Saturday, May 31, 2008

KAWAN-KAWAN BARU

Pada 3 minggu lepas, kalo tak silap aku la, aku pun dah lupa...aku berkunjung ke tempat riadah (baca sebagai sawana) bersama Saifuddin. Pada hujung minggu berkenaan, Saifuddin memang sudah merancang untuk turun ke Kuala Lumpur bagi memenuhi tuntutan zahir dan batinnya. Jadi kami berdua telah merancang agenda untuk dilakukan bersama. Kebiasaannya begitulah. Jika dia ingin datang ke Kuala Lumpur, pastinya dia akan contact aku dulu kerana kami mempunyai motif yang sama untuk memenuhi kekosongan hujung minggu kami.

ATHA & AKU BARU NAK READY BERGAMBAR TAPI DAH KENA CANDID

Selepas segala perancangan diatur rapi dan setibanya Saifuddin di KL, kami terus ke tempat riadah. Masa itu emas. Jadi, setiap minit amatlah berharga. Tanpa membuang masa, kami terus masuk ke tempat riadah tanpa terlewat barang sesaat pun. Saifuddin sudah pasti amat teruja kerana, last trip nya ke tempat riadah adalah pada 2 minggu sebelumnya, kalo tak silap la. Kiranya, banyak aktiviti-aktiviti yang perlu dilakukan di tempat riadah agar tidak kempunan di kemudian hari. Agar ianya cukup sebagai bekal sementara menanti next trip nya.

ATHA & AKU DAH READY UNTUK BERGAMBAR

Apabila di sana, sudah pasti akan ada sesi beramah mesra. Tapi, biasanya akan dibuat apabila sudah bosan dan tak larat pusing satu tempat riadah tu. Then, aku terjumpa la ngan si Abaiey ni. Jadi, aku pun borak lama2 sama2. Kenal-kenal lah each other. Dalam masa yang sama kenal jugak si Atha ni. Untung datang ke tempat riadah ni, sebab dah dapat kawan baru. Dahla kepala gila-gila pulak tu. Memang seronok ngan diorang. Rupanya, diorang berdua datang dari Kluang, Johor. Saja jalan-jalan ke KL ni.


AKU & ABAIEY DALAM KERETA ABAIEY

Jadi, malam yang sama gak, aku dan Saifuddin bersama-sama Atha dan Abaiey bersetuju untuk ke tempat berlibur (baca sebagai BB) secara berjemaah. Lepas keluar dari tempat riadah, kami terus bergegas ke tempat berlibur. Sebelum itu, kami makan-makan dulu di Kedai Kak Ara sebab masing2 dah kelaparan. Aku je tak makan. Nanti bila makan, takut termuntah pulak bila terkinja-kinja. Dah tak pasal-pasal nanti saham jatuh. Lagipun, bila nak duduk je kat Kedai Kak Ara tu, ramai pulak orang yang bertegur sapa ngan aku. Jadi kenalah control macho sikit. Nanti, market lari pulak.

AKU & ABAIEY POSING SENYUMAN MESRA

Lepas penat berlibur, kami semua sambung lepak-lepak di tempat istirehat (baca sebagai Tasik). Saja lepak-lepak situ dan berborak-borak serta sesi berkenalan dengan lebih mendalam. Aku dan Saifuddin terhibur dengan kawan-kawan baru ini. Diorang memang kelakar. Ada je lawak diorg buat. Semalam, mereka baru singgah umah, saja datang jalan-jalan. Memang tak rugi ke sawana sebab dapat kenal orang baru dan jadi kawan baru.

MAKAN AISKRIM


SENYUMLAH, JAP LAGI NAK MAKAN AISKRIM

JELING-JELING CAMERA DULU

OK, I AM READY NOW

NAK SHARE ASIKRIM NGAN SAYA ? TAK BOLEH....


SEDAPNYA AISKRIM NI!!!!!!

KOALA & KANGAROO

Satu hari tu, aku lunch ngan Acai di KLCC time weekdays. Masa tu, Acai ada kursus di Wisma Genting. So, bila time lunch, trus bergerak ke KLCC. Kalo tak silap, ari tu lunch di KFC (matilah fastfood, gemok). Lepas lunch, jalan2 dalam KLCC dan makan aiskrim.

BERGAMBAR DENGAN KANGAROO

Then ternampak ada promosi JetStar kat tengah2 centre court KLCC tu. So, singgah la kejap. Tengok2 apa yang ada. Aku pun ternampak dua benda yang menarik iaitu kangaroo dan koala. Rupanya, JetStar tengah buat promotion ke Australia masa tu. Tapi, aku bukan nak tengok pakej apa yang diorg promote, aku lebih tertarik ngan maskot dua ekor ni. Terus aku mintak Acai amikkan gambar aku ngan binatang2 ni. Comel sangat, rasa nak peluk je. Tapi, nanti orang ingat aku gila pulak. So, aku amik gambar dan tersenyum lebar je la. Berebut2 ngan budak2 yang datang nak bergambar jugak. Hehehe....


BERGAMBAR NGAN KOALA

Sebelum bali, sempat aku mintak belon dari koala ni. Teringin gak nak belon. Takkan budak2 je dapat. Aku nak gak!!!! Lepas aku bagi senyuman comel dan menawan, trus koala ni bagi aku belon. Aku bawak belon tu balik opis. Sekarang ni, belon tu still lagi berkembang mekar bawah meja aku, di opis. Nak cacakkan kat cubicle, nanti nampak obvious sgt. Tapi, aku geram tgk koala dan kangaroo. Kalo tade orang, dah lama aku peluk diorg ni taknak lepas. Comel sgt. Tapi aku taulah, manusia yang pakai benda alah tu. Tapi, still nampak cute. Rasa macam dpt teddy yang besar. Haih, budak2 lagiu aku rupanya.

SCHEDULE WASTE TRAINING - RIMBA RESORT - 11 AND 12 MAY - SIRI 4

SMILE!!!! THIS IS YOUR LAST OUTSTATION FOR THIS MONTH

WITH CLASSMATES & TRAINER (WITH ORANGE TIE)

POSING WITH SLEEPY EYES. NOT ENUFF SLEEP LAST NITE

TRIP FROM KUANTAN TO KUALA LUMPUR WITH MALAYSIA AIRLINES SYSTEM

HELP!!!! I WAS POSSESSED WITH THE WOMAN NEXT TO ME

FUNNY FACES IN FLIGHT

CHEEKY FACES IN FLIGHT

SCHEDULE WASTE TRAINING - RIMBA RESORT - 11 AND 12 MAY - SIRI 3

WITH MY COLLEAGUE, ADZMIN

FIRST, REPLY SMS. THEN, DINNER

LETS EAT TOGETHER, BABY

BREAKFAST TIME

POSING AT JETTY

LOOK!!! CAN U SEE THAT ?

TIRED AND LETS HAVE A REST

JOM MAIN BUAIAN

PLEASE STARE BACK AT ME

SCHEDULE WASTE TRAINING - RIMBA RESORT - 11 AND 12 MAY - SIRI 2

POSING IN DA POOL

POSING AT POOLSIDE PULAK

HELP ME!!!! SO COLD IN HERE.....

THEY ARE NOT MY DAUGHTERS !!!! BUT I DO LOVE KIDS

BERANGAN MACHO DALAM POOL

SCHEDULE WASTE TRAINING - RIMBA RESORT - 11 AND 12 MAY - SIRI 1

WASSUP!!!!

KAWAD TIME

IN FRONT OF RECEPTION HOUSE

WANNA RIDE WITH ME ?

IN FRONT OF OUR HOUSE

TAKE A BREAK

HUGGING MYSELF DURING WINDY TIME

Friday, May 09, 2008

MARI MENUNGGANG MOTOSIKAL

Lunch hour yang hanay satu jam ini dipenuhi dengan sebaiknya untuk pergi bershopping ke SOGO. Ini kerana, SOGO baru memulakan sale office attire. Jadi, kami beramai-ramai ke sana dengan menaiki motorsikal. Aku yang sedikit cuak naik motorsikal terpaksala bersetuju. Kalo naik monore atau lrt, kompem sampai lambat.

TRYING TO LOOK CUTE IN HELMET
Dengan kepakaran pemandu motorsikal dan aku sebagai pembonceng motorsikal, kami berjaya sampai tepat pada masanya untuk bershopping. Sempatla menyambar sehelai seluar kerja. Cukuplah, buat apa beli banyak. Seluar yang ada masih elok untuk dipakai lagi.


SAY PEACE TO DA CAMERA

Habis shopping, kami trus kembali ke opis untuk kembali memulakan kerja seperti biasa. kami rasa sungguh gembira kerana dapat membeli baju dan seluar baru. Sementara menunggu lif sampai ke level kami, sempat posing ceria di dalam lif.

AT AWANA KIJAL RESORT

Bermalam di Awana Kijal Resort, disebabkan kena menghadiri satu presentation yang dianjurkan oleh client. Jadi, saya sebagai pekerja yang masih mentah, saya telah dibawa boss untuk sama-sama menghadiri sessi presentation sebagai observer.

DI DALAM BILIK

Sesi presentation bersama client sangat menakutkan kerana client asyik melontarkan soalan-soalan yang pedas yang memeningkan kepala untuk memberikan jawapan yang bernas dan memuaskan hati pihak client. Beruntung boss bawak saya join sekali, kerana saya dapat melihat dengan mata kepala saya sendiri, sesi yang panas dan hangat ini. Memang agak terkelu lidah dan memerlukan pengalaman yang luas dalam setiap job yang dilakukan bagi menangkis segala hujang yang dilontarkan.


MENONTON DEMONSTRASI MENCANTING BATIK

Dengan kebijaksanaan, sesi berkenaan berjaya diharungi dan pihak kami diarahkan untuk membuat penjelasan secara bertulis dalam bentuk surat. Semestinya, saya yang diarahkan untuk merangka dan mengarang surat berkenaan sebelum di-edit oleh superior saya dan ditandatangani oleh general manager dan dihantar kepada client.


TENGAH MENCUBA MEWARNAKAN BATIK

Dan malam itu, dapatlah berehat dengan tenang dan lega di Awana Kijal Resort ini. Dapat tido dan rehat sepuasnya tanpa memikirkan soal kerja. Seperti bercuti lagaknya. Walhal, espk ada seminar yang perlu dihadiri.


POSING BERSAMA PENCANTING BATIK

Seminar, WORK IT SAFE disertai sebagai peserta yang membincangkan cara-cara untuk bekerja dalam keadaan selamat dan kepentingan menggunakan PPE sebagai alat perlindungan terakhir dalam memastikan keselamatan para pekerja. Sememangnya, seminar ini percuma.

TERSENYUM CERIA SEBELUM BERANGKAT PULANG

Sebaik sahaja seminar separuh hari ni habis, kami terus pulang ke Kuala Lumpur. Sebelum itu, sempatlah singgah untuk membeli sebarang dua buah tangan untuk dibawa pulang.

BIRTHDAY PARTY SASA DI UMAH AKU

Kami, penduduk rumah sangat berbesar hati dan terharu kerana Miss Sasa sanggup memilih kediaman kami sebagai tempat untuk dijadikan majlis hari jadi beliau. Dengan perabot yang serba kekurangan dan tiada sofa 3+2+1 serta meja makan, jamuan hanya mampu disajikan di atas lantai sahaja.

Penyediaan dan penyusunan makanan sebelum majlis bermula

Walaupun begitu, rumah kami berjaya juga dilengkapi dengan mesin basuh automatik, peti sejuk dua pintu, tv set (tv dan rak tv) yang dibeli sendiri serta kabinet dapur berkonsepkan bar yang telah disediakan oleh tuan rumah. Semua peralatan itu berjaya memenuhi spesifikasi untuk sambutan hari jadi Miss Sasa di rumah kami dan menceriakan lagi suasana majlis


Belakang (Dari kiri ke kanan : KJ, Jai, Ed & Iqbal)

Depan (dari Kiri ke kanan : Acai, Ajud dan Miss Sasa)

Miss Sasa telah membeli kek strawberry untuk dirinya sendiri sementara tuan rumah hanya mampu menyediakan roti bun coklat dan juga roti bun keju serta makanan dan minuman ringan bsereta dengan fruit cocktail.

Pemilik blog sedang posing bersama Miss Sasa

Majlis yang serba ringkas ini diserikan lagi dengan nyanyian lagu harijadi, khas buat Miss Sasa yang nampak sungguh berseri-seri pada hari berkenaan walaupun umurnya sudah meningkat setahun lebih tua.

Kek Strawberry dihiasi lilin mengikut umur Miss Sasa

Majlis diakhiri dengan sesi bergambar beramai-ramai sebagai kenangan terindah dan disertai dengan perut yang membusung kerana kekenyangan makan kek dan roti dan makanan ringan walapun selepas itu disusuli dengan minum petang di kedai Sop Meletop.