Monday, March 03, 2008

AWAY DAY AT IMPIANA CHERATING

Aku pergi ke Cherating selama 2 hari yang bermula pada 28hb Februari hinggalah 29hb Februari. Gi Cherating ni sebab nak buat away day dan discuss pasal job hazard analysis for each jobs which are going to be carried out in our next shutdown. The plant shutdown, is expected to be held on 9th or 10th March after the offtake activity. Aku ke away day ni pun, sebagai HSE representative dan kena buat presentation pasal safety. Yelah, apa2 kerja pun mesti kena utamakan safety kan. So, nak kena selalu mengingatkan mereka yang terlibat pasal safety awareness.

DALAM MEETING ROOM

HSE Rep ada dua orang. Aku dan sorg colleague pompuan aku. So, kitorg berdua jaga part safety la. Dan ada lagi sorg yang jaga part Quality. Event ni, diadakan untuk our side have a discussion session with our client and also our vendor. Plan shutdown ni bukannya senang. Leceh. Banyak benda nak kena prepare and it is always involve with managing time, people, workload, cost and also documentation.

AT THE POOL SIDE

Lepas tu, nak cari date yang sesuai pun, satu hal jugak. Dahla plant shutdown ni almost clashes with scheduled offtake. Pening project manager aku nak cari date yang sesuai. Tak kira lagi, client nyer rig yang selalu sangat delayed. Kiranya, plant shutdown kali ni bergantung dengan the availabity of da rig dan juga scheduled offtake. Kalo semuanya dapat arrange ngan bagus, everything will go smoothly. Aku percaya, project manager aku dapat buat semua tu. Lagipun, ini bukan da first shutdown. For me, this is my first shutdown. Rugi betul tak dapat naik offshore masa shutdown. Kalo tak, sure dapat belajar banyak benda masa shutdown tu.

AT THE ENTRANCE TO THE LOBBY

Best jugakla dok kat Impiana Cherating ni. Aku share bilik ngan safety officer. Tapi, disebabkan umah dia dekat sangat ngan hotel, so dia tak overnite kat bilik. Dia tido kat umah. Dia kata, tengok bini lagi best dari tengok muka aku. Sah-sahla, sebab tu bini ko. Aku bukan bini ko. Aku pun taknak. Tapi safety officer ni, best sebab friendly dan suka discuss ngan aku dan banyak ajar aku pasal safety. So, the room is only for me. Malam tu, apa lagi. Guling-guling kat dua-dua katil dan pasang tv kuat-kuat. Aku layan kartun je malam tu. Tengok Nickolodeon channel. Tengok spongebob squarepants. Aku suka gila kartun tu. Comel. Aku ada satu bantal spongebob. Nanti, nak beli lagi bantal spongebob.


STILL AT THE ENTRANCE TO THE LOBBY

Jumaat tengahari, event abis. So, kitorg pun balik semula ke KL. Aku tumpang kereta colleague aku. Satu kereta masuk 4 orang, 2 dari HSE, 1 dr Quality dan 1 dr Production. Yang tuan empunya kereta adalah process engineer. So, kami berempat meluncur dengan Satria NEO tu. Kami singgah dulu ke Kemaman Supply Base (KSB) sebab ada benda nak kena hantar ke offshore. After finished the deal, kitorg sambung perjalanan. Kalo datang ke area pantai timur ni, tak sah kalo tak bawak balik buah tangan. Keropok lekor tu, sudah pasti la kan. Setiap sorang borong RM10. Banyak tu, borong keropok lekor rebus. Tak kira lagi keropok keping tu. Kitorang singgah kat Geliga, Kemaman untuk borong keropok. Kalo korang ke sini, carilah keropok Cap Masjid. Sedap sangat. Totally rasa ikan. Ikan yang digunakan adalah ikan tamban. Bertambah-tambah aku makan. Habisla diet aku. Terpaksala lari sejam atas threadmill.


BAHULU PANDAN BENTUK IKAN

Selain borong keropok lekor rebus dan keropok keping, kami borong bahulu pulak. Colleague aku la yang promote. Dia kata ada kedai jual bahulu yang sedap. Rangup dan rapuh bahulunya. Apa orang cakap, melt in your mouth. So, kitorg pun carilah kedai tu. Aku agak terperanjat sebab harganya murah. Apa lagi, kami bertiga pun borong bahulu. Sorang beli 50 biji. Driver taknak beli sebab dia nak makan free je. So, aku beli la additional RM1 bahulu tu. Bila aku test, memang sedap. Lepas tu, mula la makan taknak stop. Mujurla aku teringat yang aku ni gemok, so aku makan dua biji je. Yang aku beli untuk bawak balik tu, aku belikan untuk hosmet aku. Nanti, tadela diorg ckp aku bawak balik tangan kosong.

BAHULU CERMAI

Nama kedai tu, Bahulu Seri Geliga. Korang kalo datang ke area Kemaman ni, jangan lupa singgah kedai ni. Memang berbaloi. Sedap pun sedap. Bagi promosi pulak kat kedai ni. Tapi, tak kisahla. Kalo makanannya sedap, memang kena citer kat orang ramai. Biar ramai-ramai datang kedai dia. Bila ramai orang beli, makin banyak untung dia dapat. Bila banyakn untung, kedai makin maju. Inilah caranya kita nak tolong eknomi bangsa kita sendiri. Kalo bukan kita yang tolong, sapa lagi kan ?


KEDAI BAHULU SERI GELIGA. BAHULUNYA SANGAT SEDAP

Kitorang sampai KL dah malam. Dalam jam 9 malam. Terima kasih kepada driver sebab hantar aku sampai ke pintu gate apartment aku. Tak payah aku nak naik lrt dengan mengangkut keropok-keropok ni. Senang sikit. Memang aku enjoy away day ni. Sambil bekerja sambil relaks. Betul-betul dapat tenangkan perasaan aku yang berkecamuk masa tu. Dah nak start masuk pasal lara-lara la pulak. OK, stop.

1 comment:

Anonymous said...

thanks bro..cz promoted bahulu mak/ayah sayer...really appreciated that!jangan lupa singgah lagi..^______^v