Monday, March 10, 2008

WEDDING AT SUBANG COUNTRY GOLF CLUB

Last weekend, aku join Sasa dan Apau ke kenduri kawen opismate Sasa. The wedding kat Subang country golf club. Kalau aku tak salah alamat lah. Sebab aku tak kenal pun opismate Sasa ni. Saja menggatal nak ikut Sasa ke wedding ni. Aku memang suka gi kenduri kawen ni. Dapat makan2, dapat kumpul bunga telur dan juga dapat usha orang. Cuma satu je yang aku tak suka apabila ditanyakan soalan; "Bila nak kawen?" Terus jadi turned off dan on da spot gak rasa nak blah dari wedding tu. Dat's why aku suka gi kenduri kawen orang-orang yang aku tak kenal sebab aku takkan ditanya soalan2 sebegitu. Kalo kenduri kawen sanak sedara ni, letihla nak menjawab soalan2 camtu. Busy body sangat.

Tarikh wedding ni, seperti tertera di gambar-gambar yang aku ambil. Kitorang pergi bertiga je. Aku dan Apau tunggu Sasa di LRT Kerinchi. Tapi sebaliknya, diorang berdua yang aku tunggu di situ sebab aku sampai lambat. Yelah, letih semalamnya belum hilang lagi. Nak tahu kenapa letih ? Sila rujuk entry sebelum entry ni. Tak tido malam aku. Tido kejap je. Hanya untuk recharge for another round. Tu pun, tak lena sangat. Baru je nak terlena dah nak kena start round baru. Last2, sambil pejam mata pun jadi sebab ngantuk sangat. Mata menten tutup tapi badan tetap gigih bergerak memberi reaksi. Esoknya, terpaksa pakai kemeja lengan panjang dengan kolar dimestikan naik ke atas sebab nak tutup leher. Nak pakai baju turtleneck, apa pulak orang cakap nanti. Tengahari buta pakai turtleneck. Dahla attend wedding, tak sesuai langsung. Oops, dah lari topik pulak. Ok, back to da story.



BUNGA TELUR UNTUK LELAKI; SCENTED CANDLE

Tapi, hari tu memang panas pun. Aku yang mudah berpeluh ni, memang basah la belakang baju aku. |Mujurlah kereta Sasa aircond full blast. Kalo naik kereta Acai, haramlah nak aircond full blast. Kalo boleh, seminima mungkin level aircond tu. Rasa lite-lite je aircond tu. Macam nak taknak kuar je. Memang economically saved.

Sampai kat wedding tu, terus bertegur sapa ngan ibu bapa pengantin dan langsung dijemput makan. Tak tunggu2 dah. Lagipun, memang datang untuk makan. Masa ni, pengantin tak sampai lagi. So, kitorang melantak dulu. Makanannya memang nampak sedap. Habislah diet aku. Tapi disebabkan menjaga hati tuan rumah, aku makan jugak sikit. Yang penting aku tak amik langsung nasi. Aku hanya amik 2 ketul kari daging, sepotong sambal sotong, separuh senduk acar dan dua ketul ayam goreng berempah bahagian dada. Cukuplah setakat nak rasa. Aku tertunggu-tunggu gak kalau2 Sasa dan Apau komen aku ambik banyak makanan. Diorang komen je, kompem aku akan letak balik. Mujurlah tade. So, kitorang amik satu meja dan makanlah bertiga. Atas meja, ada puding ngan kuih koci. Kuih koci tu sangat sedap. Aku memang teringin nak makan lebih dari satu. Tapi bila fikir, kuih koci tu mengggemukkan terus aku tak jadi amik lebih. Tapi, puding tu sedap sangat. Aku dah termakan sampai dua cup.


IN THE TOILET

Then, kawan-kawan satu opis ngan Sasa pun datang dan join meja kitorang. Tunang kawan Sasa, seriously gorgeous pada pandangan mata aku. Dahla duduk depan aku. Aku tak dapat tahan dari asyik tengok muka dia je. Aku terpaksalah berpura-pura tengok ke depan walaupun sebenarnya aku dok stare kat muka dia je. Aku tak tahulah, tunang dia perasan ke tak. Nak je aku snap gambar dia tapi aku segan. Nampak obvious sangat nanti. Kalo aku ni Syai, dah lama amik gambar dia dari pelbagai angle. Kan, Syai ? Ko memang pakar bab-bab amik gambar curi ni kan.

Bila dia senyum, nampak sweet sangat. Mujurla dia tak duduk sebelah aku. Kalo dia duduk sebelah aku, kompem aku dah interview dia dan borak2 ngan dia dan mintak no phone. Hahaha, memang gila kan. Baru kenal, dah mintak no phone. Mujurlah aku tak buat semua tu. Thank God, I can restrained myself.


MAN, SMILE TO DA CAMERA

Tapi, aku still nak share story kat sini. Sehari sebelum wedding, aku kuar ngan Amy UM. Amy ni cikgu yang mengajar di Sarawak sana. Kitorang dah kenal lama. Masa zaman study lagi. Aku pun tak ingat camner aku kenal Amy. Tapi, kitorang kenal secara kawan atas kawan. Masa study dulu-dulu, aku ngan geng-geng aku (Acai & Katong) gigih turun ke KL setiap 2 minggu sekali. Lepas tu, aktiviti ni disertai sekali oleh Apau dan Daia. Kami menjadi kawan-kawan sepermainan di tempat belajar dan di KL. Kemudian, apabila group dah berkembang, barulah disertai oleh junior-junior yang lain seperti Chom, Huda, Leha. Tidak lupa juga kepada senior-senior yang begitu baik sekali yang turut serta aktiviti-aktiviti sebegini seperti Katak, Koyak, Lorea. Bila makin berkembang dan established, barulah timbul junior-junior lain seperti Syai, Deja, Puru, Edwell, Loma, Pisah, Peah dan Lela. Tidak lupa juga kepada senior-senior yang amat memberikan significant effects seperti Awie, Gabby, A'an, Bosh, Kiki, Kama serta super-super junior yang kehadirannya ada atau tade, sama sahaja. Tidak lupa juga kepada teman-teman wanita sejati seperti Sasa, Zalina, Jess, Aritha, Fira, Zetty yang sentiasa memeriahkan lagi keadaan. Eh, tetiba terpesong lagi. Ni, dah walking thru memory lane la plak.

Hi-lite yang aku nak cerita, masa aku naik lrt nak jumpa Amy Um tu, aku sempat berborak-borak ngan sorang budak dalam lrt tu. Mula-mula aku taknak tegur. Tapi, bila aku fikir, tak tahu lagi nak jumpa dia bila, aku terus dengan kompidennya tegur budak tu dan borak ngan dia. Sebelum dia turun ke stesen, aku sempat mintak no phone dia dan terus sms. Yes, dapat no phone. Aku pun tak pasti apa status dia. Yang penting, aku dapat no phone dia. Kalo dia bukan sama line, takpelah. Jadi je kawan. Kalo dia sama line, hmmm...tahu-tahu jelah apa kan berlaku selepas itu. Akan dibuat pertemuan susulan dan terus ajak datang ke rumah untuk berkenalan dengan lebih mesra. Takpun, aku ke rumahnya. Tapi, budak tu muda lagi. Masih lagi belajar. Aku tak berapa minat sangat budak-budak hingusan ni. Maksud aku, kalo dia muda sangat dari aku, aku jadi kurang minat. Tapi, kalo tak pikir guna kepala otak, guna kepala lain...aku bantai jugak. Hahaha.

Motif cerita ni, kita sentiasa kena rasa kompiden. Diterima atau direject adalah perkara kedua. Dan, kalo terjumpa dengan orang kita suka dan minat serta menarik dipandangan mata, terus mulakan 1st step. Jangan tertunggu-tunggu dan berharap orang tu mulakan dulu. Peluang hanya datang sekali. Tak tahu bila kita akan berjumpa lagi dengan orang yang kita minati tu. Tak cukup dengan sekadar ambik gambar curi dan simpan dalam phone dan berangan malam-malam. Kita mesti mintak no phone dia. At least, kita sudah berjaya membina satu jambatan komunikasi antara kita dengan orang berkenaan. Status orang berkenaan, cerita lain. Yang penting, kita dapat connection dulu. Lari topik lagi. Back to da story


MEJA MAKAN BERADAP UNTUK PENGANTIN

Tunggu punya tunggu, akhirnya pengantin datang dan masuk dewan. Terus dimulakan upacara makan beradap. Sepanjang majlis ni, ada satu team yang dok main lagu-lagu dan menyanyi lagu-lagu lama di tepi dewan. Suara sedap la jugak. Tapi, aku tetap terasa aku nak rampas mikrofon pompuan tu, dan perform atas stage. Lagu-lagu pilihannya, semuanya membosankan. Sasa, kalo ko nak kawen nanti, sila jemput aku untuk menyanyi dia majlis perkahwinan kau. Aku sanggup nyanyi free. Yang penting dapat perform. Mana tahu, kot2 lepas tu dapat undangan tempat lain pulak.

Aku tak fokus sangat pada pengantin. Ala, mana-mana wedding malay couple ni, ritualnya sama je. Lainlah, masa aku kat Sabah dulu. Wedding diorang best gila. Ada karaoke, pastu menari sumazau. Itu tak kira lagi pakcik dan makcik yang dah mabuk, menari macam orang sasau. Lawak gila. Enjoy gila aku time tu. Bukan aku enjoy yang part mabuk tu. (aku tak minum, ok) Tapi, aku enjoy dengan environment wedding tu. Happy sangat. First time aku join wedding orang kadazan. Terima kasih kepada Azwan dan Sha, bawak aku ke wedding. I miss you a lot, my friends. Bilalah agaknya aku nak ke Kota Kinabalu lagi, jumpa korang.



AT THE CENTER OF WEDDING HALL

Tapi, aku dan Apau lebih fokus kepada mereka yang hadir ke wedding ni. Wow!!!! Banyak yang menarik. Banyak sangat makhluk yang sexy. Apau dah start buat gaya sebelah tangan menutup separuh bibir dan menggelepar. Menandakan, memang banyak gorgeous living creatures. Dat's why aku suka ke kenduri kawen. Sebab utama, nak usha orang. Mana tahu, kot2 ada yang sangkut. Bolehla aku sendiri yang buat wedding pulak. Then, kawan-kawan Sasa ni pulak, banyak yang hot-hot. So, orang yang attend wedding ni pun, banyak yang hot-hot gak. Aku dah dapat detect 4,5 orang yang boleh makan. Regardless, diorang dah kawen atau belum. Yang penting dapat jadi partner. Bunyinya, macam aku ni desperate sangat kan ? Maybe la kot, aku desperate. Letih dah hidup sorang. STOP!!! Dont wanna talk about dat this time. Ok, reverse....

Lepas tengok pengantin dah dok atas pelamin, kitorang pun blah dari majlis tu. Terus balik umah. Penatlah. Semalam tak cukup tido, jadi aku dah tertido dalam kereta sampaai aku tak perasan dah sampai ke lrt Kerinchi. Sasa dropped aku ngan Apau kat situ. Masa ni, aku dah tak kisah pasal kolar baju lagi. Aku dah lipat kolar baju aku ke bawah. Biarlah orang nampak. Biarlah orang nak cakap apa. Aku malas nak amik peduli. Yang penting, aku nak cepat-cepat sampai umah dan tido.

Apau, jangan lupa bagi gambar wedding dalam kamera kau tu. Aku nak upload gambar kita bertiga di blog aku ni.

No comments: