Saturday, January 27, 2007

Hi, bersiaran lagi. Susah betul semenjak tade internet akses ni. Terpaksa ke cyber cafe kalo nak berinternet. Kalo dulu-dulu...internet hanya di hujung jari. Bangun tido je, terus on pc, dah ada internet. Ala2, baca paper pun semuanya online. Siap check akaun bank, setiap pagi. Nak tengok berapa banyak dpt dividen.

Takpun, saja2 online untuk check frenster atau myspace dengan harapan ada org nak bagi message atau new testimonial atau nak kira berapa ramai orang yang view profile untuk hari tu. Sekarang, dah nan ado. Nak internet, terpaksa gigih ke cyber cafe dengan berbekalkan RM10 untuk budget di cybercafe tu. Kalu dulu, free sajork. (Tadela free, sbb dah charge sekali dalam yuran hostel). Kalo setiap hari ke cybercafe, RM10....harusla bangkrap kan.

Tu yg terpaksa 2 minggu sekali je. Tapi, kalo dah bosan dok umah tade buat apa, mau lka 4 atau 3 hari sekali, ke cybercafe. Waima sejam pun, dah memadai...asalkan dapat online. Sangap kan, tade internet di ujung jari. PC memang ada...tapi takkan nak angkut ke starbuck semata2 nak internet free tu ? Laptop, tadek la. Kalo dah ada...mmg dah lama aku usung ke sana sini.

Nak kena beli laptop la, lepas ni....

Kenapa tak pasang streamyx ? Rumah sewa je pun skrg ni...mls la nak beria2 nak pasang segala kemudahan. Tu pun, belum tentu aku dok sini lama-lama. Kalo dapat kerja kat tempat lain, sah2la kena pindah kan ? Lagipun, nak bayar ngan apa streamyx tu ? Kalo bayar ngan air liur, dah lama aku amik satu...sah2la kena bayar ngan duit kan ? Since still lagi jobless, baik aku manfaatkan duit aku untuk benda lain. Buat bayar bil letrik ngan air ngan servis charge kuarters kerajaan ni...ada gak faedahnya.

Yup, aku still lagi jobless. Tapi, skarang aku berada di kampung halaman. Mana lagi, kalo bukan di Kota Bharu. Apsal plak, tetiba ada kat sini ? Ni semua bahana, sebab aku kena demam kuat. Haah, yuols!!!!! Demam kuat, sampai muntah2 segala. Terus aku takleh nak bangun. Terlantar macam orang mati je kat umah tu. Dahla tu, makan pun taknak. Tade selera makan. 3 hari aku tak makan. Mrasa la. Muntah pun, kuar angin ngan air liur je. Hazab sangat. Tengok si Sohnen makan burger McD pun, aku leh muntah, boley ?

Inilah, 1st time aku demam sebegini teruk. (1st time ke ?). Aku dah tak tahan sangat, ala2 pose macam dugung nak mati....si Yusrul ngan Acai bawak aku ke Hospital Selayang. Terus aku kena tahan kat hospital tu. 2 botol air, dimasukkan dalam badan aku. Sebelum tu, buat check darah dulu. Aku bimbang, takut2 kena denggi. Sebab area rumah aku sewa tu, dah 2,3 hari jugak org dtg sembur DDT.

Kitaran hidup nyamuk aedes

Sejuk gila dalam wad sementara tu. Aku mintak selimut extra, nurse tu buat tak tahu je, Sangat keji. Last2, aku mengerekot je la. tetiba perut aku, rasa pedih. Yela, dah tak makan langsung. Haaaa, aku dah start nak kena gastrik. Pedih sangat perut aku, rasa cam kena toreh2. Aku tak tahan sakit sampailah, aku termenangis sendiri. Pedih sangat2. Siksa....

Then, nurse inject aku with a solution. After dat, barula aku rasa lega sikit. Terus aku tido. Dahaga plak tekak aku, sebab tadi aku nangis terisak-isak menahan gastrik. Aku mintak air ngan nurse. Lepas minum, muntah plak. Haih....letih dah muntah. Dah tak larat....

Bila kuar result blood test tu, dia kata aku hanya suspect denggi. Tapi, platelet aku still di bawah paras normal walaupun tidakla ke tahap yg membahayakan. Doktor kata, aku leh balik umah. Then, Katong dan Acai hantar aku balik. Masa ni, Yusrul dah tade sebab dia dah balik dulu. Ada kerja. Balik je umah, aku trus baring. Katong belikan aku nasi dan sup ayam. Tapi, aku tak makan pun sbb aku asyik rasa nak muntah je....aku cuba makan jugak. Aku hanya hirup sup sikit2 dan makan nasi 2,3 sudu. Tapi, aku muntah lagi...haih....

Lewat malamnya, Acai, Katong, Yusrul dan Nita dan menemaniku di rumah. Aku rasa happy, sebab diorang sanggup teman aku malam tu. Walaupun, diorg berborak ngan rancak tapi aku hanya diam mendengar. Aku rasa sangat lesu. Tak larat nak join diorang borak. bagi aku, diorg ada kat ngan aku pun, dah buatkan aku cukup gembira. At least, aku tau....diorg sudi jaga aku dan ambil berat pasal aku. Nita tak henti2 mintak maap ngan aku, sbb tak dpt nak dtg lagi awal dan meneman aku ke hospital. Aku katakan padanya, tak mengapa. Sudah cukup, Katong dan Acai ada di situ. Sekarang, dia pun dah ada kat rumah aku....aku dah rasa cukuo gembira.

Nyamuk aedes tengah menghisap darah

Mereka duduk mengelilingiku. Aku berasakan macam orang nak mati. Mujurla tiada sessi bacaan yassin. Kalo tidak, sudah pasti, aku ngan rela hati akan sembur muntah aku kat diorg. Motif, aku tak mati lagi....hanya demam dan tidak bermaya serta suspect denggi.

Diorang pun balik bila tengok aku dah mula ok, dan aku boleh tido dgn bahagianya. Ayah aku, menelefon aku, mlm tu. Dana aku katakan yang aku ingin pulang ke rumah. At least, ibuku ada di rumah dan boleh tololng tengok2kan aku. SO, isnin paginya....aku trus mengambil bas dan pulang ke kelantan. Here i am, aku di kelantan sekarang.

Sekarang, aku dah semakin kebah. Dan aku clear dari denggi. (Aku hanya suspect kena denggi) Platelet aku pun sudah kembali ke aras normal. Nafsu makanku sudah kembali seperti biasa. cuma aku masih lagi tidak boleh untuk makan yang keras2. Lembut2 je. Doktor cakap, saluran makanan aku, mungkin luka-luka disebabkan aku kerap muntah2 semasa aku demam dulu. So, doktor bagi ubat untuk pulihkan saluran pemakananku.

Ibuku, menyuruhku, minum ubat HEALIN untuk mempercepatkan lagi proses penyembuhan. Ternyata, produk ini berjaya. Aku recover lebih cepat dari yang doktor dan akus endiri jangkakan. HEALIN adalah product dari gamat. Kalo nak tahu, apa rahsianya....sila saksikan di TV3 jam 730 malam setiap khamis.

HEALIN

Rabu depan, aku ada interview session. Aku akan kembali ke Kuala Lumpur hari isnin depan. Harap2, kali ini, aku berjaya mendapat pekerjaan yang elok.

2 comments:

Kimie Çàrrerà said...

kellles pkai gamat healin, lepas tgk citer kt tv3 itue, parents ai pun beli gak healin tu sebotol utk famili ... kekekekeke

sgt meriah akak pengacara ituew~~!!!

izzu said...

yes, gamat healin tu sgt bagus untuk kesihatan. disebabkan teratak buruk kat segmabut ni, tade peti sejuk...terpaksala tinggal healin tu kat umah...takleh nak makan ubat helain lagi....aku suka rasa dia, sedap!!!!