Friday, May 09, 2008

BIRTHDAY PARTY SASA DI UMAH AKU

Kami, penduduk rumah sangat berbesar hati dan terharu kerana Miss Sasa sanggup memilih kediaman kami sebagai tempat untuk dijadikan majlis hari jadi beliau. Dengan perabot yang serba kekurangan dan tiada sofa 3+2+1 serta meja makan, jamuan hanya mampu disajikan di atas lantai sahaja.

Penyediaan dan penyusunan makanan sebelum majlis bermula

Walaupun begitu, rumah kami berjaya juga dilengkapi dengan mesin basuh automatik, peti sejuk dua pintu, tv set (tv dan rak tv) yang dibeli sendiri serta kabinet dapur berkonsepkan bar yang telah disediakan oleh tuan rumah. Semua peralatan itu berjaya memenuhi spesifikasi untuk sambutan hari jadi Miss Sasa di rumah kami dan menceriakan lagi suasana majlis


Belakang (Dari kiri ke kanan : KJ, Jai, Ed & Iqbal)

Depan (dari Kiri ke kanan : Acai, Ajud dan Miss Sasa)

Miss Sasa telah membeli kek strawberry untuk dirinya sendiri sementara tuan rumah hanya mampu menyediakan roti bun coklat dan juga roti bun keju serta makanan dan minuman ringan bsereta dengan fruit cocktail.

Pemilik blog sedang posing bersama Miss Sasa

Majlis yang serba ringkas ini diserikan lagi dengan nyanyian lagu harijadi, khas buat Miss Sasa yang nampak sungguh berseri-seri pada hari berkenaan walaupun umurnya sudah meningkat setahun lebih tua.

Kek Strawberry dihiasi lilin mengikut umur Miss Sasa

Majlis diakhiri dengan sesi bergambar beramai-ramai sebagai kenangan terindah dan disertai dengan perut yang membusung kerana kekenyangan makan kek dan roti dan makanan ringan walapun selepas itu disusuli dengan minum petang di kedai Sop Meletop.

3 comments:

Anonymous said...

wah...
pic no2 tu, lentiks semuanya!~~

pic no3... sasha sangat macam gf uol. hahaha

izzu said...

hahah, dia mmg gf aku pun, kan sasa

SasaShasha said...

chihihihi....izzu, u had me at hello :p