MENONTON DEMONSTRASI MENCANTING BATIK
Dengan kebijaksanaan, sesi berkenaan berjaya diharungi dan pihak kami diarahkan untuk membuat penjelasan secara bertulis dalam bentuk surat. Semestinya, saya yang diarahkan untuk merangka dan mengarang surat berkenaan sebelum di-edit oleh superior saya dan ditandatangani oleh general manager dan dihantar kepada client.
TENGAH MENCUBA MEWARNAKAN BATIK
Dan malam itu, dapatlah berehat dengan tenang dan lega di Awana Kijal Resort ini. Dapat tido dan rehat sepuasnya tanpa memikirkan soal kerja. Seperti bercuti lagaknya. Walhal, espk ada seminar yang perlu dihadiri.
POSING BERSAMA PENCANTING BATIK
Seminar, WORK IT SAFE disertai sebagai peserta yang membincangkan cara-cara untuk bekerja dalam keadaan selamat dan kepentingan menggunakan PPE sebagai alat perlindungan terakhir dalam memastikan keselamatan para pekerja. Sememangnya, seminar ini percuma.
TERSENYUM CERIA SEBELUM BERANGKAT PULANG
Sebaik sahaja seminar separuh hari ni habis, kami terus pulang ke Kuala Lumpur. Sebelum itu, sempatlah singgah untuk membeli sebarang dua buah tangan untuk dibawa pulang.
2 comments:
cantiknya batik kaler oren tu! walaupun i tahu, bukan u yang buat... u hanya pose2 amik gambar saja, kan?
ahahah...biasalah nama pun pelacong
Post a Comment