapi syaratnya mestila english song. Dahla, aku tak hafal sangat english song. Nyanyi je la lagu apa-apa yang aku ingat, asalkan nyanyi. So, aku pun dressed up la. Aku mintak tolong Hasmi, hantarkan aku, since aku malas nak jalan kaki ke Block B yang jauh tu. Sesampai je, aku tengok audition dah start. Rupanya nama aku dah kena panggil. Alamak, lewatla pulak. Ni semua, gara-gara nak bersiap. Last-last, pakai baju recycle je. Mesti dah ada orang familiar ngan baju ni kan ? Tak kisahla, sebab aku pun takde baju baru. Malas nak shopping baju. Pakai je mana yang ada. Bukannya nak masuk TV kan ?

Photobucket - Video and Image Hosting
1st try, If I Aint Got You

Now, giliran aku. Aku memang dah ada plan nak nyanyi lagu apa. Kalo aku spoil lagu first, aku dah ada lagu backup. Kiranya memang aku confident sangat-sangat. Once, aku masuk dalam audition room, aku tetiba rasa nervous. Maybe sebab ada penonton kot. Agak penuh jugakla bilik audition tu. Nervous sangat-sangat. Sampai aku cakap pun tergagap-gagap. Padahal, masa rehearsal bukan main lagi. Smooth je. Nak tak nak, nyanyi je la. Takkan aku nak blah tiba-tiba kan ? Malu la plak nanti. Lepas aku tarik nafas, aku introduce myself dan aku pun cakap lagu apa aku nak nyanyi. Aku pilih nak nyanyi lagu Alicia Keys - If I Aint Got You. Aku suka lagu ni, so aku pun nyanyi lagu ni. But I know, lagu ni agak susah. Mujurla nyanyi macam tu je, tade music. So senang sikit aku nak ubah, ikut vocal range aku. Tapi, bila aku nyanyi sebaris je, terus aku macam lupa lirik seterusnya. Aku dah gelabah. Aku ulang balik, still aku tak ingat rangkap seterusnya. Cuak cuak cuak. Memang aku nervous.

Photobucket - Video and Image Hosting
2nd try - Lets Stay Together

Lepas tu, aku tukar 2nd song. Aku nyanyi lagu Al Green - Lets Stay Together. Aku memang yakin boleh since aku memang suka nyanyi lagu ni, masa free time. Baru je nak bukak mulut, nervous aku datag lagi. Sekali lagi, aku lupa lirik. Damn!!! Apa terjadi ni ? Kenapa aku ruin my chance to shine ? Hahaha, ayat baik punya. Tapi, serious....memang aku macam terkelu. Macam tak ingat langsung lagu tu.


Photobucket - Video and Image Hosting
3rd try - One Last Cry

Then, aku tukar ke lagu ketiga, Brian McKnight - One Last Cry. Finally, i can remember it. Lucky me, kalo tak....malu je depan orang ramai. Although, macam sekat2 masa mula2, then after 2 lines, aku dapat nyanyi dengan baik. At least, aku tak lupa lirik. Barulah rasa nervous aku hilang. Habis je aku nyanyi, tak sangka pulak...penonton memberikan tepukan agak gemuruh walaupun aku rasa macam aku nyanyi tak sebagus mana. Once, orang dah tepuk...aku apa lagi terus happy dan tetap nak nyanyi balik lagu Alicia Keys tu. Aku nyanyi balik lagu tu. Akhirnya aku boleh nyanyi lagu tu sampai habis, walaupun ada terlupa satu dua perkataan masa awal-awal. Kali ni, aku nyanyi dengan semangat and i gave the best for my last song. Aku puas hati, bile penonton memberi tepukan gemuruh. Tapi, aku tak taula tepukan tu, sebab gelakkan aku masa aku gelabah dan lupa lirik atau pun memang diorang suka dengan performance aku. Bila umum result, aku rasa happy sebab aku dapat masuk 2nd round. Maybe judges bagi aku 2nd chance kot. Thank you so much to them.

Photobucket - Video and Image Hosting
With Mekot (in the red shirt) and Juni (in the grey shirt) during 2nd audition

2nd audition, pada petang Sabtu. Hanya 15 orang yang terpilih untuk ke 2md round dan aku salah seorang dari mereka. Aku still tengah pikir nak nyanyi lagu apa. Sama ada lagu Kelly Clarkson - A Moment Like This atau pun lagu Whitney Houston - I Have Nothing. Kali ni, aku pergi ke tempat audition dengan Mizi. Mizi pun dapat masuk 2nd round. Katanya, dia nak nyanyi lagu, Jaclyn Victor - Bring Out The Best In Me. Wow!! ambitious song. Tapi, Mizi memang boleh nyanyi since suara Mizi pun sedap dan dia boleh buat vibrato. Aku belajar ngan dia gak camne nak buat vibrato tapi susah la. Maybe crash course dalam masa sejam menunggu giliran tak memadai kot. Tak kisahla, yang penting aku buat cara aku sendiri. Aku nekad, aku nak nyanyi lagu I Have Nothing. Aku tau lagu tu susah tapi aku akan cuba yang terbaik. Aku tak nyanyi dengan minus one sebab susah nak cari. Lagipun, better aku nyanyi biasa je, senang aku nak nyanyi style aku sendiri. Kali ni, situasi yang sama gak berlaku. Aku lupa lirik lagi. Aku tak taula kenapa aku tetiba ada stage fear. Padahal, kalo perform suka-suka boleh pulak. Maybe sebab ni pertandingan, aku jadi mudah nervous. I spoiled my song again. Tapi, aku rasa sedikit lega sebab penonton memberikan aku tepukan yang memberansangkan. Jadi, tadela aku rasa macam a total looser. Guru vokal dari Ipoh yang menjadi juri untuk kedua-dua sesi audition ni, memberikan komen kepada persembahan aku. Katanya, "Kamu mempunyai suara yang bagus cuma pilihan lagu yang kurang sesuai. Lagu tu memang dibuat khas untuk Whitney Houston jadi memang sangat berisiko untuk menyanyikan lagu itu. Lain kali, seharusnya kamu memilih lagu yang bersesuaian." Sebenarnya tujuan aku pilih lagu tu, sebab aku nak tunjukkan vocal range aku tapi mungkin betul kata judge tu yang lagu ini kurang sesuai untuk aku. Well, its ok. Aku memang nak dengar komen dari seorang guru vokal. Maybe kalo aku amik lagu lain, aku performed lagi ok, kot. Maybe...

Photobucket - Video and Image Hosting
The Top 15

Sebelum result diumumkan, semua Top 15, dikumpulkan dalam waiting room. Masa ni lah, kami berkesempatan untuk mengambil gambar bersama-sama. Kiranya, macam gambar kenangan la. Bila sudah masanya untuk result, kami semua dikehendaki beratur satu dalam satu barisan. Kalo korang tengok American Idol atau pun Malaysian Idol, korang akan tahu. Kiranya, macam time nak pilih peserta ke pusingan akhir. Sama la jugak dengan competition ni.

Emcee sebut satu persatu nama peserta. Ada yang kena step backward, step forward dan ada yang just stay in line. Kiranya, dari one line dah jadi three lines. So, emcee want to eliminate a line from these 3 lines. Unfortunately, the middle line have to go first. So, tinggal la 2 lines. Satu yang step backward dan satu yang step forward. Emcee pun announce, "The front row, please say congratulation to the backrow coz they're going to be in the final!!" Nampaknya, journey aku habis kat sini je sebab aku berada di front row. Well, nak buat camne. Sedih memang sedih sebab tak masuk final. Tapi, its ok sebab aku pun macam tak perform sebaik mungkin masa 2nd audition tadi. I deserved this. Anyway, at least...aku tau yang aku dalam Top 10. Aku tumpang gembira untuk mereka yang berjaya ke final, 3 November 2006 ni.

Tapi, aku still akan terus menyanyi sebab ini adalah hobi aku. Bolehla jugak dikatakan my passion. Tapi tadela sampai nak jadi penyanyi betul-betul. Just untuk kepuasan diri sendiri je.

7 comments:

not available said...

ahhhhhhhh cutenye juni kan kan ... kalo jumpa live lagi cute ... suke suke suke .... ai suke org sabah *ttba*

nk kenalan la ngan juni ituew .. hiks ..

izzu said...

hayooo, habis lain jadinya entry i. ini bukan entry mencari jodoh ye. habisla lespab berleluasa.

nak kenalan ngan dia ? tanya apau, sbb dia anak ayam apau

Irwan said...

Tak pe izzu... Yg penting kau tetap Diva di mata kami.. gugup tak pe, jgn anxiety disorder *betul ke spelling. haha

izzu said...

ahahah, tq iwan. kelakarla, anxiety disorder tu. yes, diva akan membuat persembahan lebih baik lagi, selepas ini

Anonymous said...

tahnayah izzu smoga diberkati... amin..

datin cik sal said...

noqs.. yu berangan jadi diva mcm zaiton sameon ke yols??? matilamaks~~~ **lariiiiiiiiiiiiiii

izzu said...

To hazlela : motif asyik berdoa untuk aku. baik yuls berdoa sebelum berembak ngan zhaf ittew. Eh, zhaff tu laki ke pompuan ek ? Matilah imej islamik tapi melolo, so how ? Fisabillah...melawan nafsu ittew. mrasa yuols jadi guest star dlm Sutun 3

To sasser : i bukan zaiton sameon ok. Dah ada orang lain cop dulu, kan et ? Idola i, menten ziana zain