Wednesday, July 18, 2007

HAPPY BIRTHDAY TO ME - 25 YEARS OLD NOW

Huhuhuhuhu.....sedihnya. Tahun ni, takleh celebrate birthday. Aku pun tak ingat, hari ni birthday aku. Bila kat offshore ni, memang tak bother pun pasal hari atau tarikh. Lebih2 lagi, kat atas kapal di tengah laut ni....semuanya nampak sama je.


Kalo tak kerana, OIM (Operation Installation Manager) wish aku birthday, memang aku dah lupa langsung. Sebenarnya, aku buat-buat lupa. Sebab aku tau, kat atas kapal ni, takleh nak celebrate semeriah macam kat darat.


Mujurla, sebelum aku ke offshore....aku ngan hosmet aku, AZ buat pre-celebration. Malam khamis, aku beli barang2 sikit dan kitorg berdua, masak2. Sebenarnya, Az sorang je yang masak sebab aku malas. Rasa down sikit, sebab takleh nak celebrate birthday. Baru je plan, nak beli kek kat secret recipe. Tetiba, boss suruh gi offshore. Terpaksala pergi kan. Apa pun work comes first kan. Nak buat camne. So, makan2 la kitorg berdua je. Okla tu, dari tade langsung. 2 orang pun ok. Mujurla, aku ada hosmet yang baik. Tade hadiah, tade kad pun takpe. Yang penting ada celebration, ada makan2 pun dah ok. :)


Tapi, sebak gakla. Patutnya, hari ni leh buat celebration tapi tercampak kat tgh laut ni. Takpela, aku celebrate ngan ikan-ikan, mesin-mesin dan juga crude oil. Dan, part yang paling best...aku ada giant candle. Flare stack jadi aku nyer candle utk birthday aku. Bukan senang, nak dpt giant candle yang setinggi bangunan 9, 10 tingkat jadi candle birthday. Nampaknya, lepas ni....aku nak gi area turret, nak melara sorang-sorang kat situ. Layan feeling sambil ditiup angin sepoi-sepoi bahasa. Then, nyanyi lagu birthday untuk diri sendiri.


Dahla, takleh bawak handphone. Kalo tak, sure dapat wish birthday. Kalo tak dapat banyak, satu pun cukup. Mesti lagi sweet, kalo dapat wish dari my sweetheart. But, aku tade kapel lagi. I'm damn single!!! Jadi, tadela...wish dari my sweetheart. Tapi, kalo ada kapel....lps tu, kapel aku pulak, leh ikut aku ke kapala ni...sure best giler. Leh layan romantik, jiwang2, feeling kat kat aft deck. Lepas tu, buat scene macam filem Titanic. Berdiri kat hujung kapal, sambil aku memeluk dia dari belakang dan buat aksi macam nak terbang. Mesti romantik. Tapi, semua tu angan-angan je la. Sebab, takkan aku nak buat camtu kat sini, sorang-sorang. Nanti, orang ingat aku gila pula. Silap-silap, jatuh dalam laut.


Tapi, takpela. Nak buat camne kan. I'm damn single with no birthday party to celebrate. Baik aku truskan buat kerja aku. Buat inspection kat cargo tank, ada gak faedahnya. Lagipun, ABS Surveyor datang ari ni nak buat survey. So, kalo aku join diorang....masuk cargo tank yang lagi panas dari sauna tu...sure aku leh lupakan pasal birthday thing ni.


Nak balik ke darat, 28 July ni. Tu pun, kalo dapat balik. Kalo boss suruh stay sampai 4 August, mau menangis aku kat sini. Takpela, pasrah je la. Lagipun, aku yang nak kerja ni. So, kenalah hadapi cabaran-cabarannya. Balik KL ni, aku nak balas dendam. Aku nak beli sebijik kek secret recipe, lepas tu makan sorang-sorang. Biar puas hati aku.


Lupa pulak, hosmet takleh dilupakan. Beli kek, makan berdua la. Eh, lupa pulak....kawan-kawan yang lain. Kalo korang terbaca coretan merepek aku tulis ni, nanti jemputlah ke rumah, bila aku dah kembali ke KL nanti. Kita makan kek secret recipe sama-sama ye. I taknak hadiah atau apa2 (nak bagi takpe, satu besen saya tadahkan). Cukupla sekadar wish dan kehadiran kamu. Sudah cukup menggembirakan.


Anyway, HAPPY BIRTHDAY TO ME !!!! 18th JULY 2007

4 comments:

Anonymous said...

xpe la yuols... uols tgk flare chimny uols sekarang.. biar ai nyanyikan lagu besday utk uols.. ok tak ala ala celebrate dr jarak jauh~!!matila telephatic!! apa apa pun.. happy besday dearie...**matila datin dairies..

-datin anastasial-

lelaki melayu said...

happy birthday to youuuu... hiks! sihat-sihat selalu....

Anonymous said...

happy bday kerk siana!!!
bile dh 25 ni, dh dikira artis veteran

izzu said...

tq to the wisher :)