Monday, January 29, 2007

HIKAYAT DI KAMPUNG HALAMAN

Katil tempatku beradu. Berselerak....malas nak kemas

Hari ini merupakan hari terakhir aku akan berada di rumah, di Kota Bharu. Demamku telah pun kebah. Aku telah kembali sihat seperti biasa. Tambahan pula, aku ada sesi temuduga, Rabu ini. Nak tak nak, aku terpaksa juga kembali ke ibu kota lebih awal. Ikutkan hati aku, aku ingin berehat lebih lama di rumah. Ayahku ada menyarankan agar aku, tinggal di rumah sampailah ibuku kembali dari Brunei. Bermakna, lagi 2 minggu aku perlu tinggal di rumah. Tapi, misiku masih lagi belum tercapai; mencari kerja secepat mungkin. Jadi, aku harus kembali ke ibu kota.


Ini rak majalah

Memang seronok berada di rumah. Hanya makan dan tidur je. Kalau bosan, tengok tv. Kalau bosan lagi, tengok Astro. Ye, sekarang....rumah aku dah ada Astro. Ayahku membeli Astro sebagai hadiah hari jadi untuk dirinya sendiri, bulan lepas. Katanya, tade orang nak bagi hadiah...jadi dia beli hadiah untuk dirinya sendiri. Aku berasa serba salah. Nak buat camne, aku pun tade budget. Hanya ucapan "Selamat Hari Jadi" yang mampu aku beri. Jadi, aku kena kerja cepat2 agar aku dapat membelikan hadiah untuk ayahkn untuk sambutan hari jadinya pada tahun ini. Mujurlah, ulangtahunnya jatuh pada setiap hari Krismas. Jadi, masa masih panjang.

Ini almari baju aku serta rak majalah dan rak perfume

Tapi, aku bukanla semata-mata makan, tidur dan tengok tv sahaja ketika berada di rumah. Aku menolong ayahku, membereskan kerja-kerja rumah. Memang bosan duduk di rumah tanpa berbuat apa-apa. Ayahku sudah pergi bekerja seawal pagi....aku masih lagi tidur. Bangun saja dari tidur, lebih kurang jam 9 pagi....aku akan basuh baju (guna washing machine la). Lepas tu, sapu halaman rumah. Kemudian, siram pokok bunga. Selepas tu, aku akan mandi dan bersiap untuk beli suratkhabar.


Ini PC aku diletakkan di atas meja tulis

Aku rehat jap, sambil baca surathabar sebelum aku mula masak makanan tengahari. Masak simple2 je. Biasanya, ayah aku sudah makan di tempat kerjanya. Jadi, aku masak...aku makan sendiri. Lepas masak, aku akan sapu-sapu sikit dalam rumah dan masak air. Bila dah beres semuanya...apalagi, lepak depan tv la. Sambil sambung baca paper. Aku tak tengok pun tv tu sebabnya aku akan tertidur tengahari. Sedar2 je ayahku sudah pulang dari kerja.

Tempat sidai tuala dan sejadah. Berselerak jugak.....

Aku akan sembahyang dan makan tengahari sebelum baca Harian Metro yang ayahku beli. Masa pagi tadi, aku beli paper Utusan Malaysia. Kalau di ibu kota, aku hanya beli The Star. Murah dan tebal dan banyak info-info pasal kerja kosong. Paper lain, aku tak beli pun. tapi, bila baca je paper...mata mula mengantuk kembali. Apalagi, tidur lagi sekali. Bila bangun je, dah jam 5 petang. Masa yang sesuai untuk tengok tv. Terus aku tune to TV9. Sebab banyak kartun dan non-stop. Start dari jam 3 sampailah jam 6 petang. Kartun yang paling aku suka, sudah pasti Spongebob Square Pant. Comel dan kelakar. AKu jadi minat ngan Spongebob, selepas kawanku zalina promote citer kartun tu.

Aku posing depan rak majalah dan rak perfume

Lepas tu, aku akan sembahyang sebelum aku akan angkat kain di sidaian. Kemudian, aku akan start siram pokok bunga. Ibuku pesan, pokok bunga harus disiram dua kali sehari, pagi dan petang. Sepanjang ketiadaannya, akulah yang kena mengambilalih tugas itu. Selesai, aku akan masuk mandi dan bersedia untuk sembahyang maghrib.

Nak posing manja, boleh tak ?

Jam 8 malam je, aku akan tune to TV3 untuk Buletin Utama. Penting tengok berita untuk mengetahui hal-hal semasa. Yelah, kartun tengok....berita pun nak kena tengok jugak. Sambil2 tengok berita, aku akan melipat kain yang diangkat tadi. Sebelum tu, aku akan panaskan lauk dan nasi tengahari tadi untuk makan malam. Kena pastikan nasi cukup. Bimbang takut tak cukup kalau ayahku ingin makan nanti. tapi, biasanya dia tak makan sangat nasi, waktu malam. Roti dan biskut sudah memadai.

Saat rambutku masih ada.....

Lepas sembahyang isyak, aku akan sambung tengok tv. Tonton mana-mana movie yang menarik. Jam 12 aku dah masuk tidur kerana mata sudahpun mulai layu. Semenjak aku di rumah ni, mataku sangat cepat mengantuk. Kalau di ibu kota, jam 12 masih lagi awal. Mata masih lagi gagah untuk celik. Itulah rutin harianku sepanjang aku berada di rumah. Kalau aku bosan, aku akan drive kereta dan jalan-jalan di sekitar Kota Bharu dan sudah pasti aku akan singgah di cyber cafe untuk check email-email penting sambil update blog tersayang ni.


Dah tade rambut.....

Sebelum aku kembali ke ibu kota esok malam, banyak perkara ingin aku buat. Ibuku, pesan untuk cuci kereta dan akan aku lakukan pada esok hari. Aku juga ingin menghantar resume dan salinan sijil2 kepada company Katong seperti yang disarankan olehnya. Aku juga perlulah packing agar tiada barang-barang yang lupa untuk dibawa.


Rasa aneh tade rambut....

Rambut ? Ye, aku baru saja gunting rambut semalam. Seperti yang disarankan oleh Awie dan Acai, aku potong rambutku pendek tapi bukan botak. Lebih-lebih lagi, aku ada sesi temuduga. Sesuailah dengan imej rambut pendek. Aku pun rimas dengan rambut yang panjang. Tapi, ini bukan tiru Mawi. Ini style sendiri. Hahahaha, nampak kelakar apabila berambut sebegini. Inilah pertama kali, aku gunting rambutku sependek ini. Nampak macho pulak :)

1st time rambut camni, sedih la.....

Panjang pulak rasanya. Yelah, nak lepas gian. Lepas ni, dah tak boleh nak tulis panjang2 macam ni. Internet connection tade. PC pun tade di rumah sewa di ibu kota sana. Sementelahan aku berada di rumah dan punyai PC sendiri, aku bisa menaip panjang berjela-jela. Aku ingin bawa PC ku ke ibu kota tapi aku malas nak angkut dengan bas. Nak bawak guna kereta, ayahku masih tidak membenarkan aku membawa kereta ke ibu kota. Selagi belum dapat kerja tetap dan confirm aku dapat kerja, selagi itulah dia takkan benarkan aku membawa kereta. Katanya, mana nak bagi kereta "makan" sedangkan diri sendiri pun makan bercatu. :)

Tapi aku tetap menten happy, tersenyum lebar tu....

So, inilah imej terbaruku. Aku rasa, imej ni akan bertahan lebih dari 6 bulan. Ini kerana, rambutku amat lambat untuk memanjang. Here I am, with new image. Aku rasa macam....nampak kurus sedikit. Ceh, perasan.....

8 comments:

not available said...

meriah bapak u kn? ai sgt tak paham kenapa bapak2 suke belikan hadiah utk diri sendri .. kekekeke... cam sesuatu kn? *lariiiiikkk

anyway, gudluck utk interbiu bagai .. haa uols, ai ade saranan ..

skang kn 1st uols berwajah baru .. ape lagi nok, TEST MARKET skang!!! kan lebih macho katanya ... harus ....

shandye. said...

haha... clean shave!!! cuter though!!!

selamat for the interview...

i noe... u can do it...

gom izzu!!!

marisa said...

oooowwwwhhhhh MYYYYY GGGOOOOOODDDDDDDDDDDDDDDD!!!! (rahang bawah aku terjatuh sampai lantai!)..WhhaaaatttaaaaFFffFFFf

izzu said...

to shai : hehehe, itu i tak tau...i pun suka jugak beli hadiah utk diri sendiri...hehehe.....test market ? harusla akan dicuba sebentar lagi

to shandye : cuter ke ? ahahaha, saya tau saya tak cute tapi saya handsome....hehehe....tq for the wish, i'll try my best

to zetty : jangan terkejut ye...ini image baru, baru rasa ringan kepala ni

Anonymous said...

haa..kan aku dah kata kalau kau botak elok? nampak la macam manusia sket skang ni..ops... jgn tarik rambut ai~~

izzu said...

hanjing sohnen. itu puji ke hapa ? pujian berunsur sindiran tak diterima....wutever reason, i rasa febeles jugak :P

james_ said...

wahhhh.. gethooo.. makin melets bila kepala ala2 botak!! nyum2!!

izzu said...

nyum2 tapi, tak dpt2 lagi org nak dinyum2kan...kalo ada pun, semua for lust tade nak yg steady :(