Friday, March 21, 2008

BACK FROM OFFSHORE

Cara-cara untuk menghilangkan penat selepas outstation ialah dengan meluangkan masa bersama diri sendiri sambil ditemani oleh handphone berkamera. Go baby!!!! Snap your pictures!!!! Give me some hot poses!!!! (Mampu ke nak bagi hot pose?) Whatever, asalkan I happy dengan diri sendiri di dalam dunia I sendiri. :)








Monday, March 10, 2008

WEDDING AT SUBANG COUNTRY GOLF CLUB

Last weekend, aku join Sasa dan Apau ke kenduri kawen opismate Sasa. The wedding kat Subang country golf club. Kalau aku tak salah alamat lah. Sebab aku tak kenal pun opismate Sasa ni. Saja menggatal nak ikut Sasa ke wedding ni. Aku memang suka gi kenduri kawen ni. Dapat makan2, dapat kumpul bunga telur dan juga dapat usha orang. Cuma satu je yang aku tak suka apabila ditanyakan soalan; "Bila nak kawen?" Terus jadi turned off dan on da spot gak rasa nak blah dari wedding tu. Dat's why aku suka gi kenduri kawen orang-orang yang aku tak kenal sebab aku takkan ditanya soalan2 sebegitu. Kalo kenduri kawen sanak sedara ni, letihla nak menjawab soalan2 camtu. Busy body sangat.

Tarikh wedding ni, seperti tertera di gambar-gambar yang aku ambil. Kitorang pergi bertiga je. Aku dan Apau tunggu Sasa di LRT Kerinchi. Tapi sebaliknya, diorang berdua yang aku tunggu di situ sebab aku sampai lambat. Yelah, letih semalamnya belum hilang lagi. Nak tahu kenapa letih ? Sila rujuk entry sebelum entry ni. Tak tido malam aku. Tido kejap je. Hanya untuk recharge for another round. Tu pun, tak lena sangat. Baru je nak terlena dah nak kena start round baru. Last2, sambil pejam mata pun jadi sebab ngantuk sangat. Mata menten tutup tapi badan tetap gigih bergerak memberi reaksi. Esoknya, terpaksa pakai kemeja lengan panjang dengan kolar dimestikan naik ke atas sebab nak tutup leher. Nak pakai baju turtleneck, apa pulak orang cakap nanti. Tengahari buta pakai turtleneck. Dahla attend wedding, tak sesuai langsung. Oops, dah lari topik pulak. Ok, back to da story.



BUNGA TELUR UNTUK LELAKI; SCENTED CANDLE

Tapi, hari tu memang panas pun. Aku yang mudah berpeluh ni, memang basah la belakang baju aku. |Mujurlah kereta Sasa aircond full blast. Kalo naik kereta Acai, haramlah nak aircond full blast. Kalo boleh, seminima mungkin level aircond tu. Rasa lite-lite je aircond tu. Macam nak taknak kuar je. Memang economically saved.

Sampai kat wedding tu, terus bertegur sapa ngan ibu bapa pengantin dan langsung dijemput makan. Tak tunggu2 dah. Lagipun, memang datang untuk makan. Masa ni, pengantin tak sampai lagi. So, kitorang melantak dulu. Makanannya memang nampak sedap. Habislah diet aku. Tapi disebabkan menjaga hati tuan rumah, aku makan jugak sikit. Yang penting aku tak amik langsung nasi. Aku hanya amik 2 ketul kari daging, sepotong sambal sotong, separuh senduk acar dan dua ketul ayam goreng berempah bahagian dada. Cukuplah setakat nak rasa. Aku tertunggu-tunggu gak kalau2 Sasa dan Apau komen aku ambik banyak makanan. Diorang komen je, kompem aku akan letak balik. Mujurlah tade. So, kitorang amik satu meja dan makanlah bertiga. Atas meja, ada puding ngan kuih koci. Kuih koci tu sangat sedap. Aku memang teringin nak makan lebih dari satu. Tapi bila fikir, kuih koci tu mengggemukkan terus aku tak jadi amik lebih. Tapi, puding tu sedap sangat. Aku dah termakan sampai dua cup.


IN THE TOILET

Then, kawan-kawan satu opis ngan Sasa pun datang dan join meja kitorang. Tunang kawan Sasa, seriously gorgeous pada pandangan mata aku. Dahla duduk depan aku. Aku tak dapat tahan dari asyik tengok muka dia je. Aku terpaksalah berpura-pura tengok ke depan walaupun sebenarnya aku dok stare kat muka dia je. Aku tak tahulah, tunang dia perasan ke tak. Nak je aku snap gambar dia tapi aku segan. Nampak obvious sangat nanti. Kalo aku ni Syai, dah lama amik gambar dia dari pelbagai angle. Kan, Syai ? Ko memang pakar bab-bab amik gambar curi ni kan.

Bila dia senyum, nampak sweet sangat. Mujurla dia tak duduk sebelah aku. Kalo dia duduk sebelah aku, kompem aku dah interview dia dan borak2 ngan dia dan mintak no phone. Hahaha, memang gila kan. Baru kenal, dah mintak no phone. Mujurlah aku tak buat semua tu. Thank God, I can restrained myself.


MAN, SMILE TO DA CAMERA

Tapi, aku still nak share story kat sini. Sehari sebelum wedding, aku kuar ngan Amy UM. Amy ni cikgu yang mengajar di Sarawak sana. Kitorang dah kenal lama. Masa zaman study lagi. Aku pun tak ingat camner aku kenal Amy. Tapi, kitorang kenal secara kawan atas kawan. Masa study dulu-dulu, aku ngan geng-geng aku (Acai & Katong) gigih turun ke KL setiap 2 minggu sekali. Lepas tu, aktiviti ni disertai sekali oleh Apau dan Daia. Kami menjadi kawan-kawan sepermainan di tempat belajar dan di KL. Kemudian, apabila group dah berkembang, barulah disertai oleh junior-junior yang lain seperti Chom, Huda, Leha. Tidak lupa juga kepada senior-senior yang begitu baik sekali yang turut serta aktiviti-aktiviti sebegini seperti Katak, Koyak, Lorea. Bila makin berkembang dan established, barulah timbul junior-junior lain seperti Syai, Deja, Puru, Edwell, Loma, Pisah, Peah dan Lela. Tidak lupa juga kepada senior-senior yang amat memberikan significant effects seperti Awie, Gabby, A'an, Bosh, Kiki, Kama serta super-super junior yang kehadirannya ada atau tade, sama sahaja. Tidak lupa juga kepada teman-teman wanita sejati seperti Sasa, Zalina, Jess, Aritha, Fira, Zetty yang sentiasa memeriahkan lagi keadaan. Eh, tetiba terpesong lagi. Ni, dah walking thru memory lane la plak.

Hi-lite yang aku nak cerita, masa aku naik lrt nak jumpa Amy Um tu, aku sempat berborak-borak ngan sorang budak dalam lrt tu. Mula-mula aku taknak tegur. Tapi, bila aku fikir, tak tahu lagi nak jumpa dia bila, aku terus dengan kompidennya tegur budak tu dan borak ngan dia. Sebelum dia turun ke stesen, aku sempat mintak no phone dia dan terus sms. Yes, dapat no phone. Aku pun tak pasti apa status dia. Yang penting, aku dapat no phone dia. Kalo dia bukan sama line, takpelah. Jadi je kawan. Kalo dia sama line, hmmm...tahu-tahu jelah apa kan berlaku selepas itu. Akan dibuat pertemuan susulan dan terus ajak datang ke rumah untuk berkenalan dengan lebih mesra. Takpun, aku ke rumahnya. Tapi, budak tu muda lagi. Masih lagi belajar. Aku tak berapa minat sangat budak-budak hingusan ni. Maksud aku, kalo dia muda sangat dari aku, aku jadi kurang minat. Tapi, kalo tak pikir guna kepala otak, guna kepala lain...aku bantai jugak. Hahaha.

Motif cerita ni, kita sentiasa kena rasa kompiden. Diterima atau direject adalah perkara kedua. Dan, kalo terjumpa dengan orang kita suka dan minat serta menarik dipandangan mata, terus mulakan 1st step. Jangan tertunggu-tunggu dan berharap orang tu mulakan dulu. Peluang hanya datang sekali. Tak tahu bila kita akan berjumpa lagi dengan orang yang kita minati tu. Tak cukup dengan sekadar ambik gambar curi dan simpan dalam phone dan berangan malam-malam. Kita mesti mintak no phone dia. At least, kita sudah berjaya membina satu jambatan komunikasi antara kita dengan orang berkenaan. Status orang berkenaan, cerita lain. Yang penting, kita dapat connection dulu. Lari topik lagi. Back to da story


MEJA MAKAN BERADAP UNTUK PENGANTIN

Tunggu punya tunggu, akhirnya pengantin datang dan masuk dewan. Terus dimulakan upacara makan beradap. Sepanjang majlis ni, ada satu team yang dok main lagu-lagu dan menyanyi lagu-lagu lama di tepi dewan. Suara sedap la jugak. Tapi, aku tetap terasa aku nak rampas mikrofon pompuan tu, dan perform atas stage. Lagu-lagu pilihannya, semuanya membosankan. Sasa, kalo ko nak kawen nanti, sila jemput aku untuk menyanyi dia majlis perkahwinan kau. Aku sanggup nyanyi free. Yang penting dapat perform. Mana tahu, kot2 lepas tu dapat undangan tempat lain pulak.

Aku tak fokus sangat pada pengantin. Ala, mana-mana wedding malay couple ni, ritualnya sama je. Lainlah, masa aku kat Sabah dulu. Wedding diorang best gila. Ada karaoke, pastu menari sumazau. Itu tak kira lagi pakcik dan makcik yang dah mabuk, menari macam orang sasau. Lawak gila. Enjoy gila aku time tu. Bukan aku enjoy yang part mabuk tu. (aku tak minum, ok) Tapi, aku enjoy dengan environment wedding tu. Happy sangat. First time aku join wedding orang kadazan. Terima kasih kepada Azwan dan Sha, bawak aku ke wedding. I miss you a lot, my friends. Bilalah agaknya aku nak ke Kota Kinabalu lagi, jumpa korang.



AT THE CENTER OF WEDDING HALL

Tapi, aku dan Apau lebih fokus kepada mereka yang hadir ke wedding ni. Wow!!!! Banyak yang menarik. Banyak sangat makhluk yang sexy. Apau dah start buat gaya sebelah tangan menutup separuh bibir dan menggelepar. Menandakan, memang banyak gorgeous living creatures. Dat's why aku suka ke kenduri kawen. Sebab utama, nak usha orang. Mana tahu, kot2 ada yang sangkut. Bolehla aku sendiri yang buat wedding pulak. Then, kawan-kawan Sasa ni pulak, banyak yang hot-hot. So, orang yang attend wedding ni pun, banyak yang hot-hot gak. Aku dah dapat detect 4,5 orang yang boleh makan. Regardless, diorang dah kawen atau belum. Yang penting dapat jadi partner. Bunyinya, macam aku ni desperate sangat kan ? Maybe la kot, aku desperate. Letih dah hidup sorang. STOP!!! Dont wanna talk about dat this time. Ok, reverse....

Lepas tengok pengantin dah dok atas pelamin, kitorang pun blah dari majlis tu. Terus balik umah. Penatlah. Semalam tak cukup tido, jadi aku dah tertido dalam kereta sampaai aku tak perasan dah sampai ke lrt Kerinchi. Sasa dropped aku ngan Apau kat situ. Masa ni, aku dah tak kisah pasal kolar baju lagi. Aku dah lipat kolar baju aku ke bawah. Biarlah orang nampak. Biarlah orang nak cakap apa. Aku malas nak amik peduli. Yang penting, aku nak cepat-cepat sampai umah dan tido.

Apau, jangan lupa bagi gambar wedding dalam kamera kau tu. Aku nak upload gambar kita bertiga di blog aku ni.

LOVE BITES OR LUST BITES ?

Siapakah empunya badan yang memiliki kesan lebam2 di leher dan dada ? Saya pun tak tahu siapa dia. Nampaknya, tuan punya badan kenalah sentiasa pakai baju berkolar sehinggalah hilang kesan gigitan-gigitan itu.


Inilah akibatnya jika tidak beringat sebelum kena. Bila dah terhantuk, barulah nak terngadah. Hendaklah sentiasa berhati-hati di dalam sesuatu tindakan yang diambil. Apabila tidak lagi menggunakan pemikiran yang rasional dan hanya menurut rasa, pasti inilah yang akan terjadi. Bukan saja sekali, malah ini merupakan pusingan kedua terkena kesan lebam2 ini. Pusingan pertama, baru je hilang. Dah termasuk pusingan kedua.


Tapi, walaupun begitu...empunya badan tetap berbuat seperti biasa bagaikan tiada apa yang berlaku. Apa yang bermain di fikirannya, hanya dia yang tahu. Sentiasa terlihat, yang empunya badan tersenyum simpul sendirian. Mungkinkah akan ada, kesan-kesan sebegini untuk pusingan ketiga ? Bilakah agaknya pusingan ketiga ? Mungkin selepas tanda-tanda ini hilang atau pun tanpa perlu menunggu ianya hilang, pusingan ketiga tetap diteruskan. Nampaknya, gigitan-gigitan itu akan bertambah banyak. Kenalah empunya badan, pakai baju kemeja dan tali leher sentiasa, 24 jam

Monday, March 03, 2008

MY NEW ROUTINE UNTIL APRIL : PART TIME CLASS - SAFETY AND HEALTH OFFICER

Sekarang ni, aku bagaikan bekerja 7 hari seminggu. Monday to Friday, 830am to 530pm, aku kena datang opis. Then, Saturday and Sunday, 830am to 600pm, aku kena ke NIOSH, Bangi untuk class part time aku ni. Lagipun, class ni memang aku yang request ngan boss dan boss approved. Pilihan aku sendiri. So, aku kena kuatkan hati dan tabahkan semangat. Ini semua untuk kebaikan aku gak di masa depan nanti. Untuk career progression aku gak.


TENGAH TAKE 5 MINUTES BREAK

Almost 2 bulan aku dalam class ni. Dah complete 2 module pun. Starting last Sunday, dah masuk module 3. Thank God, module 2 dah habis. Module 2 is basically about law and lesgislation. Pening kepala baca akta-akta ni. Tapi, kalo nak jadi safety and health officer yang bagus, all the OSHA dan FMA law, sepatutnya semua ada dalam kepala. Just at your fingertips. So, tinggal lagi dua module. Module 3 and Module 4. Target abis class, by mid of April. So, dah tak lama. Then kena study dan prepare for exam.

STANDING AT THE FRONT DOOR OF NIOSH

Then, I can have back my own sweet weekend and my happening Friday night. Although I pergi class ni every weekend, I still cant let go my night life. As a result, always late to the class and easily fall asleep in da class. All of my classmate, marked me as a "kaki tido" and using me as a benchmark. They said, if I tak tido langsung masa class, maknanya the lecturer/presenter is very good. If not, I will fall asleep easily throughout da class. Dah jadi macam tu la pulak. Keji betul diorang ni. But I cannot help it. Kalo lecturer tu membosankan, sapa-sapa pun akan jadi bosan dan lastly, mula buat gaya berzikir. Tersengguk-sengguk. Kalo lecturer tu best, pandai tarik attention student, a lil bit injection of humour sense, of coz the class tak bosan. Ini class dewasa. Bukan class untuk budak-budak sekolah atau pun student universiti. So, approach tu lain. Must know how to handle the adult in matured way.


REGISTRATION COUNTER


But, all the trainer/lecturer/presenter are very good. Semuanya knowledgeable. Memang tak rugi aku amik class ni. So, aku cuba berazam untuk fokus dalam class ni. Lupkan sekejap night life. Abis class, leh sambung balik kan. Aku dah tak larat. Time weekend siang, aku ke kelas. Bila time malam weekend, aku buat aktiviti night life aku. Exhausted sangat. Tapi, aku enjoy life aku. Cuma sekarang ni, mulai minggu depan, aku akan tahankan diri aku untuk tidak menghadiri apa-apa aktiviti malam selepas jam 12 tgh malam, selagi class safety and health officer aku ni belum tamat. Tapi, still ada pengecualian. Sekiranya, ada event-event tertentu yang membuatkan aku akan rasa menyesal jika tak pergi....so, aku akan membenarkan diri aku sendiri, join the event. Mana boleh lepaskan peluang keemasan ini.


AWAY DAY AT IMPIANA CHERATING

Aku pergi ke Cherating selama 2 hari yang bermula pada 28hb Februari hinggalah 29hb Februari. Gi Cherating ni sebab nak buat away day dan discuss pasal job hazard analysis for each jobs which are going to be carried out in our next shutdown. The plant shutdown, is expected to be held on 9th or 10th March after the offtake activity. Aku ke away day ni pun, sebagai HSE representative dan kena buat presentation pasal safety. Yelah, apa2 kerja pun mesti kena utamakan safety kan. So, nak kena selalu mengingatkan mereka yang terlibat pasal safety awareness.

DALAM MEETING ROOM

HSE Rep ada dua orang. Aku dan sorg colleague pompuan aku. So, kitorg berdua jaga part safety la. Dan ada lagi sorg yang jaga part Quality. Event ni, diadakan untuk our side have a discussion session with our client and also our vendor. Plan shutdown ni bukannya senang. Leceh. Banyak benda nak kena prepare and it is always involve with managing time, people, workload, cost and also documentation.

AT THE POOL SIDE

Lepas tu, nak cari date yang sesuai pun, satu hal jugak. Dahla plant shutdown ni almost clashes with scheduled offtake. Pening project manager aku nak cari date yang sesuai. Tak kira lagi, client nyer rig yang selalu sangat delayed. Kiranya, plant shutdown kali ni bergantung dengan the availabity of da rig dan juga scheduled offtake. Kalo semuanya dapat arrange ngan bagus, everything will go smoothly. Aku percaya, project manager aku dapat buat semua tu. Lagipun, ini bukan da first shutdown. For me, this is my first shutdown. Rugi betul tak dapat naik offshore masa shutdown. Kalo tak, sure dapat belajar banyak benda masa shutdown tu.

AT THE ENTRANCE TO THE LOBBY

Best jugakla dok kat Impiana Cherating ni. Aku share bilik ngan safety officer. Tapi, disebabkan umah dia dekat sangat ngan hotel, so dia tak overnite kat bilik. Dia tido kat umah. Dia kata, tengok bini lagi best dari tengok muka aku. Sah-sahla, sebab tu bini ko. Aku bukan bini ko. Aku pun taknak. Tapi safety officer ni, best sebab friendly dan suka discuss ngan aku dan banyak ajar aku pasal safety. So, the room is only for me. Malam tu, apa lagi. Guling-guling kat dua-dua katil dan pasang tv kuat-kuat. Aku layan kartun je malam tu. Tengok Nickolodeon channel. Tengok spongebob squarepants. Aku suka gila kartun tu. Comel. Aku ada satu bantal spongebob. Nanti, nak beli lagi bantal spongebob.


STILL AT THE ENTRANCE TO THE LOBBY

Jumaat tengahari, event abis. So, kitorg pun balik semula ke KL. Aku tumpang kereta colleague aku. Satu kereta masuk 4 orang, 2 dari HSE, 1 dr Quality dan 1 dr Production. Yang tuan empunya kereta adalah process engineer. So, kami berempat meluncur dengan Satria NEO tu. Kami singgah dulu ke Kemaman Supply Base (KSB) sebab ada benda nak kena hantar ke offshore. After finished the deal, kitorg sambung perjalanan. Kalo datang ke area pantai timur ni, tak sah kalo tak bawak balik buah tangan. Keropok lekor tu, sudah pasti la kan. Setiap sorang borong RM10. Banyak tu, borong keropok lekor rebus. Tak kira lagi keropok keping tu. Kitorang singgah kat Geliga, Kemaman untuk borong keropok. Kalo korang ke sini, carilah keropok Cap Masjid. Sedap sangat. Totally rasa ikan. Ikan yang digunakan adalah ikan tamban. Bertambah-tambah aku makan. Habisla diet aku. Terpaksala lari sejam atas threadmill.


BAHULU PANDAN BENTUK IKAN

Selain borong keropok lekor rebus dan keropok keping, kami borong bahulu pulak. Colleague aku la yang promote. Dia kata ada kedai jual bahulu yang sedap. Rangup dan rapuh bahulunya. Apa orang cakap, melt in your mouth. So, kitorg pun carilah kedai tu. Aku agak terperanjat sebab harganya murah. Apa lagi, kami bertiga pun borong bahulu. Sorang beli 50 biji. Driver taknak beli sebab dia nak makan free je. So, aku beli la additional RM1 bahulu tu. Bila aku test, memang sedap. Lepas tu, mula la makan taknak stop. Mujurla aku teringat yang aku ni gemok, so aku makan dua biji je. Yang aku beli untuk bawak balik tu, aku belikan untuk hosmet aku. Nanti, tadela diorg ckp aku bawak balik tangan kosong.

BAHULU CERMAI

Nama kedai tu, Bahulu Seri Geliga. Korang kalo datang ke area Kemaman ni, jangan lupa singgah kedai ni. Memang berbaloi. Sedap pun sedap. Bagi promosi pulak kat kedai ni. Tapi, tak kisahla. Kalo makanannya sedap, memang kena citer kat orang ramai. Biar ramai-ramai datang kedai dia. Bila ramai orang beli, makin banyak untung dia dapat. Bila banyakn untung, kedai makin maju. Inilah caranya kita nak tolong eknomi bangsa kita sendiri. Kalo bukan kita yang tolong, sapa lagi kan ?


KEDAI BAHULU SERI GELIGA. BAHULUNYA SANGAT SEDAP

Kitorang sampai KL dah malam. Dalam jam 9 malam. Terima kasih kepada driver sebab hantar aku sampai ke pintu gate apartment aku. Tak payah aku nak naik lrt dengan mengangkut keropok-keropok ni. Senang sikit. Memang aku enjoy away day ni. Sambil bekerja sambil relaks. Betul-betul dapat tenangkan perasaan aku yang berkecamuk masa tu. Dah nak start masuk pasal lara-lara la pulak. OK, stop.

WINDOW SHOPPING AT PAVILION

No more entry layar lara. Now, I am back to my normal self. Malas nak pikir-pikir, buat pening kepala je.

After work Jumaat lepas, aku ngan KJ pergi jalan-jalan ke Pavilion. Katanya, KJ nak beli t-shirt dan nak beli cincin. Aku taknak beli apa-apa. Just teman KJ je. Dia shopping betul-betul dan aku window shopping. So, kitorg pusing-pusing la Pavilion tu. Dari bawah ke atas, dari atas ke bawah. Round semua level. Then, kitorg ternampak ada orang buat performance kat area eskalator. Diorang main muzik. Persembahan live lagi tu. So, kitorg tertarik dan terpikat, terus melepak kat bench dan layan lagu-lagu yang diorang main.

PERCUSSION PLAYER

Banyak jugak la lagu-lagu yang familiar yang diorang main. Mana yang ingat lirik, aku dan KJ sing along je. Takpun humming. Kalau tak tahu langsung, layan je la. Hangguk-hangguk kepala. Tapi, memang best la dioarng ni main. Aku suka betul lagu-lagu jazz ni. Soothing and make me feel rejuvenate.

PERSONNEL YANG MAIN SAKSOFON DAN GITAR.

Yang jadi lead dalam band ni, yang main saksofon tu. Sebab yang lain-lain macam jadi background music je. High-lite tetap kepada saksofon. Tapi, memang mengasyikkan bila dia main. Mendayu-dayu rasanya. Aku tak berganjak langsung dari bench tu. Mata pun tak berkedip coz I really enjoyed the music. Masa ni, KJ dah sibuk usha orang kiri kanan. Mata meliar je.

EH, KENAPA GAMBAR DIA SAMPAI DUA KALI UPLOAD.

Tengah-tengah syok aku dok amik gambar, mamat yang main percussion ni perasan la pulak. Elok-elok je aku snap gambar dia, mata dia terus stared kat my hp. Sorry, gambar blur sikit sebab tak berani nak gi snap dekat-dekat. Segan. Mujurla dia sporting. Lepas aku snap gambar dia, dia pun senyum je. So, apa lagi...aku pun snap gambar dia banyak-banyak. Well, he's good looking too. That's way ramai yang datang tengok band ni perform. Regardless male or female. But, that is not the main point. The main point is, diorang main memang best.

THE BAND

KJ dah bising-bising sebab dah dekat sejam kitorg dok kat bench tu tak gerak-gerak, tengok diorg perform. Padahal window shopping tak abis lagi ni. So, dengan hati yang berat...kami pun melangkah pergi. Lagu last, yang diorang main sebelum kitorg berangkat pergi adalah lagu Getaran Jiwa. Aku suka gila lagu P.Ramlee ni. Terus aku berangan, aku perform kat situ sambil diiringi oleh mereka berempat. Kalau ikutkan pemikiran gila aku, memang aku nak je berdiri kat tengah-tengah diorang dan terus nyanyi. Memang best kalo dapat perform ngan live band. Dah lama tak perform di khalayak ramai. Last sekali aku perform di khalayak ramai adalah pada tahun 2006 semasa aku internship di Sabah. Aku naik stage dan terus nyanyi. Tak pikir dua kali dah.

Saturday, March 01, 2008

STOP!!!!


Orang kata aku ni, jiwang karat. Maybe lah kot, aku ni jiwang karat. Tapi, aku rasa tadela sampai tahap camtu. Cuma aku rasa aku ni ada unsur-unsur romantik. Tapi, orang salah paham pulak. Cakap aku ni, pelik lah, aneh la.

Tapi, aku dah bosan nak jadi jiwang karat ni. Aku sendiri pun muntah baca previous entries aku. Apa kena ngan aku, aku pun tak tahu. Bosanlah, asyik cakap pasal cinta, relationship yang tak pernah ada kesudahannya. Korang pun, sure lagi bosan kan.

So, buat masa sekarang, aku dah taknak tulis apa-apa lagi entry pasal cinta ke, relationship ke, scandal ke atau apa-apa je yang berkaitan ngan perkara berkenaan. Harapan yang tak kesampaian je. Baik aku tulis pasal apa aku buat hari-hari and everything about me. Not about anyone else. Ada gak faedahnya.

Aku nak tutup buku pasal kisah-kisah jiwang. Sebab aku tau, memang tade berlaku benda-benda camtu kat aku. Angan-angan aku je, semua tu.

Kalo tahun lepas, azam 2007 aku untuk cari kerja tetap dan cari partner. Kerja tetap dah ada. Partner pulak, dah putus dalam bulan December 2007. Now, I am single again.

Tapi, tahun ni, aku taknak berazam apa-apa. Kalo ada, adalah. Kalo tade, buat hal sendiri jela.

Bosan, nanti aku update entry aku gi Cherating selama 2 hari pasal ada workshop kat sana. Better kan, aku citer pasal tu.